SEINGAT AKU MASA SAPA NTAH JADI MENTERI KBS HILANG 100 JUTA KA BERAPA JUTA ENTAH... KOT ADA YANG TAU.



 Malaysia cuma raih 𝗱𝘂𝗮 𝗴𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 KJ label 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻, Hannah Yeoh sebagai 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 dan disuruh letak jawatan.


Ni nak ingatkan KJ sikit. Menteri tu 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 dalam persiapan atlet. Bukan menteri yang jadi jurulatih. Tapi betul, menteri tetap ada peranan dan tanggungjawabnya.


Tapi menteri yang ditugaskan untuk tangani pandemik Covid, kemudian 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘇𝗶𝗿 hingga tamat tempoh penggunaan, yang beli 𝗺𝗲𝘀𝗶𝗻 𝘃𝗲𝗻𝘁𝗶𝗹𝗮𝘁𝗼𝗿  beratus unit tapi cuma 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗷𝗲 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶, barulah boleh dikatakan 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹.


Sebab beratus juta duit rakyat disia-siakan. Itu belum cerita menteri 𝘂𝗴𝘂𝘁, rakyat yang tak ambil vaksin akan 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗻𝘆𝗮. Itu kegagalan yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺.


Masa tu, menteri yang dimaksudkan tu, 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻? Padahal masa tu satu negara maki hamun dan sumpah seranah dia. Tapi dia boleh 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗯𝗼𝗸 je.


KJ ni 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 nak kritik mana-mana menteri pun. Dia diselubungi oleh kegagalan. Nak jadi 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 gagal, jadi 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 pun gagal, bahkan dalam PRU15 pun dia 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴.


Bagusnya KJ teruskan jadi DJ je. Situ je dunia yang sesuai untuknya. Sebab dalam dunia politik, KJ ni 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗲𝗸𝗼𝗿 𝗸𝘂𝘁𝘂. Pakar hisap darah tapi hasil tak pernah ada. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KISAH YANG PATUT JADI PENGAJARAN



 Sebatang curut harga R M 60 k. Kisah ni dah lama berlaku. Ustaz pun dah hampir terlupa tapi baru-baru ini ada seseorang yang buat ustaz ingat semula.

.

.


Masa tu ustaz dijemput ke sebuah rumah mewah di kawasan Hulu Klang. Ustaz dijemput untuk ziarah, lebih kurang macam tu.


Tuan rumah ni seorang berpangkat Dato yang kaya raya.


Apa berlaku ketika ustaz di rumah mewah tu?


Masa ustaz dan beberapa orang tetamu lain tengah borak-borak, tiba-tiba ustaz dengar suara tuan rumah ni mengamuk. Bukan main kuat lagi sampai kami di ruang tamu pun dengar juga. 

.

.

Apa punca Dato ni mengamuk?


Rupanya bilik simpanan curut dia terganggu. Suhu berubah menyebabkan satu kotak curut mahal telah rosak. 


Bila keadaan stabil, Dato ni pun cerita pada ustaz, harga curut sebatang R M 60k. 


Bukan sekotak ya. Sebatang harga macam tu. Jadi cuba tuan puan bayangkan kalau sekotak ada 24 batang curut. Jumlah harga sekotak curut tu dah dekat 1.5 juta.


Allahuakbar. Mana tak mengamuk tuan rumah tu.


Ustaz dan tetamu yang dengar juga terkejut. Bukan main melopong kami bila tahu ada curut harga macam tu. 


Masha Allah.


Lebih tak sangka, ada orang sanggup berbelanja besar macam tu semata-mata untuk curut. 

.

.

Sebelum balik, ustaz sempat bercakap Dato ni. 


"Dato, boleh saya cakap sesuatu?"


Dia jawab sambil ketawa,


"Silakan ustaz.., jangan ceramah sudah lah."


Ustaz pun bagi nasihat sikit. Iyalah.. sebagai pendakwah ustaz tetap kena sampaikan perkara yang betul.


"Dato, di akhirat nanti tidak akan bergerak kaki kita selagi kita belum jawab beberapa soalan. Antara soalan yang perlu dijawab adalah daripada mana harta yang kita dapat dan ke mana harta yang kita belanjakan."


Itu saja yang ustaz cakap. Tak lama lepas tu ustaz pun beredar. 

.

.

Tuan puan yang dirahmati Allah,


Harta adalah ujian dari Allah. Seperti yang ustaz cakap pada Dato yang kaya raya tu, ustaz kongsi juga pada tuan puan semua sebagai iktibar kita bersama.


Sama-sama kita semak diri masing-masing, bukan orang lain.


Dari mana harta yang kita dapat?

Jalan mana kita usahakan? Halal kah?

Adakah kita zalimi orang, atau ambil harta orang?

Ke mana kita belanjakan?

Sudahkah kita berzakat bagi harta yang cukup kadarnya?

.

.

Tuan puan,


Harta yang kita gunakan bukan saja ditulis pada kitab catatan amal, tapi harta juga akan beri kesan pada tubuh badan kita dan keluarga. 


Jadi darah daging, beri kesan pada jiwa dan akhlak. 


Sebab tu kita kena hati-hati dengan sumber harta. Pastikan betul-betul halal sesuai dengan syariat Islam.

.

.

Tuan puan yang dirahmati Allah.


Harta dinilai bukan pada kuantiti tapi pada kualiti. Kualiti yang ustaz maksudkan di sini adalah soal yang keberkatan harta.


Sama-sama kita kejar harta yang berkat. Sumbernya halal, manfaatnya besar. Bukan hanya manfaat dunia, tapi sampai ke akhirat.


Sama-sama kita usahakan.

.

.

#UstazHanafiMalek



Rafizi Ramli akan hadiri 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 di 𝗨𝗧𝗠 𝗦𝗸𝘂𝗱𝗮𝗶 hari



𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 ini, 17 𝗢𝗴𝗼𝘀 2024. Boleh tanya apa sahaja tentang program terkini Kementerian Ekonomi serta 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 dalam sesi 𝘼𝙨𝙠 𝙈𝙞𝙣𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧 𝘼𝙣𝙮𝙩𝙝𝙞𝙣𝙜.



Selamba je Rafizi berdepan dengan rakyat. Berani dia nak hadap soalan secara terus. Walaun yang selalu tak puas hati, 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗹𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻 yang macam-macam boleh datang. Tanya dia sendiri masa tu. Itu pun 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 la.


Teringat dulu ada PM yang jangankan nak berhadapan dengan rakyat macam ni, 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁. 𝗕𝘂𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶. Malah nak baca perutusan secara 𝙡𝙞𝙫𝙚 pun mengigil. Nak jadi PM tapi 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝘂𝘁. Tengok Rafizi. Baru 𝘨𝘦𝘯𝘵𝘭𝘦. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



DENGAN ORANG TUA PUN NAK BERTUMBUK?


Dzuklkarnain Al Abyani


1. Kenapa orang muda sekarang mudah panas baran? Sikit-sikit nak bergaduh, nak bertumbuk. Dengan orang tua pun nak bergaduh juga.


2. Hari tu saya undur kereta nak masuk parkir. Dah tengok kanan kiri, cermin sisi dan cermin pandang belakang, laluan kosong. Kamera papan pemuka pun tunjuk tak ada apa-apa.


3. Sebaik saya undur, tiba-tiba muncul sebuah kereta dari arah kanan. Hampir-hampir kami berlanggar. Nasib baik saya sempat brek dan tak jadi apa-apa. 


4. Pemandu kereta tadi keluar kereta dan marah-marah. Saya dipersalahkan. Saya minta maaf walaupun mungkin pemandu itu bersalah kerana terus bergerak walaupun nampak saya sedang mengundur.


5. Berkali-kali saya minta maaf, tapi saya nampak kemarahannya tidak mereda. Sehinggalah isterinya membuka cermin tingkap dan meminta maaf pula kepada saya, barulah pemandu tadi nampak menyejuk.


6. Kalaulah saya juga panas baran dan layan ego saya, mungkin kami akan bertumbuk. Apatah lagi jika kes kami berpanjangan sampai masuk fail polis, tentu lebih gawat.


7. Jika tak berlaku apa-apa, cukuplah saling meminta maaf. Jika berlaku apa-apa sekalipun, apa salahnya diselesaikan secara baik melalui perundingan atau saluran undang-undang.


8. Tak perlu tunjuk hero, menengking-nengking atau ajak bertumbuk. Meskipun kita muda dan saingan kita tua (macam saya misalnya), belum tentu kalau bertumbuk, orang muda boleh menang.


9. Jangan main-main dengan orang tua. Mungkin tenaganya kurang, tapi dia ada buah atau jurus rahsia yang akan diguna dalam situasi terdesak. 😁


10. Orang muda mesti melatih diri untuk bersabar dan jangan mengikut nafsu. Jika berbadan kekar sekalipun, kekaran itu bukan diguna untuk bertumbuk hanya kerana kesalahan yang tidak disengajakan.


11. Ya, jika berlaku kemalangan, kenderaan rosak, duit habis dan urusan hidup harian terganggu. Namun tak perlulah sampai bergaduh dan bertumbuk sehingga memberi kredit kepada syaitan yang mahu anak cucu Adam bergaduh sesama sendiri.


12. Orang muda mesti banyak bersabar. Usah berasa kuat dan hebat. Kalau menang bertumbuk dengan orang tua, di mana hebatnya?


13. Hari ini, mungkin orang lain tersalah. Dan kita rasa kita berhak menumbuk orang lain kerana kesalahannya itu.


14. Besok lusa mungkin kita pula tersalah. Adakah kita rela pula untuk ditumbuk kerana kesalahan kita?


15. Bukanlah kekuatan itu menang bergusti, tetapi kekuatan sebenar ialah keupayaan mengawal marah.


Zola,

15082024



NI BUKAN TANYA NI... NI KUAT PUNYA CAMDEK NI

 

Pak Ya Siam


Tadi masa beli kueh kat gerai Kak Nab depan sekolah, kebetulan ada sorang cikgu Pasti Country Homes tengah beli kueh...


Pak aji senyum... dia pun senyum balik...


Pak aji tanya.. "Saya dengar cikgu Pasti pun akan naik gaji jugak awal bulan 12 nanti...betul ker cikgu?.. bagus la ... ada tambahan sikit untuk belanja.. barang-barang  pun mahal sekarang ni.."


Cgu tu senyum kelat kat aku... dia terus bayar dan berlalu...


Kak Nab marah kat aku... "tak baik abang aji"...


🤣🤣🤣🤣🤣




TAK BOLEH ELAK.. AKAN KENA JUGA NANTI


 

AWAT LA HANG TAK PI REPORT POLIS KENA UGUT


 

BUKA MULUT JA DOK GELEMBONG 24 LA 26 LA... MEMANG TARAK LA.


 

OPS PEMBERSIHAN DBKL BERMULA!




Semalam PMX Anwar Ibrahim  dan Menteri Wilayah Dr Zaliha Mustafa umum lantik Dato Bandar Kuala Lumpur baru luar circle DBKL.


Harini Timbalan Pengarah dan Pegawai DBKL di dakwa terima RM200,000, RM160,000 dan RM130,000 secara bulanan dari tauke rumah pelacuran di jalan Chan Sai Loke, Kuala Lumpur. 


Tahniah PMX dan Dr Zaliha, pembersihan DBKL bermula sekarang! 


Bersihkan Kuala Lumpur dari sarang pelacuran, pusat judi, maksiat, peniaga asing dan Rasuah. Jalan terus!



YIDDIN...NI CERITA DIA..TAK KAN LA LUPA KOT....MASIH NAK JADI KELAM KABUT BUAT APA.


 

TU DIA DIN DOK MEROYAN BAB PM....MANA PAKAI SD...KENA PAKAI EN BLOK


 

TUUUUI DIAAA...DEPA TIBAI GAJI TAK SEDAQ DIRI OOOOÓ...PENANG JUGAK TAK AMBIK KESEMPATAN......TAK MALU...OOÓOOÓ.,..


 

LAAA AWAT LA DIN OIII...DOK MEROYAN TAK JADI PM.



Pak Ya Siam

 Agong pun dia langgaq ,main dengan candu jawatan ni .. Tu pun dak islam melayu terancam .. depa la yang bagi terancam ..



KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA





Secara dasarnya, Amanah mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada parti penyandang di kerusi-kerusi yang dipertandingkan dalam mana-mana PilihanRaya Kecil (PRK). Pendirian ini berdasarkan kepada amalan gabungan Perpaduan dalam 6 PRK yang dihadapi sepanjang tempoh penggal Parlimen ke-15 ini.


Walau bagaimanapun, pendirian ini bukanlah muktamad di mana AMANAH bersedia untuk bertanding dalam mana-mana PRK jika dipersetujui bersama oleh parti-parti komponen Perpaduan.


Sungguhpun begitu, isu pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya ke-16 masih belum dibincangkan dan diputuskan oleh badan tertinggi gabungan Perpaduan.


Justeru, AMANAH akan terus komited kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen Perpaduan untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-16.


MOHAMAD BIN SABU

Presiden


Tarikh: 15 Ogos 2024



Sebelum. Vs. Selepas





Khairil Nizam Khirudin kata kat Annuar Musa 


Tapi setelah dia disucikan oleh PAS, berita ini dikuburkan menjadi 404 di Harakahdaily. 


Harakahkahkahkah.



KJ nak nasihat Hannah Yeoh?




Masalahnya, masa KJ jadi Menteri Belia dan Sukan dulu, 𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗸𝗮𝗻? Paling diingati pun kes 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗥𝗠100 𝗷𝘂𝘁𝗮.


Hannah Yeoh 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 yang telah kian lama wujud termasuk dari zaman di mana KJ sendiri adalah 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗴 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 daripada menterinya.


Kalau masa KJ jadi menteri dulu semua kepincangan 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻, maka hari ini kita 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹𝗻𝘆𝗮. Tapi apa KJ buat?


KJ tak layak nak nasihatkan Hannah Yeoh. Sedangkan dia sendiri 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗺𝗮𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, tak malu ke hari ni cuba nak tunjuk pandai. Sedarlah diri tu sikit. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KOSEK SIKIT....


Che Ibrahim. 


Ada orang kata Tok Guru Haji Hadi jauh lebih hebat Dari Tok Guru Nik Aziz, Ust Fadhil Nor Dan lain lain pemimpin Pas. Haji Hadi @ Ayoh Chik jauh lebih ke depan dalam politik berbanding pemimpin Pas yang lain. 


Atgna hanya sempat bersama Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng jah.... Tghh bukan setakat dengan pemimpin dap, TGHH juga amat rapat dgn pemimpin cina dan India dari MCA, Gerakan, MIC dll...


Haji Hadi bukan sahaja sempat berkempen untuk Dap, bahkan sempat membantu kempen calon MCA, sesuatu yang tak pernah dibuat oleh atgna.



PMX MERASMIKAN MAJLIS PELABURAN NEGARA


 Mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Ke-6 Tahun 2024 hari ini, yang antara lain telah meneliti kertas pembentangan berkaitan “Membina Sekuriti Ekonomi Melalui Rantaian Bekalan Yang Berdaya Tahan”.




Saya tekankan peri penting usaha ini sejajar dengan matlamat dan inisiatif-inisiatif di bawah Ekonomi MADANI. Sekuriti ekonomi bertambah penting terutamanya berlatar belakangkan kelemahan-kelemahan yang wujud ketika dunia bertarung dengan pandemik COVID-19.


Kerjasama antara Kerajaan, perniagaan dan organisasi antarabangsa adalah mustahak dalam memudahkan perkongsian maklumat, menyelaras maklum balas dan membangunkan piawaian yang seragam. 


Sehubungan itu, mesyuarat hari ini antara lain bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan sejajar dengan objektif membina sekuriti ekonomi negara.


#MalaysiaMADANI



MALAYSIA DILANDASAN PEMBETULAN EKONOMI


Zuwairi B Md Yusof


 Malaysia berada di landasan tepat di bawah MADANI PHBN pimpinan PMX sampaikan si Salim Iskandar yang berpodcast sama Rafizi Ramli baru2 ini pun turut akur dengan usaha yg di buat kita.Terkini MALAYSIA hantar 2 pesawat pengangkut TUDM A400M ke Mesir untuk membawa pulang penduduk Palestin yang cedera untuk di bawa ke sini bagi menerima rawatan.Pemulihan negara kita buat,kebajikan semua kita jaga,nasib Palestin pun kita bantu.Ape lagi anda semua mahukan?MADANI ialah jawapannya,PMX ialah kunci utamanya.Sokongan anda semua jadi penentu baik atau buruk negara ini.





5 tahun pertama bawah MADANI PHBN akan di gunakan untuk membaiki serba serbi struktur ekonomi dan kerangka sektor2 di semua peringkat.5 tahun selepas PRU16 nanti,PMX akan gunakan sepenuhnya untuk memacu Malaysia mendunia di semua lapangan baik di peringkat agensi2 kerajaan mahu pun di sektor swasta.PMX akan memastikan negara ini setanding dengan negara2 lain seperti Jepun,Korea Selatan,Australia dan Germany.Jika Najib Razak boleh jadi Perdana Menteri 9 tahun,takkan Anwar Ibrahim tak boleh di beri 2 penggal penuh selaku Perdana Menteri Malaysia.




ADA NAIK ADA BARANG YANG TURUN

 


Daripada 123 barangan, 16% naik harga hingga ke RM2 yang mana kebanyakannya sayuran. Harga sayuran ni banyak bergantung kepada cuaca.

20% barangan turun harga sehingga ke RM3.60. Kebanyakannya ikan. Ini juga dipengaruhi cuaca. Mungkin sebab sekarang bukan musim tengkujuh.


64% barangan kekal sebulan lepas harga diesel diapungkan. Ini bukti jelas subsidi bersasar tidak menyebabkan harga barangan meningkat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


Daripada 123 barangan, 16% naik harga hingga ke RM2 yang mana kebanyakannya sayuran. Harga sayuran ni banyak bergantung kepada cuaca.


20% barangan turun harga sehingga ke RM3.60. Kebanyakannya ikan. Ini juga dipengaruhi cuaca. Mungkin sebab sekarang bukan musim tengkujuh.


64% barangan kekal sebulan lepas harga diesel diapungkan. Ini bukti jelas subsidi bersasar tidak menyebabkan harga barangan meningkat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




Korang boleh tengok survey daripada budak ini. Dia survey terhadap 123 jenis barang dan lihat dapatannya.


Jadi benar dan terbuktilah bahawa penyasaran subsidi diesel (bukan harga diesel naik ye!) tidak memberi impak kepada harga bahan mentah.


Yang terpaling best, terbuktilah bahawa sekelian walaun gagal dan salah sama sekali bahawa harga bahan mentah akan naik dengan penyasaran subsidi diesel ini. 🤫


Terbaik Kerajaan MADANI. 🫶🏼

Jom tengok!



DAUN PANDAN Sebagai 'UBAT' KENCING MANIS?




Daun pandan sering digunakan dalam pembuatan kuih-muih atau untuk memberikan aroma kepada nasi


Aroma pandan adalah disebabkan oleh bahan 2-acetyl-1-pyrroline (2AP). Bahan ini juga dijumpai dalam beras wangi, beras basmati dan bunga kesidang


Kajian menunjukkan bahan ini bermanfaat untuk menambahkan selera makan


Bahan aroma hadir dalam daun pandan pada kadar 10% dan mudah hilang akibat proses pemanasan. 


Justeru, untuk kurangkan kehilangan aroma pandan, sebaiknya masukkan daun pandan diakhir proses memasak.


Daun pandan juga mengandungi protein bioaktif dipanggil pandanin. Bahan ini bertindak sebagai antivirus. 


Daun pandan juga mempunyai pelbagai manfaat lain, antaranya sebagai antioksidan dan antikencing manis. 


Kajian menunjukkan pengambilan ekstrak air daun pandan selama 6 minggu boleh menurunkan gula dalam darah dan memperbaiki.


Sebaiknya ekstrak air daun digunakan ketika masak nasi (guna beras basmati) untuk bantu kawal gula dalam darah


Ekstrak daun pandan pada kepekatan pula boleh digunakan sebagai bahan awet untuk elakkan pertumbuhan kulat. 


Justeru, untuk jadikan kuih lebih tahan, lebihkan sedikit ekstrak air daun pandan dalam kuih.


Kajian juga menunjukkan ekstrak air daun pandan boleh halang pertumbuhan bakteria Shigella dysentriae. 


Bakteria ini berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit disentri (boleh menyebabkan luka dalam usus).


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist



ADA KAH PN SETUJU


 Mohd Fairul Al Qasas


Adakah PN menghalalkan pembantaian terhadap gaz@ hanya kerana ingin menarik pelaburan?


Apa pendirian PN sebenarnya?


Adakah hanya menunggang isu dan membodohkan rakyat?







Dr MAIMUNAH JADI DATUK BANDAR KUALA LUMPUR.

 


Hari ini saya menyerahkan surat pelantikan kepada Datuk Seri Paduka TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif yang bakal menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu bermula esok.



Pelantikan beliau telah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 4(2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.


Saya percaya, beliau adalah individu yang layak untuk menggalas amanah mengemudi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan pengalaman selama hampir empat dekad dalam perancangan bandar dan pembangunan komuniti tatkala mengetuai pelbagai institusi sama ada di dalam mahupun luar negara.


Ini termasuk pengalamannya sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, serta pernah menjadi Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).


Lebih membanggakan, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) yang berpusat di Nairobi, Kenya, satu-satunya wanita Asia yang memegang jawatan ini.


Moga pengalaman hebat yang dimiliki ini akan digunakan untuk memperbaiki taraf kehidupan warga Kuala Lumpur serta mengangkat imej, reputasi dan martabat bandaraya ini ke peringkat lebih tinggi, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



KURSUS JENAZAH YADIM MELAKA

 


YADIM Negeri Melaka dengan kerjasama Balai Islam Melaka telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Bersama Mualaf pada 14 Ogos.






Kursus di Masjid As-Salimin, Kandang ini dihadiri seramai 80 mualaf dari seluruh Melaka.


Pengisian untuk peserta lelaki disampaikan oleh Imam 1 Masjid As-Salimin, Ustaz 

Muhammad Zaki Mohd Karim manakala peserta wanita oleh Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Puan Puteri Balqis Alias dan Cik Nathrah Mohamed Said.


****


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam Malaysia Berhad) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment -https://infaqpay.my/collection/yadim


#yadimpeduli 

#melestarigerakandakwah

#malaysiamadani



YA AMPU SALAM.

 MSO


Dia ni guna kempen Nenggiri bawa isu peribadi bela Najib untuk dikeluarkan dari penjara. Dah salah guna ruang awam. Dalam politik mengaji tinggi tak semestinya bijak. Adakalanya bodoh. Trims.




HITAMNYA HATI WALAUN. NAK TERNAK AYAM KENA ILMU.. KIRA KIRA KENA BIJAK.


 Hitamnya hati walaun.



Setiap hari walaun jaja cerita 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 di zaman Madani ni. Tapi macam biasa, walaun bercerita 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮. Cerita sekadar untuk cipta persepsi.


Akhirnya terbukti harga barang tak naik 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Malah 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 berbanding ketika PN di Putrajaya dahulu.


Walaupun selepas 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻. Contohnya harga ayam. Berkeras walaun harga ayam 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 bila diapungkan. Tapi yang terjadi adalah sebaliknya.


Harga ayam kekal rendah. Bahkan 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗮. Ingat walaun puas hati? Jangan haraplah. Sekarang dia main naratif lain pula. Main 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸 pulak dah.


Ayam mahal, salah kerajaan. Rakyat tak mampu beli ayam. Ayam murah, salah kerajaan juga. Penternak mengeluh ayam tak laku dan tak dapat untung.


Walaun oi! Kalau ko nak kesiankan penternak, kenapa 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗮𝘆𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹? Patutnya masa tu bersyukurlah sebab penternak jadi kaya raya.


Kan boleh nampak betapa busuknya hati walaun ni. Kerjanya cuma 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Dia tak hirau kesan pada rakyat. Yang penting, salahkan kerajaan.


Rosak negara ada pembangkang macam ni. Patutnya 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻. Apa-apa perkara yang menguntungkan rakyat sepatutnya disokong.


Tapi matlamat utama mereka nak kuasa. Rakyat nak 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗼𝗻𝗴𝗴𝗲𝗻𝗴 pun lantaklah. Sebab itu pembangkang hari ni kebanyakannya sampah. Bukan membangkang untuk rakyat tapi 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



UJIAN YA UN...


Assalammualaikum 


Siang saya jadi Ustat,malam saya test janda di Tiktok .. Heheh


😂😂😂



 

RINGGIT SEMAKIN KUKUH, MENGAPA PEMBANGKANG KECOH



Beliau berkata KDNK, suku kedua yang akan diumumkan pada Jumaat ini tidak akan jauh daripada anggaran awal pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus. "Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat pada Julai akan dikeluarkan pada Rabu, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pada Selasa, dengan trend disinflasi akan kekal,” katanya seperti dipetik Bernama.



MB NEGERI SEMBILAN TUKAR YB RAFIZI SEBAGAI MENTERI EKONOMI? FITNAH @ BENAR?


Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menafikan menerbitkan poster berkenaan Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Aminuddin Harun yang didakwa akan dilantik sebagai Menteri Ekonomi. Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dalam satu kenyataan berkata, poster ucapan tahniah yang tular di media sosial itu adalah palsu. “Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita sebegini. “Kenyataan yang tepat dan sahih daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan hanyalah melalui laman media sosial “UMNO Perhubungan Negeri Sembilan” dan/atau TikTok “umno_ns”. “Tidak pasti, jangan kongsi.,” katanya menerusi laman sosial Facebook badan tersebut semalam. ================================================================================ Naib Presiden PKR itu berkata, dia sehingga kini tidak dipanggil Perdana Menteri, malah menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat menganggotai Kabinet. “Buat masa ini saya tak berhasrat nak ke Kabinet dan saya tak dengar apa-apa berita dan tidak dipanggil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pun. “Biasalah bila dah lama tak dengar cerita politik, jadi dia buat cerita politik dan saya yakin itu hanya gurauan senda, ini semua berita nakal,” katanya dalam sidang media hari ini.


SELEWENG RM3 JUTA DANA AWAM! PENDAKWAAN AKAN DILAKUKAN MASA TERDEKAT!


Siasatan dakwaan penyelewengan dana derma awam berjumlah RM3 juta oleh pasangan pempengaruh dan dua individu lain hampir lengkap, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. “Kertas siasatan hampir selesai dan jika tidak silap pegawai penyiasat sudah merujuknya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk kaji kes berkenaan,” katanya kepada media selepas program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Akauntan Negara Malaysia Nor Yati Ahmad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) Patimah Ramuji dan Pengarah Jabatan Khas Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Akmal Johari Ismail. Bernama sebelum ini melaporkan SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan melibatkan pasangan suami isteri pempengaruh itu dan dua lagi individu. Mereka disyaki melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan penyaluran kutipan derma awam secara tidak betul. Pada 16 Julai lepas mereka dibebaskan dengan bayaran jaminan RM100,000 setiap seorang selepas direman sejak 11 Julai.


APA PUN ALASAN. RINGGIT MENINGKAT

 

Zamri Zainal Abidin


Walau apapun alasan dan sabab musabab luar dan antarabangsa, yang dikatakan memberi kesan kepada peningkatan dan pengukuhan nilai RM, fenomena ini tidak akan terjadi jika faktor dalaman negara kita tidak kukuh dan menguat. Wallahuaklam.



MCA DAN MIC PERLU BUAT KEPUTUSAN, PENDIRIAN RASMI SUPAYA TIADA LAGI DURI DLM DAGING BAGI KERAJAAN MADANI





Tiba masanya MCA dan MIC kena buat keputusan dan pendirian rasmi. UMNO tak boleh terus biarkan rakan komponen BN terus2an mencalar imej atau sabotaj Kerajaan MADANI.


MP-MP dari MCA dan MIC bukan shj ada REKOD BURUK kerana pernah MENGKHIANATI BN dgn memberi SD kpd Din Tompok, mereka juga sering dilihat menyerang PMX, Menteri2 Kerajaan MADANI dgn menggunakan SENTIMEN PEMBANGANG bukan fakta dan angka.


Sampai bila nak dibiarkan. Mereka pernah khianat takkan PMX dan TPM1 nak setuju MP-MP yg menyebelahi PNyakau Nasional berada dlm kabinet?


Common sense laaa...takkan tu pun tak boleh faham?


Wallahualam.


-Zus Din 

14082024