KIOK LAGI

 Che Ibrahim


Alhamdulillah.... Keberhentian mereka menjadi ahli parti tidak berhenti selama lamanya, mereka diterima semula sebagai ahli Pas. 


Namun status mereka sebagai Adun kekal terhenti kecuali mahkamah yang putuskan sebaliknya. Pas tidak ada kuasa untuk batalkan keputusan Speaker.








YB YANG DIAM



 Budak pompuan ni Adun aku ni. Patut tak layak pun bertanding. Nak bertanding pun tak layak. Apa lagi nak menang. DUN Puteri Wangsa ni sepatutnya milik Keadilan. Patutnya Pn. Napsiah Khamis jadi calon.





Takpe la. Dah rezeki terpijak dia. Tapi masalahnya dia ni lembab. 𝗧𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹. Tempat aku ni dengan isu kesesakan trafik yang semakin meruncing kesan dari pembinaan rumah tak terancang, apa dia buat pun tak tau la.


Tapi tiba-tiba muncul dakwa pakcik makcik dari kaum Cina di tempat dia kata rindu zaman Najib. Nampak benar menipunya! Ini tempat aku wei. Pakcik makcik cina mana yang ko jumpa tu? Bagi la bukti budak woi.


DUN ni solid PH. UMNO pun tak boleh bernafas dekat sini. Dulu zaman PR, lebai PAS pun boleh menang selesa. Punyalah orang sini benci Najib & BN. Tetiba boleh dia kata dorang rindu zaman Najib. Logik ke?


Budak ni aku ingat kalau jalan dalam DUN ni pun dia sesat. Ada hati nak cakap suara orang sini. Dia turun padang last tahun bila pun tak pasti. Orang sini pun tak kenal dia. Adeh... Kalau jenis penipu macam ni sesuai dia jadi muslimat PAS je.


Aku harap next PRU Anwar Ibrahim jangan buat kerja gila mcm PRU lepas. Puteri Wangsa ni biar Keadilan je bertanding. Pn. Nafsiah dah jaga DUN ni dari awal dengan cemerlang. Jangan risikokan kehidupan kami dengan budak berhingus macam ni.


Kepada budak ni, buat kerja sebagai Adun dulu baru boleh komen pasal kerajaan pusat. Ko tu uruskan DUN pun tak reti. Entah-entah uruskan diri sendiri pun tak betul lagi. Tak payah cerita lebih. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Isu BestiNet dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS)






1. BestiNet ni adalah legasi masalah Kerajaan dulu, bukan zaman sekarang.


2. Syarikat mrka dapat SST sejak 2018 zaman BN (hujung) tapi tiada kontrak dimuktamadkan, terma yuran tidak jelas, dan ini meletakkan kerajaan dalam risiko.


3. Era Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin jadi Menteri Dalam Negeri, zaman Kerajaan PN 33 bulan (2020-2022); Isu ini tidak diperbetulkan. 


Ketika isu ini didedahkan oleh media (seperti laporan Bloomberg dan hujah Rafizi), kerajaan PN pada masa itu tidak memuktamadkan kontrak atau membetulkan kelemahan perjanjian. FWCMS terus berjalan tanpa kontrak sah.


4. Era Kerajaan Perpaduan (2022 dan seterusnya): Pembetulan Tadbir Urus


Kerajaan Perpaduan mewarisi masalah ini dan pada September 2024, mereka memuktamadkan kontrak untuk menutup lompong undang-undang dan melindungi kepentingan negara. Ini bukan skandal baru, tetapi usaha ‘damage control’ terhadap kecuaian lama.


Kesimpulan


Isu Bestinet bukanlah ciptaan Kerajaan Perpaduan. 


Ia adalah kegagalan legasi Kerajaan dulu yang berakar sejak 2018, berlarutan zaman Muhyiddin dan Hamzah jadi Menteri Dalam Negeri, dan akhirnya diperbetulkan oleh Kerajaan Perpaduan


Menyalahkan MADANI adalah manipulasi fakta dan kronologi, kerana ia berlaku sejak 2018, bukannya sekarang.


Syam Ghaz



NELAYAN TANGKAP IKAN TAPI EXCO PAS YANG TIDAK KERUAN



Hari ini, exco pertanian Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim membuat hantaran di media sosial tentang isu-isu dalam mesyuarat antara exco-exco pertanian negeri dan Kementerian Pertanian. Perkara yang didedahkan dirasakan tidak wajar kerana ia mesyuarat antara kerajaan dan tidak wajar didedahkan kepada umum kerana ia bakal mengwujudkan persepsi yang mengelirukan. 


Mungkin YB Exco Terengganu sudah terbiasa dengan cara begini. Sebagaimana tindak tanduk beliau semasa isu tanah FGV. Beliau bagaikan mengejar populariti dan ingin menunjukkan kuasa kepada khalayak. Mungkin inilah implikasinya apabila ada parti yang memerintah dengan majoriti penuh, boleh buat apa sahaja dan tiada yang menegur.


Dalam isu FGV, negeri Pahang dah lama selesai namun tidak di Terengganu. Ini berpunca dari sikap exconya yang lebih berminat mencari populariti berbanding menyelesaikan masalah.


Apa perlunya mempertikaikan bot-bot nelayan yang menangkap ikan itu. Walaupun bot itu dari Pahang, tapi para nelayan itu orang Terengganu juga, kalau tak percaya boleh dengar pada percakapan mereka, semuanya bercakap loghat Terengganu yang sama. Ini tidak menghairankan kerana Pahang adalah negeri yang murah hati, menerima siapa sahaja untuk bermastautin di sini.


Terkait dengan isu pendaratan ikan, pasti ada sebab kenapa nelayan Terengganu lebih suka menghantar tangkapan ke Kuantan berbanding ke Kemaman. Pasti ada masalah di sana yang menyebabkan nelayan mereka sendiri merasa kurang selesa. Sepatutnya inilah isu yang perlu dikaji oleh pihak kerajaan Terengganu, bukannya sibuk mencari salah orang lain.


Ibarat kera mendapat bunga begitulah jadinya PAS Terengganu bila mendapat kuasa. Segalanya hendak digigit dikekah sesuka hati.


KALAM INSAN




SERMPORNA YANG BOCOR

 


Semalam Perdana Menteri cakap dia sudah hilang sabar. 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚-𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮, 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭.






Kita di Semporna dengar ini, hati tertanya, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡𝐢 𝐏𝐌𝐗 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚 𝐡𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢? klu tidak tahu memang padan la kena marah. Di sini, penyeludupan petrol bukan cerita sembunyi-sembunyi. Ini cerita terang-terangan. Siang hari. Depan mata. Pergi saja ke stesen minyak di pekan Semporna. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢.. 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮-𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐫𝐚𝐠𝐮𝐢 𝐬𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠, 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐞𝐥𝐞𝐧 𝐤𝐨𝐬𝐨𝐧𝐠. 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐞𝐥𝐞𝐧-𝐠𝐞𝐥𝐞𝐧. 𝐁𝐞𝐥𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡, 𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭 𝐤𝐞 𝐛𝐨𝐭. Bot yang sudah dimodifikasi khas, ruang dalam dijadikan tangki. 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢? Negara jiran 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐚, 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐦𝐚𝐡𝐚𝐥 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐬𝐮𝐛𝐬𝐢𝐝𝐢 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐦𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚.


𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐒𝐊𝐏𝐒 𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐝 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠? Tidak mengapa. Mereka datang beramai-ramai. Sepuluh orang, dua puluh orang. Setiap seorang beli ikut had, kumpul semua pun jadi ratusan liter. 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐥𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧. 𝐓𝐚𝐤𝐭𝐢𝐤 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧. Ada juga yang guna kenderaan. Sama saja modus operandi. Ini bukan rahsia. Ini bukan intel sulit.. Ini pemandangan harian yang semua orang Semporna tahu.


Ada yang cakap, “𝐈𝐧𝐢 𝐦𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐫𝐯𝐢𝐬 𝐛𝐨𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠.” Baik. Kita terima dulu alasan itu sebab kita faham betul kehidupan pulau, bot ulang-alik, nelayan, kerja laut.. minyak memang makan banyak. Tapi masalah dia begini bah, pemandangan gelen bergelen-gelen di stesen minyak Semporna bukan baru. Itu benda sudah bertahun-tahun berlaku sebelum wujud apa-apa sistem baharu. Lepas sistem bertukar pun, corak dia sama juga orang datang ramai-ramai, beli ikut “𝐡𝐚𝐝”, lepas tu dikumpul sampai jadi ratusan liter.


Kalau betul ini “𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐮”, 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐨𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡? Sistem berubah, tapi “𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧” 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚? Atau sebenarnya… ini bukan lagi cerita keperluan. Ini sudah jadi 𝐢𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢, cuma sekarang pakai alasan baharu, “𝐭𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐮”, “𝐬𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐞 𝐛𝐨𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠.. 𝐛𝐨𝐭 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧”.


Betul, mungkin pola tidak berubah sebab keperluan orang kampung pulau dan pengusaha bot pelancongan memang tidak berubah. Kita hormat itu dan kita pun mahu mereka cukup minyak untuk cari makan. Tapi isu yang rakyat risau bukan “𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚”, isu dia pola kalau benar keperluan sah, biasanya ada rekod/permit, ada turun naik ikut musim (cuti sekolah, hujung minggu, musim laut), dan pembelian dibuat ikut operasi bot yang jelas. 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐩𝐨𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐡𝐚𝐝, 𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐫𝐮𝐭𝐢𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐰𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥-𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐢𝐤.


Saya bukan mau tuduh sesiapa. Tapi sebagai orang Semporna, kita ada hak untuk tanya soalan yang logik, 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐮, 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐫𝐞𝐤𝐨𝐝/𝐩𝐞𝐫𝐦𝐢𝐭/𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬? 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐨𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠, 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐭𝐫𝐢𝐩/𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫? 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐤𝐚𝐧𝐢𝐬𝐦𝐞 𝐤𝐡𝐚𝐬 (𝐥𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐡) 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐫𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧?


Kita setuju bantu penduduk pulau. Itu wajib. Tapi dalam masa yang sama, jangan bagi ruang alasan baik jadi topeng untuk bisnes gelap. Kalau semua “𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐡” satu-satu transaksi, tapi bila dikumpul jadi besar itu bukan lagi isu individu, itu isu 𝐦𝐨𝐝 𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢.


Menteri KPDN Datuk Armizan kata kerajaan "𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧" di kawasan sempadan. Sebut Kalabakan, sebut Tawau-Indonesia. Kata ada Ops Tiris, ada KITA GEMPUR. Kata pembelian luar tangki dihadkan 20 liter.. 𝟐𝟎 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫?


Di Semporna, sistem had per kepala dijadikan peluang. Lagi ramai orang datang membeli, lagi banyak petrol dikumpul. 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐭𝐢𝐤 𝐢𝐧𝐢? Setiap transaksi "𝐬𝐚𝐡" mengikut sistem. Inilah ironinya, sistem yang dicipta untuk kawal ketirisan, menjadi alat yang memudahkan penyeludupan berorganisasi. PMX marah di Putrajaya. Ketuk meja, bagi amaran.𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐠𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐞 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐭𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡. Di sini, bisnes seperti biasa.. "𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐚𝐬 𝐮𝐬𝐮𝐚𝐥". Penyeludup tetap tenang. Tindakan penguatkuasaan masih belum nampak perubahan ketara.


Kita faham kerajaan ada banyak fokus. Kita faham Sabah jauh.. Tapi subsidi yang "𝐝𝐢𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧" di Semenanjung, bocor habis di perairan kami. Kalau PMX betul-betul hilang sabar, mari turun Sabah dan singgah sebentar di Semporna. Bukan lawatan protokol. Datang waktu pagi, pergi stesen minyak, tengok sendiri barisan gelen dan barisan orang-orang yang corak pembeliannya luar biasa. 


Sebab di sini, 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐮𝐝𝐮𝐩 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫. 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐠𝐢𝐥𝐢𝐫𝐚𝐧.. 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠, 𝐠𝐞𝐥𝐞𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐠𝐞𝐥𝐞𝐧. Seminggu PMX bagi tempoh. Ok kita tunggu.. adakah Semporna termasuk dalam radar atau 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐥𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐜𝐨𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧?


#sempornamemerhati


𝐒𝐮𝐟𝐟𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐨𝐫𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐟𝐨𝐫 𝐃𝐞𝐯𝐞𝐥𝐨𝐩𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐌𝐨𝐯𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭

(𝐒𝐔𝐃𝐌)


https://www.sayangsabah.com.my/2026/01/stesen-minyak-sempadan-dipantau-ketat.html


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1502584/pm-hilang-sabar-beri-tempoh-seminggu-perbaiki-kelemahan-tukar-ke


Kredit: YB Sufian Ahmad




KIOK

 




1 3 kenyataan, mana satu yang nak dipakai??


- MA  kata terima rayuan jadi ahli Pas semula.

- Ahli MSU/Ketua Dewan Ulama Pas Pusat kata tolak rayuan, hanya terima permohonan untuk jadi ahli baru Pas. 

- Pesuruhjaya Pas Perlis kata tetap gugur wpun rayu.