TESLA MULA MENGANCAM

 



Nazz Abdullah.


TESLA: Kalau korang ada budget nak beli SUV harga ala-ala CRV, adakah korang akan beli CRV atau Tesla Model Y?


Buat pertama kalinya TESLA bertapak secara rasmi di Malaysia, serta merta diorang lakukan kejutan ganas! Move pertama ialah buatkan semua jenama lain terkedu dan tanya diri sendiri, "adakah kita jual kereta selama ni mahal sangat?"


Hari ni Tesla launch Model Y (SUV saiz mcm X70 atau CRV) Tapi di luar negara Tesla bersaing dengan jenama premium mcm BMW MERC dll..


Sebelum ni recon dealer jual Model Y ni antara RM340K ke 490K (hampir half million). Orang ttp beli sbb brand dia TESLA.


But now.. Baru:


Standard: RM199K

Long Range AWD: RM246K

Performance AWD: RM288K


Gilerr.. Ini belum masuk Model 3 lagi. Confirm dah dekat harga Civic.


Kita tak tau apa yg PMX dah deal dgn Elon Musk.. Apa trick diorang sampaikan harga Tesla Malaysia antara harga Tesla paling murah kat dunia.


But apa kita dapat predict.. kalau Tesla laku keras, banyak model lain akan terjejas, baik EV atau kereta biasa, dan mungkin banyak pengeluar kereta akan kaji balik harga diorang. 


Banyak lagi saya nak cerita pasal Tesla & harga kereta yang semakin tak masuk akal lepas pandemic ni.. Insyaallah video malam esok.. Subscribe youtube channel Nazz Abdullah.


#teslamalaysia #hargatesla #tesla #modely #teslaprice



Aduh... Kacau SPRM ni. Terengganu pula kena...



Teringat dialog filem Seniman Bujang Lapok. Sudin cakap dekat wak tauke warung tu. "Wak, lain kali kalau kitorang minum, kira saja sudah la. Tak payah la ambil duit." Wak tu jawab "tak payah ambil duit ye? Ko ingat ni kedai bapak ko?" Hahaha...


Sama la dengan ni. Lain kali kalau kes lebai SPRM siasat je la. Tak payah dakwa. Kalau dakwa nanti dia kata pendakwaan terpilih. Walaupun diberi bukti berderet-deret. Tetap dia kata konspirasi. Tapi yang bahagian wak tu jawab aku ambik la. "Ko ingat ni negara bapak ko?" Guane boh?


 

Raja Gelap 


TEO WEE CHENG



Adrian Lim 


Secara kebetulan, dia berketurunan Cina.

Secara kebetulan, dia terkait dalam kes rasuah Jana Wibawa yang dikhususkan untuk memperkasakan kontraktor Bumiputera.


Secara kebetulan, dia merupakan Pengarah Urusan dan pemegang saham kedua terbesar syarikat SHH Resources Holdings Bhd.

Secara kebetulan, Abang Muhyiddin Yassin, iaitu Allahyarham Abdul Aziz Yassin merupakan bekas Pengerusi SHH Resources Holdings Berhad.


Secara kebetulan, dia punya company terletak di Pagoh.

Secara kebetulan, Ahli Parlimen Pagoh ialah Muhyiddin Yassin.


Ini semua kebetulan je.


PN masih komited membela nasib orang Melayu 👍🏻


ABAH GAGAL SEDIAKAN GERAN FELDA kerana...





Adrian Lim


1. ABAH TEBUK ATAP

Orang jadi PM ikut penggal dan pilihan raya. Abah jadi PM cara jatuhkan satu kerajaan, kemudian salahkan orang lain sebab jatuhkan balik kerajaan dia.


2. ABAH BAPAK PENGUMUMAN

Orang buat pengumuman selepas bersedia melaksanakan sesuatu. Abah umum dulu, nanti barulah fikir macam mana nak laksanakan. Contohnya cirit birit dulu, ada air basuh ke tak nanti check.



REPORT CARD




Semalam saya ulas report card N9. Ramai la netizen Nismilan komen rata2 happy dengan MB mereka. 


Saya check juga, ni geng cytro fake account ke. Tak juga, banyak real accounts sebenarnya. Katanya mereka nampak bukti N9 dah makin best, kat Kuala Pilah pun dah ada Starbucks 👍🏼 hehe… itu barometer nya pulak 😅


Yelah tak mungkin semua orang suka MB Amin ni. Ada jugak kot geng lain nak Peja atau Cikgu Bard ganti jadi MB. Itu terpulang… kuasa undi masing2 😅✌🏼


Ok, next. 


Saya dapat Report Card negeri Kelantan. Dari FB Exco Belia Negeri. 


TBH, saya tak tahu nak pengsan ke nak ulas 😅


Tak agak2 dia punya claim tu. 99.07% dah capai semua Manifesto. Tapi tiada langsung data diberi. 


KPI pula “Mendaulatkan Agama” terus dapat 100%. Macam mana nak ukur tu? KPI “Suburkan ekonomi” tak dapat Full Mark pula, mungkin sebab masalah air tak selesai. 


Saya bukan la nak troll atau kuang asam. Tapi memang macam mana nak ulas pun tak tahu. Serupa, depa set kertas soalan, depa ambil exam, depa jugak la letak markah suka suki. Syok sendiri. 


Kita boleh gelakkan lah. Seronok kan mengutuk? 


Tapi cuba kita bayangkan, takkan la takde seorang pun EXCO atau pegawai yang cerdik nak buat Report Card yang baik di Kelantan tu? 


Saya selalu je jumpa think tank parti PAS. Yang pernah kerja dengan TG Nik Aziz. They’re super smart people. Very good strategists. Datang dari Ivy League Uni di Timur Tengah. 


Tapi kenapa perlu act dumb? Dumb down rakyat sebegini.


Jawapannya “they’re playing it to the gallery”. They only appeal to their pengundi. “Ini yang pengundi nakkan, ini yang kami beri”. 


Seorang Otai pernah cakap dengan saya, strategi politik PAS Kelantan ialah kekalkan rakyat dalam kemiskinan. Kerana selalunya orang miskin yang dekat dengan Tuhan. Bolehlah parti politik agama cari makan. 


Mungkin pada golongan JPO dan GAP, poster ini doesn’t make sense. 


Tapi percayalah, di suatu ceruk di Kelantan, despite the silliness it represents, poster ini pastinya disambut dengan laungan “Allah huakbar”… 


“Nak Isle ke nak kemajuan?”  Maka kekallah mereka sedemikian. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



SPRM PANGGIL LEBIH RAMAI SAKSI KES CURI NADIR BUMI


 

MASA HANG KENA , TAK BOLEH BERSUARA.

 


KERAJAAN KELANTAN KANTOI


 

SANUSI KENA LAGI.


 

SANUSI BERPOTENSI DIDAPATI BERSALAH, MEMBERINYA KEMENANGAN SUATU PEMBAZIRAN

 


Walaupun telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan, selain bakal disiasat pula oleh SPRM berhubung isu nadir bumi, Pas dilaporkan tetap akan meletakkan Sanusi Md Nor sebagai calon pada PRN akan datang ini.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata, Sanusi akan tetap diturunkan sebagai calon dalam PRN Kedah.

Bahkan, kata beliau, Menteri Besar sementara itu setakat ini kekal sebagai taruhan utama dalam usaha PN mempertahankan Kedah daripada dirampas pihak lawan.

“Insya-Allah, sehingga kini beliau masih calon utama. PAS akan kekalkan beliau,” katanya.

Mengikut fakta, kes mahkamah yang dihadapi Sanusi adalah amat serius kerana menyentuh hal paling sensitif dalam isu 3R iaitu memperlekeh dan mempertikaikan kebijaksanaan Raja-Raja Melayu.

Yang diperlekeh dan dipertikai itu pula bukan setakat seorang Raja, tetapi dua Raja iaitu Sultan Selangor dalam hal melantik Menteri Besar dan Yang Dipertuan Agong berkaitan titah penubuhan kerajaan perpaduan.

Tidak pernah ada mana-mana pemimpin Melayu, hanya didorong oleh kepentingan politik, sanggup bersikap celupar serta biadap kepada dua Raja sebagaimana Sanusi lakukan ini.

Berdasarkan serius dan sentisifnya isu yang disentuh Sanusi, selain berdasarkan fakta dan logik akal, agak sukar sebenarnya untuk Sanusi terlepas daripada dikenakan hukuman atas kesalahan yang telah dilakukannya.

Kedua-dua pertuduhan dikenakan terhadapnya ialah mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam hal ini, jika Pas menunjunjung penghormatan yang tinggi kepada Raja, langkah terbaik ialah mereka tidak meletakkan Sanusi sebagai calon dalam mana-mana pilihan raya sehingga kesnya selesai.

Membenarkan lagi Sanusi bertanding hanya mengundang risiko lebih tinggi kerana jika menang dan kemudian didapati bersalah dan didenda melebihi RM2000 oleh mahkamah, kedudukannya sebagai Adun tergugur secara automatik.

Selepas tergugur kedudukan sebagai Adun, beliau sekaligus perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Pilihan selepas itu, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan semula.

Tidakkah ini suatu pembaziran namanya?

Untuk mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan wang berikutan pendirian Pas tetap juga mahu mengekalkan lagi Sanusi bertanding, kebijaksanaan kini terletak di tangan pengundi-pengundi Kedah.

Amat terpuji jika Sanusi tidak lagi diberikan undi kemenangan – sama ada dengan memberi peluang kepada parti lain pula memerintah Kedah atau mengalahkannya sebagai Adun tetapi kekal memenangkan Pas, maka rakyat negeri itu akan beroleh Menteri Besar lain yang lebih berwibawa, tidak merapu dan tidak mencemar institusi Raja seperti perlakuannya yang memalukan itu. – ShahbudinHusin 21/07/2023.



ROMBONGAN KERAJAAN DIRAIKAN DI VIETNAM








Saya, Azizah dan delegasi Malaysia diraikan dalam majlis makan malam sempena lawatan rasmi ke Vietnam oleh Perdana Menteri TYT Pham Minh Chinh dan isteri.

Dalam ucapan, saya zahirkan penghargaan kerana lawatan pada kali ini membuahkan hasil yang positif.

Semoga kerjasama antara Malaysia dan Vietnam ini dapat terus diperkukuh sekali gus membawa manfaat bersama kepada kedua-dua buah negara.

Saya turut mendoakan agar PM Chinh dan keluarga diberi kesihatan yang baik.

#MalaysiaMADANI

 

ESOK BALIK DARI VIETNAM :


Esok saya akan menghadiri Majlis Perasmian dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya. Majlis ini juga akan dihadiri oleh Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad, Mufti Besar India dan Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari, Penasihat Agama Presiden Mesir.

Saya ingin menjemput warga Malaysia yang berkelapangan untuk hadiri majlis ilmu ini. Semoga majlis ini akan memupuk semangat cintakan ilmu dan menyuburkan budaya mengukuhkan tradisi ilmu Islam di Malaysia.

#MalaysiaMADANI

 













May be an image of ‎4 people, headscarf and ‎text that says "‎لرق AL-ALLAMAH SHEIKH BAKAR AHMAD Mufti Muft India SHEIKH DR. USAMAHS SAYYID AL-AZHARI Penasihat Agama Presiden Mesi SEMINAR PENGHAYATAN SAHIH AL-BUKHARI DAN PELUNCURAN MAJLIS HADIS SAHIH AL-BUKHARI PERINGKAT KEBANGSAAN 22 JULAI 2023 SABTU 6:00 PETANG- 9:00 MALAM DEWAN SOLAT UTAMA MASJID PUTRA, PUTRAJAYA MALAYSIA MADANI‎"‎‎
Al

Saya hurai seringkas yang paling boleh.


AURORA89



Nusi  dan lebai PAS Haji Sobri Osman berpisah tiada dari rasuah.

1. Yang kena kutip dengan SPRM tu 2 orang.

Sorang laki sorang pompuan.

2. Sorang laki lebai PAS calon parlimen Padang Serai pada tahun 2018.

PRN ni PAS akan letak kluster mahkamah, Sobri Osman untuk bertanding di DUN Pantai Merdeka.

Sebab...?

Al-fulus dah banyak la tuan²... rasuah dekat RM13 juta tu, itu atas kertas.

Setakat payung pengundi atas pagar RM500 celah gigi Sobri je.

3. Yang sorang lagi pompuan nama Liana. Kalau tengok pic tu, hok rambut karat tu.. Dia lah...

4. Liana ni pegang syarikat Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd dari Kelantan.



5. Ore klate tok maroh ko PAS amek wanita tak tutup aurat(rambut karat) jadi orang tengah untuk buat MOU dengan cina kominis??

6. So Nusi  ni takde ilmu, yelah sekolah pun tak habis, 2 kali kena buang sekolah(dia yang mengaku bukan saya fitnah ya).

Yang sokong Nusi  Pulau Pinang tu Kedah punya hanya Papagomo yang kena buang polis je.

Jenis sekolah takat SPM jugak pendidikan pun takde.

Tu yang kantoi mintak rasuah, kena pecat polis.

Sampai PDRM sendiri keluar official statement bahawa Azri tu bukan lagi seorang anggota polis, dah lama kena pecat dan tak boleh mengundi POS.

7. Ada korang nampak pakar sejarah ke, pakar perlembagaan ke yang sokong Nusi nak claim Pulau Pinang milik Kedah???

8. Sebab orang yang educated, dia takkan downgrade kan pemikiran dia ke arah bangang gitu.

Tapi stended DBKL lah kan, benda bodoh ni memang ramai pengikut.

Walaun PAS dan walargon Atok yang pajak otak kepada combo MAHADI(MAHadi + haji hADI)

tunggang isu Penang milik Kedah ni kaw kaw punya,

dan mereka dah mula lobi Nusi  lah calon PM Malaysia seterusnya sebab nama MAHiaddin sudah terlalu busuk dan dah join kluster mahkamah.

MAHathir pula sudah terlalu tua nak masuk 100 tahun,

so Nusi  lah calon yang paling sesuai dan mulut paling capoi ratib PMX liwat.

9. Back kisah REE Kedah, Nusi  buat MOU dengan Liana syarikat Kelantan, Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd

dan syarikat china kominis dari (PRC) People's Republic of China , Xiamen Tungsten Co Ltd untuk sedut rare earth dan masuk akaun syarikat.

10. Liana rambut karat tu dah lama membalak bersama ulamak, di ladang hutan pokok getah klon balak (TLC) bermula tahun 2016 lagi.

Kemudian bila balak dah nak habis dan teruk Baling dan Sik kena tempias banjir, mangkuk ni gi lah cari REE (Rare Earth Element) plak.

11. Nak lombong rare earth ni kena ada ilmu tuan-tuan.

Setakat pasang lagu pertahankan kepimpinan ulamak sambil balut badan dengan bendera PAS tak boleh jadi.

Ilmu duniawi itu yang paling penting.

Ada ilmu ukhrawi saja tak cukup.

12. Al-kisah lebai malang, dengan cina kominis jugak la kena timba ilmu.

Maka pakar dan tahu selok belok rare earth telah diperkenalkan oleh Liana iaitu Poh Jun Lin.

Mereka dua ni lah gabung nama bentuk syarikat baru JANGKA BAKAT MINERALS(bertarikh 1 Sep 2022)

di negeri Kelantan untuk buat MOU dengan negara China kominis dan CEO MBI Kedah, lebai Haji Sobri Osman.

13. Poh Jun Lin ni BFF dengan Liu Wenli , General Manager Xiamen Tungsten dari negara China Kominis.

So deal dibuat antara Liana dan Poh Jun Lin.

Dari 1 juta saham syarikat rare earth element(REE) dari Kedah akan dibahagikan 525,000 tu kepada Liana.

475,000 tu kepada syarikat cina kominis Poh Jun Lin, Junling Holdings Sdn Bhd.

Dari Junling Holdings, sudah ada MOU dengan Xiamen Tungsten milik Liu Wenli dari negara China.

14. Betapa bangsatnya Nusi bat ni tuan-tuan.

Duk laung demi melayu demi isley, hasil export mineral REE Kedah dibagi hampir separuh(475,000) kepada cina kominis.

15. Nampak tak betapa pentingnya ilmu tu?

So negara PRC ada ilmu, depa boleh demand dari negara orang islam.

16. Sebab tu PMX tackle sehabis banyak mahasiswa di Universiti, mereka ni lah pelapis ilmu generasi kita yang akan datang supaya tak ikut langkah Nusi gadai REE kepada negara China kominis.

Dalam program meet PMX berapa kali perdana menteri ulang, jangan amek rasuah, jangan jadi macai, jangan jadi walaun.

Bila kita ada ilmu, naik dengan idealism, menguasai bukan saja ilmu ukhrawi, tetapi ilmu duniawi juga, barulah orang susah nak tipu atau lipat kita.

*

*

*

Dan mengikut sumber dark web AI wisata, RM13 juta rasuah yang di trace oleh SPRM itu hanya di atas kertas.

Kalau ikut duit under table, lebih RM50 juta telah hilang.

Skandal rasuah REEforNusi MBI Kedah dan skandal rasuah Jana Wibawa ni lebih kurang sama.

Jana Wibawa tipu rakyat bawahan demi perkasakan ekonomi orang melayu, tetapi hakikat sebenar ada rekod menunjukkan tender projek diberi kepada cina.

REEforNusi MBI Kedah plak tipu rakyat bawahan kata Kedah kaya dan maju kerana sumber galian 63 billion,

tetapi hakikat sebenar ada rekod menunjukkan hampir separuh keuntungan export mineral REE tu diserahkan kepada syarikat China Kominis.

Lepas tu penyokong yang kena kelepet, bukak medsos yang dicipta oleh cina kominis,

laung jihad beserta lagu "Ayuh kita ... pertahakan kepimpinan ulamak..!!"

Sebijik macam stail ISIS/DAESH acah-acah nak khalifah apa bagai sembelih wartawan kapir yang takde kena mengena,

senjata tu pun beli dengan orang kapir?

Nak khalifah celah mana??

Orang islam kena belajar banyak dari orang islam Turkiye dan kelompok ahlul bait(keluarga nabi) di Iran,

mereka boleh bikin senjata malah ada tenaga nuklear sendiri.

Turkiye kuat sufism.

Iran kuat syiah imam 12.

Mana kekuatan sunni nye??

Harap duit je banyak macam negara middle east tu takde guna tuan-tuan.

Malaysia dan Indonesia lah kena gabung,

baru nusantara jadi lembayung sunni yang terkuat;

naik dengan ilmu, penjajah dan freemas0n sure akan kalah.

Tapi Malaysia kena kalahkan GrandMaster dulu lah.

Selepas ni PMX akan bawak dunia islam ke arah madani yang menguasi ilmu duniawi juga ilmu ukhrawi.

tulah ciri-ciri khalifah yang sebenar;

pasang lagu jihad jatuhkan kerajaan, itu masih tak chukopppp.

Kelak, khawarij moden akan jadi terpinggir sepertimana khawarij original di negara Oman.


 

KES NADIR BUMI BERMULA TAHUN 2020



AURORA69

Tahukah anda kes curi nadir bumi di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik ni dah mula lama sejak 2020 lepas Sanusi jadi Menteri Besar Kedah..

Orang kampung Kedah tahu tapi tak banyak depa boleh buat sebab syarikat curi nadir bumi ini dah kowtim dengan MBI Kedah yang dipengerusikan Sanusi dan CEO Sobri Osman pula lantikan Sanusi..siapa berani lawan Menteri Besar Kedah..

Kelmarin baru kita tau lebai MBI tu dah terima suapan rasuah RM13 juta dari pelombong haram..

September 2022, jam 2.30 petang.

Sorang Cikgu baru balik sekolah accident dgn lori bawa nadir bumi..

Ratusan kampit nadir bumi jatuh bersepah dari lori..

Polis mai cek, polis pun pelik, pasai benda ni kita tak pernah tengok sebelum ni.

Start dari sini cerita jadi panjang.

PDRM buat rampasan kampit nadir bumi.. Then media semua siar berita.

Terima kasih pada cikgu tu!

 

[panas] PENIPU BERANI SAMAN TUTUP KEGAGALAN! SIAPA YANG KENA BAYAR HUTANG?



DALAM DUNIA NI PENIPU BERNAMA MUHYIDDIN JE BERANI NAK SAMAN ORANG! PENJELASAN DAN PENCERAHAN DARI LOKMAN ADAM ISU PANAS SIAPA BAYAR HUTANG FELDA!! Sumber Video FB Lokman Adam



CABAR KPN?? - BERSEDIALAH KAMU NANTI | HAMZAH PERTAHAN SANUSI | PRN 2023 PN



Ketua Pembangkang yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional Hamzah Zainudin mempersoalkan tindakan tegas polis terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, yang didakwa pagi ini atas dua tuduhan bawah Akta Hasutan. Hamzah menyifatkan tindakan menyerbu dan menangkap Sanusi pada 3 pagi itu adalah “perbuatan berlebih-lebihan dan penganiayaan yang sengaja dibuat hanya kerana dendam politik”. Tunggu Pak hamzah, masa untuk kamu juga mungkin datang tidak lama lagi. PMX ada bukti tu siapa tauke judi yang sponsor PN PRU 15 lalu.



RUSTY BLADE : Balik dari lawatan kerja di Vietnam terus ke Majlis Hadis Sahih. Hadi Awang tak dijemput sebab tak cukup syarat.


 

GEMPAR!! - SAIFUDDIN DEDAH STAF CHINA MBI GUNA MEDICAL TOURISM PERMIT! ...


Saifuddin Nasution mendedahkan bagaimana syarikat milik negeri Kedah MBI menyalah gunakan Pass Permit Medical Tourism untuk berkerja di lombong REE. Membawa perkerja Am dari China untuk berkerja.
Saifuddin mencabar MB Sanusi jelaskan semua ini. PAS dan PN dikedah semakin terhimpit dan mati kutu. Semalam, Ketua pegawai eksekutif di Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita yang juga pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berkait aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) berjumlah lebih RM13 juta.



Sidang Media Menteri Dalam Negeri I 21 Julai 2023



Hutang Felda: Siapa yang sebenarnya selesaikan?

 

Untuk berlaku adil, perlu diakui Muhyiddin cuba buat sebahagian, Anwar menyelesaikannya.


Isunya besar, ceritanya panjang. Lantas sukar diringkas untuk dimuat dalam ruangan yang ada. Namun saya cuba tanpa meninggalkan faktor utama, maka saya tampilkan ringkasannya begini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata beliau yang lupuskan hutang peneroka Felda. Bohong, kata Muhyididn Yassan sambil mendakwa hutang itu sudah dilupuskan pada 2021 semasa beliau jadi perdana menteri. Terjadilah dakwa-mendakwa, tuduh-menuduh, juga pengakuan demi pengakuan.

Dipendekkan cerita semalam, Anwar kemukakan bukti bahawa apa yang beliau katakan adalah benar. Bukti dalam bentuk sebahagian dokumen perjanjian Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan atau FSRA berkaitan jaminan kerajaan kepada Felda yang ditandatangani beliau pada 27 Jun. Sekali gus Anwar tuntut Muhyididn mohon maaf secara terbuka kerana menuduh beliau berbohong.

Tidak ada sebarang respon daripada Muhyiddin semasa artikel ini ditulis. Yang mengeluarkan reaksi ialah orang kuat beliau, Marzuki Mohamad yang mendakwa dokumen yang dikemukakan Anwar bukan perjanjian pelupusan hutang Felda. Beliau berkeras mendakwa Kabinet Muhyiddin telah meluluskan apa yang dipanggil Pelan Pemulihan Felda yang termasuk pelupusan hutang peneroka berjumlah RM8.3 billion dengan menggunakan kaedah sukuk.

Namun seawal 9 Julai 2023 lagi Pengerusi Felda Shaberry Cheek sudah mendakwa kerajaan Muhyiddin hanya umum tetapi tidak laksana apa yang diumum. Dalam lain perkataan, pada hemat saya, cakap tak serupa bikin. Menurut pihak yang arif tentang isu Felda, kenyataan pengerusi Felda “banyak menjawab” persoalan bersabit isu ini. Bagaimanapun oleh kerana Shabery orang Umno mungkin ada yang sangsi apa yang beliau jelaskan.

Kata seorang anak peneroka, kenyataan atau ulasan Ketua Peneroka Kebangsaan Felda Sulong Jamil Mohamad Shariff adalah munasabah. Panjang lebar ulasannya tetapi antara yang paling menarik ialah menurut beliau kerajaan Muhyiddin bersetuju untuk mengeluarkan sukuk dengan jaminan kerajaan “tetapi persoalan sama ada kerajaannya telah memeterai perjanjian dengan Felda bagi pembayaran semula sukuk tidak dimaklumkan.”

Katanya lagi, “apabila kerajaan perpaduan ambil alih tampuk pemerintahan negara Anwar selaku perdana menteri telah menyemak perkara itu bersama Kementerian Kewangan.” Kita maklum Anwar juga menteri kewangan.

Jadi apa kesimpulanya? Siapa cakap bohong siapa cakap benar?

Berkata Azlan Zainal, pengarah operasi Ilham Centre yang juga anak peneroka: “Idea memang nak hapus hutang Felda tetapi ada beberapa halangan sejak zaman PH ke PN sehingga ke kerajaan perpaduan.”

Muhyiddin kata beliau “tidak cerita habis apa yang terjadi, Anwar pula tak jelaskan dari awal kronologi ke arah penghapusan. Sebenarnya proses dah bermula sejak awal PH ambil alih, kemudian PN, dan berakhir di kerajaan perpaduan. Masing-masing ada jasa dan perhatian.”

Saya ada terlihat satu posting di Facebook berbunyi: “Manifesto PH janji nak hapus hutang Felda, Muhyiddin umum, Anwar buat bagi jadi. Kira selesai la dok usah gaduh. Dua-dua pun pernah sekali duduk dalam PH. Sebagai budak Felda aku ucap terima kasih banyak. Job done. Khalas.”

Pada pandangan Azlan, sepatutnya PH sebut proses sudah bermula sejak ambil alih pemerintahan negara. Muhyiddin cuba buat tetapi patut mengakui ada halangan sehingga tertangguh. Anwar patut ucap terima kasih kepada Muhyiddin sebab ada usaha tetapi “kami ambil keputusan selesaikan” demi menunaikan janji yang tertangguh.

Untuk berlaku adil, katanya, perlu diakui Muhyiddin cuba buat sebahagian, Anwar menyelesaikannya.

Apa yang Azlan harap terjadi tidak terjadi. Sekarang pertembungan yang timbul ialah siapa sebenarnya yang hapuskan hutang Felda. Apa yang terjadi ialah masing-masing nak jadi hero – claim kejayaan, kata Azlan lalu berkata “begitulah orang politik. Sukar berjiwa besar. Sedangkan semua kepentingan rakyat.”

Bagi saya usaha lupus hutang peneroka Felda oleh orang politik adalah langkah populis untuk mendapat sokongan peneroka yang majoritinya orang Melayu dan juga bangsa Melayu keseluruhannya. Ini saya nyatakan dengan tidak mempertikai keikhlasan semua pihak terbabit.

Perlu diingat hutang Felda ada banyak dan bermacam. Bukan sekadar hutang peneroka. Ada hutang tanah, hutang tanam semula, hutang asset, juga membabitkan FGV Holdings yang ada kaitan dengan Felda dan lain-lain.

Timbul persoalan bagaimana Felda berjaya mencatat hutang berbillion ringgit? Ini soal lain meskipun besar. Kata Inggeris, it’s for another day.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.



PRN: DAP, PKR P Pinang ‘remajakan’ senarai calon, kata sumber


Dua parti utama PH itu dijangka menampilkan muka baharu dan mungkin menggugurkan ‘personaliti utama’.


Senarai calon Pakatan Harapan untuk PRN Pulau Pinang dijangka diumumkan Ahad ini.

GEORGE TOWN: Senarai akhir calon DAP bagi PRN Pulau Pinang dijangka siap Ahad ini, menurut sumber dalam parti.

Mereka berkata, tujuh wakil rakyat akan digugurkan sebagai sebahagian rancangan “pembaharuan generasi”.

“Semua ini akan dimuktamadkan pada Ahad. Belum ada apa-apa ditetapkan lagi kerana rundingan masih berterusan,” sumber beritahu FMT, tetapi enggan mengesahkan khabar angin beberapa “personaliti utama” antara tujuh individu yang akan digugurkan.

Sementara itu, PKR Pulau Pinang turut dijangka melakukan pembersihan, dengan lebih separuh calonnya mungkin merangkumi muka baharu.

“Semua tiga exco dari PKR akan ditukar. Akan ada muka baharu,” kata sumber.

Daripada 40 kerusi di Pulau Pinang, DAP akan bertanding 19 kerusi, PKR (13), Umno (6) dan Amanah (2) dalam PRN 12 Ogos nanti.

Setakat ini, Umno mengumumkan akan mempertahankan kerusi Sungai Dua dan Permatang Berangan, selain akan cuba mendapatkan DUN Penaga, Bertam, Sungai Aceh dan Teluk Bahang.

Pada PRU 2018, DAP memenangi 19 kerusi, PKR (14) dan Amanah (2). Bersatu memenangi dua kerusi atas tiket PH, manakala Umno (2) dan PAS (1).



Hapus hutang peneroka, Kerajaan perlu tanggung sukuk - Felda


 Penghapusan hutang peneroka Felda menjadi kontroversi ketika ini kerana sengaja disalahtafsirkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menjadi isu besar antara Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas PM Mahiaddin Yassin yang mengumumkan penghapusan hutang pada 2021 lalu.


Menurut kenyataan Felda, penghapusan hutang tersebut bukan sahaja melibatkan dihapus kira dalam akaun Felda tetapi juga hutang berkenaan perlu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, memandangkan Felda tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk menyerap hutang RM8.3 bilion.


Penyerapan hutang itu dilakukan oleh Perdana Menteri ke 10 melalui perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) yang ditandatangani antara Felda dan Kerajaan Persekutuan pada Jun lalu.


"PM semasa Sambutan Hari Peneroka Felda pada 7 Julai 2023 mengumumkan bermula tahun ini, Kerajaan Perpaduan telah meluluskan peruntukan sehingga RM990 juta setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk Felda yang antara lainnya bagi membiayai hapus kira hutang peneroka Felda. Secara keseluruhan inisiatif ini melibatkan bantuan kewangan kepada Felda sebanyak RM9.9 bilion bagi tempoh 10 tahun.


"Walau bagaimanapun, kenyataan Perdana Menteri telah disalah tafsir sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan janji kerajaan terdahulu untuk menghapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.


"Penghapusan sejumlah hutang peneroka ini telah dilaksanakan di peringkat Felda tanpa penyaluran peruntukan geran dari Kerajaan Persekutuan pada tahun 2021 dan 2022. Jumlah pelupusan hutang ini telah memberikan impak yang besar kepada aliran tunai dan prestasi Felda," kata agensi itu dalam satu kenyataan.


Menurut Felda lagi, FSRA adalah tanggungjawab yang telah ditunaikan Kerajaan pada tahun ini berikutan usaha Felda meminjam wang daripada pasaran kewangan dengan menerbitkan sukuk bagi perlupusan hutang dan pengambilalihan Felda Global Ventures Holdding (FGV) beberapa tahun lalu.


Kata kenyataan itu lagi, penerimaan sejumlah RM900 juta setahun untuk tempoh 10 tahun akan membolehkan Felda membayar kembali pinjaman sukuk selepas tidak lagi mengutip hutang daripada peneroka.


"Sebagai langkah membantu dan menjamin kelangsungan Felda, Perdana Menteri pada 26 Jun 2023 telah menandatangani perjanjian FSRA bagi penerimaan pertama geran RM990 juta dari Kerajaan Persekutuan untuk penebusan sukuk Felda.


"Perjanjian itu antara lain memberikan ruang kepada Felda menstruktur semula komitmen kewangan terhadap kadar faedah yang dikenakan serta pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion.


"Felda menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan atas komitmen bagi menyempurnakan proses pemulihan Felda demi menjamin kelangsungan sebagai satu institusi gergasi yang menaungi 112,638 keluarga peneroka di seluruh negara," kata kenyataan itu lagi.