MARKAS BESAR "KUBU KUAT ANWAR" DAH SEDIA


Markas di Kubang Semang berhadapan masjid jamek dah siap siaga nampaknya.Tempat ini dahulunya menjadi markas besar bagi PKR dan kini menunggu untuk dilancarkan .semua persediaan berjalan rapi.lampu juga sudah di pasang hanya menunggu lampu isyarat pilihanraya.

WAN AZIZAH LAKUKAN LAWATAN DI PERMATANG PAUH








PERMATANG PAUH- Presiden PKR Dato Seri Wan Azizah Ismail semalam hadir di Permatang Pauh melakukan lawatan ke beberapa tempat.Bersempena kehadiran beliau , Presiden sempat untuk memberi taklimat dan ransangan kepada parayu undi PKR di DUN Penanti.


Turut sama ialah calon Penanti Dr Mansor Othman yang memberi perangsang bahawa gerakerja wanita di DUN Penanti amat efisien dan beliau berharap para perayu undi ini dapat bekerjasama.Selain itu , ketua wanita Permatang Pauh Hjh Khadijah, Ketua waita PKR Pulau Pinang Pn Norhayati juga sempat berucap dan memberi semangat kepada para perayu undi.






Pada sebelah petangnya Presiden sempat menziarahi rumah seorang warga emas di kampung Kebun Sireh Bukit Mertajam kerana kampung tersebut mengalami banjir kilat baru-baru ini,Presiden sempat untuk berbual dan bertanya khabar mengenai musibah yang melanda penduduk setempat.

PAS TIDAK AKAN BERTANDING DI PENANTI



PENANTI -Parti PAS tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana tetap mementingkan setiakawan .Pilihanraya DUN Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei ini kata, Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Haji Mustaffa Ali.

Iklan

Walau pun desas desus kedengaran dan perasaan tidak puas hati berlaku, namun ini sebenarnya telah dipersetujui oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat.

Semangat setiakawan perlu kerana ini adalah tanda persahabatan yang kukuh untuk kebaikan bersama dan kita berharap ahli akan dapat menerima ini dengan perasaan terbuka.

Turut sama dalam sidang media itu ialah Pesuruhrjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Setiausaha Perhubungan, Fadhil Kemi dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin. - mns_