LIVE MENTAKAB : Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Amirudin Shari, RaRa & Rakan-Rakan: Jelajah Ha...

HADIRLAH BERAMAI-RAMAI KE KONVENSYEN PH DI IPOH ESOK

 

Saya menyeru semua ahli parti dalam komponen PH supaya datanglah beramai-ramai ke Konvensyen Nasional Pakatan Harapan yang akan berlangsung pada 20hb Oktober ini di Ipoh Convention Centre, Ipoh Perak.

Sebagai tuan rumah kepada konvensyen kali ini, PH Perak mengalu-alukan seluruh perwakilan dari pelusok negara yang akan tiba di Ipoh esok untuk mendengar pesanan dan amanat penting Pengerusi PH Nasional iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai persediaan PRU yang akan berlansung tak berapa lama lagi.

Konvensyen ini penting kerana ia dilakari dengan suasana politik yang tidak stabil pasca Langkah Sheraton untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang bermandat. Beberapa pengumuman penting akan dibuat antara lainnya ialah Calon PH untuk jawatan Perdana Menteri, Pengagihan Kerusi yang telah dimuktamadkan serta Lagu Tema dan Manifesto PH untuk rakyat Malaysia.

Saya ingatkan kepada seluruh perwakilan supaya mematuhi dan merujuk semua arahan parti masing-masing yang disediakan oleh pihak sekretariat dan menjaga keselamatan supaya majlis berjalan lancar.

Selamat Berkonvensyen

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Pengerusi PH Negeri Perak Darul Ridzwan

19/10/22



HELLO SPRM?? PANCING UNDI INI BUKAN RASUAH KER??

 

BOB KELANANG


Rasuah ada pelbagai bentuk... pancing undi dengan tabur duit pun satu rasuah... hapuskan hutang lapuk pun satu rasuah... tambah lagi selepas bubarnya Parlimen... Perdana Menteri Interim tidak ada kuasa untuk meluluskan apa-apa projek atau dana...

Memang sepatutnya begitu... tidak boleh ada Menteri, Timbalan Menteri termasuklah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang boleh meluluskan apa-apa projek, pengurniaan dana ataupun penghapusan hutang... sebab jawatan semua sudah gugur atas sebab bubarnya Parlimen...

Jadi macam mana SPRM boleh buta bab ni???

Adoilah...

 





TIPU SAJA PAS NI


 

OK JA KAMI DI PENANG NI- NEGERI MAJU LAMA DAH...RAKYAT DARI TEMPAT LAIN DATANG TAK MAU BALIK..


 

ORANG UMNO DAPAT HIDAYAH TENGOK VIDEO ZAHID HAMIDI?


 LATIHAN SUKERELAWAN BERSAMA BOMBA, SELANGOR SIAP HADAPI BANJIR

GUNA UNTUK DIRI SENDIRI TAK APA PULAK

 

HUSAM MUSA


Apabila rakyat bercakap soal kewajiban pemimpin dalam memberi kemudahan asas, jalan ,bekalan air yang sempurna, Dato Nik Amar kata politik cerdik ni kita bercakap soal "nak bawa gi mana" . Bukan kebendaan.

Tapi beliau sendiri apabila bercakap soal manfaat untuk diri sendiri sebagai pemimpin dari segi kebendaan, boleh pulak beliau tunggang nama nabi. Katanya nabi sendiri naik unta paling hebat, paling mahal dan paling laju bernama Qaswa.

Dato', kami tak nafikan itu hak pemimpin, ambillah seadanya. Tapi biarlah apabila rakyat luah dan bercakap soal kepentingan mereka dari segi kebendaan, kemudahan asas, para pemimpin ambil cakna dan serius. Itu sahaja.

-Admin






 

DALAM PAS TAK LAKU DAH...DALAM UMNO KATA TIDAK...DALAM AMANAH PUN NAFI...KESIAN KO BANG KHAI

 

Amanah tak pernah bincang calonkan Khairuddin di Kuala Nerus, kata Mahfuz





Khairuddin Aman Razali memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus sejak 2013 dan masa depan politiknya menjadi teka-teki selepas ‘berhenti’ daripada PAS Mac lalu dan menjadi Ahli Parlimen bebas. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Amanah menafikan ia terbuka untuk menerima bekas pemimpin PAS, Khairuddin Aman Razali sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di Kuala Nerus pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ia susulan tular tangkap layar laporan memetik Naib Presidennya, Mahfuz Omar bahawa Amanah mempertimbangkan untuk meletakkan Khairuddin bagi mewakili parti itu bertanding di Kuala Nerus.

Tangkap layar itu turut memaparkan gambar Mahfuz dan Khairuddin duduk bersebelahan.

Menjelaskan perkara itu, Mahfuz berkata, penyertaan Khairuddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus tidak pernah dibincangkan parti itu dan pihaknya tidak pernah “berniat” menjemput Khairuddin menyertai blok pembangkang.

“Tiada bincang apa pun, saya pun tak tahu (laporan itu wujud). Tiada perbincangan apa pun dan kami tak pernah berniat pun (calonkan Khairuddin) kerana senarai calon dah siap dah.

“(Laporan itu) tidak betul…tiada, tiada,” katanya kepada FMT.

Khairuddin pula menyifatkan laporan itu sengaja direka pihak tertentu.

“Tangkap layar tentang Amanah tu saya rasa ‘saraf’ pihak tertentu,” katanya sambil menambah beliau akan menamatkan teka-teki mengenai masa depannya di Kuala Nerus menjelang hari penamaan calon.

“Isu bertanding akan dimuktamadkan nanti apabila penamaan calon,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ketika ini, katanya, beliau hanya fokus berkhidmat kepada masyarakat Kuala Nerus agar rakyat di kawasan yang diwakilinya selama dua penggal itu tidak merasai kekosongan dari sudut kebajikan.

Bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Feb lalu, sebulan selepas beliau digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa Pusat. Beliau kemudian mengumumkan “berhenti” daripada PAS pada Mac.

Pada 26 Sept lalu, Khairuddin dilaporkan berhasrat mempertahankan Parlimen Kuala Nerus pada PRU15 dan akan mengumumkan sama ada menjadi calon bebas atau bertanding atas tiket parti lain selepas Parlimen dibubarkan.

Selepas menjadi Ahli Parlimen Bebas, Khairuddin dilihat kerap muncul bersama pemimpin Umno sehingga timbul desas-desus beliau akan menyertai parti itu pada PRU15 untuk menjadi calon BN di Kuala Nerus.

Bagaimanapun, Ketua Umno Terengganu, Ahmad Said pada Isnin lalu menegaskan BN tidak pernah menamakan Khairuddin sebagai calon di Kuala Nerus dan tiada sebarang rundingan antara kedua-dua pihak berhubung perkara itu.


TUDUHAN AHLI PKR EGEN MOSSAD.INI JAWAPANNYA


 

Suami isteri didakwa ejen perisik Mossad bukan ahli PKR



Nidarahayu Zainal dan Raibafie Amdan antara 11 individu yang didakwa pada Jumaat atas tuduhan menculik seorang lelaki Palestin, September lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PKR menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan dua daripada 11 individu ditahan dipercayai direkrut oleh ejen perisikan Israel, Mossad merupakan ahli parti itu.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan hasil semakannya dua individu terbabit yang juga suami isteri tidak ada kaitan dengan parti tersebut.

Katanya, tindakan kedua-dua individu itu memuat naik gambar bersama bendera PKR di media sosial adalah pilihan dan kebebasan individu untuk menyokong mana-mana parti politik.

“Semalam, tular di media sosial dakwaan bahawa dua individu yang ditahan itu adalah anggota PKR atau ada kaitan dengan parti. Individu itu didakwa mempunyai hubungan dengan Mossad.

“Saya sahkan dua individu itu iaitu Nidarayahu Zainal dan Raibafie Amdan bukan anggota mana-mana cabang PKR dan tiada kaitan dengan parti.

“Berhubung gambar individu itu mengangkat bendera PKR atau gambar akaun Facebook dengan logo PKR sekitar 2018, ia tindakan dan pilihan individu terbabit dan tidak ada kaitan sama sekali dengan parti,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan seorang warga Palestin berusia 31 tahun diselamatkan sehari selepas diculik sekumpulan rakyat tempatan yang dipercayai direkrut agensi perisikan Israel, Mossad bagi membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia.

Mangsa diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor serta Melaka dari 29 Sept hingga 4 Okt lalu.

Semalam, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan berhubung penculikan tersebut.

Beliau mengesahkan semua 11 tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur minggu lalu merupakan suspek dalam kes penculikan itu bagi mendapatkan maklumat mengenai perisian untuk menggodam telefon bimbit.

SAPA KATA PARTI PAS BERSIH- MUNAFIK TERIMA DUIT UMNO- TAK BETUL SAMAN LOKMAN ADAM


 

TENGAH SEDAP KUTUK ANWAR...TERKEJUT BEROK ANWAR CALL....MAI KITA TENGOK ORANG TERKEJUT BEROK


 

APA KETINGGALAN NIH






 

TAJUDDIN VS AISHAH-KENA SEBIJI

 



Saya suka cara Siti Aishah jawab. Walau kena probok2 oleh DS Tajuddin.

DST kata PH tak buat apa 22 bulan. Kalau bagus mesti tak jatuh Kerajaan.

Dangkal sungguh hujah nya.

Siti Aishah jawab, kalau BN tak sekongkol dengan pengkhianat, takde nya Kerajaan mandat rakyat akan jatuh. Kenapa BN taknak desak pilihanraya masa tu? Kenapa tamak juga nak berkuasa walau pun kalah pilihanraya?

PH dinafikan hak dan mandat 5 tahun untuk kuatkan negara dan Kerajaan. BN juga yang jatuhkan ikut pintu belakang.

Saya setuju.

Mungkin boleh tanya pada dia juga, kalau Kerajaan 22 bulan jatuh sebab gagal, Kerajaan 17 dan 15 bulan macam mana pula? Adakah boleh dikatakan gagal bertingkat2?

~LM~

 

Ringgit menyusut lagi, dibuka rendah paras RM4.70

 




Nilai mata wang ringgit dibuka rendah pada pagi Rabu mengekalkan tren penurunan sekitar paras RM4.70 berbanding dolar.

Semasa awal dagangan pagi ini, ringgit dibuka rendah RM4.7160/7200 berbanding penutupan semalam RM4.7145/7165 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Kejatuhan tersebut adalah sebanyak 15 mata asas.

Menurut laporan Bernama, kegiatan pengambilan untung sederhana yang didorong oleh rasa bimbang terhadap tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengetatkan dasar monetari dengan lebih agresif menyaksikan nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS pagi ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.3479/3525 daripada 5.3118/3141 pada penutup Selasa, lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3218/3251 daripada 3.3168/3184 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.6504/6544 daripada 4.6372/6391 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1611/1642 daripada 3.1630/1646 pada penutup semalam.

DIA TAK SEMPAT NAK URUS RAKYAT- URUS DIRI DIA JA PUN PAYAH..BUKAN SENANG TU..

 

Rina didakwa abai pengundi Titiwangsa.



Pasar Kampung Datuk Keramat musnah dua kali dalam kebakaran. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Segelintir penduduk Setiawangsa mendakwa Rina Harun mengabaikan kawasannya dalam tempoh empat tahun yang dia sepatutnya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

Dakwaan itu dibuat susulan laporan bahawa partinya, Bersatu, mungkin memindahkannya dari Titiwangsa ke Sepang pada pilihan raya akan datang.

Tiga penduduk memberitahu FMT, Rina, yang berkhidmat di dua kementerian berbeza semasa menjadi Ahli Parlimen, sering tidak hadir di Titiwangsa dan tidak pernah bersuara untuk pengundinya.

Awang Taib, peniaga berusia 62 tahun, bercakap mengenai ketua Wanita Bersatu itu yang didakwa kurang terlibat dalam mempercepatkan pembangunan pasar Jalan Raja Bot di Chow Kit.

Rina Harun.

Projek menaik taraf pasar itu masih belum siap sejak 2013 walaupun terdapat beberapa perubahan kontraktor, katanya.

“Saya tidak pernah berjumpa dengannya, walaupun sekali. Beliau tidak pernah melawat kawasan kami atau pembangunan yang gagal,” katanya.

“Saya harap beliau tidak bertanding di Titiwangsa. Kami tidak mahu apa-apa daripadanya lagi. Kami telah meminta hampir lima tahun tetapi tidak berjaya.”

Tarmizi Akil, 56, berkata peniaga tempatan tidak ada cara untuk menyampaikan kebimbangan mereka kepada Rina mengenai pembinaan semula pasar Kampung Datuk Keramat, yang didakwanya terhenti.

Pasar itu terbakar pada 17 Mac tahun lalu dan sekali lagi pada 11 Jun lalu.

Tarmizi berkata, dia tidak pasti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti isu keselamatan pasaran sekiranya Rina membangkitkannya.

“Hingga hari ini, tidak ada tindakan berhubung kemusnahan akibat kebakaran itu,” katanya.

Pada pilihan raya umum (PRU) 2018, Rina memenangi kerusi Titiwangsa dengan majoriti 4,139 undi menentang calon daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Menurut laporan media, Rina mungkin bertanding di Sepang dan bukannya Titiwangsa pada pilihan raya umum akan datang. Beliau mengetuai sayap wanita Sepang Bersatu.

Penduduk sebuah flat di Kampung Sungai Baru, Ridzuan Yusof, 43, pula menyuarakan kebimbangan mengenai pembangunan semula di kawasannya sambil berkata, Rina gagal bersuara berhubung isu terbabit.

Katanya, pembangunan semula memaksa penyewa memilih pembangunan antara berpindah ke rumah transit sementara atau menerima pampasan sewa bulanan sebanyak RM1,100.

“Sehingga kini, kadar RM1,100 tidak meningkat. Walaupun perjanjian itu ditandatangani pada 2016, tidak ada tawaran yang disemak semula,” katanya.


BANTUAN I-BELIA TERENGGANU GULA GULA NAK PRU?


UNDI BN STABIL: TENGKU ZAFRUL SALAH FAKTA


ORANG UMNO DAPAT HIDAYAH TENGOK VIDEO ZAHID HAMIDI?

 

EH..EH....INI KES TOK MAT PULAK NI. BIAR BETUL ?KATANYA KENA TANYA SARAWAK REPORT.



 

Betulah zahid cakap.. Tok mat jangan senyum-senyum, tok mat next...

Dokumen penyiasatan rasmi yang dikeluarkan oleh Sarawak Report menunjukkan dengan jelas bahawa pengurup wang yang merembeskan wang tunai ke akaun UK Tok Mat untuk membeli hartanah London bernilai RM10 juta sejak tahun 2010.





Farid Kamil temui Anwar selepas muatnaik dua video sokongan



Artis dan pengarah filem Farid Kamil pagi tadi bertemu Presiden KEADILAN Datuk seri Anwar Ibrahim selepas sebelum ini memuatnaik dua video yang menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Anwar, beliau menerima kunjungan Farid di pejabatnya pagi tadi dan berbicara seputar industri filem tanah air.


"Pagi tadi saya terima kunjungan seniman Farid Kamil di pejabat.


"Kami berbicara panjang soal seni dan budaya, selain mengenai keadaan saat ini dan masa depan industri perfileman negara.

Sempoi baq hang!" katanya dalam catatan di Facebook.


Semalam, Farid mengongsikan satu hantaran video pendek dengan tajuk "lima sebab Anwar Ibrahim layak jadi Perdana Menteri ke-10" di Instagram.


Video itu menyenaraikan apa yang dilihat sebagai pencapaian Pengerusi PH itu sebelum ini, antaranya anugerah Menteri Kewangan terbaik dunia dan Asia yang diraihnya pada 1990-an dan imejnya sebagai pemimpin yang dikenali di peringkat antarabangsa.


Farid juga pernah memuatnaik wawancara Anwar berkenaan tindakannya menghalang rasuah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri 1992 - 1998.


Beliau menulis kapsyen pada hantaran itu berbunyi, "Bagai mimpi datang menyapa, 'biar buta satu mataku, asalkan terbuka mata hari rakyat'"


Sebelum ini Farid dilihat cenderung menyokong Pengerusi PH Tun Mahathir Mohamad ketika gabungan itu menang dalam PRU 14, kemudian beliau amat jarang berkomentar mengenai politik dalam beberapa tahun.