Ruang Keterbukaan Perlu Disesuai Dengan Acuan Nilai, Budaya Tempatan – PM Anwar @jasonyew_ Join Kalau terlalu tertekan dan tertutup, saya







 

Ruang Keterbukaan Perlu Disesuai Dengan Acuan Nilai, Budaya Tempatan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim ruang keterbukaan perlu disesuaikan dengan acuan nilai dan budaya tempatan, selain mengekalkan identiti masyarakat Malaysia dalam penghasilan karya seni tempatan.

Perdana Menteri berkata, penggiat seni tidak wajar dikongkong namun perlu berasaskan nilai tempatan yang wajar diangkat sebagai khazanah negara serta dikongsi dengan masyarakat dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

“Saya tidak mahu digambarkan liberal. Tetapi terus terang saya katakan, sekiranya mahu negara maju, tentu kita harus terima kenyataan anak muda dan khalayak mahu bebas dan terbuka.

“Namun, itu tidak bermakna kita nak terima acuan barat dan acuan timur pula tidak bermakna mengikut acuan neokonservatif. Kalau industri ini terus tertutup, saya bimbang industri seni negara akan tertutup,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Anwar berkata, industri filem perlu berkembang dengan mengangkat budaya Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai identiti tersendiri.

“Sebab itu kita tambah ruang untuk teater, sastera dan seni kerana bidang-bidang ini memberikan corak yang berbeza kepada negara. Tidak ramai yang menonton filem tempatan atau mengikuti perkembangan industri seperti sehebat zaman dahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

“Tetapi satu perkara yang tidak boleh kita mungkiri ialah tanggungjawab untuk memastikan bukan sahaja industri ini berjaya, malah penggerak, pelakon, penggiat seni dan seluruh jentera yang menghasilkan karya turut diberikan perhatian.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penggiat seni yang telah menjayakan perkembangan bidang ini dan melonjakkan industri ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana karya seni turut mempamerkan sikap, nilai dan budaya sesebuah negara,” jelasnya.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.