PENDEDAHAN KADIR TENTANG FITNAH TERHADAP ANWAR


Anwar: Najib rayu tauke2 Cina pujuk pekerja sokong BN

Anwar: Najib rayu tauke2 Cina pujuk pekerja sokong BN

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 21 Jan: Cemas takut kehilangan sokongan masyarakat Cina, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayu majikan berbangsa Cina memujuk para pekerja Cina mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Perkara itu dibongkar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, rayuan itu dibuat Najib baru-baru ini dalam satu jamuan makan bersama tauke-tauke Cina.
“Nada dia sudah berubah. Sebab itu Najib merayu – ‘tolonglah…kali ini (PRU 13) sahaja’.




“Najib tak minta wang, sebab dia orang kaya. Dia rayu (kepada majikan) supaya beritahu kepada pekerja Cina (untuk undi BN semula). Nada dia pun dah lain. Merayu sahaja,” kata Anwar di hadapan lebih 5,000 hadirin di Ceramah Merdeka Rakyat di Seksyen 17, Shah Alam, Sabtu lalu.

Semalam Najib dalam lawatannya ke Kelantan turut merayu rakyat negeri itu memilih BN pada pilihan raya nanti.
Beliau mengumumkan janji pilihan raya kepada rakyat Kelantan meliputi tujuh projek besar kononnya untuk memajukkan negeri tersebut.
Sebelum ini, rayuan seumpama itu juga dibuat Najib dalam kempennya di Selangor dan lain-lain negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, Anwar mengingatkan rakyat khususnya di Selangor lebih berwaspada dan tidak memilih BN kembali sebagai kerajaan.
Tegas Anwar, jika itu berlaku, ia mengundang penyelewengan lebih parah di kalangan pemimpin Umno.



“Kroni Umno BN ini dia tak kira. Melayu, Cina atau India, sama. Tanah (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) 200 ekar siapa yang ambil? Permit teksi siapa yang ambil?,” kata Anwar disambut teriakan ‘Umno’ oleh hadirin.


“Puak (BN) ini gila. Sampai duit lembu (NFC) pun dia sapu. Bila kita tanya, mereka tak jawab. (Maka) yang kita kena timbang ialah masa depan kita. Kita mesti guna fakta untuk menilai,” katanya.
“Tapi saya yakin. Kamu (BN) tak boleh halang ketentuan sejarah,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh.

Lucu mengatasi Maharaja Lawak Mega! (LM)

Rupa-rupanya, Sharifah Listen ni pun ada masalah!! Bacalah sendiri. Kenyataan angkuh, bodoh dan sombongnya. Mungkin kita boleh rasa terhibur dengan gelagat Sharifah ini yang tak tahu siapa yang sepatutnya meminta maaf kepada siapa. Sharifah ini sudah terputus hubungan dengan realiti kehidupan manusia agaknya..

Bacaan seterusnya:   Lucu mengatasi Maharaja Lawak Mega!