Kerjasama PN tak ikut perlembagaan PAS, kata Khairuddin
Mar 16, 2022
Selepas umum keluar PAS semalam, Khairuddin Aman Razali menyerang presiden PAS Abdul Hadi Awang dengan mendakwa beliau menggerakkan kerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) tanpa mengikut perlembagaan parti.
Katanya, PN ditubuhkan tidak mengikut lunas perlembagaan parti selain hanya menggunakan tandatangan surat oleh presiden parti melalui beberapa penasihat sahaja.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara disiarkan Bernama TV itu.
Tambahnya gabungan PN sepatutnya melalui proses sama sepeti PAS membentuk kerjasama dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).
Jelasnya, kerjasama MN bermula dengan kertas kerta peringkat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diangkat dan diluluskan Majlis Syura Ulama.