SEDIKIT PENDEDAHAN- AKAUN PARTI MANA NIH ?.....NANTI NURUL DEDAHKAN LAGI LEBIH TERPERINCI.


 

KEH..KEH....JUBOQ HANG- NI KOMEN BUKAN JENIS KBAT- KBAU..KEH..KEH


 

HAH???...YB PAS LANTIK LAKI JADI PENASIHAT...


 

MENU RAHMAH- MAIDIN PUN MENYEDIAKAN MENU RAHMAH- MEREKA MEMPERKENALKAN NASIPAPRIK...


 

PERISTIWA INI LEBIH MEMALUKAN.

 



Kata Hamzah, lantikan Nurul Izzah memalukan. Ya ke? Tapi masa Hadi jadi Duta Khas ke Timur Tengah Bertaraf Menteri tapi cuma melekat di Pantai Timur, tak memalukan ya?


Bagaimana pula dengan Mahiaddin melantik Peja sebagai Penasihat Khas PM Bertaraf Menteri lepas Peja dibuang daripada jawatan MB? Yang itu pun tak memalukan ya?


Bagaimana pula dengan MB dan TMB Kelantan yang melantik anak sendiri pegang jawatan dalam GLC negeri. Apa komen Hamzah tentang itu. Masih tak memalukan ya?


Soalnya sekarang, Nurul Izzah seorang pemimpin muda yang berbakat dan berkelayakan berbanding Hadi dan Peja serta anak MB dan TMB Kelantan. Tapi yang Hamzah kata memalukan hanya Izzah.


Perhatikan sini. Nurul Izzah hanya dilantik sebagai penasihat. Manakala Hadi, Peja dan beberapa yang lain dilantik sebagai penasihat dan duta BERTARAF MENTERI. Mana yang lebih bersifat kronisme?


Sebenarnya bukan memalukan. Tapi menyeramkan. Sebab satu Malaysia tahu kebolehan Nurul Izzah. 


Dengan adanya Nurul Izzah di sisi ayahnya sebagai penasihat, pembangkang tahu rakyat akan dapat faedah terbanyak. Itu sekaligus akan melemahkan kedudukan mereka.


Sifirnya mudah. Bila ada musuh yang jahat seperti PN, apa yang mereka tak suka itulah tandanya kita buat perkara yang betul. Kerana mereka lawan demi kepentingan mereka. Bukan kepentingan rakyat.


Melihat respon PN atas perlantikan Nurul Izzah ini, bagi aku ia sesuatu yang tepat. Kalau tak, takkanlah mereka melenting sebegini sekali. Jadi teruskanlah saja. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

KOMEN MAHIADDIN TAK PATUT- PAS PUN SAMA PERNAH PECAT HUSAM- BERSATU JUGA SAMA-JADI JANGAN KOMEN PARTI ORANG LA


 

PENEMPATAN ROHINGYA MENGANCAM PENDUDUK SETEMPAT DAN KOTOR


 

INI PUNCA KENAPA H2O DIGANTUNG KEAHLIAN UMNO


 

DAKWAAN LOKMAN- KENAPA SEMBRONG DIGANTUNG TETAPI JADI DURI DALAM LIPATAN. INI PERANGAI DIA...


 

CUKUP CUKUP DAN TAK AKAN JATUH SEMANGAT DAN CUBA DENGAN FITNAH- DIA DAH KENA MACAM MACAM MALU HINA DIRI DAN KELUARGA DIHINA


 

MADANI CUBA DIKAITKAN DENGAN KERAJAAN LIBERAL- TAPI LEBAI NI SILAP MAT SALLEH TULIS BUKU DALAM KURUN KE 18- BODO KA BIJAK- SUDAH TENTULAH BODO- TAK ADA KENA MENGENA DENGAN MADANI


 

BUAT PROTES- TAPI LEBIH KEPADA HENTAM KERAJAAN- KERAJAAN BUAT LEBIH DARI ITU DAN BIJAK.BAKAR 1- KITA KELUARKAN 1 JUTA- TU BARU BIJAK.


 

KAJI SEMULA PENDIDIKAN ISLAM BERI LEBIH KEFAHAMAN


PENGELUARAN BERTERUSAN KWSP UMPAMA ‘BUNUH ANGSA EMAS’


MALAYSIA KETEPI TUNTUTAN SULTAN SULU, KES BELUM SELESAI


PEMBANGKANG TAGIH ‘FORMULA’ RAFIZI, SERANGAN TERSASAR


NAK RASA DUDUK DALAM GAMAKNYA : WAN SAIFUL JANGAN MAIN ISU MELAYU – CINA TAKUTKAN RAKYAT


SABAQ SAT ABAHKAU....TENGAH HIRE NURUL UNTUK SUSUN FAIL

 



Sabar dulu abah cow...PMX tgh semak fail-fail hang tu...jangan risau ok...

LEBIH PARAH JIKA SEGALA MACAM SAHAM DI BERI PADA ANAK MENANTU

 


PM melantik anak sendiri tu tak pernah dibuat oleh mana-mana PM sebelum ini, kata Mahiaddin. Betul ke?


Masa Abdullah Ahmad Badawi jadi PM, dia lantik menantunya, KJ. Aku lupa pula jawatannya. Tapi KJ masa tu bukan siapa-siapa pun. Dapat jawatan itu hanya sebab dia menantu Pak Lah.


Masa Mahathir jadi PM, Mukhriz jadi MB Kedah. Walaupun bukan Mahathir yang lantik, tapi Mukhriz dapat duduk kerusi Timbalan Presiden Bersatu waktu itu, yang membolehkan dia dapat jadi MB Kedah,  atas nama Mahathir.


Itu yang pertama. Yang kedua, kita tengok anak PM kita sebelum ini.


Masa Tun Razak jadi PM, Najib jadi apa? Tak jadi apa-apa sebab Najib masih belajar di luar negara. Dan hayat Tun Razak pun tak panjang. Tun Razak meninggal sebelum Najib tamat belajar.


Masa Mahathir jadi PM kali pertama, anaknya tak main politik lagi. Tapi ada anak yang jadi kaya raya. Itu lebih besar nepotisme. Bahkan Mahathir pernah dikatakan cuba guna wang negara untuk bail out syarikat anaknya ketika krisis ekonomi 1998.


Pak Lah jadi PM, anaknya jadi apa? Bukan sebab Pak Lah tak mahu lantik tapi sebab anaknya tiada kelayakan langsung. Bukan orang politik. Tapi Pak Lah lantik KJ, menantu dia.


Masa Mahiaddin pun, anaknya tak pegang jawatan bukan sebab Mahiaddin tak amalkan kronisme, tapi sebab anak Mahiaddin tak layak. Kedua-dua anak Mahiddin memilih untuk jadi penyanyi.


Aku tak kata salah jadi penyanyi. Tapi bandingkan anak Mahiaddin dengan Nurul Izzah.


Nurul Izzah digelar Puteri Reformasi. Sewaktu DS Anwar teraniaya dan dipenjara akibat fitnah, Izzah berjuang pembebasan ayahnya. Berdiri di pentas antarabangsa.


Nurul Izzah berani menentang arus. Masa tu Izzah bercakap soal keadilan. Bukan setakat cakap DS Anwar rindu nak minum macchiato Starbucks.


Nurul Izzah antara pelopor Parti Keadilan Rakyat. Daripada parti yang kecil, hingga jadi parti yang mengepalai kerajaan. Dia duduk di antara hirarki tertinggi parti.


Soalnya bukan PM sebelum ini tak mahu lantik anak mereka. Tapi sebab anak mereka tak berkelayakan, dan tidak setaraf Nurul Izzah. Kalaulah anak mereka sehebat Nurul Izzah, nescaya mereka akan buat perkara yang sama.


Mahiaddin persoalkan lantikan Nurul Izzah, patut Mahiaddin perjelaskan perbuatannya yang melantik hampir semua MP yang menyokongnya jadi PM dulu ke banyak jawatan dalam kerajaan dan GLC.


Perbuatan Mahiaddin, apa yang disebut sebagai Scheme of Things oleh Mahiaddin sendiri dalam rakaman audio yang tersebar, jauh lebih bersifat kronisme berbanding perlantikan Nurul Izzah ini.


Mahiaddin perlu bertenang dan renung kembali apa yang telah dia buat semasa dia jadi PM dulu. Ianya jauh lebih jahat, jauh lebih tak bermoral bahkan ada unsur rasuah. 


Bila diri sendiri berbogel, jangan nak bicara soal seluar orang lain yang koyak di lutut. Guane boh?


 

Raja Gelap 

KENA FAHAM YA BILA MEMBACA


 

KITA TIDAK HARUS BERSANGKA BAIK

 

Aku melihat ini sebagai perangkap untuk gegarkan hubungan Kerajaan Perpaduan ini. Sebaiknya tak usah diterima. Mungkin dia mohon masuk Keadilan sebagai satu strategi dirangka oleh Hamzah. Guane boh?


Raja Gelap 

NAMPAK GAYA MACAM NAK SERTAI BERSATU

 


Ini menunjukkan KJ semakin hampir untuk menyertai Bersatu dan mungkin ditonjolkan sebagai calon MB bagi PN…


Shahbudin Husin.



MENJADIKAN PAS SEBAGAI PERSAMAAN DALAM LANTIKAN NURUL IZZAH BERERTI MENYAMAKAN ANWAR DENGAN PAS



Dalam cubaan untuk mempertahankan lantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, terdapat segelintir pihak yang menyokong kerajaan perpaduan nampaknya cenderung menjadikan Pas sebagai rujukan serta persamaan dalam amalan tersebut.


Mereka memetik pelbagai laporan berita yang mengaitkan tindakan pemimpin-pemimpin Pas sendiri pernah melantik anak masing-masing dalam jawatan kerajaan.


Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan telah membenarkan anak mereka sendiri bekerja dalam agensi penting negeri Kelantan iaitu di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai pegawai kanan.


Anak Menteri Besar, Nor Azma Hilmah Ahmad dikatakan bertugas sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perundangan dan Intergriti di PKINK.


Dalam kes ini, Ahmad adalah Pengerusi PKINK.


Anak Timbalan Menteri Besar Kelantan pula, Ahmad Mujahid Mohd Amar dilaporkan bertugas sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perancangan Korporat PKINK.


Mohd Amar dalam kes ini adalah Ahli Lembaga Pengarah PKINK.


Selain anak dua pemimpin Pas itu, anak Speaker DUN Kelantan, Ustaz Abdullah Yaakub juga diberitakan bekerja di bawah sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kelantan.


Anak beliau, Muhammad Riyadhul Hanif Abdullah dilaporkan tersenarai dalam Pengurusan Tertinggi PTG Kelantan dengan jawatan sebagai Penolong Pengarah Hasil.


Dengan tiga anak pemimpin Pas itu turut bekerja di syarikat kerajaan negeri di mana bapa mereka adalah pemimpin dalam pentadbiran negeri Kelantan, lalu dihujahkan bahawa di mana salahnya anak Anwar bekerja di Pejabat Perdana Menteri?


Tambahan lagi, kata mereka, jawatan Nurul Izzah adalah pro bono iaitu tanpa gaji, sedangkan ketiga-tiga anak pemimpin Pas itu adalah bergaji.


Bukan bermaksud untuk membela Pas, tetapi sekadar untuk membetulkan fakta – membuat persamaan sebegitu sebenarnya adalah tindakan yang salah.


Pertama, ketiga-tiga anak pemimpin Pas berkenaan hanya bekerja di agensi kerajaan negeri dan bukan sebagai penasihat kepada bapa mereka.


Di sini saja, tindakan menyamakan itu adalah tersasar jauh dan suatu tembakan yang tak kena.


Kedua, kalau tindakan pemimpin Pas itu ingin dijadikan rujukan dan persamaan, bermakna kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar ini adalah sama perangainya seperti Pas.


Banggakah kita kerana dilihat sama seperti Pas dan sejak bila Pas menjadi kitab rujukan kita? – ShahbudinHusin 31/01/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/01/31/menjadikan-pas-sebagai-persamaan-dalam-lantikan-nurul-izzah-bererti-menyamakan-anwar-seperti-pas.html



JOM KITA KAJI

 



Kecoh walaun² n the geng pasal PM lantik anak sendiri sebagai penasihat🙄


Lepas ni PM kena lantik pemimpin² walaun rasanya dan perlu dibayar gaji baru walaun² akan berpuas hati😳


70 ORANG TAK BUAT KERJA TAK BISING.1 ORANG TAK ADA GAJI BISING.

 



1 orang diberi jawatan kerja tak ambil gaji, walaun bising.70 orang ada jawatan tak buat kerja ambil gaji, dia senyap.. walaunssss ni ada OTAK Tak.. 😁

ZAHID DAH MENANG TANPA BERTANDING...MUHYIDDIN YANG TAKUT.- DINASOUR LAMA DALAM UMNO DAH PUPUS.


 

JANGAN LA BANYAK CEMBURU- TAKKAN NAK LANTIK SEBIJAK PEJA- NANTI DIA ULAS BAB MEE KARI


 

TAMBAH JUMLAH IMIGRESEN DEMI MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT YANG BEKERJA DI SINGAPURA- NAK SURUH FAHMI- ORANG RAMAI GELAK BERDEKAH.


 

MP PERMATANG PAUH JANGAN LA MAIN ISU YANG TAK LOGIK-ADA JA KISAH SEJARAH ORANG BUKAN ISLAM MEMBANTU PERJUANGAN NABI


 

BAGAIMANA JIKA PARTI YANG MENYERAHKAN WANG KEPADA INDIVIDU TEERTENTU


 

ALAAAAA....DULU PARTI KAMU PUN BERSAMA DAP JUGA


 

HASSAN KARIM TIDAK SETUJU PERLANTIKAN NURUL


 

ANAK MUDA JANGAN NAK SENANG TANPA BUAT KERJA- BILA DAH MENANG MULA MENGAKU SOKONG


 

UNTUNG LA BUAT TIKTOK DAPAT ANUGERAH- KAMI NI DALAM PH FISABILILLAH SAJA LAH....


 

KEH..KEH...PN BERSIH DAN STABIL ?


 

ANAK GANTI AYAH DALAM POLITIK ITU ADA JUGA DALAM PAS


 

JOM KITA LIHAT BERAPA BEZANYA 2 PM SEBELUM INI BAYAR PEMBANTU MEREKA


 

WALAUN NI IKUT APA SAHAJA KATA HADI AWANG


 

MEMBANTU ANWAR SEBENARNYA DENGAN MENYELONGKAR PENYELEWENGAN DALAM KEMENTERIAN KEWANGAN.NURUL MEMBANTU SOAL INI.


 

KERAJAAN PERPADUAN PERLU MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK MENYELESAIKANNYA


 

BUKAN SEMBANG KARI- TAPI NI LA DIA