1. BestiNet ni adalah legasi masalah Kerajaan dulu, bukan zaman sekarang.
2. Syarikat mrka dapat SST sejak 2018 zaman BN (hujung) tapi tiada kontrak dimuktamadkan, terma yuran tidak jelas, dan ini meletakkan kerajaan dalam risiko.
3. Era Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin jadi Menteri Dalam Negeri, zaman Kerajaan PN 33 bulan (2020-2022); Isu ini tidak diperbetulkan.
Ketika isu ini didedahkan oleh media (seperti laporan Bloomberg dan hujah Rafizi), kerajaan PN pada masa itu tidak memuktamadkan kontrak atau membetulkan kelemahan perjanjian. FWCMS terus berjalan tanpa kontrak sah.
4. Era Kerajaan Perpaduan (2022 dan seterusnya): Pembetulan Tadbir Urus
Kerajaan Perpaduan mewarisi masalah ini dan pada September 2024, mereka memuktamadkan kontrak untuk menutup lompong undang-undang dan melindungi kepentingan negara. Ini bukan skandal baru, tetapi usaha ‘damage control’ terhadap kecuaian lama.
Kesimpulan
Isu Bestinet bukanlah ciptaan Kerajaan Perpaduan.
Ia adalah kegagalan legasi Kerajaan dulu yang berakar sejak 2018, berlarutan zaman Muhyiddin dan Hamzah jadi Menteri Dalam Negeri, dan akhirnya diperbetulkan oleh Kerajaan Perpaduan
Menyalahkan MADANI adalah manipulasi fakta dan kronologi, kerana ia berlaku sejak 2018, bukannya sekarang.
Syam Ghaz

No comments:
Post a Comment