Saya berpeluang mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat seniman tersohor negara, Dato’ M Nasir dan rombongannya di Putrajaya.
Pertemuan ini bukan sekadar menyambung silaturrahim, tetapi turut menyentuh hal-hal kebudayaan dan peranan seni dalam membina jiwa bangsa. Dato’ M Nasir kekal sebagai sosok penting dalam dunia seni tanah air yakni seniman yang bukan sahaja berkarya, tetapi mendidik melalui lagu dan puisi.
Insya-Allah, hasil perbincangan dan sebarang bentuk kerjasama akan terus dipergiatkan antara keduadua pihak.
Datuk Abd Malik, pengasas restoran D' Tandoor, restoran makanan mewah India Utara yang kini ada lebih 14 buah cawangan termasuk di luar negara.
Ia sudah beroperasi selama 32 tahun.
Masa zaman remajanya, Datuk Abdul Malik habiskan masa bekerja di restoran sebagai pelayan bagi bantu keluarganya yang miskin.
Lepas hanya 6 bulan bekerja, beliau berjaya gandakan jualan restoran tersebut.
Pengalaman ini dorong beliau untuk buka restoran sendiri bersama dua rakannya.
Beliau rasa dirinya boleh buat.
Namun ayahnya anggap ideanya itu tidak masuk akal kerana tiada siapa dalam keluarga mereka pernah berniaga sebelum ini.
Berlaku pertengkaran dalam keluarganya.
Datuk Abdul Malik tetap berdegil dan berpegang pada keputusannya.
Pada usia 20 tahun beliau tinggalkan Pulau Pinang untuk kejar impiannya.
Bisnes restoran pertamanya, Restoran Shikara dibuka pada tahun 1985.
Tapi tidak sampai setahun ia terpaksa ditutup akibat masalah dengan rakan kongsi dan kurang pengalaman.
Hutang yang banyak membebani Datuk Abdul Malik .
Tidak cukup dengan itu, ayahnya turut kritik kerana tidak dengar kata sebelum ini.
Tidak lama selepas itu beliau berkahwin dan berpindah ke Sydney, Australia.
Matlamatnya untuk cari kerja dan kumpul wang bagi langsaikan hutang-hutangnya.
Cita-citanya untuk buka restoran sendiri masih belum padam.
Di samping bekerja, Datuk Abdul Malik ambil kesempatan timba pengalaman dalam industri makanan di sana dan cari idea-idea baru.
Hidup beliau di sana tidak mudah.
Ia sukar dan beri tekanan kepada beliau.
Namun Datuk Abdul Malik bersyukur kerana ditemani oleh seorang isteri yang sanggup bekerja keras dengan beliau dan sentiasa beri galakan serta semangat.
Akhirnya, semua hutangnya berjaya dilangsaikan dan Datuk Abdul Malik hanya pulang ke Malaysia 3 tahun selepas itu.
Beliau juga pulang dengan diploma dalam bidang pengurusan bisnes.
Pengalaman pertama kali gagal dan bekerja sebagai kuli dengan orang lain selama bertahun-tahun digunakan untuk buka restoran idamannya, D'Tandoor yang pertama di Damansara Utama bersama seorang rakan kongsi.
Kini ada 15 cawangan restoran D’Tandoor termasuk di luar negara iaitu di Australia, New Zealand, Arab Saudi dan Kemboja.
....
* Hayati amalan bisnes billionair Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang boleh kita tiru. Dapatkan di sini 👇
Pada April 2002, dua kanak-kanak Singapura yang berumur tujuh tahun telah digantung daripada menghadiri sesi persekolahan kerana “kesalahan memakai tudung”.
Lalu, keluarga pelajar-pelajar terbabit membuat keputusan menyaman kerajaan Singapura.
Keluarga terbabit telah memilih mendiang Karpal Singh sebagai peguam bagi menyaman Kerajaan Singapura.
Ye. Karpal Singh DAP yang dituduh anti-Islam itu telah diyakini dan dipilih oleh keluarga kanak-kanak Muslim yang digantung oleh Kerajaan Singapura.
Selepas mendiang Karpal Singh DAP dipilih, proses saman nak dimulakan lah.
Namun, Kerajaan Singapura telah menyekat mendiang Karpal Singh memasuki Singapura dengan menafikan mendiang Karpal Singh pas pekerja.
Ye. Peguam parti DAP yang dikatakan parti adik beradik PAP telah disekat oleh Kerajaan PAP Singapura.
Di Malaysia, budaya orang Islam memakai tudung telah dipelopori oleh beberapa pihak sejak sekitar era 1970 80an. Antara pelopor utamanya, Perdana Menteri Malaysia sekarang, Anwar Ibrahim.
Ye. Anwar Ibrahim yang dituduh liberal, anti-Islam, anti-Melayu itu lah.
Anwarlah di antara yang memulakan budaya memakai tudung ini semasa menjadi pendidik di Yayasan Anda Akademik, di mana rata-rata graduan Yayasan Anda Akademik kemudiannya memasuki institusi-institusi pengajian tinggi dan meluaskan lagi budaya memakai tudung.
Ayam Penyet harga sampai 13 ke 15 ringgit malaysia tak ada orang ambil kisah dan tak pun marah dengan harga tersebut
Nasi lemak ayam masak merah jadi 9 ke 10 rm rakyat marah dan kata mahal, sedangkan nasi lemak perlu guna santan yang sekarang harga terlalu tinggi kerana kelapa biji telah melambung harga, ada sahabat saya jual biji sekarang di tanjung karang 2.50 sen ke 2.80 sen harga kebun. Harga dari indonesia satu tan 2700 ke 3000 ringgit itu pun buah tak ada kerana pasaran kelapa telah beralih ke China baik yang muda mau pun yang tua...
Harga bawang dari 2.50 sen sekilo sekarang dah jadi 5 ke 6 ringgit kerana India, Pakistan pun dah jual mahal kepada kita. Begitu juga cili kering dari india dan china telah menjadi mahal walaupun semua barang sekarang lebih murah dari tahun 2022 2021 2020 tapi masih tetap mahal.
Ayam penyet tak pakai santan dan begitu lah keadaannya..... Bagi seorang perniaga memang melaui masa yang sukar...
Apakah Keadilan sudah hilang wibawa untuk cungkil pemimpin Reformis tulen dari kaum India?
Apakah kami ini terlalu bodoh untuk makan hidup-hidup cerita khayalan dari kerajaan langit?
Pernah tercalit kes penipuan hingga mahkamah arahkan beliau untuk pulangkan semua duit yang diambilnya, apakah Keadilan akan memilih melawan integrity?
Rasanya Manivanan Gowin lebih baik, kau istiharkan bertanding jawatan Naib Presiden.
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah War Ismail (tiga, kanan) yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada penerima pantuan asnar Abdul Aziz Abu bakar (empat, kiri) pada Program Ziarah Kasin MADANI AnlI Parlimen Bandar Tun Razak di sekitar Bandar Tun Razak Cheras pada 1 Mei 2025. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 1 Mei – Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini menyantuni tiga warga emas dalam kawasan Parlimen Bandar Tun Razak menerusi Program Ziarah Kasih MADANI.
Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Kawasan Bandar Tun Razak turut menyampaikan sumbangan kewangan bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), selain bantuan keperluan asas bagi meringankan beban kos perubatan yang ditanggung oleh warga emas tersebut.
“Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menziarahi tiga pesakit. Yang pertama di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), untuk melawat Puan Siti Fatimah, 88 tahun, yang telah lama sakit dan kini ditempatkan di wad kecemasan,” katanya kepada media di Cheras, di sini.
Dua lagi pesakit yang turut dilawati Dr Wan Azizah ialah Abdul Aziz Abu Bakar, 61, dan bekas rakan setugasnya Md Zin Abu Kasim, 75, masing-masing di Taman Ikhlas dan Taman Mewah di Cheras.
Turut hadir pada program itu Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Cheras dan Bandar Tun Razak Datuk Seri Mohd Shahrulnizam Mazlan, Penyelaras Skuad Jejak Asnaf Muhammad Ishak Zulkifly serta beberapa petugas MAIWP.
Sementara itu, Abdul Aziz meluahkan rasa terharu atas kunjungan dan sumbangan yang disampaikan Dr Wan Azizah.
Menurutnya, beliau mengalami kecederaan serius akibat dilanggar lori dalam kemalangan pada 13 April lepas, dan kini bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk patah tulang rusuk serta keretakan pada bahagian belikat.
“Saya pesara, jadi pencen bulanan yang saya terima hanya sekitar RM300. Dengan adanya sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan harian saya. Mereka juga kata akan mempertimbangkan bantuan susulan memandangkan ada anak-anak saya yang masih belajar,” katanya.
Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu diiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selaku Menteri Pengiring, sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 1 Mei 2025. Foto Facebook Fadhlina Sidek
SEPANG, 1 Mei – Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari sempena kunjungan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada 4 April 2021.
Osmani, yang tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dengan penerbangan komersial, disambut mesra Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Kompleks Bunga Raya pada jam 5.25 petang.
Sejurus tiba, beliau memeriksa kawalan kehormatan terdiri 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Muhammad Nafis Norshid.
Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu diiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selaku Menteri Pengiring, sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 1 Mei 2025. Foto Bernama
Menurut Wisma Putra, Osman akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra esok disusuli mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perbincangan kedua-dua pemimpin dijangka memfokus kepada pengukuhan kerjasama dua hala dalam sektor utama termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan serta pertukaran antara rakyat Malaysia dan Kosovo.
Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.
Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Oktober 2008, sekali gus tampil sebagai negara Asia pertama yang berbuat demikian.
Hubungan diplomatik pula diwujudkan secara rasmi pada 18 Mac 2011.
Pada 2024, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kosovo mencecah RM28.55 juta (AS$6 juta) dengan eksport negara ke republik itu sebanyak RM25.92 juta (AS$5.5 juta) dan import RM2.63 juta (AS$550,000).
Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit, produk elektrik dan elektronik serta barangan perkilangan, manakala import dari Kosovo kebanyakannya terdiri daripada bahan mentah dan batu permata.
Selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menuntut Rafidah Ibrahim membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik tuduhan, selebriti pembangkang itu dilihat berkongsikan video yang antara lain mendakwa agama serta ulama dihina dan dicerca.
Menerusi rakaman dimuatnaik di TikTok sebentar tadi, bekas penduduk Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur berkenaan dilihat berpakaian serba hitam ‘berkempen’ di kawasan tersebut menggunakan pembesar suara.
“Di sini bermula kebangkitan bangsa Melayu.
“Penduduk Kampung Sungai Baru, bertahanlah. Pertahankan hak kamu. Pertahankan maruah kamu.
“Kita bakal mencipta sejarah. Biar ini kampung Melayu yang terakhir yang mereka ganggu.
“Perjuangan ini adalah untuk anak cucu cicit kita. Maka bersabarlah,” katanya bersuara lantang dalam rakaman video berdurasi satu minit empat saat itu.
Pelakon dan penyanyi tersebut turut mendakwa Islam dihina manakala ulama pula kononnya dicerca tanpa menyebut siapa yang menghina dan ulama mana yang dicerca.
“Agama kita dihina. Ulama kita dicerca. Dan tanah ini simbol kuasa orang Melayu pun mereka nak rampas.
“Jangan kita ulangi kesilapan Temasek.
“Dengan lafaz La’ilaha’illallah, Muhammadur Rasulullah, orang Islam, orang Melayu, bangkit!” katanya.
Rakaman video itu kemudiannya diakhiri dengan poster Himpunan Melayu Berdaulat bertemakan pakaian putih di ibu negara pada 24 Mei bermula jam 2.30 petang.
‘Pas yang sucikan DAP, membuak cemburu bila ada cuba berkawan dengan jandanya’
Harapandaily
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menempelak Pas dengan menyifatkan parti pembangkang itu sebenarnya yang telah ‘mensucikan’ DAP dengan ‘menikahi’ akan DAP beberapa kali sebelum ini.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Khaled mengimbas kembali sejarah kerjasama politik Pas dengan masyarakat bukan Islam, khususnya kaum Cina sejak awal tahun 1980-an.
“Pas rangkul erat DAP melalui kerjasama politik CCC (Chinese Consultative Committee), Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Masa itu semuanya halal dan diharuskan.
“Pas sepertinya tidak boleh “move on” setelah berpisah dengan DAP.
“Demikian menebal cinta Pas pada DAP sehingga membuak cemburunya pada siapa jua yang cuba berkawan dengan jandanya,” kata Khaled secara sinis.
Reaksi beliau itu susulan lemparan tuduhan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai kemenangan UMNO bersama DAP yang digelar sebagai ‘UMDAP’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning lalu.
Politik muafakat
Abdul Hadi menerusi Minda Presiden Pas berkata, kejayaan “calon UMDAP” bersama Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Ayer Kuning ialah hasil kejayaan UMNO menubuhkan UMDAP yang “mempersuci DAP yang anti-Islam secara terbuka”.
Mengulas kemenangan calon Kerajaan Perpaduan dalam PRK Ayer Kuning, Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, pengundi yang telah memilih BN jelas mahukan Malaysia yang pertengahan, politik muafakat yang progresif dan kerajaan yang bertanggungjawab.
“Mereka mengundi politik yang rasional dan berhikmah dan menolak penunggang agama.
“Mereka menolak fatwa politik bahawa haji dan umrah boleh ditangguhkan demi sebuah pilihan raya.
“Bila kalah, Pas seperti biasa akan memangsakan UMNO dan DAP. Setakat itu sahaja kemampuan pemikiran mereka,” kata Khaled.
Abdul Hadi Awang
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, bagi UMNO, politik masa depan Malaysia adalah tentang keberanian mengambil risiko, apalagi dalam lanskap politik yang sangat disruptif seperti sekarang.
Justeru, jelasnya, dalam membangun persefahaman politik masa depan, UMNO mesti meneroka segala kemungkinan.
“Termasuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan ia tidak merugikan bangsa Melayu dan Islam, menafikan hak masyarakat majmuk yang lain serta merencatkan cita-cita menjadikan Malaysia negara terbaik,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau menyifatkan PRK Ayer Kuning bukan sekadar kejayaan politik untuk UMNO, bahkan juga adalah kejayaan moral untuk Barisan Nasional (BN).
“Ia proses ‘mensucikan’ UMNO dari pelbagai kelemahan lepas untuk menjadi lebih baik. Tahniah Barisan Nasional,” kata Khaled lagi.
Pempengaruh yang dikenali dengan banyak saman fitnah, Papagomo hari ini tampil mendakwa dia “menang” selepas mengemukakan permohonan maaf tanpa bersyarat kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain dan Mahkamah Tinggi.
Menerusi video dikongsikannya di TikTok, Papagomo berkata, dia “menang” kerana selama ini pihak tertentu mahu memenjarakannya di Penjara Sungai Buloh.
“Semalam, Sir menang. Saya menanglah. Saya menang sebab selama ini mereka berusaha nak sumbat muka ni dalam penjara.
“Jadi sekarang ni, kau faham kenapa mereka ni nak sumbat muka ni ke Sungai Buloh?
“Sebab muka ni bercakap… saya akan terus bercakap. Jadi, kes saman Ketua Polis Negara pada Sir masih berjalan bulan Disember 2026,” katanya.
Dia yang membahasakan dirinya sebagai “Sir” turut menjelaskan bahawa semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah berkenaan prosiding menghina mahkamah.
“Semalam adalah contempt of court. Semalam, bukan Sir lawan dengan Ketua Polis Negara.
“Semalam, Sir lawan dengan mahkamah kerana telah menghina mahkamah,” ujarnya.
Tidak pernah
Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 42, juga menambah dia tidak pernah meminta maaf kepada sejumlah pemimpin Pakatan Harapan (PH) apabila berdepan kes saman fitnah.
“Saya tak pernah minta maaf. Anwar Ibrahim saman, saya tak minta maaf. Lim Guan Eng saman, saya tak minta maaf.
“Fahmi Fadzil saman, saya tak minta maaf. Menteri Agama saman, saya tak minta maaf.
“Semua saya tak pernah minta maaf pun dalam kes saman.
“Waima, Ketua Polis Negara yang saman Sir pun, Sir tak pernah minta maaf dengan dia.
“Sebab apa? Lawanlah di mahkamah,” tegas bekas anggota polis yang diberhentikan pada 2012 kerana kesalahan tatatertib itu.
Papagomo
Semalam, Papagomo membacakan pernyataan permohonan maaf tanpa bersyarat kepada Razarudin dan Mahkamah Tinggi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.
Ia berhubung kenyataan Papagomo pada 14 Januari lalu dan penggunaan gambar imej KPN yang diubah suai pada 15 Januari lepas.
Kenyataan dan foto tersebut disiarkan Papagomo walaupun selepas perintah injunksi dikeluarkan mahkamah pada 31 Disember tahun lalu, yang menghalangnya daripada berbuat demikian.
Pernyataan maaf Papagomo itu seperti berikut:
“Saya, Wan Muhamamd Azri bin Wan Deris, dengan suci hati tanpa apa apa syarat memohon maaf kepada mahkamah yang mulia ini, kepada KPN, Tan Sri Razarudin Husain diatas penggunaan perkataan berunsur fitnah dan khianat terhadap plaintif pada terbitan bertarikh 14 Januari 2025 dan penggunaan gambar KPN yang disunting pada 15 Januari 20225.
“Saya mengaku janji tidak akan mengulangi sebarang kenyataan fitnah dan kesat terhadap KPN dan akan memadamkan kenyataan bertarikh 14 dan 15 Januari ini.”
Mahkamah semalam sepatutnya mendengar prosiding komital yang diperoleh KPN terhadap Papagomo, namun lelaki kelahiran Kelantan itu diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan mengenai hasrat anak guamnya untuk meminta maaf.
Tular sedutan video Perdana Menteri kelihatan terhibur semasa seorang penyanyi wanita mendendangkan lagu “Tunggu Sekejap” nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee.
Perkongsian itu mengundang sindiran pembangkang termasuk kononnya mereka mahu mengikut pemimpin yang berdamping dengan al-Quran bukannya hiburan.
Malah, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik turut mengulas klip rakaman melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
“Walau kami terpaksa kalah 1,000 kali, kami tetap akan terus istiqamah dgn kepimpinan ulamak Islam yang warak.
“Walau seribu kali pemimpin kami dicaci dan dihina, kami tetap akan bersama mereka,” kata Mokhtar menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Reaksi penyokong dan pemimpin Pas itu dilihat seolah-olah mereka lupa dengan kekerapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merangkap Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) menyanyi.
Sanusi dilihat suka menyanyi bahkan sebelum ini sakan menyanyi ‘live’ di TikTok dengan alasan bukan menjadi suatu kesalahan selagi tidak menyalahi perundangan atau agama.
Malah, dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon lalu, Sanusi di atas pentas berduet dengan Aris Ariwatan menyanyikan lagu “Lamunan Terhenti”.
Mengulas sikap pembangkang itu, pemerhati politik, Najib Bakar mengaitkan gelagat Sanusi menyanyi di pentas yang kini tular di media sosial.
“Bila PMX menyanyi, depa perli macam ni. Bila Sanusi menyanyi dengan mic di khalayak ramai walaupun lari tempo, lari pitching, depa diam. Mangkaq ubi,” tempelaknya.