Sanusi hantar notis tuntutan kepada Saifuddin atas dakwaan 2 isu

 

Sanusi hantar notis tuntutan kepada Saifuddin atas dakwaan 2 isu


Sanusi Nor didakwa mencuri REE di Kedah dan menggunakan peruntukan RM1.6 bilion Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya bagi tujuan lain.


Sanusi Nor berkata, jika Saifuddin Nasution Ismail tidak menjawab dalam tempoh ditetapkan, beliau akan memulakan proses menyaman menteri dalam negeri itu.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor sudah menghantar notis tuntutan kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail atas dakwaan memfitnahnya berhubung dua isu berasingan.

Katanya, surat tuntutan itu berkaitan dakwaan beliau mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kedah dan menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) sebanyak RM1.6 bilion bagi tujuan lain.

Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel“Peguam saya sudah e-mel surat tuntutan itu malam ini (semalam), esok (hari ini) kita akan sampaikan notis tuntutan itu secara tangan kepada Saifuddin.

“Kalau dia tak jawab dalam tempoh diberikan, kita akan mulakan proses saman, wajib dah saman, tak boleh biar dah,” katanya menurut Harian Metro ketika berucap dalam Himpunan Munajat Perdana di Sik, Kedah malam tadi.

Ahad lalu, media melaporkan Sanusi mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Saifuddin atas isu dana Marris dan REE kerana menyatakan maklumat tidak benar yang disifatkannya mengelirukan, berniat jahat untuk memfitnah serta bermotifkan politik.

Katanya, beliau mempunyai dokumen lengkap semua isu itu dan menasihatkan Saifuddin tidak mencampuri urusan kementerian lain.

Saifuddin kemudian membalas dengan berkata, beliau sedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang daripada Sanusi berhubung dakwaan kecurian REE kerana ada banyak bukti untuk menyokong dakwaan itu dan akan terus mempertahankan kenyataannya.

No comments: