Kenyataan Zahid perkuatkan lagi nasib Bersatu terkontang


Kenyataan Zahid perkuatkan lagi nasib Bersatu terkontang kanteng


Tun Mahathir: Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin



SEJAUH MANA DISIASAT


Ibrahim Mat Isa

Tak tahu setakat mana siasatan ini berlangsung, tapi jika benar bukti ditemui, eloklah Adham Baba air suam berundur. Usah dibebankan kerajaan pintu belakang yang penuh dengan pengkhianat dan perasuah!

Kami rakyat menyumpah PN setiap hari kerana kerja mungkar kamu menjatuhkan kerajaan yang sah..



INILAH AKHLAK YB MELALAK BABI.KALAULAH ANAK DIA MENONTON VIDE INI..RASANYA MALU ATAU TIDAK


BERSATU SEMAKIN BERCELARU






Beliau juga menegur supaya pihak Penerangan Parti lebih telus dalam menyampaikan maklumat kepada ahli. "Akibat maklumat yang disembunyikan inilah ahli dan parti berada dalam kecelaruan," tambahnya. Adakah kecelaruan ini disengajakan? Perhatikan apa pula kata EXCO ARMADA Nasional BERSATU, Muzzammil Ismail ketika menyanggah keputusan yang dibuat oleh Ketua ARMADA, Syed Saddiq Abdul Rahman. Muzzammil berkata, perkara mengenai sokongan terhadap kerjasama dengan PAKATAN HARAPAN tidak pernah dibincangkan bersama 191 Ketua ARMADA Bahagian termasuk Sabah.

RAKYAT HILANG KERJA ,YB DAPAT DUA KERJA DUA GAJI.




Kecoh dulu bila rakyat merungut terpaksa melakukan dua kerja, Ahmad Maslan jawab dia ada tiga kerja: Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan Ketua Bahagian UMNO.
Sekarang nampak gayanya, ramai YB Perikatan Nasional pun dah dua kerja.
Sekarang bilangan Menteri 32 dan Timbalan Menteri 38 pada era PN berbanding Menteri 26 dan Timbalan Menteri 27 pada era Pakatan Harapan.
Hadi Awang dan Tiong King Sing masing-masing dilantik Duta Khas bertaraf Menteri ke Timur Tengah dan China.
Pada masa yang sama, 600,000 rakyat Malaysia dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia menganggur pada Mac lalu, kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Lebih menakutkan lagi, MEF anggarkan jumlah ini akan meningkat ke 1 juta orang.
2.8 juta lagi bekerja sendiri sebagai petani, nelayan, penjaja atau bekerja sendiri, yang sangat terjejas dengan PKP.
Ketika rakyat hidup dalam kesusahan lebih 80 Ahli Parlimen PN melakukan ‘dua kerja’. Sebahagiannya ada rekod yang tidak cantik. Kes rasuah. Kes politik wang.
Setiap Ahli Parlimen terima gaji sebulan RM16,000 dan elaun sebulan RM8,300.
Kalau yang jadi Menteri, selain gaji dan elaun Ahli Parlimen, mereka terima anggaran gaji Menteri RM13,000 (tak termasuk elaun).
Elaun di GLC berbeza-beza. Antara yang paling gembira tentulah Pengerusi TNB baru yang akan masuk pejabat esok, Mahdzir Khalid. Tahun lepas, Pengerusi TNB menerima bayaran elaun dan lain-lain berjumlah RM876,790.57 (setahun). Jadi pendapatan Mahdzir setahun akan mencecah RM1 juta!
Mungkin elok disenaraikan satu demi satu 80 Ahli Parlimen ini termasuk kelulusan mereka serta gaji dan elaun yang akan diterima. Sekurang-kurangnya, pengundi mereka akan tahu.
NIK NAZMI NIK AHMAD
Ahli Parlimen Setiawangsa
11 Mei 2020.


DAPAT UPAH SOKONG KERAJAAN PN?

SEJUTA BAKAL HILANG KERJA, APA TINDAKAN KERAJAAN PN?

ANWAR BERJAYA ‘DIHITAMKAN’ TETAPI BELUM TENTU MN MENANG PRU 15

MAKAN GAJI BUTA


HAMSINA HAMZAH

Ketika KP Kesihatan Dr Noor Hisham baru cuti sehari, terus takde (dibatalkan) sidang media KKM semalam. 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗜𝗚𝗔𝗡𝗧𝗜 𝗱𝗴𝗻 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔.
𝗔𝗣𝗔 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔-𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 dlm Kementerian Kesihatan. Kenapa tak digantikan mereka bertiga utk buat sidang media smlm ‼
Ka takut nak bersidang media gelabah nak menjawab segala pertanyaan depan wartawan..😂😂🤣


Imej mungkin mengandungi: 4 orang, termasuk Syazli Syaz, teks

ADAKAH TUN PENGKHIANAT


D.S. MEGAT

Didalam satu group wassap, Tun telah didakwa sbg pengkhianat kerana meletak jawatan sbg PM. Benarkah begitu?
1. 23hb February TSMY dan MPT membuat keputusan keluar PH, join PN.
2. 24hb February , Tun meletak jawatan kerana jika beliau tidak meletak jawatan, dia akan terlucut jawatan nya sbg PM " by default" kerana PPBM tidak lg bersama PH dan Kjaan PH sudah collapsed.
3. Tun berkata dia tidak meletak jawatan suka2 ttp kesan dari keputusan TSMY dan MPT keluar PH.
4. Kita sedia maklum langkah Sheraton bukan timbul secara tiba2 ttp melalui perancangan beberapa bulan sebelum nya. Dari langkah ini TSMY dan MPT mengambil keputusan keluar PH diikuti Tun yg tiada pilihan kecuali terpaksa meletak jawatan.
4. Saya masih tertanya2. Apakah peruntukan dlm Perlembagaan parti berkenaan parti keluar dari PH dan merevoked perjanjian persefahaman dgn PH. Adakah,
i. Cukup sekadar keputusan majoriti MPT ATAU
ii. Melalui Mesyuarat Agong Khas.
Jika jawapan nya di ii, wajar kah tindakan disiplin diambil terhadap mereka2 ini?.
Jadi dalam isu ini siapa yg mengkhianati siapa sebenarnya?

APABILA TELAH KHIANAT, MEREKA CARI ALASAN UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks yang berkata 'UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MUHYIDDIN UMPAMA TIDAK PERCAYA TERHADAP AGONG Hadi Awang-'
Apabila cuba nak lindungi pengkhianatan, dua insan ini akan mereka buat modal:
1. Tun M - mereka kata kenapa Tun M letak jawatan? Tidakkah mereka tahu Tun M letak jawatan kerana pengkhianatan ke atasnya oleh partinya sendiri? Ingat Tun M suka2 letak jawatan? Cuma, kesilapan Tun M adalah tidak memaklumkan kpd PH terlebih dahulu seblm dia letak jawatan. Itu mmg salah Tun M kpd PH. Tapi khianat paling besar adalah muhyidin dan Azmin. Itu punva Tun M letak jawatan.
2. Agong - Pengkhianat akan berlindung di sebalik Agong. Sedangkan Agong bukan orang politik, beliau tidak tahu dan tidak akan campurtangan dengan muslihat politik khianat dari mana2 parti pun. Agong hanya lihat apa ada depan mata baginda dan baginda buat keputusan atas keyakinan baginda terhadap jumlah atau majoriti. Dari mana datang jumlah atau cara apa dilakukan, jangan salahkan Agong.
Rakyat melihat, atas apa pun alasan atau hujah, faktanya kerajaan yg ada hari ini adalah kerajaan yg tidak dapat mandat rakyat. Rakyat tidak pilih PN jadi kerajaan atau Bersatu Muhyidin jadi kerajaan, jauh sekali Umno dan Pas. Itu faktanya. Muhyidin pun mengaku. So, kjaan yg ada ini sebuah kjaan yg tidak ada maruah dan kredibiliti sama sekali.
Pengkhianat tidak akan selamat. Lambat laun pasti akan dihukum. Mereka tidak boleh tidur malam walaupun di tilam empuk berhawa dingin di putrajaya. Mimpi ngeri sedang menanti.
WFAUZDIN NS

HIKMAH PENGKHIANATAN KEPADA PH - BUKTIKAN TUDUHAN UMNO PAS MEMAKAN DIRI


Setelah saya membaca & melihat posting-posting saudara-saudara dalam group ini, bagi saya sebenarnya pengkhianatan ini banyak untungnya. Kerana HIKMAHNYA FITNAH kepada PH AKAN TERLERAI.
Saudara-saudara janganlah bersedih hati. Ambil masa utk tempoh bertenang. Dlm berpolitik tak perlu kita sampai memukul sesiapa. Itu politik rimba...setahu saya ahli atau penyokong PH ini adalah kelompok intelektual politik cukup dengan membaca, memahami, mengkaji & menilai.
Seharian saya duduk membaca...saya nak tanya...bukankah agama ku mengajar setiap yg berlaku pasti byk hikmahnya?
Sekarang saya menjumpai jawapan untuk diri sendiri & semua yang ada.
Ya tentunya fitnah yg di lemparkan kepada PH sukar dijawab selama 2 tahun akan terjawab selepas ini. Bukankah dlm kehidupan membina ketakutan itu lebih mudah dari membina kepercayaan.
Lihatlah hikmah Tuhan...selama ini umat Melayu percaya Islam terancam, kilang arak, lesen judi, rumah urut, hudud tak boleh dilaksanakan, kes Adib, kes pemandu mabuk, tidak tangkap pengamal LGBT dan bermacam-macam isu semuanya kerana kerajaan PH bukannya di bawah kuasa PM Melayu tetapi kononnya dipimpin oleh DAP.
Seperti yang disebut oleh saudara2 kita di dalam posting mereka di dalam group ini.
Tun Mahathir dituduh tunduk pada Cina DAP sebab kes Adib tak selesai atau tidak dpt memuaskan hati sesetengah org Melayu, Anwar Ibrahim dituduh barua Cina DAP sebab itu tak layak jadi PM sdgkan di rumahnya bacaan Yasin dan Bayan setiap minggu. Semuanya ini akan mudah dijawab selepas ini. Kita tunggu & lihat sahaja kerana ianya akan terungkai satu persatu.
Mungkin Tuhan mahu hentikan fitnah dan mahu tunjukkan benarkah mereka itu berjuang atas nama agama atau menjual agama ini utk tujuan politik.
Dulu pemimpin Amanah kata hudud buat kemudian dituduh tolak hudud hingga terkeluar mereka dari PAS. Bila Hadi kata hudud sukar dilaksanakan...semua akur. PH letak calon bukan Islam dia kata wajib pilih calon Islam, bila letak calon Islam (seorang Imam) dia kata tidak wajib pilih yg Islam. Seolah Islam ini milik eksklusif satu kelompok yg tak boleh berbeza pendapat.
2 tahun mereka tuduh pemimpin Melayu PH tak mahu tutup kilang arak, tidak membela kes Adib, tidak perjuangkan tulisan Jawi. Kita sama2 tgk selepas ini adalah kilang arak ditutup atau tidak?
Musim PKP ini dah nampak kilang arak di beri pelepasan beroperasi sebelum dikritik hebat boleh rakyat, kes Ajib selesai atau tidak. PAS kini menjadi kerajaan. Apa dalil mereka nak bagi?
Saya memilih untuk menyokong PH bukan kerana sokong Cina, bukan kerana benci ahli UMNO atau PAS tapi kerana bencinya saya pada *rasuah*. Ahli PAS dan UMNO itu saudara sesama Islam bukannya saya bermusuh dgn mereka apatah hanya kerana politik.
TS Muhyiddin dlm byk video sendiri mengatakan Najib curi duit 1MDB. Malah dlm kenyataannya dia membidas PAS kerana sanggup bercium mulut & bekerjasama dgn perompak. Jika pemimpin UMNO itu bersih nescaya saya tidak menulis untuk menentang mereka.
Adakah saya wajib kena pilih Melayu walaupun pemimpin itu merompak wang rakyat? Merompak dana fakir miskin? Ajaran Islam mazhab apa yg mengajar begitu?
Di negara2 maju persaingan parti politik adalah dari manifestonya. Tapi di negara kita manifestonya cukup diperbodohkan dgn isu agama dan bangsa. Hingga perkara dibolehkan dijadikan haram malah diperbesarkan.
Saya ada terbaca satu petikan dari TGNA *"Saya sendiri sentiasa konsisten bahawa budaya politik rasis sewajarnya layak dibuang terus dari kamus masyarakat Malaysia.*
*"Cuma apa yang dilihat benda itu sebagai pelik pada zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,"* antara petikan kata2 TGNA seorang ulama yg disayangi pelbagai pemimpin agama.
Saya berhujah dgn ramai kawan2...ya saya setuju ada kata2 segelintir pemimpin DAP yg tidak bijak utk menjaga hati org2 Melayu. Walaupun MCA senada tetapi kerana maklumat yg disabotaj dari dalam atau org Melayu kata musuh dlm selimut...persepsi mengatasi segalanya.
Puas saya berhujah yg saya menolak kerjsama dgn kerajaan pintu bekalang ini dgn sahabat dan rakan2 saya, akhirnya mereka hanya menggunakan ayat kepada saya bahasa saya bodoh, barua Cina, otak udang, babi dan bermacam-macam utk menyakinkan saya agar benci dgn Cina DAP.
Akhirnya saya berhenti berhujah kerana dlm apa situasi dgn saya utk menyakinkan sesuatu perkara mesti dibawa dgn hujah yg menyakinkan. Maki hamun itu bukan hujah.
Pengajaran juga kpd DAP, mereka selepas ini mesti mendidik pemimpinnya matang dlm berpolitik. Memang Benar DAP banyak memperuntukkan bajet utk agama Islam di Pulau pinang tetapi dlm pemahaman Melayu kelompok *'malas berfikir'* (kawasan bandar) dan Melayu yg *tidak mampu berfikir* (luar bandar) DAP ini adalah parti Komunis. Kebaikan kamu dihapuskan hanya dgn persepsi.
DAP kena banyak belajar dgn Inggeris. Bagaimana Inggeris mampu menawan hati org Melayu. Bagaimana org Melayu boleh mentafsir Jepun dan Komunis itu penjajah (musuh) tetapi British adalah bangsa yg membangunkan Tanah Melayu. Cukup sekadar permainan persepsi.
Buat saya & pesan saya kepada sahabat2 PH termasuk pemimpin2 PH pula, tentulah byk perkara yg boleh diambil sebagai hikmah.
Pertama, jgn mudah percaya kpd kawan yg baru dikenali. Bukan sahaja dlm berpolitik tetapi di mana2. Kena kenal hati budi dulu.
Kedua, tentulah jgn lupa kawan lama. Bila menang, rakan yg berjuang dan susah senang bersama dilupakan. Malah mahu berjumpa pun susah apatah lagi pandangan kawan lama tidak dipedulikan.
Tanya saya situasi politik tidak mengharap langsung pengundian Dewan Rakyat. Ini kerana semua maklum pemimpin2 negara kita berjuang lebih kpd kepentingan diri. Bila2 masa mereka boleh berubah dgn mudah.
Pemasalahan yg perlu difikirkan oleh penyokong2 PH ialah bagaimana menangani persepsi yang selalu di mainkan oleh PN. Ini kerana tanggapan seseorang manusia terpulang tahap suka atau kebenciannya bagaimana kpd individu atau kelompok itu. Kalau dia suka apa saja walau salah akan jadi betul. Kalau benci, betul berkata-kata sudah mahu disanggahnya.
Walaupun mereka tahu yg jadi PM itu Melayu. Yg mempunyai kuasa perlantikan adalah ke bawah Duli Agong juga Melayu. Hanya dgn kuasa PM Melayu maka hilang jawatan2 semua pemimpin2 Cina tetapi masih beranggapan Cina yg menguasai dan memerintah samada tertipu atau ditipu dgn niat.
Persepsi kebencian politik telah mengatasi dari kepentingan agama itu sendiri. Contoh apa sahaja yg dibuat Menteri Agama, Dr Mujahid semua tak kena. Mujahid dikata buruk akhlak walaupun tujuannya iaitu menunjukkan ahklak yg baik kpd bukan Islam sepertimana ditunjukkan Rasulullah saw.
Ok saya juga akan berehat dari serius menulis. Dah penat dan saya redha. Pesanan saya, berpolitik cara sihat dan fokus kpd pemasalahan yg lepas. Berlapang dada lah kita semua, bertenang dan ambil ia sebagai hikmah yg baik dari Tuhan.
Kpd pihak yg mengapi-api kebencian perkauman cukup2 lah. Mereka pun bukan diminta dilahirkan sebagai Cina, India, Dusun dan sebagainya. Mereka tidak curi duit rakyat tetapi mereka dihina hanya mereka berpolitik bersama DAP. Satu pernilaian yg sgt rasis dan tidak adil utk mereka.
Islam agama kasih sayang dan bukan kebencian.
Kata Gus Mus... *"Agama itu menerangi, bukan membenci. Agama itu mengajak, bukan menyepak. Agama itu rahmat, bukan kebencian. Agama itu tidak hanya teriak Allahu Akbar di pinggir jalan."*
Gus Mus memberitahu lagi bahwa bukan sedikit masyarakat awam yg tertipu dgn penampilan2 org yg mengaku tokoh agama, tetapi perilakunya jauh dari ajaran agama. *“Jangan lihat janggutnya, jubahnya, Allahu Akbarnya, tapi lihat perilakunya,”*.
Apa salah Anwar dia nak jaga anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Dayak, anak Iban, anak Dusun, anak Bugis dan lain2. Bukankah mereka ini anak Malaysia yg wajib pemimpin Islam bela mereka yg miskin, yg perlukan bantuan. Insani.
C@P

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, sut, teks yang berkata 'BERDIRI TEGUH BERSAMA ANWAR'