BAGI AKU TAK PERLU DAN TAK KISAH PUN PAS NAK TERIMA ATAU TIDAK. KIT NAK LIHAT SEJAUH MANA PA DAPAT BANGUNKAN MALAYSIA INI SEBAGAIMANA ANWAR LAKUKAN HARI INI.IYA TAK SEMUA BAIK ,TAPI SETAKAT INI RAKYAT DAPAT MERASAKANNYA.

 

Mengapa Hadi tidak bekerjasama dengan Anwar?

ANALISA 



Foto kenangan ini menunjukkan keakraban
mereka berdua, betapa sayangnya Hadi
kepada Anwar.

APABILA membicara dan memikirkan politik Melayu dan Islam, satu pertanyaan yang timbul dan tidak pernah ada jawaban konkrit ialah, mengapa Abdul Hadi Awang tidak boleh bekerjasama dengan Anwar Ibrahim? 

Secara logiknya, waktu inilah terbaik untuk mereka jalini kerjasama demi untuk mendaulatkan bangsa dan memartabatkan Islam di negara ini. Peluang yang dimiliki kedua-dua pihak ketika ini cukup baik dan besar bagi merealisasikan apa yang diperjuangkan selama ini.

Hadi adalah presiden Pas sebuah parti Melayu terbesar dan berpengaruh ketika ini, manakala Anwar presiden Keadilan, parti multiracial mempersatukan semua bangsa di negara ini, dia juga kini Perdana Menteri. 

 

Jawatan disandang oleh Anwar itu adalah tertinggi, dengan jawatan itu apa saja didambakan demi memenuhi tuntutan perjuangan dapat dipenuhi sekiranya disokong dengan padu.

Dengan jawatan itu Anwar boleh mengimplimenkan cita-cita bersama Abdul Hadi sebelum ini, baik semasa jadi pembangkang (Pakatan Rakyat) dan juga semasa diawal perjuangan ketika mereka sama-sama menggerakkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), di awal tahun 1970an.

Bukan itu sahaja, mereka dilihat tidak perlu bersengketa di antara satu sama lain, kerana itu menghabiskan tenaga dan masa yang merugikan negara. Ia tidak seharusnya berlaku kerana mereka berasal dari umbi perjuangan sama dan menggalas matlamat dan keazaman serupa. 

Yang membezakan mereka hanya acuan sedangkan tepong yang hendak dimasak itu dijadikan kueh daripada bancuhan sama. Adalah pelik dan menghairankan kalau dari baka perjuangan sama, tetapi jadi menyimpang dan bakut di persimpangan jalan. Kematangan perjuangan sepatutnya memantapkan lagi jiwa perjuangan. 

Rengkas kata mereka menduduki sekolah perjuangan dan idealisme sama dalam ABIM. Kebersamaan itu tidak sepatutnya mereka berenggang atau pun gelincah pendapat dalam soal membangunkan negara, mendaulat bangsa dan memartabatkan Islam di negara ini. Mereka mempunyai azam dan cita-cita sama. Perbezaan acuan tidak sepatutnya memberaikan tepung sebaliknya harus memadukan lagi tepong bagi menghasilkan kueh bermutu dan lazat.

Tetapi tidak seperti diharapkan itu. Kerana situasi itu menyebabkan pertanyaan dan kemusykilan itu timbul kenapa mereka tidak boleh bersama malahan keadaan akhir-akhir ini agak tajam. Ini menyebabkan minda umum terdampar dengan kemusykilan berat itu. Abdul Hadi seakan tidak pernah menjatuhkan busur panahnya menunding ke arah Anwar dan menyerang kerajaan Madani.  Seperti ada dendam besar yang mendekam jiwa presiden Pas itu. Kenapa?

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEioSMB9DXYjLmePNxKAWpN58j9B0pocir2fXAQX5BSlCuzjdcV1E5FVX00OyWzp7wvD5YM9Zbp29-39NwP6-EJZKznOhj4dHf8aCCq5yxBhJqRkBoTtHD7iVTYjKkWMQ1NK_uvt0c69R3y163kHdx9S70vaqXaqSycElkSdVUf1aGxUUhcKP-Zy0aD0aM3R

Salam mereka masih kemas.

Saya cuba membuat analisis sendiri, berpendapat secara peribadi mereka tetap masih menyimpan keazaman dan cita-cita sama untuk Malaysia tercinta ini. Cuma apa yang membezakan mereka dari segi teknik dan strategi bagaimana untuk capai maksud itu. 

Ia umpama pemakaian baju dan seluar maslahatnya sama adalah untuk menutup aurat, cuma bezanya fesyen dan warna kain baju dan seluar itu saja. Ertinya mereka tetap bermatlamat sama, dipisahkan sedikit oleh keegoaan. Justeru jika diaturusahakan dengan baik dan sabar perbezaan ini dapat diatasi. Insya-Allah.

Sesuatu masalah itu ada penyelesaiannya, dan sesuatu kerusutan itu ada pengusaiannya. Banyak orang membuat berbagai andaian berkaitan Abdul Hadi dengan Anwar ini. Dalam hal ini, umum tidak melihat yang menjadi puncanya Anwar, sebaliknya yang menjadi masalah adalah Abdul Hadi Awang, kerana Anwar kini mendiamkan diri sahaja, setiap lontaran dan kebencian diluahkan Hadi terhadapnya tidak dilayani. Apa lagi setelah jadi PM, Anwar dilihat berada dipihak yang menang dan benar. 

Perbezaan dan perkadasan akal atau manhaj perjuangan di antara keduanya, sudah ada usaha untuk memulihkannya. Peristiwa pertemuan Saifuddin Nasution Ismail dengan Abdul Hadi dalam rangka ini telah berlangsung dan menjadi usaha terakhir untuk mengeratkan kembali hubungan mereka berdua. 

Saifuddin cuba menjadi biduk untuk menautkan kiambang. Malangnya usaha itu gagal, Saifuddin pulang dengan tangan kosong disamping hati sedikit terluka. Peristiwa itu menyebabkan Saifuddin tidak sanggup lagi untuk melihat api kemarahan Hadi marak di hadapannya.

Usaha pihak luar.

Kerana melihat pentingnya kedua kawan dan sahabat ini berada dalam satu wadah untuk kemajuan negara bangsa, mendaulatkan bangsa dan memartabatkan agama, maka usaha itu tidak terhenti disitu sahaja. Atas kepentingan itu perlu diusahakan, kerana mereka berdua bukan saja untuk Malaysia, tetapi seluruh dunia umat Islam, ataupun setidak-tidaknya di Nusantara. Lantaran itu ada pihak luar turut berikhtiar  mendamaikan mereka. 

Mereka yang mengambil inisiatif ini setelah menyedari umat Islam Nusantara sangat mengharapkan ada pemimpin dan negara dijadikan model buat mereka teladani dan berlindung. Dan waktu ini Malaysia yang dipimpin oleh seorang berjiwa besar dan komited dengan Islam serta memahami falsafah antara bangsa adalah terbaik. Tidak boleh dinafikan dengan keberanian dimiliki Anwar beliau dihormati dan disegani seluruh dunia Islam atau Barat.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjerD1ovZEwNWv9djhWjr0bQlziQ6SKLy7YNyvmtbYzx6hZuvmum-BGsQwQ6rDyO5POHmOgQ_IkRS2uK6GxshNiQPguKDp7cxhRd6LZ9gtrLy1gwS92EzdjublcN2tIPTr7YZcprHzp7ySNIIkH2FrM1X5nbIaMywiUYb5v7Mb3l5JRzH74WrEAyzvWNPx0

Semua orang bahagia kalau aksi ini
menjelma kembali.

Sekarang ini ada pihak luar terdiri daripada rakan kedua mereka sedang berusaha untuk menangkup kembali kedua insan ini. Melalui pihak tertentu diusahakan agar keduanya dapat duduk semeja seperti sebelum ini. Usaha mendamaikan perbalahan satu pihak itu sedang dilakukan walaupun melalui jalan sukar. 

Kita berdoa dan berharap dengan usaha pihak luar yang juga merupakan kawan dan sahabat baik kedua-dua mereka akan berhasil dan mencapai tujuan yang baik. Biar lambat asalkan selamat (berhasil). 

Apa yang menghairankan umum, sebelum ini mereka baik-baik saja dan nampak intim dalam satu wadah perjuangan. Misalnya sewaktu Anwar diasak fitnah oleh regim Dr. Mahathir Mohamad dengan isu liwat, Abdul Hadi bangkit membela kawannya itu dengan menulis sebuah buku khas mengenai Qazaf. Buku itu membela habis-habisan Anwar yang teraniaya dan memberi peringatan kepada pelaku. Anwar tentulah menyambut baik usaha Abdul Hadi itu dan melihat itulah yang patut dilakukan oleh seorang sahabat.

Secara makrifatnya sukar untuk difahami kenapa Abdul Hadi tidak dapat menerima Anwar hari ini dikala kawannya itu sudah berada dipuncak memiliki kuasa untuk memungkinkan mereka melaksanakan apa yang digagas semasa dalam ABIM dahulu. Cuma Abdul Hadi memberi helah politik, kenapa dia tidak sejalan dengan Anwar kerana Anwar berkawan dengan DAP menerusi Pakatan Harapan. DAP digambarkan sebagai penghalang kesenimbungan persahabatan mereka. Bagi Hadi isu fitnah yang menimpa ke atas Anwar tidak menjadi masalah buatnya. 

Dengan menggunakan alasan DAP itu, apakah kalau Anwar meninggalkan DAP, Abdul Hadi sedia untuk membawa Pas bersama Keadilan? Atau pun sebenarnya itu adalah alasan politik dangkal Abdul Hadi semata-mata, dan beliau kini makin menjadi lunatik kepada Anwar kerana ada berbagai hasutan yang dilakukan oleh orang berkepentingan. Apakah beliau sedar kalau beliau sedang dihasut dan diperalatkan oleh mereka yang membenci Anwar. 

Yang saya nampak.

Apa yang nampak jelas Hadi mula renggang dan kurang mesra dengan Anwar setelah ketiadaan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walaupun saat Nik Aziz masih ada beliau sudah menjadi presiden Pas, tetapi kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am menaunginya. Persahabatan atau hubungan Hadi dengan Anwar dipancukan oleh keberadaan Nik Aziz, apa lagi bekas MB Kelantan itu sangat menyayangi Anwar Ibrahim.

Apabila diselidik dan membaca sejarah persahabatan, perjuangan mereka berdua, saya dapat membuat konklusi awal kepada masalah ini begini. Bagi saya  setelah tiada sebab lain yang nyata dan jelas, menyebabkan apa yang dibayangkan itu menjadi sebabnya. Inilah yang tersumbat dalam hati dan jiwa Hadi kepada Anwar. Saya mengira Hadi ada pendam rasa marah dan terkilan dengan Anwar terhadap satu peristiwa lama yang seharusnya tidak dibawa fikirkan ke hari ini. Hadi perlu move on daripada perkara itu.

Peristiwa itu adalah kemasukan Anwar ke dalam Umno, 1982. Ternyata tindakan Anwar yang menyertai Umno menimbulkan kemarahan orang-orang Abim. Langkah Anwar itu jadi kontroversi. Tindakan Anwar itu dianggap sebagai suatu pengkhianatan terutamanya peribadi Abim yang lebih hampir dengan Pas. Mereka lebih mendoakan agar Anwar bersama Pas. Mereka menganggap demikian kerana tidak memahami dan mampu menyelami daya juang dan tektikal politik Anwar. Sebenarnya kemasukan Anwar ke dalam Umno adalah strategi politik dan dakwahnya.

Hal ini tidak difahami oleh kebanyakan orang ABIM termasuk Abdul Hadi. Hanya mereka terdekat dan rapat sahaja yang memahami tindakan Anwar serta banyak membaca buku-buku politik dunia serta menghayati falsafah politik Machiavellisme, dan lain-lain. Perkara ini ada dikisahkan Allahyarham Dr Razali Nawawi dalam bukunya Erti Kehidupan: Memoir 80 Tahun di muka surat: 165.

Suatu hari, saya datang ke pejabat Anwar Ibrahim. Pada waktu, hanya kami berdua saja yang ada dalam pejabat itu. Saya telah bertanya kepadanya; "Apakah rancangan enta untuk masuk Umno, sedangkan enta telah menghantarkan Ustaz Fadhil Noor ke dalam Pas?" Beliau menjawab bahawa biarlah Ustaz Fadzil Noor bergerak didalam Pas dan beliau bergerak dalam Umno. Saya telah menyatakan perasaan kurang setuju dengan cadangannya untuk memasuki Umno."

Frasa catatan Dr Razali ini memberi makna dan pengertian akan strategi politik Anwar yang tidak mudah untuk difahami oleh orang-orang ABIM sendiri termasuk yang bertaraf Exco dan juga Hadi. Hadi yang ketika itu sebagai ketua ABIM Terengganu, lagi-lagi tidak mengetahui akan strategi ini. Sebagai politician yang berfahaman konvensional beliau, berwala kepada kepimpinan ABIM tanpa menyoal. Politik Hadi juga tidak fleksibiliti seperti Anwar. Lantaran itu strategi ini dimurkai oleh kebanyakan Exco ABIM termasuk Hadi sendiri. Bagi mereka kemasukan Anwar ke dalam Umno sebagai mengkhianati dan menderhaka ABIM. 

Walhal kalau beliau memahami dan menyelami  kenapa Fadzil Noor menyertai Pas dan Anwar menyertai Umno disitu sudah ada kombinasi (strategi) politik di antara Umno dengan Pas. Bahawa mereka berdua mengimpikan untuk menguasai Pas dan Umno kemudian bergabung bagi melestarikan perjuangan yang direncanakan dalam ABIM. Anwar mengambil keputusan atau langkah baru itu setelah memikirkan perjuangan ABIM berorentasikan dakwah dan pendidikan tidak boleh pergi jauh untuk menguasai negara melainkan ikut sama dengan politik kepartian.

Dan apa dirancang oleh Anwar bersama Fadzil itu sudah hampir berjaya. Fadzil menjadi presiden Pas manakala Anwar sudah berada di takah kedua selaku timbalan presiden Umno. Sepatutnya Hadi yang mengambil tanggungjawab daripada Fadzil secara percuma selepas kematiannya (2002) itu meneruskan rancangan itu. Namun kerana kedangkalan strategi dan kecetekan daya siasah Hadi, dan masih terbelenggu dengan politik ortodoks Pas menyebabkan beliau menjadi dendam kepada Anwar.

Dan dendam menjadi tebal dan berkarat apabila ia dilumuri oleh musuh-musuh Anwar yang menguasai Hadi kini. Antaranya ialah Dr Mahathir Mohamad, Mahiaddin Yassin dan lain-lain yang diikuti oleh pemimpin baru Pas seperti Takiyuddin Hassan yang tidak pernah terdidik dengan gerakan Islam yang terbuka. Merekalah yang menjadi batu api menjauh dan merenggangkan Hadi dengan Anwar. Mengenai peranan Setiausaha Agung Pas yang dipikul Takiyuddin kini saya tidak fikir Hadi bersikap seperti hari ini kalau jawatan itu masih dipegang oleh orang seperti Mustaffa Ali yang memahami ilmu politik. 

Hari ini Abdul Hadi telah hanyut terlalu jauh dalam buaian emosi dan mimpinya. Beliau bukan saja setakat berpatah arang dan berkerat rotan dengan Anwar, tetapi sanggup bersekongkol dengan musuh-musuh asalnya, (Pas), peribadi yang dimarahinya sebelum ini. Dalam menghayung marah dan dendam kepada Anwar, Hadi gagal mengenali siapa musuh dan siapa kawan. Dia lupa bahawa musuh utama Pas ialah Dr Mahathir dan Mahiaddin bukannya Anwar atau DAP. Cuba belek kembali akhbar lama dan dengar semula kaset-kaset penghinaan Mahathir dan Mahiaddin kepada Pas, apa disebut oleh mereka terhadap Pas sungguh sadis dan kejam. Ironinya Hadi kini menjadikan kedua individu sebagai rakan karibnya.  

Saya faham kenapa beliau melakukan demikian, berkawan dengan Mahathir dan Mahiaddin, kerana beliau cuba melakukan apa yang dilakukan Anwar sebelum ni., yang berbaik dan bersahabat dengan Mahathir. Bagaimana pun apa dilakukan Hadi itu agak sumbang dan ketinggalan setelah tempoh perjuangan hampir lima dasawarsa beliau tidak sepatutnya menggunakan tektik dan strategi sama, kerana ia sudah out of date.

Langkah atau strategi Anwar berbaik dengan Mahathir ketika itu tepat dan bijak, tetapi tidak waktu ini bagi Hadi. Presiden Pas seharusnya sedar dan memahami yang Dr Mahathir tidak sekuat dan sepengaruh dahulu lagi, semasa Anwar dapat menyelit masuk untuk berada di bawah ketiaknya. Hari ini ketiak Mahathir pun tidak seharum dahulu lagi, yang sepatutnya ia dapat dikesan oleh hidung Abdul Hadi. Kisah Nabi Musa dengan Firaun sudah tidak valid lagi. 

Menutup catatan ini, saya membuat kesimpulan begini:

1. Abdul Hadi jadi marah dan berdendam dengan Anwar kerana gagal memahami startegi politik Anwar dan Fadzil Noor bagaimana hendak menganjakkan perjuangan ABIM dengan menguasai parti politik. Anwar menguasai Umno manakala Fadzil Noor menguasai Pas.

2. Hari ini Abdul Hadi cuba meniru dan plagiat strategi dan tektik Anwar itu untuk mengena dan menjatuhkan Anwar dengan berbaik dan bermuafakat dengan orang-orang yang telah dikalah oleh Anwar Ibrahim.

Matahari masih belum terbit di sebelah barat, Abdul Hadi masih ada peluang untuk bermuhasabah dan memperbetulkan iktikad politik yang silap. Hadi harus faham dan mengerti politik Anwar adalah politik berwawasan, bermatlamat apa digarapkan sewaktu dalam ABIM dan bukan politik membalas dendam. Sepatutnya apabila Anwar jadi Perdana Menteri, Abdul Hadi bangga dan membawa Pas mendokong sahabatnya itu, bukan membina medan perang tidak berkesudahan. Abdul Hadi sepatutnya mengambil kesempatan di atas kejayaan kawannya itu.

Politik Anwar dirancang, diatur dan disusun demikian indah dan mantap, bernuansakan Islam sejagat, bukan politik iseng-iseng atau diadakan tanpa sebarang nawaitu. Anwar mengatur strategi dan jihadnya dalam wadah yang ampuh, gerakan mahasiswa, gerakan dakwah dan terbiah ABIM disamping membina rangakaian dengan gerakan dan kumpulan Islam dunia. Itu yang menguat dan memperkasakan politik dan jiwa juangnya. Maknanya strategi dan perancangan Anwar canggih dan objektif. 

Saya mendoakan semoga Ayah Chik akan berpaling semula ke dalam melihat dirinya dan komitmen perjuangan di tahun 70an dan 80an dahulu, apakah matlamat dia tujuan berpolitik. Renung sedalam-dalamnya sambil "bertawajuh" dengan Tuhan. Apakah ia untuk mempersatukan persaudaraan Islam dan manusia, atau sekadar menjadi tukang syarah dan mendapat sedikit pujian dikultuskan sebagai seorang tokoh yang keramat?

Semoga Abdul Hadi akan kembali ke jalan benar bukan terbawa-bawa oleh pemandu yang tidak bermatlamat, seperti Mahiaddin dan Mahathir. Belum terlewat untuk Ayah Chik berpatah balik, mengaku silap demi kebenaran, akan dan tepuk puji seluruh ummat. Tinggalkan sesuatu yang akan dikenang dengan baik bukannya dibenci kerana kekhilafan kita.  [wm.kl. 11:06 am 07/09/2024]

 

DUN MAHKOTA UMNO VS BERSATU! ADAKAH BERSATU AKAN KALAH TERUK LAGI!

“SAMAN MAHATHIR JUAL KEDAULATAN” DAN PERKARA MENGEJUTKAN POLIS PANTAU GL...


Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi mahu kerajaan menyaman pihak yang bertanggungjawab menjual kedaulatan negara dalam tuntutan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura. Beliau tidak menamakan pihak tersebut tetapi memberi bayangan bahawa individu tersebut ialah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir merupakan Perdana Menteri ketika Malaysia mengambil keputusan untuk tidak merayu keputusan dalam kes tuntutan pulau tersebut. Beliau turut mengaitkan individu tersebut dengan syarikat milik empat kerajaan negeri SG4. Umum mengetahui bahawa Dr Mahathir merupakan penasihat kepada SG4. “Justeru kita tunggu pembentangan laporan Batu Putih di Parlimen. Benar, kita tidak akan dapat balik wilayah itu. “Tetapi mesti ada individu yang dipertanggung jawabkan kerana jual kedaulatan negara. Dia mesti disaman. Jangan nanti SG4 juga terjual,” katanya dalam satu hantaran Facebook. Terdahulu Puad mengucapkan tahniah kepada Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Othman Said atas kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu. “Tahniah Azalina and the team kerana Malaysia menang kes tuntutan Sulu. Mahkamah Agung Belanda menolak rayuan kumpulan Sulu. “Ini kemenangan muktamad. Kita juga menang di Mahkamah Luxembourg, Mahkamah Rayuan Hague Belanda, Mahkamah Rayuan Paris di Perancis dan juga di Mahkamah Sepanyol. “Gagallah usaha kumpulan Sulu untuk merampas aset RM62.59B. Bahkan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa kena penjara 6 bulan. “Ia bukan kerja mudah. Tahniah pada PMX kerana tegas pertahan kedaulatan negara.” Sumber Berita




Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian Bulan Malaysia Sihat Sejahte...

PAPAGOMO BIADAP & MENTAL! TUDUHAN MELAMPAU SEMASA PMX LIVE DI RUSIA!


Tergamak Papagomo meninggalkan kenyataan berbaur fitnah dan menghina Perdana Menteri semasa siaran langsung YouTube Presiden Russia, Vladimir Putin hari ini. Tangkap layar komentar biadab Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris itu tersebar di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan bekas Exco Pemuda UMNO itu selain mempersoal faedah yang dia dapat dengan berperangai begitu. “Bagaimana dia boleh hidup setiap hari dengan begitu banyak kebencian di dalam hatinya? Habis kata-kata dah dengan manusia seorang ni (Papagomo),” tulis seorang pengguna X. Dalam masa sama, Papagomo, 41, dilihat sebagai menghina maruah Malaysia selain memmpamerkan kebodohannya sendiri kepada seluruh dunia. Justeru, warganet berharap tindakan mahkamah dikenakan terhadap tentera siber pembangkang yang menggunakan nama ‘Sir Azri’ itu. “Harap sangatlah PMX sendiri minta semua bukti. Kalau tiada, kasi saman sampai terkubur terus kehidupan bekas polis korup tu,” kata @aarif_twts pula. Papagomo yang sebelum ini juga dikenali sebagai blogger dilihat kerap mencetuskan kenyataan berbaur kontroversi dan fitnah. Antaranya, dia pada 8 November 2023 didakwa mengeluarkan kenyataan mengandungi hasutan di laman Facebook Halid (Halid Mat Kool) bahawa kerajaan pro kepada Israel dan Barat. Pada hujung April lalu pula, polis menahan Papagomo kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong. Menerusi satu hantaran video berdurasi dua minit 46 saat, Papagomo mempersoalkan tindakan Agong bertemu pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara.




HATI HATI . KADANG ITULAH..KITA HATI HATI DAH..NASIB KITA KADANG TU.

Cikgu Aben


Allahuakhbar. Kejamnya 😭 hati2 lah kamu yang hantar anak2 di pengasuh, taska ni… bukan mahu fikir buruk, mmg bukan semua, tapi tu lah.. huwaaaa 😭




Al-Arqam > Rufaqa > Ikhwan

Zuwairi Md Yusof


Baik punya salin kulit ni GISBH,hahaha.Nak heran apa mereka boleh bertukar rupa lihat saja apa dan bagaimana PAS buat benda sama,kehkehkeh


Bakar tangan,cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang di lakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal.Malah ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas di liwat mereka pula akan di paksa meliwat rakan lain oleh penjaga.


Air Rendaman Janggut,Rambut,Basuhan Badan Pemimpin GISBH Di Dalam Makanan Yang Di jual.Katanya, Wali2 diorang ni berkat. Berpuluh-puluh pengakuan bekas ahli GISBH melakukan sendiri perbuatan spray Air Berkat ke dalam hidangan yang di jual di premis GISBH [https://x.com/Alonso05210872/status/1831690828412285391](https://x.com/Alonso05210872/status/1831690828412285391)




Mana dia semua penjilat2 perkauman dan pencacai2 najis pro penunggang agama macam PAS dan BERSATU?Aku rase korang yang berperangai seperti ini bukannya Anwar Ibrahim seperti korang ratib sekian lama dengan ayat liwat,main jubur,liwat,main jubur.Korang ni jenis pemakan produk Al Arqam sekian lama barangkali.Hentikan pembelian dan jauhkan diri anda dari produk mereka sampai bila2 sekian.



BAIK KITA SEDEKAH SAJA.


 Cerita lama tapi sebab tengah kecoh 𝗞𝗗𝗔 𝗙𝗖 sedang nazak, aku ulas sikit.



Bayar gaji pemain bola dengan bantu anak yatim, yang afdal sebenarnya 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗮. Kenapa?


Sebab gaji tu sebahagian daripada kontrak. Kontrak tu adalah 𝗽𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻.


Janji mesti ditunaikan. Bersedekah dalam keadaan masih ada hutang tertangguh 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻.


Sama ada dia berhutang, atau dia bantu selesaikan hutang orang, tetap itu yang lebih afdal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KERAJAAN PH NI TETAP NAMPAK LEMAH. BA BENDA BAIK TAK DIWAR WARKAN... LEMAH..


 Ni amenda pulak 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 ni? Tak tahu cerita pun? Dengar dapat RM100k tanpa syarat.



Benda baik ni tapi kenapa tak digembar-gemburkan? Benda begini perlu dipromosikan di semua platform. Ulang siar tiap hari, tiap masa. Biar semua orang tahu. Biar semua orang ingat.


Fahmi Fadzil, mana team promosi Madani? Semuanya dalam gua ke apa? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



DRAMA BARU NAK ARAH.. SKRIP DALAM PERANCANGAN..

 RMS


Mulalah drama..penerbit, pengarah, penulis skrip geng sendiri. 




Jalan cerita : Ada pihak yang cuma  halang mereka, itu baru episod pertama ada 299 episod lagi..

😇😇

SAHIH LAKI MAIN MESIN. DAK PUN MAIN BETINA.. KEH. KEH


 

PMX TIBA DI RNR LESTARI

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) bagi merasmikan R&R Lestari Pertama di Lebuhraya Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) pagi ini.







📸 Muhammad Hazim | BERNAMA




LAWYER FIKRI, BOLEH KOMEN CIKIT TAK ???


Mohd Azlan. 







Setahun lebih yang lalu, bukan main semangat nampaknya LAWYER FIKRI ni join kumpulan ramai ramai dalam gambar ni yang segelintirnya datang daripada luar ke Besut kononnya nak terjah saya kerana saya dianggap SCAMMER HARTANAH.


Lawyer Fikri yang saya bulatkan dalam gambar ni siap bergambar angkat tangan tanda kuat dan gagah bersama ' Dato Sri ' Fareed Ghani, Yusuf Azmi, Che Wan Al Lakazam, Shahruldi Mahafiz, dan lain lain.


Apa tak bangga kan, boleh duduk bergambar bersama ' Dato Sri ' yang datang nak banteras saya yang dianggap sebagai menipu pembeli pembeli hartanah. Begitulah lebih kurang maklumat yang saya dapat.


Last last pecah temberang yang ' Dato Sri ' Fareed Ghani diburu polis kerana disyaki guna gelaran Dato Sri PALSU. Bukan setakat ada gelaran ' Dato Sri ' , title ' DR ' pun lelaki tersebut guna.


Yusuf Azmi pula datang kononnya nak tolong pembeli pembeli tanah kerana saya ni dianggap Scammer hartanah tipu pembeli dalam urusan jualbeli hartanah.


 Bab kutip atau tuntut hutang ni  Yusuf dah biasa, maklum la dia mungkin ingat dia kan hero dan orang cepat takut bila dia menggeletar kot ??? Sibuk sangat kot Yusuf duk bantu tuntut hutang hutang orang lain, sampai dia lupa yang dia pun ada hutang! 


Last last tembelang Yusuf Azmi pecah setelah page My Kuala Langat bongkar Yusuf Azmi berhutang dan tak bayar hutang. Kecoh Yusuf Azmi kena kutuk oleh orang ramai yang siap bawa sepanduk serta pijak kain rentang kecam Semboyan.


Malu besar nampaknya Yusuf Azmi masa tu, dia ingat dia sempurna sangat dan orang semua takut dengan dia kot ? 


Amacam lawyer Fikri ??? Tak nak ulas cikit ke pasal tokoh hebat dua orang yang kamu bergambar ni ???


Apa komen si lawyer Fikri ya ???


Sape scammer sebenar ya ??? 


Apa khabar ' Dato Seri ' palsu tu sekarang ya lawyer Fikri ???


Tak nak bergambar lagi ke dengan Dato Sri palsu tu ???


Jangan diam je lawyer Fikri. Kalau tak silap kamu ni Imam Masjid Kg Nyior 7 Jertih kan ??? Kalau betul jadi Imam Masjid, kena jujur tau dalam membela kebenaran.


Harap harap jangan lah jadi MUNAFIK ya tuan Imam.


Imam ni sepatutnya kena pimpin makmum. Kalau Imam tunggang langgang, macamane makmum nak ikut ???


Jangan duk nampak salah orang lain je, tapi bila kena atas batang hidung sendiri atau geng geng yang buat salah, macam buat buat tak nampak!



KITA KENA SIASAT MAHATHUR. KALAU DIA JUAL NAMA MAHIADDIN KITA PUN KENAL SIAPA DIA NI. JADI PEGANG DIN.. DAPAT MAHAZALIM.

 


1BestariNet ni, apa kata kita tengok 𝙖𝙡𝙩𝙚𝙧𝙣𝙖𝙩𝙚 𝙩𝙞𝙢𝙚𝙡𝙞𝙣𝙚 pulak. Macamana kalau Mahiaddin berkata benar. Ada kemungkinan tak 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝙪𝙥𝙖𝙝 dari kontrak YTL ni?


Macamana jika Mahathir 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 untuk paksa Dr. Maszlee sambung kontrak YTL. Kita pun tahu Mahathir memang 𝙚𝙭𝙥𝙚𝙧𝙩 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 ni. Dia kan pelakon terbaik.


Ada beberapa perkara kita boleh 𝘤𝘰𝘯𝘴𝘪𝘥𝘦𝘳.


Pertama, Mahathir tu PM manakala Mahiaddin cuma Menteri Dalam' Negeri. Malah dalam parti pun, jawatan Mahathir 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻. Tak logik Mahathir patuh kepada Mahiaddin.


Kedua, YTL memang 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 sejak dulu. Kalau ingat projek 𝗜𝗣𝗣 yang perjanjiannya 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 dan 𝗿𝘂𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗡𝗕. Hubungan YTL dengan Mahathir  𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗮𝗸𝗿𝗮𝗯 berbanding Mahiaddin. 


Ketiga, Dr. Maszlee juga mengatakan yang beliau ada bertemu dengan Mahiaddin selepas dipanggil oleh PM tetapi 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸 𝗬𝗧𝗟 ni.


Bila difikirkan, ada kemungkinan memang Mahathir yang nak pecat Dr. Maszlee dan 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗱𝗲𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗮𝗱𝗶𝗻. Kalau ambil kira hubungan Mahathir dan YTL, 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝗼𝗴𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵 kontrak YTL tak disambung berbanding Mahiaddin.


Cuma, masa kontrak 1BestariNet diberi kepada YTL, Mahiaddin Menteri Pendidikan manakala Mahathir 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Tapi itu pun tak pelik sebab Mahathir memang selalu campur tangan.


Lagi satu, Mahiaddin punya goyang serta kenyataan media Bersatu tu buatkan Mahiaddin nampak seperti sedang 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗯𝗮𝗵. Seperti kata orang tua, 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Bila Mahiaddin gelabah, nampak macam dia bersalah.


𝗔𝘁𝗮𝘂, dua-dua sekali terlibat. Mahiaddin dan Mahathir sama-sama 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝙪𝙥𝙖𝙝. Pun logik juga. Hahaha... Apa  pun, kes dalam siasatan SPRM. Kita tunggu hasil dari siasatan itu. 𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗥𝗠. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ADAKAH BENAR SISTEM PENDIDIKAN KITA GAGAL ?



Apa di sebalik kegagalan sistem pendidikan Malaysia?


Dengan begitu ramai guru cemerlang meninggalkan sistem serta anak muda berhijrah, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi siapa yang berani untuk mengambil tindakan?



Beberapa bulan yang lalu, seorang rakan yang merupakan guru bahasa Inggeris sekolah menengah memberitahu saya bahawa dia telah memohon untuk bersara secara pilihan.

 “Kenapa? Kan ada banyak lagi tahun sebelum bersara,” saya bertanya.

“Cukuplah. Terlalu banyak kertas kerja,” jawabnya. “Dan hari ini, semuanya pasal markah…. Kemudian … ada lagi hal lain…. Awak pun tahulah, sistemnya!”

Saya tahu betul apa yang beliau maksudkan. Dirinya, seperti ramai penjawat awam etnik minoriti lain, telah pun mencapai siling kacanya! Tidak ada harapan langsung untuknya dapat menaiki tangga perkhidmatan awam dan meneruskan peranan yang lebih dinamik.

Saya berpeluang bekerja bersama dengannya sebelum ini dan tahu beliau seorang guru yang cemerlang dan guru sumber daerah yang menjadi sumber rujukan di peringkat negeri. Beliau pastinya akan menjadi contoh yang sangat baik sebagai pemimpin sekolah.

Semua orang tahu tentang dasar ‘tidak bertulis’ seperti ini, sebahagian daripadanya mungkin didalangi oleh ‘Napoleon kecil’ dalam sistem, dengan agenda perkauman peribadi yang mempengaruhi segala galanya. ‘Dasar’ ini boleh menjadi sesuatu yang sangat tidak menggalakkan serta mengenepikan peranan guru yang berdedikasi seperti beliau.

Ada juga seorang lagi guru yang saya kenali. Beliau adalah seorang guru bahasa Inggeris yang mahir dengan ijazah kedoktoran dalam pendidikan dan mempunyai pengalaman mengajar yang luas. Namun, beliau pun hanya menunggu masa sebelum memilih untuk keluar dari sistem dalam beberapa tahun.

Sebagai seorang guru etnik berbangsa minoriti, beliau telah dimaklumkan bahawa beliau tidak akan dilantik sebagai pengetua sekolah mana-mana sekolah kebangsaan (melainkan ia adalah sekolah mubaligh) – kerana peranan sedemikian kononya sudah dikhaskan untuk orang dari kumpulan etnik tertentu.

Jadi, siapa yang menulis dasar ‘tidak bertulis’ seperti ini?

Ini bukan perkara baru bagi saya. Namun, ia cukup menyedihkan saya. “Dasar’ ini tidak menggalakkan calon etnik minoriti yang berpotensi daripada menjadi pendidik kerana peluang kemajuan kerjaya yang terhad untuk mereka.

Dengan begitu ramai guru cemerlang meninggalkan sistem dan begitu ramai anak muda berhijrah, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi siapa yang berani untuk mengambil tindakan?

Dalam keadaan sebegini, PM telah meminta kemasukan guru daripada Singapura bagi membantu untuk membendung tahap kemerosotan dalam bahasa Inggeris di Malaysia.

Itu, bagi saya, adalah sesuatu yang memalukan negara. Adakah kita kini begitu kekurangan penutur bahasa Inggeris yang mahir di tanah kita sendiri sehingga kita perlu meminta mereka dari luar?

Kita bukan sahaja telah mensia-siakan mereka yang mempunyai kelebihan bahasa Inggeris di tempat kita sendiri sejak empat dekad yang lalu, tetapi kita juga gagal mengoptimumkan sumber yang sedia ada.

Ramai, termasuk beberapa pelajar saya sendiri, telah memohon untuk menjadi guru bahasa Inggeris. Tetapi mereka ditolak.

Apabila saya bertanya kepada mereka apa sebabnya, mereka mengangkat bahu dan berkata ia mungkin disebabkan oleh ‘kriteria’ pemilihan lain yang wujud untuk pendidikan guru.

Kita perlu mempertimbangkan secara serius kesan daripada tanggapan sebegitu.

Adakah seseorang guru yang berpotensi serta berkelayakan tinggi ditolak kerana ‘kriteria’ lain yang wujud, selain daripada penguasaan disiplin masing-masing?

Seperti itulah, kita kemudiannya kembali kepada persoalan yang tidak mahu dibicarakan secara jelas oleh semua orang. Bagaimana jika saya berani untuk memberinya nama dan memanggilnya sebagai sifat perkauman yang diinstitusikan? Apabila ia berlaku dalam sistem pendidikan, kesan yang terhasil mempunyai kesan serta-merta dan berterusan untuk generasi akan datang.

Ia suatu hal yang sukar untuk ditelan. Tetapi jika Kementerian Pendidikan benar-benar ingin membendung kemerosotan dalam tahap pendidikan, kita perlu berhadapan dengan realiti dan kesan yang dibawa oleh dasar yang sedemikian rupa kepada kita.

KPM juga mungkin perlu melihat kepada ‘Napoleon kecil’ itu (jika wujud), yang nampaknya dengan agenda perkauman mereka sendiri, bersembunyi di sebalik tampuk kuasa.

Untuk berlaku adil, komposisi etnik penduduk di mana-mana sekolah sepatutnya bukanlah sesuatu yang penting, asalkan guru yang dilantik adalah mereka yang terbaik serta boleh kita serapkan ke dalam sekolah kita, tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau agama.

Saya telah melihat beberapa guru yang luar biasa dari semua etnik. Kita memerlukan mereka semua, tidak kiralah apa bangsa mereka pun. Kita hanya perlu belajar menerima semua bangsa.

Soalnya, adakah kita meletakkan guru yang terbaik di sekolah kita?

Untuk sudut pandang yang lebih luas, mari kita selidik apa terjadi di Singapura. Kedua-dua Singapura dan Malaysia mempunyai titik permulaan yang sama pada tahun 1965. Hari ini, sekolah-sekolah Singapura diiktiraf sebagai sebahagian daripada prestasi terbaik dunia, cemerlang dalam matematik, sains dan celik huruf.

Apabila ditanya bagaimana mereka mencapai ini, jawapan mereka adalah mudah – “kurikulum yang menyeluruh yang dihantar ke setiap sekolah oleh guru yang berkualiti tinggi.” 

“Jenis negara yang kita mahu wujudkan bergantung kepada sekolah yang kita cipta,” kata Dr Azly Rahman, seorang ahli akademik, pendidik dan pengarang.

Jadi, jika sistem pendidikan kita hari ini didorong oleh perpecahan dan bukannya perpaduan dan pembauran, maka itulah hala tuju yang telah dibawa oleh dasar kita.

Sekolah kebangsaan kita pernah menjadi sekolah pilihan. Pada masa lalu, sekolah swasta dianggap sebagai alternatif bagi mereka yang gagal mendapat kelayakan baik dalam sistem persekolahan kebangsaan.

Hari ini, bagaimanapun, sekolah kebangsaan telah berkembang secara perlahan-lahan untuk dianggap sebagai ‘kurang baik’ – hasil daripada semua ‘niat baik’ dasar yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang dimulakan pada tahun 1970-an dan kemudiannya melalui formula polisi lain yang seterusnya.

Jalan ke neraka sentiasa dirangka dengan niat yang baik.

Dasar-dasar ini, termasuklah soal ‘ketuanan Melayu’, telah jauh menyimpang dari tujuan asal mereka. Mereka kini, secara sengaja atau tidak, telah menjejaskan kualiti sekolah dan guru kita.

Sekolah kita adalah tempat benih di mana kita membentuk, semangat, serta ruang masa depan negara.

Mungkin sudah tiba masanya untuk KPM melangkaui tabir politik dan retorik ahli politik. Kementerian perlu melihat dengan teliti setiap kisah yang ada.

Semasa saya menjadi guru, saya terpaksa mengajar seorang guru geografi yang berkelayakan cara menggunakan skala di dalam peta.

Saya terpaksa menerangkan kepada guru bahasa Inggeris perbezaan antara perkataan ‘to’ sebagai preposisi dan ‘to’ sebagai bentuk infinitif kata kerja.

Saya terpaksa membetulkan skema pemarkahan yang tempang untuk peperiksaan sekolah. Saya mendengar aduan daripada pelajar tentang kesilapan guru mereka dalam menanda kertas mereka.

Saya menyaksikan guru-guru yang tidak dapat mengatasi kecemerlangan akademik pelajar mereka sendiri di mana kefahaman mereka tentang sesuatu subjek itu jauh mengatasi guru mereka.

Pernah, ketika pemeriksa lisan Bahasa Inggeris jemputan masih wujud, saya telah dihantar bersama guru lain ke sebuah sekolah untuk mengendalikan peperiksaan lisan Bahasa Inggeris SPM.

Seorang calon di sekolah itu ditanya apakah rancangannya selepas peperiksaan SPM tamat.

Dia menjawab dalam bahasa Inggeris, “I will let down my hair and paint the town red,” katanya.

Tanpa was was, saya memberinya markah penuh.

Walau bagaimanapun, pasangan saya memberikan pelajar markah sifar! Apabila saya bertanya mengapa, dia berkata bahawa jawapan calon itu tidak masuk akal baginya!

Adakah kita berlaku adil kepada calon dan pelajar kita apabila kita mempunyai guru dan pemeriksa yang kurang kepakaran dalam disiplin mereka sendiri? Ini belum kira kerumitan pedagogi serta penglibatan yang bermakna.

Sedekad selepas saya pergi, saya membayangkan keadaan di sekolah pasti bertambah buruk. Ramai ibu bapa kini memilih sekolah antarabangsa yang mahal atau sekolah vernakular dan bukan sekolah kebangsaan untuk anak-anak mereka.

Sekolah harus menjadi organisasi pembelajaran yang memberi inspirasi kepada pertumbuhan intelek. Ia bukanlah sebuah tempat untuk guru mendidik diri tentang disiplin mereka sendiri.

Jadi, adakah kita patut merasa terkejut mengapa kita kini tercicir daripada kedudukan Pisa antarabangsa untuk matematik, membaca dan sains? Adakah kita terkejut apabila sekolah vernakular dan sekolah antarabangsa menjadi semakin popular?

Masa depan tidak lagi menentu. Sudah tiba masanya pemimpin kita untuk menyedari bahawa persaingan zaman ini bukan sahaja daripada orang dari etnik lain di dalam Malaysia tetapi daripada negara jiran Asean kita, yang mungkin akan meninggalkan kita jauh di belakang.

Walaupun kita masih bergelumang dengan cara fikir politik kita yang berusia lima puluh tahun berlegar sekitar politik perkauman dan identiti, terdapat ketidakpastian yang lebih gelap yang kita menghadapi. 

Sejauh manakah kita bersedia dalam mengurus dunia digital atau hidup dalam metaverse? Sejauh manakah kita bersedia bersama AI?

Sukeshini Nair
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Ogos 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.      Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.    Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.    Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.    Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronisme