Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
Menang dulu baru bincang kerjasama politik dengan GPS, kata Anwar
-
PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata, sebarang perbincangan berkaitan kerjasama politik termasuk dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya akan diadakan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Kata Anwar, fokus utama PH ketika ini adalah memenangi pilihan raya umum pada 19 Nov ini.
Beliau juga menggesa rakyat Sarawak memberi sokongan kuat kepada calon PH dalam PRU15 supaya mereka boleh bekerjasama sebagai satu pasukan “negeri- persekutuan” bagi mempertahankan kepentingan penduduk di negeri itu.
“Ketika ini kita perlukan wakil PH yang kuat di Sarawak dan Sabah. Kita perlukan ini supaya kita boleh mendapat pandangan di akar umbi di kedua-dua negeri,” katanya dalam sidang media.
Anwar juga memberi penekanan terhadap kepentingan pengagihan atau penurunan kuasa antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk memperkasakan negara.
Katanya, Putrajaya harus menghormati Sabah dan Sarawak serta membiarkan mereka menangani isu seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas kerana kedua-dua negeri itu memahami keperluan penduduk mereka sendiri.
Bagaimanapun, kata Anwar, penurunan kuasa adalah berasaskan terma dan syarat yang jelas bagi mengelak pembaziran dan rasuah.
“Ketika ini terlalu banyak kuasa diberikan golongan elit dan Sarawak tidak terkecuali. Ada ahli politik yang mengayakan diri mereka dengan menggunakan wang rakyat.
“Atas sebab itu, kerjasama antara persekutuan dengan kerajaan negeri adalah penting,” katanya.
Selain urus tadbir yang baik, tambah Anwar, PH menawarkan kepada rakyat Sarawak untuk mengekalkan agenda keadilan, kepelbagaian kaum dan agama.
“Ini adalah pilihan raya yang penting dan kritikal untuk menentukan landskap politik negara.
“Ini adalah satu pilihan sama ada mahu sifat perkauman diteruskan di negara ini. Sebagai contoh, menggunakan kaum untuk mendapatkan sokongan Melayu luar bandar oleh Perikatan Nasional (PN) dengan PAS di dalamnya yang mengatakan siapa tidak menyokong mereka akan masuk neraka,” katanya.
Anwar berkata, PH memberi komitmen untuk menyelesaikan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tanpa banyak rundingan.
SEJAK BERKAWAN DENGAN PAS- MUHYIDDIN PUN MULA RASA BERSALAH. SEBAB APA?- SEBAB LEBAI SUKA BAWA FATWA SESAT
Muhyiddin mohon maaf kenyataan undi BN, PH ‘masuk neraka’
BATU PAHAT: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada pihak tersinggung dengan kenyataan pengundi “masuk api neraka” jika memilih Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) pada PRU15.
Beliau berkata, seharusnya semua pemimpin PN perlu mengelakkan mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana boleh menimbulkan salah faham.
“Tak apalah saya fikir mereka sudah mengetahui penjelasannya.
“Saya tidak berapa gemar buat kenyataan seperti itu. Yang penting elakkan kenyataan boleh timbulkan salah faham dalam kalangan pengundi,” katanya selepas menghadiri program santai anak muda Johor di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram.
Semalam, Ketua Pemuda PAS Sik Shahiful Nasir memohon maaf susulan ucapannya yang memberi amaran pengundi “masuk api neraka” jika memilih BN atau PH, berbanding PN.
Dalam video dimuat naik di laman Facebook Pemuda PAS Sik, Shahiful mengemukakan permohonan maaf sambil mengakui kenyataan dibuat menyinggung ramai pihak.
Muhyiddin berkata, isu kenyataan ketua Pemuda PAS Sik itu tidak perlu diperbesarkan.
Katanya, yang penting adalah mengenai apa ditawarkan oleh PN kepada rakyat.
Sementara itu, Muhyiddin menyambut baik kajian mengenai sokongan orang Melayu terhadap PN semakin meningkat.
Beliau berharap peningkatan itu akan berterusan 70% hingga 80% supaya dapat membentuk kerajaan.
“Yang penting kita sudah tahu ada peningkatan. Namun kita tidak boleh buat kesimpulan sekarang. Yang penting tunggu hingga 19 Nov ini,” katanya.
KOW!! - RAFIZI TIBAI HADI - PUAS HATI TONTON! | Ayuh Malaysia PRU 15
Paling kow dan padu dari Rafizi bantai tibai Hadi Awang yang semakin lantang menyerang Pakatan Harapan. Lihat bagaimana rekod kedatangan Hadi di parlimen gaji yg diterima sebagai Menteri.
Tolak PAS tolak BERSATU, Tolak Perikatan Nasional. Tolak BN
SAMAN LA TUAN IBRAHIM!! - SAYA ADA BUKTI KUKOH - JUMPA DIMAHLKAMAH -| RA...
Rafizi Ramli mencabar supaya beliau disaman, dan berjanji akan mendedahkan lebih banyak bukti dakwaan beliau tentang skandal RM2.0 Billion Tebatan banjir yang didakwanya dilakukan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Rafizi mendakwa, Menteri kerajaan sementara BN dan PN itu sedang dalam proses untuk meluluskan satu projek tebatan banjir kepada seorang dikaitan dengan kroni UMNO.
Ia telah dinafikan oleh Tuan Ibrahim dan menghantar surat tuntutan kepada Rafizi.
LRT ROSAK: KERAJAAN TIDAK SERIUS JAGA PENGANGKUTAN AWAM
LRT rosak: Kerajaan tidak serius jaga pengangkutan awam
on:
Gangguan perkhidmatan sistem Aliran Rel Ringan (LRT) selama tujuh hari bermula 9 November sehingga 15 November ini di 16 buah stesen meresahkan warga kota Kuala Lumpur.
Bagi calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan Wangsa Maju, Zahir Hassan, gangguan yang menyebabkan 1.4 juta penumpang mengalami kesukaran pergi dan pulang kerja selama seminggu itu tidak wajar berlaku setelah kerajaan melabur begitu besar dalam projek pengangkutan berasaskan rel berkenaan.
“Alasan yang diberikan oleh RapidRail terhadap kerosakan peranti elektronik ATC yang mengakibatkan perjalanan rel terganggu saya anggap sebagai alasan yang tidak lengkap dan separuh masak. Punca kerosakan peranti elektronik ATC dan dapatan bagi semakan rutin penyelenggaraan yang dilakukan termasuk terhadap peranti ATC perlu turut didedahkan dan diperjelas.
“Tambahan pula, LRT telah mengalami pelbagai gangguan teknikal yang serius sekurang kurangnya lima kali dalam satu tahun kebelakangan ini, termasuklah insiden kecederaan serius ratusan penumpang LRT pada 24 Mei 2021. Adakah rutin penyelenggaraan yang dilakukan selama ini tidak dapat mencegah atau sekurang-kurangnya mengenalpasti kerosakan serius yang boleh dipralihat ketika itu, yang sudah berlaku hari ini ?
“Lebih ironinya, Perdana Menteri Sementara Ismail Sabri Yaakob baru melancarkan Dasar Tenaga Negara dua bulan lalu yang salah satunya menyasarkan sasaran 50% kadar penggunaan mod pengangkutan awam menjelang tahun 2040,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Zahir lagi, kerajaan dalam hal berkenaan perlu memberi fokus menyeluruh kepada pelan pemulihan segera kerosakan perkhidmatan LRT pada masa hadapan.
Katanya, pelan persediaan yang rapi itu perlu diwujudkan bagi mengelakkan perkhidmatan LRT terus terganggu.
“Untuk menyelesaikan permasalahan sistemik berkaitan pengangkutan awam yang cekap, khususnya penggunaan rel di kawasan Lembah Klang, kerajaan perlu memberi fokus kepada kebergantungan (reliability) dan ketersampaian (connectivity) pengangkutan awam, khususnya rel.
“Tatkala penjelasan daripada pihak Rapid Rail tiada permasalahan jumlah peruntukan diterima terhadap kerosakan yang berlaku ini, keseriusan kerajaan terhadap keupayaan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan rel supaya segala kerosakan yang boleh dipralihat (foreseen) yang mengganggu kekerapan dan penyediaan perkhidamatan rel dielakkan seolah-olah tidak diberi penekanan serius.
“Ini sekali gus sukar untuk bukan sahaja untuk meningkatkan kebergantungan (reliability) pengguna terhadap perkhidmatan rel, malah sukar untuk mengekalkannya,” kata beliau lagi.
Oleh itu, Zahir berharap agar gangguan LRT kali ini akan segera diatasi dan bas alternatif akan lebih banyak disediakan oleh pihak kerajaan BN – PN yang menjadi kerajaan peralihan pada waktu ini.
BERAPA KALI TUKAR KERAJAAN, SISTEM MASIH KORUP
Berapa kali tukar kerajaan, sistem masih korup
Rakyat yang bakal mengundi pada 19 November ini diingatkan agar berfikir matang sebelum melakukan proses memilih kerajaan selepas berpengalaman diperintah oleh PN dan kerajaan BN – PN dalam 3 tahun kebelakangan.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 kali ini bukan semata mata untuk memilih kerajaan atau Perdana Menteri tetapi kerajaan manakah yang akan menukar sistem pemerintahan kepada yang lebih baik.
“Kita harus faham untuk melwan korupsi, 1MDB semua orang tahu tetapi adakah perubahan (sistem) dibuat?
“Seorang mantan PM telah masuk Penjara Kajang tetapi sistem itu diteruskan. Beza kesalahan biasa dan rasuah ialah rasuah itu merobohkan sistem dan institusi, dan tentunya memiskinkan rakyat.
“Bagi saya pertimbangan dalam PRU ini ialah berikan alternatif. Tukar kerajaan, tukar parti berapa kerajaan telah ditukar? Yang belum ditukar ialah sistem.
“Budaya rasuah dipegang oleh parti parti, semua itu (kononnya) menentang rasuah. Bapa perasuah pun kata kita tolak kleptokrat. Kalau tolak hang pun merudum,” katanya dalam forum bertajuk “Ada Apa Dengan Koruspsi,” semalam.
Mengenai projek kerajaan atau penglibatan modal kerajaan dalam perniagaan pula, Anwar bertegas perlunya tender terbuka atau pemilihan yang telus agar wang rakyat tidak dibazirkan.
Mengulas isu penyedia spektrum 5G yang melibatkan kerajaan, Digital Nasional Berhad (DNB) yang menelan modal sekitar RM18 bilion, beliau menolak pendekatan tidak telus dalam penubuhan syarikat tersebut.
“DNB kaji semula kos. Tidak sebagaimana sekarang tak ada tender. Kekaburan ini yang memungkinkan rasuah itu menular.
“Yang orang marah bukan projek tetapi kegilaan buat mega projek. Padahal mutu pendidikan keutamaannya, sekolah baik, universiti kelas dunia perlu diutamakan. Tetapi tidak, semua nak yang besar kerana komisen dia tinggi. Kalau SME susah nak dapat satu projek 20 juta (komisen),” katanya.
Calon Ahli Parlimen Tambun itu juga menyentuh mengenai peranan dakwah yang tidak cukup dalam membangkitkan kesedaran umum dan perlunya rakyat Malaysia menolak rasuah secara total.
“Dalam tazkirah dakwah, dia sepintas lalu sahaja sebut rasuah. Dia anggap rendah (remeh) hal rasuah. Itu sebab ada tokoh Islam yang menyebut rasuah (1MDB) mana ada bukti. Ini meremehkan. Dia tak tahu semua khalifah hebat, misalnya Umar Abd Aziz itu integritinya amat kuat,” katanya lagi.
PENGUNDI MUDA HAMPIR 50%, CETUS PERUBAHAN?
Pengundi muda hampir 50%, cetus perubahan?
Anak muda berumur 18 hingga 39 merupakan hampir 50% daripada jumlah pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Mereka juga adalah generasi yang paling terkesan dengan apa sahaja keputusan PRU dan kerajaan jenis apa yang akan terbentuk kemudiannya.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, amat penting untuk anak muda memutuskan membuat keputusan yang betul agar negara boleh diselamatkan.
“Anak muda waktu ini ada yang faham apa berlaku, ada yang tercuit hati mereka ingin tahu apa proses demokrasi ini. Ada yang langsung tak kisah. Harapan saya kepada anak muda berusia 18 tahun ke atas hingga 29 tahun melakukan perubahan.
“Mereka yang pertama kali atau kali kedua mengundi, kumpulan ini mampu membawa satu ledakan demokrasi berasaskan proses pilihan raya. Berdasarakn statistik jumlah pengundi 18 ke 39 tahun mencecah 50%,” katanya.
Sekiranya Malaysia tidak boleh diselamatkan pada PRU kali ini maka negara yang telah sampai ke tahap berhutang untuk membayar hutang akan masuk ke pringkat yang lebih parah.
Justeru, calon Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyeru agar anak muda berfikiran lebih matang sebelum membuang undi pada 19 November ini.
“Mereka ada peluang sangat baik menentukan kerajaan dan saya harap mereka dapat keluar membuang undi pada 19 November,” katanya.
PERLEMBAGAAN MENJAMIN HAK MELAYU- OLEH KERANA MELAYU BODO DAN MALAS
Perlembagaan menjamin kedudukan orang Melayu tidak akan terancam
walau siapa pun memerintah.
Perkara seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, hak
istimewa orang Melayu serta kedudukan raja-raja Melayu tidak boleh diubah hanya
dengan ⅔ majoriti. Ianya mesti mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Dan YDP Agong juga mestilah lelaki, Melayu dan Islam. Bukan
Melayu dan bukan Islam tak boleh nak jadi YDP Agong. Jadi orang Melayu nak
takut apa?
Ini yang bercakap ni professor Agus. Seorang yang sangat arif.
Jadi orang Melayu, lebih baik dengar cakap bijak pandai seperti prof daripada
cakap ahli politik yang berkepentingan.
DS Anwar ada beritahu DAP sudah tandatangani perjanjian tak akan
sentuh perkara perkara ini dan DS Anwar sendiri beri jaminan beliau takkan
tunduk sekiranya DAP cuba menekan beliau. Jadi jangan fikir panjang lagi. Undi
PH dalam PRU15 ini. Guane boh?
Royalti minyak Terengganu: PH beri, BN - PN tarik balik - Raja Kamarul Bahrin
Royalti 5% daripada hasil petroleum Terengganu yang diperjuangkan sejak tahun 2000 selepas kerajaan BN menghentikan pembayarannya apabila negeri itu jatuh ke tangan Pas telah dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019.
Bagaimanapun, menurut Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Pas yang kemudiannya bersekongkol dalam kerajaan BN - PN boleh pula merelakan royalti tersebut dihentikan pada 2020 sehingga kini.
"Wakil rakyat
Terengganu ini di Parlimen sepatah haram pun tak memperjuangkan hak royalti kita walaupun dirampas oleh kerajaan hari ini.
"Sejarahnya kita tahu tahun 1999 Umno telah ambil royalti di Terengganu. Apabila PH jadi kerajaan pada 2019 kita telah memulangkan royalti pada Terenganu dan Kelantan, walaupun dua negeri ini dipegang oleh Pas kerana kita sayangkan rakyat dan tidak kira idealogi politik
"Tetapi malangnya apabila Tengku Zafrul telah menjadi Menteri Kewangan, royalti Terengganu telah diambil balik oleh puak puak Umno.
"Yang itu kita rasa hairan. Lebih hairan 3 Menteri Pas 5 Timbalan Menteri Pas serta duta bertaraf Menteri sepatah pun tidak membantah, mereka membisu di Parlimen," katanya dalam ceramah Jelajah Mega Harapan 2022 di Kuala Terengganu malam tadi.
Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menyelar sikap Pas yang mengkhianati rakyat dan tanpa rasa bersalah mencanangkan pentadbiran mereka di peringkat Persekutuan lebih baik berbanding PH.
"Mereka ini pengkhianat kerana lebih mementingkan kedudukan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, bukan rakyat Terengganu.
"Kita beri balik ke dia (kerajaan Pas). Kawan dalam PN (dan BN) ambil balik senyap sepi. Sebab itulah kita hari ini perlu membangkitkan semula isu royalti.
"Kalau kita jadi kerajaan semula royalti akan dipulangkan," katanya lagi.
UMNO PATUT HENTI BANTU KEMPEN KJ DI SUNGAI BULOH
Sejak mengumumkan dirinya ingin menjadi Perdana Menteri dan mengetuai UMNO suatu hari nanti, Khairy Jamaluddin nampaknya terus menunjukkan keangkuhannya.
Kali ini beliau secara terbuka juga mendakwa UMNO sebagai parti yang sudah sesat dan perlu dibawa kembali ke pangkal jalan.
Beliau turut mendakwa, ramai yang tidak berkenan dengan UMNO adalah disebabkan sikap segelintir pemimpinnya yang ada sekarang ini.
Katanya, perkara pertama yang mahu dilakukannya jika memenangi Sungai Buloh, selain memastikan Ismail Sabri Yaakob kembali menjadi Perdana Menteri ialah untuk menjadikan UMNO menjadi wadah perjuangan yang boleh dibanggakan orang Melayu seperti satu ketika dulu.
“UMNO (kini) dah sesat, dan kena kembali ke pangkal jalan. Kena ‘fix’ (perbaiki) balik UMNO ni lagi, perbetulkan UMNO. Dan saya bukan ‘yes man’.
“Pertama, saya nak menang pilihan raya ini, nak pastikan Ismail Sabri kembali menjadi Perdana Menteri, selepas itu kita bersihkan balik UMNO dan BN, kita cuci balik.
“Saya seorang reformis dalam UMNO, tak boleh kunci mulut, sebab itu (agaknya) saya dihantar ke Sungai Buloh,” kata bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebagaimana dilaporkan Astro Awani.
Beliau yang merupakan Menteri Kesihatan sementara berkata demikian ketika berucap pada Majlis Silaturrahim bersama Pertubuhan Amal Kebajikan Agama dan Masyarakat (Perakam) di Kelab Rahman Putra malam tadi.
Dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu, Khairy atau KJ seolah-olah terlupa bahawa sekarang ini adalah musim kempen pilihan raya, bukannya pemilihan UMNO.
Dalam kempen pilihan raya, beliau tidak seharusnya mengutuk parti dan pemimpinnya sendiri, sebaliknya harus meyakinkan pengundi untuk memberi undi kepadanya.
Kalau mahu mengutuk pemimpin sendiri, tunggulah pemilihan UMNO nanti.
Soalnya, bolehkah pengundi memberi undi kepadanya, sedangkan beliau sendiri mengutuk pemimpin dan partinya sendiri?
Apakah KJ kini dalam keadaan terlalu teruja dengan sambutan yang diterimanya sejak mengumumkan mahu menjadi Perdana Menteri, lalu merasakannya dirinya bebas mengutuk parti dan pemimpin UMNO secara terbuka?
Kalau benar UMNO itu sudah sesat, kenapa KJ sendiri masih mahu bertanding mewakili UMNO atas tiket BN di Sungai Buloh ini?
Tidakkah dengan bertanding atas tiket parti yang didakwanya sesat, ia bermakna beliau sendiri telah sesat?
Apakah calon dan parti yang telah sesat perlu diberi undi untuk menjadi Ahli Parlimen?
Jika benar UMNO juga telah sesat, kenapa KJ tidak berani menyertai parti lain atau bertanding saja atas tiket Bebas?
Mengapa masih mahu bertanding atas tiket BN dan mewakili UMNO yang didakwanya sesat itu?
Apa pun, dengan kenyataannya bahawa UMNO itu sudah sesat itu, KJ sebenarnya telah melakukan sesuatu yang tidak wajar dan keangkuhan yang keterlaluan di ketika parti terus memberinya peluang bertanding lagi.
Sebagai pengajaran kepadanya, UMNO secara total harus serta-merta berhenti membantu kempen KJ di Sungai Buloh.
Pemimpin-pemimpin utama UMNO dan BN juga tidak harus lagi datang ke Sungai Buloh untuk membantunya.
Sikap dan perangai seperti yang ditunjukkan KJ itu bukan saja tidak seharusnya ada di dalam UMNO yang sedang berjuang mencari kemenangan dalam ibu segala PRU ketika ini, malah juga pasti tidak diperlukan dalam persatuan penduduk kampung setinggan sekali pun.
UMNO mesti memberi pengajaran kepadanya dalam PRU15 ini. – ShahbudinHusin 12/11/2022.
PAS PATUT LAWAN DAP DI MANA SAHAJA- BAB SEMBANG KEMAIN- SOH LETAK CALON TAK BERANI.JIHAD APA MACAM TU.
KAMSIAH HAIDER
Pas sepatutnya meletakkan calon bertanding di mana-mana kerusi
yang ditandingi calon DAP pada mana mana Pilihan Raya Umum dan Negeri.
Ini adalah supaya Pas dapat menyerang semua kubu kuat DAP serta
mengislamkan seramai mungkin penyokong dari parti itu… kalau berani lah selain
tabur fitnah ! DAP lawan kawasan bandar dengan bilangan penduduk yang ramai .
‘Saya dapat maklumat sahih tentera sudah mengundi, dibayar RM300’.Mengundi sepatutnya 15 tetapi bukan 11 HB.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (11 November 2022) mendakwa ada anggota tentera, khususnya dalam kawasan Parlimen Bera di Pahang, sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.
Kerusi Parlimen Bera ditandingi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional, Asmawi Harun, dan Abas Awang (PH).
Menurut laporan MKini, Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra di Kuala Terengganu.
Laporan itu juga menyatakan, Presiden PKR itu turut mendakwa anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian (mengundi).
“Saya dapat maklumat sahih bahawa anggota tentera, undi pos telah mula mengundi pagi ini, (dan ia) melanggar peraturan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), terutama untuk (kawasan) parlimen Bera dan (mereka) dibayar RM300,” katanya di hadapan sekitar 100 hadirin yang hadir pada majlis itu, menurut Mkini.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga calon PH untuk kawasan Parlimen Tambun di Perak berkata, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya segera menyiasat kejadian tersebut.
“Saya nak nasihatkan SPR, supaya mengambil tindakan tegas sekarang supaya tidak mencemarkan pelaksanaan pilihan raya,” katanya.
SPR menetapkan hari mengundi pada 19 November ini menakala bagi pengundian awal pada 15 November. Pengundian awal biasanya melibatkan anggota pasukan keselamatan, termasuk polis dan tentera, serta petugas agensi-agensi lain.
Anwar juga berkata, apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan UMNI dan BN kini berada pada “tahap yang parah”.
“Jelas, (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob (Perdana Menteri kerajaan sementara) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishamuddin Hussien) cemas. Mereka tahu BN berada di tahap paling parah sekarang,” katanya.
Kesal dengan kejadian yang berlaku itu, Anwar turut meminta keadaan dibetulkan.
Untuk itu, katanya, ‘undi’ yang dilakukan oleh anggota keselamatan terbabit mesti dibatalkan dan mereka mengundi semula pada tarikh yang dinyatakan SPR iaitu pada 15 November ini.
APA PULAK NOH - ENGKAU DAH TAK TERCALON NAK MARAH KE ZAHID BUAT APA? MEMANG ENGKAU TAK LAYAK LAH...
Selepas Khairy, kini Noh pula sindir Zahid selepas tidak tercalon.
Tan Sri Noh Omar nampaknya juga menyindir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.
Penyandang kerusi Parlimen Tanjung Karang itu juga terkilan dengan keputusan Zahid yang tidak meletaknya bertanding semula, ia seakan nada sama diluahkan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang hanya diberikan kerusi tidak boleh menang pada saat akhir.
“Tak apa, saya reda. Cuma saya sedih, diterajang begitu. Tetapi benda sudah berlaku, saya tidak lari daripada perjuangan. Tetap bersama BN (Barisan Nasional),” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.
Khairy hampir menerima nasib hampir sama dengan Noh, namun diberikan kerusi selepas berunding dengan MIC yang memberi laluan kepadanya untuk bertanding di Sungai Buloh.
Menurut Noh lagi, keputusan penyingkirannya sebagai calon adalah sesuatu yang tidak dijangkanya sama sekali.
“Bila kita pilih calon bertanding, saya lihat Khairy Jamaluddin, Megat Zulkarnain (Datuk Megat Zulkarnain Omar Din) dan ramai lagi mampu merampas semula Selangor.
“Tetapi bila saya susun kerusi calon, rupa-rupanya kerusi saya sendiri ‘dicuri’,” katanya lagi.
Noh antara nama yang digugurkan daripada senarai calon bersama beberapa lagi menteri kabinet termasuk Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Tindakan mengejutkan itu dikaitkan dengan keretakan dalam UMNO, antara Zahid dengan Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Noh digantikan dengan Ketua Wanita Umno Tanjung Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof.
Dalam perkembangan lain, Zahid mengesahkan Menteri Kesihatan itu sepatutnya tiada tempat pada PRU-15 ini kerana Khairy adalah ahli UMNO dalam Bahagian Rembau dan kini Ketua UMNO bahagian itu ialah Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Beliau patut berterima kasih pada saya sebab beri peluang bertanding di Sungai Buloh,” kata Zahid berhubung calon BN Parlimen Sungai Buloh itu menurut laporan media.
Subscribe to:
Posts (Atom)