SIAPA PEMECAHBELAH PARTI YANG AZMIN MAKSUDKAN ?



Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Keadilan, YB Dato' Seri Azmin Ali yang disebarkan melalui media hari ini yang telah mempertikaikan beberapa keputusan Presiden Keadilan, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam melantik beberapa tokoh untuk menduduki jawatan penting di dalam parti.

Beliau menggesa Presiden untuk mengkaji semula perlantikan tersebut atas alasan 'tdak adil' dan ada tokoh yang dikaitkan dengan perpecahan dalam parti turut terpilih memegang jawatan penting. Siapakah yang beliau maksudkan? Adakah lawannya sewaktu pemilihan parti baru-baru ini iaitu Sdr Rafizi Ramli (Naib Presiden yang baru dilantik) atau YB Sdr @Saifudin Nasution (SUA yang dikekalkan) yang dimaksudkan sebagai pemecahbelah parti? Atau beliau melihat kesemua yang dilantik oleh Anwar itu sebagai punca perpecahan parti?

Sebagai seorang Timbalan Presiden, bahkan sebagai seorang Menteri Kanan kerajaan, Azmin tidak seharusnya membuat tuduhan rambang sedemikian rupa. Sekiranya beliau menganggap kerana jawatan beliau ditandingi baru-baru ini maka lawannya adalah pemecahbelah parti, maka tidak salah juga sekiranya ada yang menganggap Azmin juga terlibat di dalam perpecahan parti sekiranya benar terdapat perpecahan.

Hakikatnya, sebaik sahaja selesai pemilihan di dalam parti, tidak wujud perpecahan seperti yang digambarkan oleh Azmin. Sdr Rafizi sanggup mengalah meskipun beliau tahu beliau boleh menang besar sekiranya sistem E-Voting berjalan dengan baik tanpa dimanipulasikan. Beribu ahli di Cabang Julau telah bersedia untuk memberikan kemenangan selesa buat Rafizi sekiranya mereka dibenarkan mengundi tempohari. Namun, atas nasihat Anwar bagi mengelakkan kontroversi, Rafizi rela menerima kemenangan Azmin meskipun dengan jumlah undi yang tipis. Tindakan Rafizi ini adalah untuk mengelakkan perpecahan berlaku di dalam parti. Sudah tentu tidak masuk akal untuk mendakwa Rafizi sebagai punca perpecahan dan tidak layak dilantik sebagai Naib Presiden.

Tiga jawatan Naib Presiden lantikan itu sememangnya terletak di bawah kuasa Presiden. Begitu juga dengan perlantikan beberapa Ahli MPP yang diberi kuasa kepada Presiden untuk melantik selain dari yang telah dipertandingkan. Perlantikan SUA sememangnya hak Presiden kerana SUA mestilah seorang yang boleh dipercayai oleh Presiden untuk menjalankan tugasnya. Azmin sebenarnya tahu peraturan ini dan tidak wajar beliau mempertikaikannya sebagaimana orang lain tidak boleh mempertikaikan hak-haknya sewaktu beliau menjadi Pengerusi MPN Selangor dan juga MB Selangor sebelum ini.

Sewaktu beliau menjadi MB Selangor dahulu, banyak isu yang dipertikaikan seperti perlantikan Exco dan sikapnya yang terus mempertahankan Exco Pas di Selangor meskipun Pas secara resminya mengumumkan Keadilan, Dap dan Amanah adalah musuhnya. Mengapa Azmin tidak menggugurkan Exco-Exco Pas waktu itu? Jawapannya, itu adalah haknya sebagai MB. Apakah waktu itu beliau membuat keputusan secara bersama di dalam Pakatan Harapan di Selangor? Bahkan, sehingga PRU14 Selangor masih tidak dikatakan negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Tidakkah waktu itu beliau boleh dikatakan punca perpecahan di kalangan Pakatan Harapan di Selangor?

Itu belum lagi dikira berapa banyak keputusan Presiden parti yang waktu itu dipegang oleh YB Dato' Seri Wan Azizah dan keputusan Biro Politik yang gagal dipatuhi oleh beliau. Kegagalan beliau mendisiplinkan diri itu menyebabkan ahli-ahli menjadi keliru dan timbulnya berbagai pandangan yang bertentangan dengan kehendak parti. Bukankah sikapnya itu boleh menjadi punca perpecahan parti ?

Azmin tidak boleh menyamakan pandangannya terhadap seseorang dengan pandangan Presiden. Musuh Azmin di dalam politik tidak boleh dikatakan itu juga adalah musuh Anwar dan parti. Jika Azmin turun ke akar umbi dan di Cabang-Cabang, Azmin sendiri akan lihat betapa terdapatnya Ketua-Ketua Cabang yang menyokong beliau dahulu telah menggunakan kuasa dan hak mereka semaksima mungkin untuk melantik AJK-AJK dan Biro-Biro di Cabang dari kalangan penyokong mereka sendiri. Kami di Cabang redha dan akur dengan kuasa yang ada pada Ketua-Ketua Cabang. Mengapa Azmin tidak boleh akur dengan kuasa yang ada pada Presiden?

Saya masih ingat kata-kata dalam pidato Timbalan Presiden di Konvensyen Keadilan baru-baru ini di Shah Alam. Beliau mengungkapkan kata-kata penyatuan dan menyeru setiap ahli untuk melupakan soal pemilihan dan terus maju ke hadapan. Kata-kata itu begitu sejuk telinga mendengarnya sesejuk penghawa dingin di IDCC, Shah Alam.

WFAUZDIN NS




Anwar minta pihak berkuasa PD tangguh kelulusan projek besar


Anwar minta pihak berkuasa PD tangguh kelulusan projek besar
Anwa Ibrahim ketika melancarkan Program Hari Pembersihan Pantai di Pantai Cahaya Negeri di Port Dickson hari ini.
Pihak berkuasa di sini telah diminta menangguhkan sebarang kelulusan bagi projek besar, sementara menunggu Pelan Struktur Port Dickson (PD) yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat mengenai Pelan Struktur PD akan diadakan minggu depan dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa yang berkaitan.
“Saya beritahu mereka kira-kira sebulan yang lepas agar menangguhkan sebarang kelulusan bagi projek-projek besar kerana kami tidak mahu mengganggu Pelan Struktur ini,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan Program Hari Pembersihan Pantai di Pantai Cahaya Negeri di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata Pelan Struktur PD adalah penting untuk menjadikan bandar ini destinasi pelancongan utama dan untuk memastikan infrastruktur adalah mencukupi bagi persediaan menerima pelaburan besar dari dalam dan luar negara.


Aktiviti pembersihan dilakukan di Pantai Saujana, Pantai Tanjung Gemuk, Pantai Teluk Kemang dan Pantai Tanjung Biru.
Sementara itu, semasa berucap merasmikan program berkenaan, Anwar berkata beliau telah mendapat persetujuan daripada Menteri Besar Aminuddin Harun untuk merencanakan pelan struktur ini bagi kawasan Port Dickson dan sekitarnya.
“Pelaburan dari luar negara kami belum mahu luluskan sehingga ada pelan struktur…tak boleh tambah hotel dan pusat perniagaan tetapi tidak ada pelan yang teratur.
“Saya juga dah berbincang dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, tetapi tentulah dia tak boleh bagi perhatian khas kepada Port Dickson tetapi dia boleh bagi kemudahan tambahan untuk memastikan infrastruktur di sini teratur,” katanya.

Pihak berkuasa di sini telah diminta menangguhkan sebarang kelulusan bagi projek besar, sementara menunggu Pelan Struktur Port Dickson (PD) yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat mengenai Pelan Struktur PD akan diadakan minggu depan dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa yang berkaitan.
“Saya beritahu mereka kira-kira sebulan yang lepas agar menangguhkan sebarang kelulusan bagi projek-projek besar kerana kami tidak mahu mengganggu Pelan Struktur ini,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan Program Hari Pembersihan Pantai di Pantai Cahaya Negeri di sini hari ini.


Berita penuh https://malaysiadateline.com/anwar-minta-pihak-berkuasa-pd-tangguh-kelulusan-projek-besar/


PENEGASAN YANG AMAT BERMAKNA DARIPADA MUHYIDDIN




Penegasan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bahawa parti itu akan tetap berpegang kepada janji untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8, tentulah suatu kenyataan yang amat bermakna pada waktu ini.

Ia amat bermakna kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu bukan saja menjelang Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang diadakan bermula hari ini hingga 30 Disember di PICC di Putrajaya, malah di ketika khabar angin semakin bertiup kencang mengenai hubungan Tun Mahathir Mohamad dengan bakal penggantinya itu.

Pendirian Muhyiddin dalam soal ini amat mudah untuk difahami iaitu peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar itu sudah dipersetujui dan diterima rakyat ketika mereka memberi undi kemenangan kepada Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum lalu.

Kata beliau, menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 adalah kehendak rakyat yang tidak boleh dinafikan dan Bersatu akan tetap berpegang kepada janji tersebut.

Malah, Muhyiddin turut memberi amaran Pakatan Harapan mungkin kehilangan kuasa dalam pilihanraya akan datang kiranya gagal menunaikan kehendak rakyat itu.

Dengan kenyataan Muhyiddin ini, ahli-ahli Bersatu dan pejuang maya parti itu perlu akur dan sependirian dengan beliau demi masa depan parti dan Pakatan Harapan agar terus menerajui negara ini.

Muhyiddin bukan saja melihat peralihan kuasa kepada Anwar itu dalam konteks menepati janji, suatu perkara yang dituntut dalam agama, bahkan yang turut penting ialah untuk menentukan Pakatan Harapan terus menang dalam PRU15 nanti.

Adakah sesiapa dalam Pakatan Harapan mahu kehilangan kuasa dalam pilihanraya akan datang nanti? (ShahbudinHusin 28/12/2018).