SANGGUPKAH RAKYAT SELANGOR UNDI DAN PILIH PARTI YANG HINA SULTAN SENDIRI.

 



Shahril kata pendakwaan Sanusi cerahkan peluang PN tawan Selangor. Aku nak tanya rakyat Selangor. Soalan yang ikhlas, jadi jawablah dengan ikhlas.


Sanggupkah rakyat Selangor menyokong PN yang pemimpinnya menghina Sultan Selangor? Ini bukan fitnah. Malah Baginda Tuanku sendiri murka dan berkata perkara ini belum selesai.


Tolak dulu soal pembangunan, bagaimana negeri yang ditadbir PN semuanya miskin dan ketinggalan. Cerita soal kesetiaan kepada Sultan je. Mahu parti yang tak hormati Sultan memerintah?


Ini bukan isu Sanusi seorang. Lihat pemimpin PN yang lain. Tak ada seorang pun yang menyatakan rasa kesal atas kelancangan Sanusi. Malah mereka berikan sokongan kepada Sanusi.


Bererti mereka menyokong kenyataan Sanusi yang buat Baginda Sultan murka. Bolehkah PN menjaga kepentingan Melayu sedangkan Raja-Raja Melayu pun mereka langgar? Guane boh?


 

Raja Gelap 


No comments: