BIARKAN AZMIN DAN KHALID BERBALAH DI LUAR, KITA ANGKAT SAIFUDDIN
BIARKAN AZMIN DAN KHALID BERBALAH DI LUAR, KITA ANGKAT SAIFUDDIN
keratanaberita1.jpg
790 KB
keratanaberita1.jpg
790 KB
JIKA TS Khalid berjanji di Kuantan bahawa sekiranya beliau menang Kerusi
Timbalan Presiden PKR, beliau akan pastikan di dalam PRU 14 akan datang
tiada lagi masalah calon "payung terjun". Ertikata lain, suara akar
umbi akan didengar. Maknanya, sedikit betul apa yang aku selalu sebut
bahawa isu calon "payung terjun" ini lah yang menjatuhkan markah Azmin
sekarang.
Jika TS Khalid berjanji sedemikian, sebenarnya itulah yang lebih awal
dijanjikan oleh Saifuddin Nasution salah seorang calon yang menawarkan
diri merebut Kerusi Timbalan Presiden. Saifuddin teramat arif tentang
isu calon "payung terjun" ini kerana beliau bertugas di Ibu Pejabat
parti selaku Setiausaha Agung. Terbukti, dua calon yang menjadi saingan
Azmin sekarang mengaku bahawa isu calon "payung terjun" membuatkan
ramai yang marah, berkecil hati bahkan ada yang keluar dari parti.
Prestasi TS Khalid selaku MB Selangor memang baik, lebih baik dari Khir
Toyo tentunya. Bagaimana pula dengan PKR di Selangor di era TS Khalid?
Kita masih ingat kisah seawal pentadbiran TS Khalid di Selangor, ada
pejabat Cabang yang hampir disita kerana tidak membayar sewa pejabat.
Ada pejabat yang diputuskan bekalan api kerana tidak membayar bil.
Pelik, PKR di negeri kaya ini boleh berlaku sedemikian.
Siapa boleh nafikan masih ada lagi kontraktor-kontraktor yang berjiwa
Umno berlakun menyokong PR hanya kerana mahu kontrak di Selangor?
Lemahnya TS Khalid adalah bacaan politiknya, terutama strategi politik
dari musuh iaitu Umno. Beliau mula memasuki pejabat MB Selangor, kita
dikejutkan dengan kisah kamera tersembunyi di dalam pejabat beliau.
Mungkin TS Khalid tidak kisah semua ini kerana baginya tidak perlu takut
kepada kamera tersembunyi kerana beliau tidak lakukan apa-apa yang
tidak betul di dalam pejabatnya. Sehingga kini kes itu senyap.
Ertinya, tiada kepekaan langsung. Bukan masalah beliau lakukan atau
tidak perkara tidak baik di dalam pejabatnya, tetapi kita harus ingat
bahawa sudah ada 'orang dalam' yang ingin sabotaj atau menjadi pengintip
beliau. TS Khalid mungkin tidak membaca semua ini.
Kita ingat lagi kisah JAIS serbu Gereja kononnya ada aktiviti
memurtadkan orang Islam di Selangor. Peliknya, MB Selangor tidak tahu
ada serbuan dilakukan kecuali setelah ianya berlaku dan kecuh. Exco pun
tiada yang tahu peristiwa serbuan itu, sedangkan JAIS adalah di bawah
pentadbiran Negeri Selangor. Maka, peristiwa serbuan itu menjadi
kontroversi yang hebat. Bukan sekali, berlaku lagi di mana sekali lagi
JAIS serbu gereja untuk merampas Kitab Bibble yang dikatakan terkandung
Kalimah Allah. Peliknya, kitab Bibble itu ada cop KDN yang meluluskan
percetakannya. Pedulikan tentang cop itu, tapi jelas JAIS sekali lagi
membelakangkan MB Selangor dan Kerajaan Negeri. Maka, kontroversi
berlaku lagi. Lemahnya TS Khalid berdepan dengan JAIS ini.
Isu pemecatan Azmin di dalam kemelut PKNS. Pening sungguh
memikirkannya. Pihak PKNS kata dapat kebenaran TS Khalid, manakala TS
Khalid kata beliau tidak tandatangan pun surat pecat Azmin. Habis,
mengapa dibiarkan saja jika sungguh beliau tidak pecat Azmin? Mengapa
bila kumpulan Azmin sudah kecuh baru TS Khalid bersuara dan meng'kambing
hitam'kan beberapa pegawai di dalam PKNS? Kemelut PKNS gagal ditangani
oleh TS Khalid dengan bijak. Sebab apa gagal, sebabnya beliau dan
Azmin tidak pernah tidak 'berkelahi'. Itu hakikat yang tidak boleh
dinafikan.
MOu berkaitan air di Selangor ternyata sesuatu yang memalukan Ketua Umum
PKR, DS Anwar Ibrahim. Bayangkan TS Khalid mengadakan MOu dengan
Kerajaan Pusat tanpa memaklumkan sedikit pun kepada Anwar sebelum beliau
tandatangan MOu berkenaan. Ini ditegur secara penuh hikmah oleh
Anwar. Sebelum ini pun banyak kali Anwar tegur TS Khalid di dalam
konvensyen atau kongres parti. Anwar ada menyatakan TS Khalid seorang
yang setia mendengar tetapi lambat bertindak. Anwar mahu kepentingan
parti diseimbangkan dengan kepentingan negeri kerana parti lah yang
mengangkat TS Khalid di Kerusi MB Selangor itu. Jangan buat PKR di
Selangor seperti peminta sedekah.
Mungkin ramai yang tidak setuju bila ada yang kata TS Khalid ini
'kedekut". Tambah pula selepas beberapa negeri mengadakan jamuan makan
di hotel bersama beliau sepanjang kempen pemilihan ini. Jika kedekut,
tidak merasa makan di hotel. Aku tidak tahu pasal kedekut ini, cuma
yang aku tahu Selangor di bawah TS Khalid umpama sebuah syarikat. Satu
sen di minta oleh parti, mesti mahu kertas kerja. Aku tidak pasti
samada jamuan di hotel ini pun telah buat kertas kerja terlebih dahulu.
Mungkin Faekah boleh jawab isu ini.
Mudah saja. Azmin dan TS Khalid memakan masa untuk berbaik samada salah
seorang di antara mereka menang atau kalah. Jadi, usah pening kepala
maka kita pilih yang tidak bercakaran iaitu Saifuddin Nasution sebagai
Timbalan Presiden PKR yang baru. Biarkan Azmin dan TS Khalid berbalah
di luar sana.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS
Subscribe to:
Posts (Atom)