KEH KEH KEH... LEBAI HADI KENA SEBIJI....

 


BABY SHIMA TURUN KEMPEN


 

KEH KEH KEH...ABANG ROY...HANG CEROI LA.

 


WOIII...AZRI...ORANG CABAR TURUN SABAH KWMPEN.


 

LA SAMPAI JUGA..PARLIMEN PONTENG..


 

KEH..KEH KEH




 𝗚𝗼𝗺𝗼 buat gila 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 lagi. Dia kata 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗱𝗶 (aku tak pasti tarikh video tu) PMX baru sampai Sabah. 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺𝗻𝘆𝗮, pukul 10:50 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 PMX pergi ke 𝗕𝗮𝘀𝗲𝗹, 𝗦𝘄𝗶𝘁𝘇𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗱.


Dia tunjuk la gambar pesawat Malaysia bagai. Bukti la kononnya. Sebab tu aku kata dia tunjuk bodoh. Dia ingat pergi Switzerland tu macam pergi Golok, boleh main 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗶?


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Switzerland makan masa selama 15.5 jam. Kalaulah betul PMX pergi ke Switzerland jam 10:50 PM, beliau akan mendarat di sana jam 2:15 PM hari berikutnya.


Itu baru sehala. Katakan PMX cecah je ke sana terus patah balik, beliau akan sampai ke KL jam 5:45 pagi 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮. Tapi Gomo juga cakap 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂 𝗣𝗠𝗫 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵. Macamana pulak tu?


PMX pakai 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝗹𝗶𝗽𝗮𝘁 𝗯𝘂𝗺𝗶 ke apa? Apa bodoh benor kamu ni yeop? Nak reka cerita biar masuk akal sikit. Ni jauh sangat larinya daripada realiti. Yang kesiannya walaun sebab 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻.


Tapi demikianlah 𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 ni. Kalau sehari tak tunjuk bodoh, dia akan 𝗻𝗴𝗲𝗻𝗰𝗲𝘀 sepanjang masa.


Tapi walaun kata, kalau tak betul kenapa PMX tak nak saman je? Untuk rekod, si hamlau tu dah pernah kena saman. Tapi dia berubah tak lepas tu? Memang tak la. Dia tak pernah serik.


Jadi buat apa PMX layan orang bodoh? Layan orang bodoh ni hanya akan buatkan 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗱𝘂𝗮. Sebab tu aku tak layan komen walaun kat dalam 𝘱𝘢𝘨𝘦 ni. Sebab kita pun tahu segala 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸 dan 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗯𝗼𝗱 tu macamana otaknya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KALAU SI AZRI NI AMBIK PAKAI KATA DIA..MEMANG BODO CAM DIA LA.

 


Apa benda la si 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗚𝗼𝗺𝗼 meracau tentang aplikasi 𝙎𝙖𝙫𝙚𝙈𝙀999 ni. Siap tuduh kata DS Anwar nak buat darurat kalau hilang kuasa. Ko ni dah kenapa 𝗻𝗴𝗼𝗻𝗴 oi?






Dah 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘢𝘭𝘭 belum aplikasi tu? Aku bila dapat je mesej terus 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘢𝘭𝘭. Nak tahu juga apa benda yang ada. Tapi tak ada apa yang istimewa pun. Cuma mudahkan kita buat 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻 je. Apa gelabah sangat?


𝙒𝙝𝙮 𝙣𝙤𝙬? Tanya si otak 𝗸𝗲𝗺𝗲𝘁𝗼𝘁. Kenapa sekarang? Sebab sekarang ni baru ada kerajaan yang prihatin. Kerajaan sebelum ni bukan kisahkan soal rakyat pun. Tahunya cuma sakau. Sebab tu sekarang baru buat 


𝗪𝗮𝗹𝗮𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 bukan diajar untuk berfikir. Tapi diajar untuk 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 dan 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘁𝗶. Benda tak susah pun. Kalau tak percaya, kalau risau, 𝗷𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝙞𝙣𝙨𝙩𝙖𝙡𝙡. Bukan kena penjara pun kalau tak 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘢𝘭𝘭 aplikasi tu.


Kadang kesian jugak tengok walaun ni mudah sangat diperbodohkan oleh Gomo. Tapi nak buat macamana. Walaun memang suka diperbodohkan. Dia 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗸𝗮 benda bijak dan cerdik. Macam 𝗹𝗮𝗹𝗮𝘁 dan 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝘂. Beri bunga pun dia tetap akan 𝗵𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗷𝗶𝘀. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




Ekonomi Era Madani.


Alif Jamil





Lonjakan FDI Net Inflow RM8.5 bilion bagi 3Q 2025 seperti dilaporkan DOSM adalah bukti perubahan struktur dalam ekonomi Malaysia.


FDI net inflow ni maksudnya duit pelaburan asing yg betul² sudah masuk ke Malaysia.


Ianya masuk dalam bentuk cash, modal, ekuiti, modal operasi, mesin dan assets yg dibayar dan dihantar masuk ke Malaysia.


Dan ianya konsisten dgn beberapa indikator makro yg telah bergerak positif sejak awal tahun 2025.


Pertama, kenaikan dari RM1.6 bilion ke RM8.5 bilion bermaksud aliran masuk bersih meningkat lebih 400%.


Ini bukti bahawa pelabur asing bukan sahaja kembali melabur ke Malaysia, malah meningkatkan modal mereka dalam aset dan operasi Malaysia.


Kedua, komponen FDI ni melibatkan tiga elemen utama seperti ekuiti, pelaburan semula keuntungan dan hutang² antara syarikat berkaitan (intercompany loans). 


Dalam laporan DOSM, lonjakan ini dipacu oleh peningkatan ekuiti yg merupakan bentuk pelaburan paling berkualiti kerana ia bukan pinjaman jangka pendek tpi modal sebenar yg menjadi asas pertumbuhan jangka masa panjang.


Ketiga, sektor yg terima inflow terbesar sepanjang 2024–2025 adalah :-


1. Elektrik & Elektronik (E&E)

Ia digerakkan oleh global supply chain realignment. 


2. Digital infra & data centres.

Ini melibatkan hyperscalers seperti Microsoft, Google, AWS


3. EV & tenaga baharu.

Ia selari dgn dasar transisi tenaga (NETR).


4. Manufacturing high-value.

Sektor yg melibatkan precision engineering, semiconductor backend & automation. 


Keempat, pengukuhan ringgit sebanyak 8.2% meningkatkan keyakinan FDI kerana kestabilan mata wang itu mengurangkan risiko pelaburan.


Dan kelima, laporan Bank Negara menunjukkan NEER meningkat 5.3%.


Ini bukti bahawa kekukuhan ringgit bukan hanya terhadap USD tetapi juga terhadap mata wang rakan dagang utama negara² lain. 


Kenapa pembangkang tak cerita benda ni?


Sebab naratif mereka sejak 2022 terikat pada retorik:


“Malaysia teruk bawah Anwar”,

“Pelabur lari”,

“Negara nazak”.


Tapi apabila FDI bersih naik lebih lima kali ganda, semua skrip propaganda dan fitnah mereka hancur lebur. 


Dan skrg mereka cuba jaja naratif kedaulatan negara kononnya nak dikaitkan kemerdekaan negara ini sedang digadai oleh Anwar Ibrahim dalam bentuk penjajahan baru. 


Naratif “penjajahan baharu” yg depa cuba jaja tu sebenarnya cuma helah terakhir bila semua data²  ekonomi ini membunuh propaganda depa sebelum ni. 


Mereka ketakutan apabila fakta dan angka² rasmi seperti DOSM dan BNM mula menunjukkan hasil.


Apabila angka FDI naik, ringgit kukuh, laporan NEER meningkat dan pasaran modal stabil , depa dah tak boleh nak kata negara rugi


Jadi depa mula reka pula cerita kononnya perjanjian pelaburan asing itu adalah ancaman kedaulatan.


Itulah masalah sebenar pembangkang harini.

Jadi bila FDI naik, depa diam.

Bila angka kukuh, depa membisu.

Bila pelaburan masuk, depa tutup mata.

Bila data tak memihak propaganda, depa cipta cerita baru.


Orang politik yg bankrap idea mmg begitu.

Bila fakta tak menyebelahi mereka, mereka gadaikan akal untuk kekalkan sentimen.


Namun hakikatnya, dibawah Ekonomi Malaysia Madani, negara sedang bergerak kearah struktur ekonomi yg lebih kukuh, lebih berteknologi dan lebih berdaya saing.


Dan pelabur asing melabur bukan sebab nak menjajah, tapi kerana Malaysia kembali kuat, stabil, kompetitif dan mempunyai kepimpinan yg mampu meyakinkan dunia.


Itu kebenaran yg mereka paling takut.



ANALISIS | Jet Pejuang Miliki Keupayaan AWACS: Sejauh Mana Kemampuan dan Strategiknya Dalam Peperangan Masa Hadapan








Penulisan Disusun


 Oleh : Mohd Ezli Mashut

Foto : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut


Dalam dunia peperangan moden yang semakin tertumpu kepada kelajuan maklumat dan ketepatan tindak balas, persoalan tentang sejauh mana jet pejuang boleh memiliki keupayaan seperti Airborne Warning and Control System (AWACS) menjadi topik yang menarik perhatian pengkaji pertahanan di seluruh dunia. 


Pada masa lalu, AWACS sering digambarkan sebagai pesawat besar berantenna piring yang berlegar-legar jauh dari zon pertempuran. Ia bertindak sebagai “mata dan telinga” medan tempur, mengesan ancaman dari jarak ratusan kilometer dan menyelaras tindak balas udara secara menyeluruh.


Namun landskap peperangan berubah drastik. Dengan kemunculan teknologi radar kompak, pemprosesan data masa nyata, peperangan berpusat rangkaian, dan kecerdasan buatan, wujud persoalan baharu: bolehkah jet pejuang generasi baharu mengambil alih peranan AWACS secara sebahagian atau keseluruhan? Dan jika boleh, apakah implikasinya terhadap strategi peperangan masa hadapan?


Maka, kita memulakan naratif ini dengan satu gambaran masa depan; sebuah pesawat pejuang bersaiz kecil, namun dilengkapi sistem sensor gabungan berkuasa tinggi, terbang rendah dalam mod senyap, memproses data dari ratusan sumber, dan menghantar gambaran taktikal lengkap kepada rakan sekutunya. Bukan lagi hanya sebagai “penyerang” atau “penggempur”, tetapi sebagai pusat arahan mini yang bergerak lincah.


 Dari Pesawat AWACS Klasik ke Era Sensor Miniatur


AWACS tradisional seperti Boeing E-3 Sentry atau KJ-2000 buatan China direka untuk bertahan lama di udara, membawa radar jarak jauh dan kru operasi yang ramai. Mereka benar-benar berfungsi sebagai “menara kawalan terbang” yang memberi gambaran keseluruhan ruang udara. Namun, kerangka besar dan kebergantungan kepada ruang udara selamat menyebabkan AWACS mudah menjadi sasaran pertama dalam konflik moden.


Sebaliknya, jet pejuang generasi baharu seperti F-35, J-20, Rafale F4 dan projek Tempest Eropah semakin banyak menggunakan radar AESA, sensor IRST, pemprosesan data berasaskan AI, dan sistem peperangan rangkaian. Pemerhati ketenteraan melihat bahawa fungsi intelijen, pengawasan, dan pemerolehan sasaran (ISTAR) kini semakin terintegrasi ke dalam pesawat bersaiz lebih kecil.


Keupayaan sensor moden bukan sahaja mampu mengesan sasaran lebih jauh daripada generasi sebelumnya, malah boleh mengesan pesawat halimunan, platform tanpa pemandu, dan ancaman hipersonik. Kini, lebih banyak maklumat boleh diproses terus oleh pesawat itu sendiri tanpa bergantung kepada komputer besar AWACS.


Bayangkan seorang juruterbang berada di dalam kokpit, tidak lagi dibebani tugasan kompleks membaca data, sebaliknya menerima gambaran ringkas tentang lokasi musuh, kesediaan senjata sekutu dan ancaman yang perlu dielakkan. Semua itu berlaku secara automatik hasil kombinasi radar, penderia elektro-optik, pautan data dan algoritma pintar. Dunia AWACS mini sudah tiba.


 Keupayaan Teknikal: Sejauh Mana Realistiknya?


Walaupun konsep AWACS mini dalam jet pejuang kedengaran futuristik, perkembangan teknologi menunjukkan ia semakin hampir menjadi realiti. Antara faktor yang mendorongnya:


 1. Radar AESA Padat Dengan Kuasa Tinggi


Radar AESA (Active Electronically Scanned Array) generasi baharu tidak lagi memerlukan antena bersaiz besar. Ia boleh dipasang pada hidung jet, tepi sayap, atau permukaan lain tanpa meningkatkan keratan rentas radar pesawat.


Bahkan, F-35 dikatakan boleh mengesan sasaran 360° dengan bantuan Distributed Aperture System (DAS) dan sensor EOTS. J-20 China pula menggunakan radar AESA bersaiz besar dengan modul pemancar yang mampu berfungsi sebagai jammer aktif. Dengan kombinasi ini, keupayaan pengesanan sebuah jet moden boleh mendekati tahap AWACS dalam beberapa keadaan.


 2. Fusion Data dan Pemprosesan AI


Kekuatan sebenar bukan hanya pada radar, tetapi pada fusion data – proses menggabungkan data dari pelbagai sumber seperti satelit, dron, radar darat dan pesawat lain. AI bertindak menyusun maklumat daripada beratus-ratus input dan menghasilkan satu gambaran taktikal yang bersih.


AWACS tradisional memerlukan kru besar untuk tujuan ini. Jet generasi baharu melakukannya secara automatik.


 3. Pautan Data Berkelajuan Tinggi


Sistem seperti Link-16, MADL (F-35), BOSS (China), dan sistem komunikasi kuantum masa hadapan membolehkan data disampaikan secara masa nyata tanpa mendedahkan kedudukan sebenar pesawat.


Jet pejuang bukan sahaja dapat menerima maklumat, malah menghantar data kepada formasi yang lebih besar – menjadikannya node penting dalam rangkaian peperangan moden.


---


 Kelebihan Strategik Jika Jet Mempunyai Keupayaan AWACS


 1. Mobiliti Tinggi dan Sukar Ditumpas


AWACS besar tidak boleh masuk ke kawasan musuh. Jet pejuang boleh. Jet yang mampu berfungsi sebahagian sebagai AWACS dapat memasuki ruang udara lebih berbahaya dan mengumpul data yang tidak dapat dicapai pesawat besar.


 2. Kelangsungan Operasi Lebih Tinggi


Menurunkan satu AWACS tradisional mungkin melumpuhkan operasi udara seketika. Tetapi jika maklumat boleh disalurkan oleh beberapa jet pejuang, kehilangan satu unit tidak memusnahkan keseluruhan sistem.


 3. Fleksibiliti Misi


Jet berkemampuan AWACS boleh menjalankan:


- Misi pengawasan

- Operasi serangan

- Gangguan elektronik

- Komando mini bagi sekumpulan dron (loyal wingman)


Ia mengubah struktur peperangan daripada hierarki berat kepada struktur rangkaian fleksibel.


 4. Gabungan Dengan Armada Dron


Peperangan masa hadapan melibatkan swarm drones. Jet ber-AWACS boleh memimpin sekumpulan dron untuk:


- reconnaissance

- serangan ketepatan

- pelumpuhan radar musuh


Jet menjadi otak, dron menjadi tangan.


---


 Kelemahan dan Batasan Jet Menjadi AWACS


Namun begitu, tidak semua kelebihan datang tanpa batas. Jet masih memiliki kelemahan tertentu:


 1. Ruang Terhad


AWACS tradisional membawa antena besar dan kru yang ramai. Jet mempunyai ruang terhad untuk:


- perkakasan tambahan

- sistem kuasa

- antena pelbagai arah berkuasa tinggi


Ini mengehadkan jarak pengesanan.


 2. Masa Penerbangan Lebih Pendek


AWACS boleh berada di udara 10–12 jam. Jet hanya 2–4 jam tanpa tangki tambahan.


 3. Keperluan Pemprosesan


AI dan sistem pemprosesan data berintensif tinggi memerlukan penyejukan dan kuasa elektrik yang besar.


 4. Risiko Mendedahkan Pesawat Pejuang


Jika jet menjadi node kritikal, ia menjadi sasaran bernilai tinggi.


---


 Peperangan Masa Hadapan: Di Mana Kedudukan Konsep Ini?


Dalam konflik masa hadapan – sama ada perang kuasa besar, konflik lautan Indo-Pasifik, atau peperangan bandar berteknologi tinggi – AWACS mini dalam jet pejuang akan memainkan peranan berikut:


 1. Peperangan “First See, First Strike”


Pihak yang dapat melihat musuh lebih awal akan menang. Jet berkeupayaan AWACS memberi kelebihan ini.


 2. Operasi Multi-Domain


Maklumat dari darat, laut, udara dan siber semuanya disatukan oleh jet.


 3. Minimum Human Burden


Dengan AI menguruskan analisis data, juruterbang hanya perlu membuat keputusan strategik, bukan taktikal.


 4. Distributed Command


Tiada lagi pusat arahan tunggal. Arahan diedarkan kepada pelbagai pesawat dan dron.


---


 Kesimpulan: Realiti atau Fantasi?


Secara keseluruhan, keupayaan jet pejuang untuk memiliki kapasiti seperti AWACS bukan lagi fantasi sains. Ia sudah pun direalisasikan dalam bentuk awal, dan peperangan masa hadapan akan memperlihatkan peningkatan mendadak dalam integrasi sensor dan fungi AWACS mini pada jet generasi baharu.


Namun, AWACS tradisional masih diperlukan, terutamanya untuk operasi besar-besaran yang memerlukan gambaran strategik menyeluruh. Sebaliknya, jet AWACS mini melengkapkan peranan tersebut dengan keupayaan menyusup, bertindak dalam formasi kecil, dan mengumpul data taktikal secara dinamik.


Masa depan peperangan udara bukan sahaja tentang kelajuan dan senjata, tetapi tentang siapa yang memiliki maklumat terbaik dan terpantas. Dalam konteks ini, jet pejuang berkeupayaan AWACS adalah satu revolusi yang bakal mengubah wajah peperangan moden.


---


Bacaan Lanjut Rujukan Akademik


1. Lambeth, B. (2018). Air Warfare in the Information Age. RAND Corporation.

2. Sweetman, B. (2020). Stealth, Sensors, and the Future of Air Combat. Aviation Week Publications.

3. Kopp, C. (2017). AESA Radar Evolution and Capabilities. Journal of Electronic Defense.

4. Xu, H., & Zhang, Y. (2019). Distributed Sensor Fusion in Modern Fighter Aircraft. Chinese Journal of Aeronautics.

5. Clark, B. (2021). The Role of AI in Future Air Warfare. Center for Strategic & Budgetary Assessments.

6. Gormley, D. (2016). Strategic C4ISR in the Asia Pacific. Routledge.

7. Freedman, L. (2015). The Future of Command and Control. Oxford University Press.

8. Gunzinger, M. (2020). Airborne Battle Management in Contested Airspace. CSBA.

9. Lin, J. (2022). China’s Airborne Early Warning Advancements. Jamestown Foundation.

10. Thompson, M. (2023). Multi-Domain Operations and Fighter Sensors. Air & Space Power Journal.


---



MENJAWAB TUDUHAN JEBAT WATANIAH. JANGAN DENGAR ORANG TAK SEKOLAH TINGGI


 

POLITIK TAK MATANG


 

RUNDINGAN PMX DAN ZAHID TUKAR MENTERI


 

SABAHAN TAK MAU LA PN


 

YB MINUM AIR OREN NGAN NASI NAK AMBIL KREDIT...


 

BENARKAH PERTEMUAN BERSATU MALAM ESOK BERTUJUAN MENUKAR KETUA PEMBANGKANG?






17 November 2025


Sebagaimana tular surat berkenaan di media sosial, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen parti itu malam esok.


Pertemuan akan diadakan di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, jam 8.00 malam.


Semua Ahli Parlimen Bersatu dijemput menghadiri pertemuan tersebut dan diminta mengesahkan kehadiran sebelum 15 November (Sabtu).


Tiada agenda atau tujuan khusus Muhyiddin memanggil pertemuan itu, tetapi beberapa laman sosial dan peminat politik tanah air seolah-olah dapat menghidu tujuan pertemuan itu.


Mereka menyatakan tujuan pertemuan itu adalah untuk Muhyiddin mendapat persetujuan daripada Ahli-Ahli Parlimen Bersatu bagi menukar Ketua Pembangkang daripada Hamzah Zainuddin kepada Radzi Jidin.


Setakat ini tiada sesiapa berani mengesahkan perkara itu, cuma mereka mengatakan – tunggu saja malam esok apa terjadi nanti.


Benarkah spekulasi yang berlegar itu dan sejauh mana ia akan menjadi kenyataan?


Isu pertama yang jadi persoalan, jika benar pertukaran itu yang dirancang dalam pertemuan malam esok, ia memang sesuatu yang tidak kena pada masanya.


Ini kerana ketika ini kempen PRN Sabah baru saja bermula dan pertukaran Ketua Pembangkang pastinya akan mencetuskan pertelingkahan yang tidak perlu dalam Bersatu.


Peluang calon Bersatu dan BN untuk beroleh kemenangan di Sabah akan ternafi dengan sendirinya akibat pertukaran itu.


Akhirnya, PN dan Bersatu sendiri yang akan rugi.


Yang kedua, berapa ramai Ahli Parlimen akan hadir dalam pertemuan itu nanti?


Jika tidak semua Ahli Parlimen dapat hadir atau kalau kem Hamzah tidak hadir, kalau pun persetujuan untuk menukar Ketua Pembangkang berjaya diperolehi daripada Ahli-Ahli Parlimen yang hadir, keadaan itu tidak mencerminkan keputusan yang benar-benar bulat.


Ia akan terus dipertikaikan dan sudahnya Bersatu akan jadi lebih berpecah.


Sekali lagi, Bersatu akan rugi disebabkan polemik dalam parti yang tiada hentinya.


Ketiga, jawatan Ketua Pembangkang adalah mewakili PN yang merupakan blok pembangkang ketika ini.


Dengan hanya cadangan Bersatu agar nama Hamzah digugurkan sebagai Ketua Pembangkang dan ditukar dengan nama lain, ia tidak semestinya menjadi kenyataan jika perkara itu tidak dipersetujui oleh PAS yang memiliki lebih banyak kerusi dalam gabungan itu.


Apa kata jika PAS nanti menolak pertukaran yang dicadangkan Bersatu itu?


Sediakah Bersatu hendak berbalah dengan PAS pula?


Sebaiknya, oleh kerana PRU16 pun hanya kira-kira dua tahun lagi daripada sekarang dan boleh jadi juga ia mungkin dipercepatkan jika keputusan PRN Sabah tidak memberangsangkan buat PH, adalah lebih baik kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang tidak dihadirkan apa-apa gangguan.


Lagi pun, beliau boleh dikata berperanan agak baik selama ini sebagai Ketua Pembangkang.


Jadikan saja pertemuan malam esok sebagai pertemuan makan-makan tajaan Presiden sambil sama-sama memikirkan bagaimana untuk mengorak langkah lebih  gagah memenangi PRU16, sesuai dengan sentimen rakyat yang memang tidak memihak kepada kerajaan ketika ini. – ShahbudinHusin 17November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/benarkah-pertemuan-bersatu-malam-esok-bertujuan-menukar-ketua-pembangkang/



Isyarat paling jelas PH - BN yakin bentuk kerajaan lepas PRU16, persempa...

UMNO BOIKOT PKR ? AKHIR LANGGAR KERUSI ?

Kedah tuntut Pulau Pinang bagaikan siram benih yang dah lama kering

 



Kedah tuntut Pulau Pinang bagaikan siram benih yang dah lama kering



DR AHMAD ZAHARUDDIN AHMAD SABRI




Bayangkan jika esok, Johor menuntut semula Singapura. Atau Melaka menuntut hak ke atas Sumatera. Kedengaran mustahil? Begitulah rasanya apabila Kedah mengumumkan hasrat untuk membawa tuntutan pemilikan Pulau Pinang ke mahkamah. Tetapi sebelum kita ketawa atau mencemuh, mari kita gali akar sejarah, rasional politik, dan impak perlembagaan yang tersirat di sebalik langkah ini.



Seperti banyak perkara dalam politik Malaysia, apa yang kelihatan gila, kadangkala berpunca daripada logik yang sangat waras.

Ramai menyangka tuntutan ini adalah idea eksklusif Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Tetapi hakikatnya, benih tuntutan ini telah lama ditanam. Jika kita imbas kembali era pentadbiran Mukhriz Mahathir, isu pajakan Pulau Pinang dan hak air Sungai Muda sudah mula dibangkitkan. Ketika itu, nada tuntutan lebih diplomatik—menuntut semakan semula kadar pajakan RM10,000 setahun yang dianggap tidak masuk akal dalam konteks ekonomi moden.


Sanusi hanya menyiram benih yang telah lama kering. Bezanya, beliau melakukannya dengan gaya politik yang lebih teatrikal—mengumumkan kajian lebih 20,000 dokumen sejarah, menyebut Perpustakaan British, dan mengusulkan angka tuntutan RM100 juta setahun. Ia bukan lagi soal pajakan. Ia kini soal pemilikan.

Pulau Pinang dipajak oleh Sultan Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1786. Pajakan itu tidak pernah dibatalkan secara rasmi. Malah, selepas kemerdekaan, kerajaan Persekutuan meneruskan bayaran simbolik RM10,000 setahun kepada Kedah. Tetapi adakah itu bermakna Pulau Pinang masih milik Kedah?



Jawapannya bergantung kepada siapa yang anda tanya.

Bagi ahli sejarah, pajakan itu adalah warisan kolonial yang sudah lupus secara praktikal. Bagi peguam perlembagaan, Pulau Pinang adalah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia, disenaraikan dalam Perkara 1(2) Perlembagaan. Bagi ahli politik seperti Sanusi, ia adalah peluang untuk menuntut keadilan sejarah dan ekonomi.

Bayangkan mahkamah memihak kepada Kedah. Pulau Pinang, negeri berdaulat dalam Perlembagaan Malaysia, kini perlu ditafsir semula sebagai wilayah yang dipinjam. Ini bukan sekadar kemenangan sejarah, tetapi pencetus kepada gelombang tuntutan kenegaraan yang boleh merobek fabrik Persekutuan Malaysia.

Duluan bahaya jika negeri lain juga tuntut

* Sabah dan Sarawak: Dengan sejarah penyertaan ke Malaysia yang penuh syarat dan rundingan, mereka mungkin menuntut semula kuasa autonomi penuh seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Sudah ada gerakan yang menuntut status “negara dalam Persekutuan”, bukan sekadar “negeri”.


* Johor: Dengan sejarah sebagai negeri yang pernah berdagang secara langsung dengan kuasa asing dan memiliki sempadan maritim yang strategik, Johor mungkin menuntut semula hak ke atas Pulau Batu Puteh mahupun semakan semula kedaulatan Singapura.

* Kelantan, Kedah dan Terengganu: Dengan sejarah pemberian bunga emas kepada negara jiran, adakah Thailand mungkin menuntut semula negeri-negeri ini dari Malaysia?

Jika semua negeri mula menuntut semula hak sejarah, Malaysia akan berdepan dengan krisis perlembagaan yang paling besar sejak 1969. Ia bukan lagi soal sempadan, tetapi soal kepercayaan terhadap sistem persekutuan.

Perbandingan global: Negeri bangkit menentang pusat

Sepanyol – Krisis Catalonia



Pada 2017, wilayah Catalonia mengadakan referendum untuk merdeka daripada Sepanyol. Walaupun ditolak oleh kerajaan pusat dan mahkamah, gerakan itu mencetuskan krisis politik yang berpanjangan. Pemimpin Catalonia diasingkan, rakyat berpecah, dan ekonomi terganggu.

Pengajaran: Bila wilayah mula menuntut hak sejarah dan autonomi penuh, sistem persekutuan boleh lumpuh jika tiada saluran rundingan yang berkesan.


Kanada – Quebec



Wilayah Quebec pernah dua kali mengadakan referendum untuk keluar dari Kanada (1980 dan 1995). Walaupun gagal, tuntutan itu memaksa kerajaan pusat memberi lebih kuasa autonomi kepada Quebec, termasuk dalam pendidikan dan bahasa.

Pengajaran: Tuntutan wilayah boleh dikawal jika kerajaan pusat bersedia memberi ruang rundingan dan pengiktirafan identiti wilayah.

India – Kashmir

Wilayah Jammu dan Kashmir mempunyai status khas dalam perlembagaan India. Namun, apabila status itu dibatalkan pada 2019, ia mencetuskan ketegangan etnik, rusuhan, dan konflik diplomatik dengan Pakistan.

Pengajaran: Bila sejarah dan identiti wilayah tidak dihormati, ia boleh mencetuskan konflik yang berpanjangan dan merosakkan imej negara.


Namun, di sebalik retorik pemilikan, isu sebenar mungkin lebih pragmatik. Pulau Pinang bergantung kepada Sungai Muda sebagai sumber air utama. Sungai itu berpunca dari Kedah. Kedah menanggung kos pemuliharaan dan pengurusan, tetapi tidak menerima pulangan yang setimpal.

Tuntutan pemilikan mungkin hanya alat rundingan untuk mendapatkan bayaran yang lebih adil. Dalam dunia politik, kadang-kadang anda perlu menggertak untuk mendapatkan perhatian.

Jika mahkamah menolak tuntutan Kedah, ia akan menjadi penegasan semula terhadap Perlembagaan Persekutuan. Tetapi ia juga boleh mencetuskan naratif bahawa sistem pusat tidak adil kepada negeri. 

Sanusi dan pemimpin negeri lain mungkin menggunakan keputusan itu sebagai bahan kempen politik: “Kami menuntut keadilan, tetapi ditolak oleh sistem yang berat sebelah.”

Ini boleh mencetuskan gelombang populisme kenegerian, pemimpin negeri mula membina naratif “kami lawan mereka”, negeri lawan pusat. Dalam jangka panjang, ia boleh melemahkan semangat kebangsaan dan memperkukuh politik identiti wilayah.

Jalan tengah: Reformasi federalisme

Malaysia perlu melihat tuntutan ini bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai peluang untuk menyemak semula struktur federalisme. Antara langkah yang boleh diambil:

* Semakan semula kadar pajakan dan hasil negeri: Negeri seperti Kedah, Kelantan, dan Sabah perlu diberi pulangan yang lebih adil atas sumber yang mereka sumbangkan.

* Pengiktirafan sejarah dan identiti negeri: Sejarah seperti pajakan Pulau Pinang, MA63, dan royalti minyak perlu dihormati dan dijadikan asas rundingan.



* Penubuhan Suruhanjaya Federalisme: Sebuah badan bebas yang menilai semula hubungan pusat-negeri secara berkala dan memberi cadangan dasar.

Saya percaya Malaysia tidak akan musnah hanya kerana satu tuntutan. Tetapi Malaysia boleh retak jika kita gagal mengurus tuntutan ini dengan bijak. Federalisme bukan sekadar struktur undang-undang, tetapi semangat kerjasama. Bila negeri mula melihat pusat sebagai musuh, dan pusat melihat negeri sebagai ancaman, maka negara akan kehilangan kompasnya.

Tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang adalah ujian. Bukan hanya kepada mahkamah, tetapi kepada kematangan politik kita. Sama ada kita memilih jalan konfrontasi atau jalan rundingan, sejarah akan menilai kita bukan berdasarkan siapa menang, tetapi bagaimana kita mengurus perbezaan.





DR AHMAD ZAHARUDDIN AHMAD SABRI ialah seorang penganalisa politik.








RAMALAN AWAL KEPUTUSAN PRU -17 SABAH DARI PENGANALISIS POLITIK ! MENGEJU...

ANALISA PADU DATO LOKMAN – PRN17 SABAH MAKIN PANAS!

LANGKAH KINABALU 2.0 ? RUNDINGAN SULIT ?

PRN Sabah: Sumber risikan setuju dengan saya, BN menang kerusi terbanyak...

PRU Sabah: PM Anwar Jelaskan Mengapa Kena Sokong Parti Kerajaan

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO

TENOM, 16 Nov – Hanya kerjasama erat antara parti tempatan di Sabah dan parti nasional yang mampu memastikan kesinambungan pembangunan wilayah ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Majlis Program Ramah Mesra Harapan Urang Sabah Bersama Masyarakat Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, Sabah telah mencapai banyak kemajuan di bawah pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO

“Saya setuju kita perlukan parti nasional dan parti tempatan, kerana kalau tiada kerjasama… tidak jalan (pembangunan), jangan sombong dan yang kita tolak adalah orang jahat dan mahu curi duit rakyat, malas kerja.

“Kalau dia baik dan bekerja kita sokong, tengok rekod dia. Kalau saya tidak buat apa-apa, masalah jalan dan air tidak akan selesai,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO

Turut hadir pada majlis itu, calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar dan jentera PH yang bersemangat sejak awal pagi lagi.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata kemenangan PH dalam PRU Sabah ke-17 penting untuk memastikan kelangsungan kerjasama yang mantap antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO

“PH bukan mahu rebut jawatan Ketua Menteri, kita bertanding kerana mahu kekalkan dasar dan mahu bekerjasama dengan negeri. Kita mahu bangunkan Sabah, ini yang penting.

“Kenapa kena sokong parti kerajaan? Kerana banyak lagi masalah yang belum diselesaikan. Masih ada masalah air, jalan berlubang dan elektrik. Kita mahu ada hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan agar masalah ini dapat diselesaikan segera,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO

Pada PRU kali ini, Jamawi calon daripada KEADILAN, bertanding atas tiket PH berdepan saingan tujuh penjuru di DUN Melalap yang terletak dalam Parlimen Tenom, kira-kira 140 kilometer dari Kota Kinabalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU Sabah pada 29 November manakala hari mengundi awal pada 25 November.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO


PRU Sabah: Ewon Bukan Wira, Hanya Main Wayang – Anthony Loke

 


Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata Presiden Upko Ewon Benedick terus mengulang-ulang isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang wira. Foto Phoong Jin Zhe

KOTA KINABALU, 16 Nov – Tindakan Presiden Upko Ewon Benedick bukanlah seorang wira sebaliknya ‘hanya bermain wayang’ apabila meletak jawatan menteri persekutuan kononnya bagi membantah isu berkait tuntutan 40 peratus hasil Sabah, bidas Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.

Loke berkata Kerajaan Persekutuan sudah pun memulakan kerja berhubung isu itu dan malah menetapkan mesyuarat khas Jemaah Menteri pada 11 November bagi membincangkannya.

Pada mesyuarat itu, Jemaah Menteri bersetuju untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung hak Sabah terhadap 40 peratus hasil yang diperoleh daripada negeri itu.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata Presiden Upko Ewon Benedick terus mengulang-ulang isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang wira. Foto Phoong Jin Zhe

“Ewon asyik mengulangi isu ini, cuba menggambarkan dirinya sebagai wira. Tetapi hakikatnya, beliau tidak hadir pada mesyuarat khas itu.

“Beliau hantar surat peletakan jawatan pada 10 November, tetapi ia hanya berkuat kuasa selepas Disember. Beliau kini bercuti. Secara teknikalnya, beliau masih anggota Jemaah dan beliau tahu mesyuarat itu berlangsung,” kata Loke dalam satu kenyataan.

Katanya, sekiranya Ewon berpendapat keputusan itu salah beliau patut perjuangkannya dalam Jemaah Menteri bukannya meletak jawatan.

Terkedu Ewon Benedick dan kesombongannya sendiri setelah ugutannya langsung tidak bernilai sama sekali bersama UPKO yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

“Cabar peguam negara, cabar perdana menteri, kemudian barulah letak jawatan. Ketika itu saya akan kata anda wira. Tetapi buat masa ini, anda hanya bermain wayang,” katanya.

Loke menegaskan bahawa rayuan Putrajaya dalam kes mahkamah berhubung 40 peratus hasil Sabah hanyalah berkaitan isu teknikal, bukan merit tuntutan itu.

“Jika kerajaan tidak merayu, ia akan kelihatan seolah-olah kita menyalahgunakan kuasa. Ini isu perundangan yang perlu diperjelaskan,” katanya sambil menegaskan Putrajaya mengiktiraf hak Sabah terhadap 40 peratus hasil yang dikutip dari negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada ceramah mega ‘PMX Sayang Sabah’ di pekan Inanam, Sepanggar pada 15 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Beliau turut menggesa pengundi supaya tidak terpengaruh dengan politik konfrontasi menjelang PRU Sabah pada 29 November ini, sambil berkata pembangunan wilayah itu memerlukan kerjasama erat antara kerajaan Sabah dan persekutuan.

“Jika kerajaan negeri yang menentang kerajaan persekutuan sepenuhnya berkuasa, lima tahun akan datang akan dipenuhi politiking, pertengkaran dan suara lantang penuh emosi.

“Itu tidak akan menyelesaikan masalah jangka panjang Sabah,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama komuniti Cina di Kampung Padang, Kota Kinabalu pada 15 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Loke, yang juga menteri pengangkutan, berkata kerajaan perpaduan tidak pernah melihat Sabah sebagai seteru. “Jika Sabah maju, Malaysia juga maju,” katanya.

“Perlu ada keseimbangan. Kehadiran wakil rakyat Pakatan Harapan di Sabah akan membantu mewujudkan situasi menang-menang, sokongan persekutuan yang kuat dan kerajaan negeri yang stabil,” katanya.