ADAKAH ANDA TERKESAN...


 

MENJAWAB WALAUN SOAL MINYAK LAMA DEMGAN HARGA BARU


 

JANJI TAK JADI

 


Fuh, korang tengok ni. Kalau korang rasa nak maki tengok harga RAM kat Shopee atau kedai PC sekarang, korang tak keseorangan. Rupa-rupanya ada "drama" besar kat sebalik tabir yang buatkan kita para gamers jadi mangsa keadaan.






Ini ringkasan apa yang jadi 


1. "Acah" Nak Beli Sampai Licin

Bayangkan, Sam Altman (bos OpenAI/ChatGPT) pergi Korea, lepas tu dia buat "janji manis" dengan Samsung & SK Hynix nak borong 900,000 wafer RAM sebulan. Itu dah makan 40% bekalan RAM satu dunia, wey!


Tapi masalahnya, itu cuma "Letter of Intent" (surat minat), bukan beli betul-betul pun. Duit tak bayar, barang tak jalan, tapi pasaran dah panik. Supplier ingat barang bakal habis, terus harga melambung tinggi!


2. Gamers Jadi Mangsa "Scam" Korporat

Sebab "janji palsu" ni, harga RAM naik gila-gila sampai 171% dalam masa 3 bulan je:

Dulu kit 64GB DDR5 harga baru $190 (RM900+ ), tiba-tiba naik jadi $700 (RM3,300+ )!

RAM DDR4 yang patutnya dah melambak kat pasaran pun ikut naik harga dua kali ganda.

Kedai-kedai PC sampai takut nak letak harga sebab setiap hari harga berubah. Kita yang nak build PC bajet ni terus terduduk.


3. Projek "Stargate" Gagal, Tapi Kita Dah Terkena

Diorang plan nak buat pusat data raksasa (Project Stargate), tapi akhirnya projek tu kena cancel atau delay sebab gaduh pasal duit dengan Oracle. Dah la buat pasaran kacau, lepas tu projek tak jadi. Habis tu, harga RAM yang dah naik tu siapa nak tanggung? Kita jugalah yang kena beli RAM mahal nak mampos.


4. Plot Twist: Google Penyelamat?

Baru-baru ni, Google keluarkan teknologi baru panggil TurboQuant. Dia punya compression algorithm ni boleh kurangkan keperluan memori AI sampai 6 kali ganda.

Maksudnya apa? Kompany AI dah tak perlu borong RAM banyak-banyak macam dulu. Sebab tu sekarang harga RAM tengah mula nak turun balik (stok Samsung/SK Hynix pun jatuh).


Kesimpulannya:

Kita punya la berjimat nak upgrade PC, sekali kena game dengan korporat AI yang main "booking" barang tapi tak beli. Sakit hati tu tuhan je tahu. Suka-suka hati diorang mainkan supply dunia, gamers yang kena ikat perut nak beli RAM sekeping.

Korang ada plan nak upgrade RAM ke dalam masa terdekat? Kalau boleh, tunggu kejap sampai harga betul-betul "sejuk" balik. Jangan bagi muka kat scalper korporat ni! 😤🎮


#PCMasterRace #GamersMalaysia #RAMMahal #OpenAI #TechDrama




DARURAT TENAGA DI PILIPINA.

 

Filipina isytihar darurat tenaga. Energy emergency.





HARGA NAIK RAKYAT KENA BAYAR 199...APA YANG KERAJAAN BUAT TU BETUL DAH.


 

OWHH DIA SENYAP LAMA.. KENA SAMAN HARI TU KEMANA LAK DIA..


 

NAK BUAT LAGU MANA... DAH LAGU TU..


 

JOM GELAK








 Rakyat berhak dapat lebih, kata 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗵𝗮𝗿𝗶𝗺. Aku mulanya rasa nak gelak bila baca tajuk berita. Tapi aku bukan walaun. Jadi aku 𝘁𝗮𝗯𝗮𝗶𝘆𝘂𝗻. Aku cari post dia dan baca.

Bila baca, memang aku tergelak. Tuan Ibharim ni tak sah kalau tak lawak. 70% dari postingnya merupakan soalan. Dia tanya bagaimana harga diesel ditentukan.
Soalan tu valid. Tapi kalau rakyat biasa yang tanya. Tapi bila 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 yang tanya, aku jadi tertanya. Dia jadi menteri dulu buat apa?
Memanglah dia bukan menteri kewangan dulu. Tapi dalam kabinet dulu takkkan la tak pernah langsung berbincang soal ini? Mahiaddin dulu perintah secara 𝗸𝘂𝗸𝘂 𝗯𝗲𝘀𝗶 ke? Atau memang dia jenis menteri yang 𝗱𝗼𝗽 𝗰𝗮𝗴𝗵𝗲 (tak ambik tahu)?
Tak payah kerajaan. TikToker 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 pun boleh jelaskan. Dan dia dah pernah buat video tentang ini pun.
𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 dengan soalan dia tu. Aku lebih minat dengan contoh yang dia berikan tentang beban yang rakyat tanggung. Tuan Ibharim ni ambil contoh lori dan nelayan. Dia pun buat kira-kira la. Kemudian dia pun kata RM300 tu 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽.
Masalahnya, lori dapat harga diesel RM2.15 seliter. Nelayan pula RM1.65 seliter. Yang dia mengarut kira sampai 𝗿𝗶𝗯𝗶 𝗿𝗶𝗯𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 tu dah kenapa?
Sebab tu aku cakap dia ni kelakar. Sebelum ni dia juga yang kata ada orang tak mampu isi 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗼𝘁𝗼𝗿 sebab 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮.
Dia jugak yang mencadangkan kerajaan Pahang ikut Terengganu untuk buat dana kecemasan sedangkan Pahang dah memang ada dan 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂.
Kalau macam ni gaya Timbalan Presiden PAS,. Maka tak peliklah kalau walaun pun melalut. Dah Timbalan Presiden sendiri pun 𝙗𝙡𝙪𝙧, walaun mahunya jadi gila. Guane boh?

MENJAWAB MAKCIK

 





Terlalu pulak dekat feed aku posting 𝗺𝗮𝗸 𝗻𝗲𝗻𝗲𝗸 ni. Sebelum aku 𝙨𝙣𝙤𝙤𝙯𝙚 dia, aku screenshot la. Bukan apa, rasa terpanggil nak jawab soalan makcik dalam video tu.

Dia tanya 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗳𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗱𝘂𝗹𝘂-𝗱𝘂𝗹𝘂 bila harga diesel naik. Aku tak tahu makcik ni asal planet mana. Sebab nampak macam dah lama tak ada atas muka bumi.
Jawapannya, formula ada dan 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻. Dia ni nampak normal tapi buta. Sebab dia tak nampak 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 𝗥𝗢𝗡95 sedang dinikmati oleh rakyat.
Pelik sebab negara luar dan media asing pun boleh nampak. Ramai yang kagum. Tapi dia yang duduk di negara ni pun tak nampak. Mungkin 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗮𝘁𝗶 dah sampai melitupi mata. Atau dia bukan berasal dari bumi. Mungkin dia makhluk dari planet 𝗭𝗮𝗿𝗴𝘂𝘀.
Kalau zaman Najib, bila harga bahan bakar naik, habis semua akan terkena. Tapi sekarang ni, untuk petrol RON95, rakyat Malaysia yang ada 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗖 tidak terjejas pun.
Manakala bagi diesel, banyak industri masih dapat lagi diesel pada harga special. Memang ada industri yang ketinggalan tapi itu boleh diperbaiki. Dan ia lebih baik berbanding 𝙯𝙚𝙧𝙤 𝙨𝙪𝙗𝙨𝙞𝙙𝙮 seperti masa Najib.
So dia tanya mana formula dulu? Jawapannya ada di depan mata. Suruh dia buka mata. Kalau tak nampak juga, suruh dia 𝗰𝘂𝗰𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶 dengan zikir dan taubat dulu. Sebab busuk hati dia mungkin dah hijab mata dia dari melihat kebenaran.
Teringat zaman PN pula. Bila ada isu kebaikan harga barangan, macam-macam dalil dia beri. Bukan dalil tapi 𝗱𝗮𝗹𝗶𝗵. Masa tu sebijik formula pun tak ada. Kat mana makcik ni masa tu?
Kesimpulan dia, bersihkan hati tu. Orang yang cuma nampak keburukan orang lain adalah orang yang di hatinya cuma ada 𝗵𝗮𝘀𝗮𝗱 dan 𝗶𝗿𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶. Guane boh?

PANDUAN MENGUNDI- JANGAN PILIH YANG CAKAP PANDAI TAPI TAK BUAT APA APA BILA JADI KERAJAAN







 

𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔: 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗥𝗨-𝗛𝗔𝗥𝗔



 𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔: 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗥𝗨-𝗛𝗔𝗥𝗔

✍️ Ahmad Mursi
1. Indonesia hadkan 50L per kereta dan mula WFH. Filipina dah tutup 365 stesen minyak. Thailand dah mula catu. Malaysia, pembangkang anjur konvoi.
2. JP Morgan kata, selain China dan Malaysia, semua ekonomi negara Asian dilihat rapuh hadapi kejutan krisis tenaga.
3. Sebab status Malaysia sebagai pengeksport tenaga, pengurusan defisit fiskal yang terkawal, dan kadar inflasi yang masih sederhana berbanding negara jiran. Ini hasil daripada kestabilan kerajaan Madani.
4. Saya tak boleh nak bayang, bencana besar kepada negara akibat perang Iran, jika sebelum ni Kerajaan Madani tak mula susun semula subsidi minyak untuk kekang penyeludupan dan penyelewengan. Syukurlah negara ditangan yang betul.
5. Semua kena mula berjimat dan tak membazir walaupun ada kuota masing-masing. Kita akan masuk fasa susah sama ada suka atau tidak.
6. Ada 2,000 kapal tersangkut di Selat Hormuz, jadi walaupun kapal kita boleh lalu, kawasan itu jadi sesak kerana kapal yang tersangkut tak nak bergerak. Perlu 2 ke 3 minggu untuk alihkan kapal.
7. Untuk minyak turun ke harga asal, mesti 20 juta tong sehari keluar dari Hormuz seperti sebelum perang.
8. Kalau hari ini perang berakhir sekalipun, akan ambil masa berbulan-bulan untuk harga turun semula di bawah USD100 per tong.
9. Itu belum ambil kira infra yang dibom dan perlu dibaiki yang mungkin perlu berbulan-bulan, mungkin bertahun.
10. Kalau tentera darat US masuk ke Iran, krisis tenaga akan jadi lebih lama dan lebih teruk. Harga boleh melonjak ke USD150 ke USD200 per tong. Begitulah jahatnya pihak yang mulakan perang ni.
11. Kita bernasib baik kerana hubungan diplomatik bagus dan profesionalisme Petronas membantu bina hubungan baik dengan pengeluar negara lain yang tidak terhad di negara Arab.
12. Ini krisis tenaga global. TIADA satupun negara yang tak terkesan.
13. Rakyat Malaysia perlu bersatu pada waktu ini, untuk hadapi bahaya yang mendatang. Kekal Stabil, jangan khianat, jangan sebar maklumat palsu.

Jangan cari keburukan PMX, nanti kamu dianggap lebih teruk dari tupai dan KERA.







 

EMPAT BERITA BAIK UNTUK HAMZAH




03 April 2026
Ada empat berita baik mengenai Hamzah Zainuddin yang disiarkan media dalam sehari dua ini.
Pertama, parti baru yang bakal diambil alihnya dikatakan akan diumumkan dalam waktu terdekat ini.
Kedua, parti baru tersebut dialu-alukan untuk segera menyertai PN.
Ketiga, Bersatu tiada halangan dan tidak berhasrat menghalang kemasukan parti Hamzah ke dalam PN kerana tidak mahu berbalah dengan PAS yang kini menerajui gabungan tersebut.
Bersatu cuma mahu menuntut balik kerusi Parlimen yang dipegang oleh Kumpulan Hamzah untuk ditandingi parti itu pada PRU16 akan datang.
Keempat, Presiden PAS, Haji Hadi Awang mengesahkan calon baharu Ketua Pembangkang hanya akan dinamakan menjelang sidang Parlimen pada Jun depan.
Pengesahan Itu menjadikan, sehingga Jun depan, Hamzah akan terus kekal memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang, meskipun ada kelompok dalam Bersatu dipercayai akan terus buat bising mendesak pertukaran pemegang jawatan itu.
Dengan semua empat berita baik di atas, adalah dijangka sebelum Jun akan datang, akan ada perkembangan positif yang dapat disahkan melibatkan kedudukan Kumpulan Hamzah dalam PN.
Tidak mustahil mengiringi pengesahan parti baharu yang akan diambil alih Hamzah nanti, menyusul selepasnya ialah parti itu segera dapat diterima sebagai komponen PN.
Jika itu berlaku, ia merupakan sesuatu yang positif buat PN kerana Kumpulan Hamzah dipercayai mampu memberi nilai tambah yang signifikan kepada gabungan itu sebagai “kerajaan menanti”.
Ini kerana Hamzah bukan saja disokong oleh Ahli-Ahli Parlimen yang telah dipecat daripada Bersatu, tetapi sejumlah besar Ahli Parlimen Bersatu juga memihak kepadanya.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sendiri tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen parti lain.
Jika setelah parti baharu Hamzah diterima sebagai komponen PN, biarlah soal pengagihan kerusi pada PRU akan datang diselesaikan kemudian secara dalaman.
PAS sebagai peneraju PN mesti ada kaedah dan tahu bagaimana menyelesaikan isu pembahagian kerusi itu nanti.
Jadi, isu Bersatu mahu menuntut balik kerusi yang kini dipegang Kumpulan Hamzah, ia bukanlah isu besar untuk difikirkan pada ketika ini.
Yang lebih penting, biar parti Hamzah tiada masalah jadi komponen PN.
Sekiranya parti baharu Hamzah dan penyertaannya ke dalam PN mampu dibereskan sebelum sidang Parlimen pada Jun depan, isu Ketua Pembangkang juga boleh selesai dengan sendirinya.
Sebagaimana dilaporkan sebelum ini bahawa majoriti daripada 69 Ahli Parlimen blok pembangkang tidak berganjak menyokong Hamzah, ini bermakna dengan Ahli Parlimen Larut itu sudah menjadi sebahagian daripada PN, mengekalkannya sebagai Ketua Pembangkang bukan lagi suatu masalah.
Paling mustahak, semua penyelesaian itu akhirnya mampu memberi harapan lebih cerah untuk PN mengambil alih kerajaan selepas PRU16 akan datang. - ShahbudinHusin 03 April2026.

KENYATAAN SOMBONG DAN PENUH SINDIRIN SOALNYA KENAPA MEREKA GAGAL?


 

MALAYSIA PENGELUAR MINYAK , TAPI KENAPA TIDAK KAYA ?


Mohd Farid



 “Malaysia kan negara pengeluar minyak. Harga minyak tengah mahal. Kalau ikut logik formula, kita patut jadi lagi kaya. Tapi kenapa tak?”

Sebagai ex-engineer Petronas, saya terangkan la sikit realiti minyak di Malaysia.
Ramai orang ingat,
kita ada minyak:
= kita guna minyak sendiri
= jadi harga minyak patut lagi murah
Hakikatnya, tak macam tu.
.
1. Malaysia memang ada minyak, tapi sikit di mata dunia
Korang tahu tak, Malaysia hasilkan sekitar 0.6% – 0.7% daripada minyak dunia sahaja
Kalau kita bandingkan dengan:
- Saudi Arabia
- USA
- Russia
Mereka control sebahagian besar supply dunia.
Kita?
kecil sahaja, terlalu kecil.
Maknanya, kita tak ada kuasa pun untuk tentukan harga global.
.
2. Minyak Malaysia berkualiti tinggi
Minyak kita ni jenis low sulphur (sweet crude)
Kelebihannya:
- lebih bersih
- lebih mahal
- lebih mudah diproses
Sebab tu, Malaysia banyak export minyak sendiri.
Lagipun minyak berkualiti tinggi ni digunakan untuk industri yang ‘mahal’ macam pengangkutan udara, kapal, industri penapisan dan produk petrokimia.
.
3. Tapi kita import minyak juga
Untuk kegunaan harian (petrol kereta), Malaysia import minyak mentah dari luar terutamanya Timur Tengah
Kenapa?
- lebih murah
- sesuai dengan refinery kita
.
4. Refinery Malaysia tak semua sesuai
Kilang kita dibina sejak berpuluh tahun dulu untuk proses minyak jenis tertentu
Nak tukar kepada minyak kita sendiri?
- kos tinggi
- ambil masa lama
- perlu ubah keseluruhan sistem
.
5. Malaysia = pengeluar + pengguna
Ini point paling penting.
Malaysia bukan sekadar jual minyak.
Kita juga:
- beli minyak
- proses minyak
- guna minyak
Bila harga global naik:
- kos import naik
- kos pengeluaran naik
- subsidi pun meningkat
Bahasa mudahnya, kita jual minyak kita yang berkualiti tinggi dan mahal ni ke luar negara, dan kita beli minyak biasa untuk kegunaan negara kita.
.
Kesimpulannya,
Ya, Malaysia memang ada minyak.
Tapi realitinya:
- kita bukan pengeluar besar
- kita jual minyak mahal
- dan kemudian kita beli minyak lain
- kita terikat dengan harga global
Sebab tu…
harga minyak naik,
tak bermaksud Malaysia automatik jadi kaya.
Tak semua formula yang kita sedap dengar dulu tu sebenarnya benar dalam dunia sebenar.
.
Bahkan dalam dunia sebenar,
minyak bukan sekadar sumber.
Ia adalah,
sistem global yang kompleks.
bossF,
MommyHana
ex-engineer terkachak Petronas



3 APRIL 2026 - Gerakan Rakyat Thailand, Selat Hormuz, Sumud Flotilla | ZRA STRIM


 

Rafizi Menteri Terpaling Gagal & Kerajaan Akui Wujudnya Mafia Korporat | YBM #42


 

HADI AWANG GESA SIDANG KHAS PARLIMEN? BINCANG KRISIS EKONOMI GLOBAL – KETUA PEMBANGKANG BULAN JUN?


 

AWALNYA TIDAK TIDAK PERCAYA KATA KJ TAPI BUKTI SUDAH DI DEPAN MATA DAN MEMANG SAH MEMANG BOBROK!