MENJAWAB MAZLEE MALIK..GALAH SEJENGKAL TAK WAJAR BERCITA-CITA MENJADI PERDANA MENTERI



Saya mengambil maklum kenyataan YB Dr Maszlee Malik yang disiarkan Malaysiakini bertarikh 12 June 2020. Sila rujuk laporan “Maszlee: Jawatan PM ke-9 bukan hak mutlak Anwar”, https://www.malaysiakini.com/news/529933.

Pengalaman 22 bulan di bawah kepimpinan Tun Mahathir sewajarnya memberi pengajaran yang cukup kepada Pakatan Harapan. Di awal pentadbiran beliau Tun Mahathir sudah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan iltizam perjuangan Pakatan Harapan. Rujuk laporan “Dr M: Manifesto HARAPAN bukan 'kitab suci'” https://www.malaysiakini.com/news/434417.

Pentadbiran 22 bulan itu juga memperlihatkan bagaimana Pakatan Harapan gagal mengawal naratif anti-melayu yang dimainkan oleh pembangkang ketika itu. Manifesto berkaitan Pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN terbiar tanpa penyelesaian tuntas. Natijahnya, YB Dr Maszlee Malik sendiri akhirnya terpaksa melangkah keluar daripada Kementerian Pendidikan.

Realitinya, Pakatan Harapan perlu mengakui bahawa tempoh 22 bulan yang lalu gagal dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengangkat taraf hidup rakyat. Kualiti hidup rakyat terbawah masih sama seperti mana zaman pemerintahan UMNO Barisan Nasional. Oleh itu adalah tidak menghairankan apabila tidak ada reaksi yang ketara daripada rakyat apabila Kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan secara zalim oleh komplot jahat pintu belakang.

Justeru saya ingin memetik kata-kata Albert Einstein yang pernah dipinjam oleh YB Dr Maszlee Malik, “Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results”. Lalu bagaimana kita ingin mengharapkan Malaysia yang berbeza jika kita masih ingin mengangkat pemimpin yang sama?

Berbicara soal nombor sokongan yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir, matematik mudah menunjukkan Anwar Ibrahim memiliki sokongan 91 Ahli Parlimen Pakatan Harapan. Tun Mahathir pula memiliki sokongan yang pasti iaitu lima Ahli Parlimen mantan Bersatu termasuk diri beliau sendiri.

Lalu saya bersetuju dengan kenyataan YB Dr Maszlee Malik yang menyifatkan Tun Mahathir ialah pemilik galah sejengkal yang diperlukan untuk Pakatan Harapan mengambil semula tampuk pemerintahan negara. Namun agak aneh apabila Maszlee mencadangkan pemilik galah sejengkal ini yang perlu diangkat mengetuai Kerajaan. Lalu Anwar Ibrahim yang memiliki sokongan 37 Ahli Parlimen PKR, dan sokongan daripada rakan-rakan DAP dan AMANAH dipaksa untuk mengalah.

Mengapa tidak Maszlee memujuk pemilik galah sejengkal ini dan penyokong-penyokongnya untuk sama-sama berdiri teguh mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika alasan untuk memaksa Anwar Ibrahim mengalah ialah negara ini dalam bahaya dan memerlukan perubahan segera. Lalu mengapa alasan ini seolah-olah hanya tertuju kepada Anwar Ibrahim. Bukankah atas alasan yang sama Tun Mahathir dan gerombolannya juga perlu berlapang dada dan sepakat mengangkat Anwar Ibrahim.

Saya bersetuju bahawa jawatan Perdana Menteri bukan hak mutlak sesiapa. Tetapi apakah Maszlee tidak sedar bahawa beliau seolah-olah sedang memutlakkan jawatan Perdana Menteri itu hanya kepada Tun Mahathir?

Anwar Ibrahim tidak akan berdiri sebagai calon Perdana Menteri jika tidak ada pihak yang menamakan beliau sebagai calon. Dalam hal ini, Pakatan Harapan dengan komposisi 91 Ahli Parlimen sebulat suara menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Soalnya sekarang, pihak manakah pula yang menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri?

Adalah lebih mudah sekiranya Maszlee sama-sama membantu untuk merasionalkan Tun Mahathir agar memberi sokongan padu kepada Anwar Ibrahim. Bukan lagi merayu untuk Anwar Ibrahim mengalah buat kesekian kalinya.

Sekian.

Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab.
Setiausa Angkatan Muda Keadilan

https://www.facebook.com/100000775992720/posts/3244573098911858/?d=n



AWANI 745 LIVE


TERKINI Majlis Presiden PH Mengadakan Mesyuarat Susulan Selepas Mesyuarat PH Plus Tun Mahathir & Warisan


NAK YAKINKAN PELABUR GUNA FAKTA ERA PH?

TANGGUH HAJI PELENGKAP ‘TEBUK ATAP’

KEABSAHAN KERAJAAN MALAYSIA DIPERTIKAI, PELABUR ASING MENYEPI?

Menteri Alam Sekitar Jangan Lama Lena : Lepas balak Kedah Terengganu, tauke balak Sabah pula bebas: Mana Menteri Alam Sekitar






Menteri Alam Sekitar diminta memberikan penjelasan selepas satu persatu isu pembalakan di negara ini timbul sehinggalah tokoh yang dikaitkan dengan pembalakan di Sabah dibebaskan dari pendakwaan.
Ia bermula dengan isu membalak di Ulu Muda Kedah sebaik sahaja menteri besar dilantik, selepas itu pembatalan gazet 4,588 hektar hutan simpan iconic Belara yang begitu penting untuk alam sekitar Terengganu.
“Menteri Alam Sekitar dan Air perlu mengambil berat isu semasa dan jangan meremehkan rintihan orang kampong. Islam menekankan perlunya kita memelihara keharmonian alam sekitar bumi Allah ini.
Makin ramai pensyarah-ahli akademik universiti terkemuka Malaysia, aktivis dan NGO bersuara isu serius pembalakan berlesen dan juga yang haram,” kata Datuk Raja Bahrin Shah, Pengerusi Biro Alam Sekitar AMANAH.
Menurut beliau, dengan pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, sekali lagi isu kontroversi pembalakan di kaitkan dengan isu skandal rasuah dan penggubalan wang haram bertaraf antarabangsa telah timbul.
“Nampaknya isu tuduhan rasuah Musa Aman membabitkan pembalakan akan di lenyapkan begitu sahaja dengan penarikan balik kes olih Peguam Negara.

Makin ramai pensyarah-ahli akademik universiti terkemuka Malaysia, aktivis dan NGO bersuara isu serius pembalakan berlesen dan juga yang haram,” kata Datuk Raja Bahrin Shah, Pengerusi Biro Alam Sekitar AMANAH.
Menurut beliau, dengan pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, sekali lagi isu kontroversi pembalakan di kaitkan dengan isu skandal rasuah dan penggubalan wang haram bertaraf antarabangsa telah timbul.
“Nampaknya isu tuduhan rasuah Musa Aman membabitkan pembalakan akan di lenyapkan begitu sahaja dengan penarikan balik kes olih Peguam Negara.
Makin ramai pensyarah-ahli akademik universiti terkemuka Malaysia, aktivis dan NGO bersuara isu serius pembalakan berlesen dan juga yang haram,” kata Datuk Raja Bahrin Shah, Pengerusi Biro Alam Sekitar AMANAH.
Menurut beliau, dengan pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, sekali lagi isu kontroversi pembalakan di kaitkan dengan isu skandal rasuah dan penggubalan wang haram bertaraf antarabangsa telah timbul.
“Nampaknya isu tuduhan rasuah Musa Aman membabitkan pembalakan akan di lenyapkan begitu sahaja dengan penarikan balik kes olih Peguam Negara.

Dahulu, katanya, beliau menyebut masalah alam sekitar Kedah dan juga Kelantan, yang lama mempunyai masalah alam sekitar dan bekalan air.
“Ada pihak yang menegur saya seolah olah ia isu tidak penting,” katanya.
Bagi beliau, Terengganu merupakan negeri ketiga selepas Kedah dan Kelantan yang mempunyai majoriti sekitar 95 peratus penduduk Melayu Islam yang menghadapi masalah alam sekitar dan air.
“Kalau kerajaan yang mendakwa diri nya kerajaan Melayu Islam tidak membela nasib Melayu Islam di 3 negeri yang diantara termiskin di Malaysia, di manakah letaknya prioriti mereka?” soal beliau.
Katanya, ramai Melayu Islam di 3 Negeri ini terdiri dari petani, pekebun dan nelayan miskin yang memerlukan penjagaan alam sekitar yang baik dan rapi.
Hutan simpan negara sepatutnya di kekalkan di tahap 50 peratus kawasan tetapi kini telah jatuh ke tahap sekitar 40 peratus, katanya.
“Kalau tanah rezab Melayu yang patut di tahap 50 peratus juga kini hanya tinggal 13 peratus, kita patut amat bimbang akan tahap kerakusan kerajaan membuka hutan simpan untuk pembalakan oleh taukeh-taukeh balak kaya. Perniagaan tanah balak yang tidak terkawal mengancam kita semua,” katanya.
Bagi beliau, yang paling terkesan adalah golongan termiskin di kampong dan desa yang bercucuk tanam golongan petani yang amat perlu pembelaan.
Ianya bukan melibatkan hanya isu hakisan dan pemukaan alam sekitar yang rosak dan berlaku banjir besar, tetapi juga tentang ancaman hidupan liar yang keluar dari habitat hutan asal mereka mengancam keselamatan dan hasil cucuk tanam petani dan pekebun yang daif.


ANWAR SAHAJAKAH YANG PERLU BEKORBAN? SEDANGKAN SEBELUM INI PUN BELIAU JUGA BEKORBAN DEMI RAKAN..APA KATA KITA TUNGGU SAMPAI PRU 15?

Anwar perlu kompromi sekali lagi, demi kepentingan sahabat beliau
Saya fikir dalam situasi kini, memberi peluang Tun mengemudi PH sekali lagi sebagai PM dengan syarat melantik DS Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan mungkin satu pilihan yang terbaik, tulis Dr Mazlan Ali.

Anwar perlu kompromi sekali lagi, demi kepentingan sahabat beliau

NAMAKAN PANGLIMA SEBELUM MASUK MEDAN PERANG


Apa hujah puak yang berat sangat untuk sokong Anwar jadi PM? Hujah mereka, jawatan PM tidak kisah Tun atau Anwar, yang penting dapatkan mandat rakyat yang dirompak tu dahulu.
Itulah hujah yang paling digemari oleh Tun. Itu juga kaedah yang dijaja sewaktu kita berkempen di dalam PRU14 dahulu iaitu jangan bising sangat soal reformasi atau soal Anwar, yang penting dapatkan Putrajaya dulu. Akhirnya, bila dapat Putrajaya, apa yang terjadi? Di mana reformasi dicampakkan? Ada dia hormat pandangan Anwar?
Betullah, yang penting sekarang dapatkan mandat rakyat yang dirompak itu dahulu. Ertinya, kita kena berjuang menghadapi puak-puak pengkhianat ini. Menang di dalam peperangan itu penting, tetapi mahu berperang kena ada panglimanya. Maksudnya, sebelum masuk medan perang kita telah ada panglima.
Peperangan kali ini luar biasa. Berperang di dalam PRU itu biasa. Kali ini, kita berperang untuk dapatkan kembali mandat rakyat yang telah dikhianati. Kalau menghadapi PRU14 dahulu kita telah namakan "Jeneral" Mahathir sebagai panglima kita sebelum kita masuk medan perang, apakah peperangan yang lebih penting melibatkan maruah kita dan rakyat keseluruhannya, kita masih gagal memilih panglima yang akan mengetuai kita?
Jangan salah pilih "panglima" yang telah hilang tenaga dan pernah meletakkan senjatanya untuk diangkat semula. Peperangan kali ini getir dan perlukan panglima yang lebih bertenaga. Anwar adalah pilihan kita.


WFAUZDIN NS


JANGAN GANGGU SABAH, KAMI LAWAN BALIK – SHAFIE

107 MP HANYA TAKTIK PERANG SARAF?

MENUJU ERA KLEPTOKRASI LEBIH TERUK

CEWAHHH...MB BARU TU..BARU SEBULAN JADI MB TU.....


Bukan apa saja ja tengok kelaku tu..cewahhh...macam dia hebat sangat la nak majukan Kedah...ha.ha....naik pun pasai ada 2 ekoq khianat yang PKR pun meluat dak pun orang yang bagi undi pun meluat...jadilah MB bidan terjun..entah lama mana la gamaknya...p dah ka tengok ladang balak nu......


KERAJAAN MUHYIDDIN






1. Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin.

2. Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional.

3. Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud. Tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini. Tidak pernah didaftar Perikatan Nasional ini di waktu Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.

4. Rakan dalam perikatan ini isytihar mereka bukan anggota dalam kononnya gabungan Parti Perikatan Nasional. Mereka hanya benar ahli mereka sokong Muhyiddin supaya hasrat Muhyiddin untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tercapai. Mereka tentukan jumlah wakil rakyat yang sokong Muhyiddin mencukupi.

5. Sepatutnya Muhyiddin dapat persetujuan Parti Bersatu sebelum dia sertai Perikatan Nasional. Tidak ada rekod yang dia dapat persetujuan Mesyuarat Agong Bersatu atau sekurang-kurangnya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu. Tiba-tiba dia isytihar dia menyertai Perikatan Nasional.

6. Berkenaan dengan keluar dari Pakatan Harapan pun belum diputus secara muktamad. Sebelum Pakatan Harapan dijatuh, Muhyiddin telah adakan majlis makan malam di Sheraton dengan PAS dan UMNO.

7. Apabila saya sebagai Pengerusi Bersatu tidak bersetuju dengan tindakannya menubuh Kerajaannya, dia cuba adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang sepatutnya dipengerusi oleh saya sebagai Pengerusi parti.

8. Tiba-tiba Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Pengerusi Bersatu. Perisytiharan ini tidak mengikut perlembagaan sama sekali. Dia bukan Pengerusi atau memegang jawatan Pengerusi yang sah.

9. Untuk mengada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi setiausaha kerja mengeluar notis. Sepatutnya Setiausaha Agung (SUA) yang mengeluar notis selepas mendapat arahan dari saya sebagai Pengerusi.

10. Untuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi ini Pengerusi dan Timbalan Presiden tidak dijemput. Oleh itu mesyuarat terpaksa dibatal.

11. Untuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 4 Jun 2020, Muhyiddin lucut keahlian Pengerusi, Timbalan Presiden dan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang tidak menyokongnya. Dia tidak berkuasa membuat demikian. Sebaliknya ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang baru dilantik yang menyokongnya. Perbuatan ini salah dari segi perlembagaan Bersatu. Oleh itu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi juga tidak sah.

12. Ketua-ketua Bahagian yang tidak menerima tawaran jawatan olehnya dipecat. Ini juga salah.

13. Kemudian dilantik pengganti dari kalangan ketua-ketua dengan tawaran-tawaran tertentu dan janji untuk memberi duit Kerajaan untuk bantu rakyat melalui pengganti ini. Ini juga salah.

14. Untuk Jemaah Menteri ramai dilantik jika terima tawaran darinya supaya sokong. Calon ditanya “apa hendak” dan lantikan dibuat. Jika tidak ada jawatan, cipta jawatan.

15. Hampir 2/3 dari ahli dewan yang menyokongnya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Yang lain dilantik untuk jadi pengerusi syarikat dan institusi – termasuk mereka yang sedang dihadap ke mahkamah kerana aneka jenis jenayah.

16. Inilah cara Muhyiddin. Perlembagaan, aturan-peraturan, bahkan undang-undang tidak diendah sama sekali. Tak hairanlah dia sanggup menerima dan bekerjasama dengan pencuri, perasuah dan penyangak.


MUHYIDDIN PM PALING LEMAH, PENAKUT, TAPI KUAT BERPOLITIK



Sempena 100 hari Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri pada 9 Jun lalu, ternampak begitu banyak puji-pujian dan sanjungan yang sengaja direka dikalungkan terhadapnya.
Terutama media arus perdana, pengampu dalam media sosial, pensyarah universiti dan tidak terkecuali pemimpin Pas, mereka dilihat bukan main gigih lagi memberi pujian kepada Muhyiddin.
Terlihat pujian dan sanjungan terhadap Muhyiddin ini melebihi apa yang pernah diterima oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini ketika mereka melepasi tempoh 100 hari memegang jawatan tersebut.
Tak tahulah, mungkin kerana kedudukan Muhyiddin yang tidak begitu stabil dan cara beliau menjadi Perdana Menteri pula tidak mengikut normal yang sepatutnya, bak kata Duta ke Timur Tengah bertaraf menteri – ikut tebuk atap – maka pujian dan sanjungan sebegitu rupa sengaja diolah untuk menenggelamkan ketidakstabilan yang ada.
Ada yang mengatakan dalam tempoh 100 hari ini Muhyiddin telah berjaya mengemudi negara dengan cemerlang, tidak berpolitik, hanya fokus kepada rakyat, layak diberikan markah A, rakyat lebih gembira dan bermacam-macam lagi kata-kata pujian yang tentunya mampu membuatkan songkok di kepalanya jadi lebih ketat daripada biasa.
Cuma yang agak sedikit musykil, tidak ternampak ada pemimpin UMNO turut ghairah memberi pujian kepada Muhyiddin berbanding rakan daripada Pas yang baru merasa nikmat jawatan dalam kerajaan.
Tetapi, jika kita jujur dan benar-benar melihat menggunakan kaca mata atau teropong yang putih bersih, bukan disaluti limpahan duniawi bertaraf menteri, benarkah Muhyiddin seorang Perdana Menteri yang boleh dikira berjaya dan layak diberi markah A?
Benarkah juga beliau seorang Perdana Menteri yang tidak berpolitik dalam tempoh 100 hari, sebaliknya hanya mengutamakan rakyat semata-mata?
Hakikat paling nyata ialah Muhyiddin belum teruji lagi kedudukannya kerana sejak menjadi Perdana Menteri, beliau bukan saja mengelak untuk mengadakan sidang Parlimen, malah tidak pernah sama sekali berdepan wartawan secara langsung.
Dengan itu, kita tidak tahu sama ada beliau benar-benar ada sokongan majoriti atau sebaliknya.
Lantaran tidak berani mengadakan sidang Parlimen, malah menangguhkan daripada 9 Mac kepada 18 Mei, kemudian menangguhkan sekali lagi kepada 13 Julai depan, itu pun belum dipastikan sama usul undi tidak percaya akan dibenar dibentang atau terus dihalang, tanggapan mudah ialah beliau masih tidak cukup sokongan di dalam Parlimen.
Jika benar sudah ada sokongan, kenapa mesti menangguh-nangguhkan sidang Parlimen?
Walaupun sudah 100 hari memegang kuasa, Muhyiddin juga satu-satunya Perdana Menteri yang tidak pernah berdepan secara langsung dengan wartawan.
Beliau hanya berani muncul melalui perutusan khas beberapa kali di depan kamera dan tanpa pertanyaan wartawan kemudiannya.
Walaupun Covid-19 mungkin merupakan alasan beliau tidak menghadiri pelbagai majlis yang dihadiri wartawan, tetapi tidak ada salahnya pun jika beliau bertemu media, misalnya setiap kali selepas menyampaikan perutusan khas, asalkan penjarakan sosial sentiasa dijaga.
Soalnya, kenapa setelah lebih 100 hari masih lagi tidak ada ruang untuk wartawan bertanya soalan secara langsung kepadanya?
Kalau ada sidang media, dapatlah kita menyaksikan sama ada beliau benar-benar petah dan mampu menjawab soalan wartawan, antaranya berkaitan kedudukan dirinya, kedudukan kerajaan yang diketuainya, serangan pembangkang, hubungan dengan UMNO dalam PN, bila PN akan didaftarkan, kewangan negara, program jangka panjang untuk rakyat pasca Covid-19 dan berbagai lagi.
Daripada situ, barulah kita boleh melihat sama ada Muhyiddin layak diberi markah A atau tidak?
Sekarang ini, bukan saja semua persoalan itu tergantung tanpa jawapan daripada mulut Muhyiddin sendiri, beliau juga tidak menampilkan sesuatu yang meyakinkan dan jelas untuk membawa negara ini ke arah mana dalam tahun-tahun mendatang selepas ini.
Asyik duduk di pejabat saja, kemudian balik ke rumah dan tidak mendedahkan perancangannya, maka kita semua jadi kabur mengenai hala tujunya sebagai ketua kerajaan.
Sebagaimana kita kabur mengenai sokongan yang ada di belakangnya, begitulah juga kita kabur sebenarnya tentang hala tujunya.
Benarkah beliau seorang yang menjaga kepentingan rakyat turut tidak diketahui dengan jelas kerana dengan banyak duduk di pejabat, yang terpapar hanyalah keghairahannya melantik Ahli-Ahli Parlimen mengetuai GLC, menyusun lantikan politik melibatkan pemimpin-pemimpin Bersatu serta menyingkirkan musuh-musuh politiknya, termasuk Tun Mahathir Mohamad yang merupakan pengasas parti itu.
Jadi, siapa kata dalam tempoh 100 hari ini Muhyiddin tidak berpolitik?
Memang beliau tidak banyak, malah hampir tidak ada bercakap tentang politik, tetapi semua tindakan dan kerjanya daripada pejabat lebih banyak melibatkan unsur-unsur politik dan mengukuhkan kedudukan berbanding kerja hakikinya sebagai Perdana Menteri di sebalik dalam masa yang sama berlagak suci dengan mengatakan rakyat muak dengan cerita-cerita politik.
Melalui kaca mana apa sehingga pemimpin Pas sanggup mengatakan rakyat kini lebih gembira di bawah kepimpinan Muhyiddin?
Siapa yang gembira – rakyat, pengampu dan penyokong Muhyiddin atau Pas kerana baru banyak diberi jawatan dalam GLC serta Senator?
Meskipun dengan bantuan kuasa sebagai Perdana Menteri yang ada dalam genggamannya, tindakan-tindakan politik Muhyidddin setakat ini menampakkan hasilnya lebih memihak kepadanya, tetapi persepsi umum, jika diperhatikan telah jatuh merudum lantaran kedudukan rakyat banyak dikebelakangkan, selain gambaran umum bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang paling lemah dan penakut dalam sejarah negara.
Dalam banyak segi, Muhyiddin ternyata jauh lebih lemah serta penakut berbanding Tun Abdullah Badawi yang tidak mampu bertahan lama sebagai Perdana Menteri dan Najib Razak yang akhirnya berjaya dijatuhkan melalui PRU14, tetapi jauh lebih kuat menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk politik berbanding kedua-duanya. 
(Shahbudindotcom 12/06/2020)