DIA NI KA?

Dwsa HM


 Khaled yang ni ka ?? Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS ..




Ada ka patut Penjaja di Jalan Pegawai hentam Pegawai MBAS yang penuh integriti .. Depa lupa ka depa meniaga sana pun tak dak permit hahah !!


Tu pun dak dok report orang !! 


Saya takut MBAS mengamuk semua kena halau hahahah .. Hampa ingat mat anas nak tolong ka hahahahah ..



ANWAR DAN SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS - 1967-1976

 



Anwar mula berkenalan dengan Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas semasa berada di Universiti Malaya (UM). 


Beliau waktu itu terlibat dengan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (UM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Kerana begitu menonjol terutama di pentas Speaker’s Corner UM, Anwar cepat dikesan, dibimbing dan diangkat menjadi pimpinan kedua-dua pertubuhan tersebut kemudian. Beliau juga turut dilantik menjadi Setiausaha Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh YM Tunku Abdullah pada ketika itu. 


Dalam sikap kepimpinannya, Anwar sentiasa mengajak rakan-rakan mendekati ilmuwan dan al-Attas adalah antara ilmuwan yang rapat dengan mereka kerana sering bertemu. Dalam siri pertemuan inilah kepercayaan terbentuk. 


Al-Attas kemudian menjadi Dekan di Fakulti Sastera UM. Dalam tempoh tersebut beliau menulis The Origin of the Malay Sha’ir dan Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago. 


Al-Attas juga aktif mengambil bahagian dalam hal ehwal semasa misalnya ketika tampil menjamin empat mahasiswa, termasuk antaranya Abdul Aziz Deraman, selaku Setiausaha PBMUM ketika itu (beliau pernah menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kemudian) yang ditangkap rentetan kempen anti-Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu. 


Al-Attas bahkan pergi lebih jauh apabila terlibat dalam penubuhan Parti Gerakan bersama abangnya, Dr Syed Hussein Alatas. Beliau pernah tampil mewakili Gerakan dalam debat kebudayaan bersama Lim Kit Siang di auditorium MARA untuk mempertahankan kepentingan bahasa Melayu. Sebagai latar, dekad 1960-an adalah dekad penting perjuangan bahasa Melayu dengan tergubalnya Akta Bahasa Kebangsaan. Proses Malayanisasi juga membolehkan banyak perjawatan tinggi kerajaan bertukar daripada warga asing kepada anak tempatan termasuk Profesor Diraja Dr Ungku Aziz yang diangkat menjadi Naib Canselor UM menggantikan J. H. E. Griffiths.


Bukan sahaja itu, PBMUM dan PKPIM khususnya telah mula memperjuangkan penubuhan universiti yang mengutamakan bahasa Melayu dan juga universiti Islam. 


Dalam hubungan ini, al-Attas turut menyokong kempen mengecat papan tanda bertulisan Inggeris di seluruh kampus UM yang dilancarkan oleh Persatuan Bahasa Melayu UM di bawah pimpinan Anwar sebagai satu bentuk penegasan agar UM lebih serius dalam menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti. 


Perjuangan bahasa ini tidak terhenti di situ kerana mereka sekali lagi bersama dalam kempen penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana al-Attas kemudian menjadi antara pengasas bersama. Sebagai antara pengajar terawal di UKM, al-Attas telah mengasaskan pembentukan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang kini telah berkembang mengambil nama baru sebagai Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). 


Ketika di UKM inilah al-Attas menyampaikan ucapan ke-Profesor-an beliau yang kemudian diterbitkan dengan tajuk Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 


Hubungan mereka berterusan apabila Anwar, selepas bergraduat, diambil menjadi tutor untuk kursus Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu di UKM. Antara mahasiswa yang sempat dibimbing ialah Profesor Dr Rahman Shaari, sasterawan negara berasal dari Perlis. 


Menjelang graduasi, Anwar dan rakan-rakan telah menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bagi melanjutkan perjuangan PKPIM. Al-Attas berperanan mereka bentuk logo ABIM. 


Hubungan ABIM dan al-Attas diteruskan dengan beberapa pertemuan bersifat usrah di mana sebahagian kandungannya kemudian dibukukan menjadi Risalah Untuk Kaum Muslimin. 


Al-Attas kemudian dijemput menyampaikan syarahan dan perkongsian di banyak pertemuan penting misalnya di Amerika Syarikat, Soviet Rusia, Iran dan Eropah. 


Selepas bergraduasi, Anwar kemudian dilantik menjadi Presiden ABIM dan MBM, di mana komitmen beliau semakin besar dan penting termasuk dalam urusan kepimpinan belia dan belia muslim serantau dan antarabangsa. 


Sehinggalah pada awal Disember 1974 terjadi demonstrasi besar rentetan isu kelaparan petani di Baling. Ia menyebabkan Anwar menjadi antara yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau hanya dibebaskan kira-kira 22 bulan kemudian. 


Semasa dalam tahanan, timbul keinginan untuk Anwar menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Al-Attas mengutus surat kepada Menteri menyatakan kesediaan beliau menerima Anwar sebagai mahasiswa Sarjana. Namun, kerana sumber rujukan terhad sepanjang tahanan serta keadaan yang kurang mendorong, pengajian ini tidak dihabiskan. 


Al-Attas ada mengunjungi Anwar semasa dalam tahanan dan mengutus surat kepadanya di mana terakam pantun berikut: 


Kemunting buah pedada,

Digoncang gugur tak jadi;

Bunga tersunting di atas dada,

Jasa pagar memakan padi.


Yang dijawab oleh Anwar melalui surat balas: 


Kemunting di dalam pagar,

Mekar layu gugur sendiri;

Dengan helah pencak pendekar,

Takkan tergugat pahlawan sejati.


— 

Amin Ahmad ialah penulis buku Anwar Ibrahim: Dari Cherok To’ Kun ke Kuala Kangsar. Beliau sedang menyiapkan jilid kedua biografi Anwar Ibrahim 1967-1971 yang dirancang terbit menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025, insya-Allah.



JOM KITA GELAK DENGAN PAK PANDIR N


 

1MDB MELINGKUP DUIT NEGARA.


 

BELUM MENERIMA MENYERTAI ANGGOTA

 

Malaysia masih belum menerima sebarang pengumuman rasmi mengenai penerimaan negara menjadi negara rakan BRICS.



Berita itu berlegar di media sosial susulan satu kiriman di akaun X @BRICSInfo, susulan penutupan hari pertama Sidang Kemuncak BRICS di Kazan pada Khamis.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu berkata, negara mengalu-alukan keputusan itu sekiranya benar.


“Bagi pihak delegasi Malaysia, kita akan menunggu sebarang pengumuman yang dibuat. Tapi kita juga telah dimaklumkan bahawa permohonan dari negara-negara untuk menyertai BRICS ini terus berlaku,” katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



SIAPA PERGUNA TABUNG ANGKATAN TENTERA.



 Tonton sendiri. Siapa 𝗽𝗲𝗿𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 (𝗟𝗧𝗔𝗧) untuk kepentingan peribadi dan siapa sebenarnya yang mahu menyelamatkannya.


Apa peranan 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗔𝗣 dan apa pula dibuat oleh (mantan) 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗖𝗔. Antony Loke sebut 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻. Tak betul, bawa ke 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘤𝘵 𝘤𝘰𝘮𝘮𝘪𝘵𝘵𝘦𝘦.


Jangan komen kalau tak tonton video ni sampai habis. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


FUH LAIN MACIAM.


 

TAK CERDIK

 


Lain kali PN letak la 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗱𝗮 jadi calon. Serabut tengok orang tua merapu. Sampaikan 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝘂𝘁 pun ada. Dah tua-tua pun 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗯.



Pagi hantar beras tempatan. Petang nak beli dah jadi 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁. Benda-benda macam ni tak payahlah tunggu dewan bersidang baru nak cerita.


Kalau betul ada, 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿. Kalau tahu ada penyelewengan tapi tak dilaporkan, itu dah kira 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝘁. Kenapa didiamkan kalau ada bukti ia berlaku?


Kalau tak ada bukti, maka ianya 𝗸𝗵𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗮𝗻𝗴𝗷𝗻. Bukan 𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳𝘥 dewan untuk bercakap soal khabar angin. Di dewan, nak bercakap biarlah berfakta.


Kalau ada orang cerita, tanya dia perincian. Di mana? Bila? Siapa terlibat dan sebagainya. Bukannya dengar cerita je terus bawa masuk dewan. Itu bukan sidang dewan. Itu 𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗸𝗰𝗶𝗸 𝗞𝗶𝗮𝗵. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH




1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..


2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.


3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..


4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..


5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..


6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..


7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..


8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..


9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.


10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?


11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...


12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.


13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.


14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..


15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.


16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..


17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.


18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!


19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..


20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).


21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.


22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak


23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.


24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..


Wallahua'lam.


C/p


Sumber : Muhamad Razeef Che Shamah



BILA LIDAH SYAITON MENULIS...

 

PAS Islam? Tak. PAS adalah parti asuhan syaitan. Kita malu kalau nak kaitkan PAS dengan Islam sebab ada banyak kelakuan pemimpin dan ahli PAS yang 𝗹𝗮𝗿𝗶 dari ajaran Islam. Bahkan 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗹𝗮𝗵𝗶 𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ.





Ini salah satu contohnya. Posting dari 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗮𝘂. Posting pendek je tentang kenaikan harga sayur yang bakal berlaku bulan hadapan. Tapi pendek pun, posting ini sarat dengan 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗠𝗫.


Ditulisnya 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗣𝗠𝗫. Dengan jelas dia hendak kaitkan PMX dengan masalah ini. Sedangkan hal yang sebenarnya 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘆𝗶𝗸𝗮𝗻. Rujuk berita yang tersiar di 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 pada hari sama posting ini dibuat.


Kenaikan harga sayur dijangka akan berlaku susulan 𝗠𝗼𝗻𝘀𝘂𝗻 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 𝗟𝗮𝘂𝘁 (𝗠𝗧𝗟) yang bakal menyebabkan berlakunya 𝗵𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿. Bila dah banjir tentulah tanaman rosak. Bekalan akan kurang maka sebab itulah harga sayuran akan naik.


Kenapa dia tak ceritakan hal sebenar? Sebab dia nak ambil kesempatan untuk 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 kononnya PMX gagal kawal harga barangan. Dah PMX ke yang turunkan hujan? PAS Rembau 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵?


Bukankah ini satu bentuk fitnah? Dah begitu, baca pula komen walaun. 𝗡𝗮'𝘂𝘇𝘂𝗯𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵!  Langsung tiada akhlak Islam. Sopan lagi orang yang mereka gelar kafir harbi tu. Malah ada antaranya yang 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗹𝗮𝗿 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇 tu!


Sebab tu aku kata 𝗣𝗔𝗦 𝗮𝘀𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹. Sebab PAS demi kuasa PAS sanggup 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Ni salah satu contoh terbaik. Dahlah suka fitnah. Tutur kata pun tak sopan. Semoga Allah hapuskan PAS selama-lamanya Cukuplah PAS rosakkan imej Islam dan pecahbelahkan umat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


JUAL AGAMA..

 


WOIII... MATI IDEA KA APA?


 Henry De Bantin


Entahlah...nak gelak atau nak marah. Nak komen lebih, tak tau nak cakap apa dah.



APA CERITA PULAK NI.

 

Desa HM


Apa ni Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS..



Pegawai hampa mencetus masalah ka?? Kesian cikgu Anas nak settle ..😂😂 nak tambah ka nak buang nama yang dapat permit tu dan lagi ..


Imej MBAS Kena jaga boss !! 


😂😂😂😂



KEH.. KEH.. KEH..

 

Contoh ayat, "tidak jauh bezanya Pak Rosol ketimbang Pak Rani Kulup."


Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia





 

M. Fairul


Alhamdullilah, one step to the right direction. Ini perlukan untuk break up Pax americana hegemony.




#RASANYA PDRM NAK SIMPAN LAGI KA PEMFITNAH MACAM NI.

 

Che Ibrahim


Dunia dah nak kiamat;


1. China akan serang Malaysia, kita semua nanti mati syahid. 

2. Pemimpin Cina/Dap masuk campur ganggu urusan Islam

3. Cina yang tukar cuti dari Jumaat ke Ahad di Johor. 


Boleh dah tu kutip igat etek, jangan biarkan perosak negara seperti ini menggunakan pentas agama untuk porakperandakan masyarakat.




NOHHHHH... PAS MELINGKUP

 Desa HM


PAS Kawasan Sabak Bernam sedang up gambar2 terkini dalam kempen untuk page dakwah mereka...


Terbaik lah....



Cenggini...💪💪💪


🤣🤣🤣🤣🤣🤣



TIADA LAGI UBAH JALAN DAN SEBAGAINYA. PROJEK ECRL BERJALAN TERUS.

 

Projek ECRL Siap 72.93% sehingga September 2024. Stesen Gombak kat sebelah Stesen LRT Gombak & Terminal Bersepadu Gombak.


Tak lama dah nak siap ni 👍👍👍











MASAALAH BIROKRASI


Jamzuri Ardani


 Ini contoh masalah birokrasi dalam kerajaan. Minta maaf ... saya pernah berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan dan ramai pegawai kerajaan dari pelbagai peringkat. Saya akui komitmen mereka, ilmu mereka, pengalaman mereka, dan keupayaan mereka. Mereka kebanyakannya bagus ... 


TETAPI ...  besar tetapinya ...


Entah di mana silapnya ... kebanyakannya mengambil sikap play safe. Follow the book. Jangan ambil risiko. Kalau problem sapa nak jawab nanti. Kalau hasilnya bagus semua tumpang seronok, tapi bila masalah aku kena tanggung sorang-sorang. 


Ini sikap yang agak dominan di kalangan penjawat awam. Sukar untuk kita mengharap mereka meraikan 'special situation' sebab special situation pose special risk. 


Sistemnya memang begitu. Tidak ada sebab untuk penjawat awam ambil risiko walaupun untuk perkara yang baik. Lebih mudah ikut je peraturan biasa ... kalau ada isu kemudian senang nak jawab. Jika tidak nanti bos tanya, "yang ko memandai-mandai buat apa?"


Sebab itu saya tidak hairan jika birokrasi kita tidak melayan kes-kes terpencil seperti ini. Hanya 'big boss' yang berani sahaja boleh beri keputusan dalam kes-kes begini. Tapi ... tak ramai yang macam tu. 


Kebanyakan ambil sikap ..  ikut je prosedur ... senang nak jawab kalau bos tanya.

Bagaimana jika, kau disahkan menghidap kanser? Doktor bagitahu nyawa kau sudah berada di pangkal ajal, bila bila masa kau akan pergi. Adakah kau ingin mati di pangku pasangan atau kau pilih hayat kau berakhir seorang diri?


Ini tentang cinta, sepi dan perjuangan kawan saya. 





Harima Abdul Rahman. 

Cikgu Din.


Saya kenal Cikgu Din semasa di Sarawak. Dia datang lagi awal dari saya. Rezeki anak yang baru lahir barangkali, dia dapat jadi cikgu dan posting pertama dia si Kanowit, Sarawak sebagai cikgu kontrak. Tapi sekarang dah cukup perkhidmatan dan dia dah digazetkan sebagai cikgu tetap.


Dia datang masa zaman Covid dan bawak sekali anak dan isteri. Isteri dia suri rumah. Jadi senang la. Move forward, tengah tengah bahagia jalan jalan pergi Sarikei, Tatau, Kuching, Sri Aman, Miri, Samarahan, tiba tiba isteri dia jatuh tak dapat berjalan. 


Dua tiga kali ulang alik pergi hospital, cek cek rupanya isteri dia ada ketumbuhan. Scan lagi sekali, rupanya kanser isteri dia dah merebak ke paru paru. Masa tu lah baru tahu isteri dia menghidap kanser tulang rawan tahap empat (Mesenchymal chondrosarcoma left fumur). 


Benda tu sangat tiba tiba. Disebabkan anak masih kecil dan nak rawat kanser tu jauh (Hospital Sibu ke Kanowit lebih kurang dua jam perjalan), Cikgu Din ambik keputusan untuk bawa balik isteri dia ke Kelantan untuk rawatan Chemotheraphy. Anak dia pula, boleh ayah dan mak mertua dia tengok. 


Kena kanser ni kau kena kuat mental tu satu hal. Tapi kesan sampingan chemo tu satu hal lain pula. Belum tentu orang boleh hadap. Jadi Cikgu Din buat keputusan untuk ulang alik dari Sarawak balik ke Kota Bharu setiap dua minggu. Semata mata untuk teman dan bagi semangat dekat isteri dia yang tersayang. Duit. Masa. Tenaga. Semua kena korban. Sampaikan kawan saya terpaksa minta cuti tanpa gaji sebab semua cuti dah ambik. 


Segala pengorbanan yang kawan saya lakukan semata mata untuk harapan yang lebih baik. Tapi Tuhan masih menguji. 


Walaupun dah selesai satu pusingan Chemo, sel kanser pada badan isterinya masih lagi ada. Malah lebih teruk, sel kanser itu makin membesar. 


Dan itulah turning point kawan saya. 


Dah minta tukar ke Semenanjung supaya dia lebih senang menemani isterinya, tapi masih lagi belum diluluskan. Dia pergi ke Putrajaya. Dia turun sendiri drive ke Kuching untuk jumpa Pengarah Pendidikan. Tapi keputusannya tetap sama. TAK BOLEH BERPINDAH KE SEMENANJUNG untuk lebih dekat dengan isteri yang memerlukan sokongan. Alasan pegawai yang menjaga urusan pertukaran, “EgTukar hanya boleh dibuka kepada Guru Tetap yang Sudah Berkhidmat Selama Tiga Tahun.”


Apatah lagi bila dia hantar surat untuk bertukar tersebut, ada orang atasan yang berkata, “Yang sakit tu isteri awak. Awak tak sakit. Masih lagi boleh berkhidmat.”


Akhirnya kawan saya sendiri yang terkoban. Mukanya nampak tenang tersenyum. Tapi sebenarnya dia telah disahkan menghidap MDD. Mental Depression Disorder. Di Semenanjung, dia ulang alik ke Hospital menemani isterinya. Di Sarawak, dia juga ulang alik ke hospital untuk masalah kesihatannya. Malah lagi malang, walaupun dah sampai tahap ini, dia masih lagi diberi alasan, “EgTukar hanya boleh dibuka kepada Guru Tetap yang Sudah Berkhidmat Selama Tiga Tahun.”


Manusia boleh berusaha. Wal hasilnya datang dari Tuhan juga. 


Hari ini, isterinya tidak lagi diberikan chemo. Setelah dua kali rawatan chemo diberi, keputusan tetap sama. Sel kanser tidak hilang, malah makin membesar. Seterusnya Doktor tepaksa memutuskan untuk berhentikan segala rawatan aktif. Sehinggalah doktor memberi isyarat ‘tunggu masa sahaja’. 


Pada saat berita ini diputuskan. Pada saat mereka berdua menghitung hari hari terakhir isterinya di dunia, masih belum ada lagi khabar bahawa Cikgu Din dibenarkan untuk bertukar ke Semenanjung. 


Betul. 


Undang undang ialah undang undang. Tapi kita bukan haiwan.  Kita manusia yang diberikan kebijaksanaan dan juga rasa belas kasihan. Apa guna kita memamah undang undang kalau hanya untuk merobek sebuah harapan? Apa guna undang undang jika tidak menerbikan rasa ehsan?


Tiada apa yang saya mahu dari tulisan ini. Saya hanya mahu Cikgu Din berada di sisi isterinya untuk hujung hujung waktu begini. Tapi tulisan saya juga takkan merubah apa apa. Air mata mereka sudah lama kering. Harapan saya hanya bergantung kepada kawan kawan yang membaca tulisan ini. Dengan sokongan kalian, sebarkanlah kisah ini supaya dapat memberi ketumbukan kepada orang orang yang sepatutnya. 


Agar Cikgu Din dan isteri boleh bersama semula dan mampu mentitip kalimah suci sebelum segalanya berakhir.  Sebelum hanya tinggal memori, yang disulami penyesalan dan dendam. 


Sekian.




YURAN PASTI KETIMBANG SISTEM HAMBA. .

 

Aman Mohamad


Kenapa yuran PASTI murah?


sebab PASTI amalkan ekonomi perhambaan, iaitu guru PASTI tiada gaji.

bila tiada gaji, maka PASTI tidak ada kos buruh, tak perlu bayar gaji pekerja, tak perlu bayar KWSP dan PERKESO, dan yang paling penting, PASTI tidak perlu bayar zakat dan bayar cukai.


Tidak sama dengan Tadika dan Taska berdaftar, mereka semua perlu bayar cukai, bayar zakat, bayar gaji pekerja, bayar KWSP, bayar PERKESO.


Dengan kata lain, PASTI walaupun diorang buat pendidikan Islam kanak-kanak, hakikatnya cara mereka tidak ikut Islam pun walaupun yuran mereka murah.


Yang benar-benar ikut Islam ialah Tadika dan Taska walaupun mahal.


Tak usah berlagak yuran murah kalau amalkan ekonomi perhambaan dengan tak bayar gaji guru PASTI. kalau berani daftarlah PASTI tu sebagai tadika dan bersainglah secara sihat dengan Tadika/Taska yang lain.


Bila semua harga pun sama, mungkin masa tu takde ibu bapa pun nak hantar anak-anak mereka pergi PASTI.


:)



GURU PASTI KETIMBANG MALAIKAT.



 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗔𝗧, 𝗣𝗔𝗦 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗣𝗠


✍️ Ahmad Mursi 


1. Tindakan PAS menyamakan peruntukan Rasulullah SAW dengan gaji PM boleh sebabkan salah faham, seolah-olah Rasulullah mendapat habuan peribadi seperti seorang pemimpin moden.


2. Inilah cara PAS mengkritik lawan politik sejak dari dulu dengan tafsiran agama yang salah.


3. Hakikatnya, peruntukan kepada Rasulullah SAW (dari sebahagian fai dan ghanimah) bukanlah bersifat gaji atau habuan peribadi sebaliknya untuk mengurus keluarga, negara dan kepentingan umat Islam seluruhnya.


4. Rasulullah SAW tidak memperkaya dirinya, harta baginda juga tidak diwariskan, tetapi disedekahkan (HR Bukhari 3093). Malah di waktu Baginda wafat, baju besinya tergadai kepada seorang yahudi sebagai jaminan hutang gandum 30 sha' yang dipinjam untuk keperluan keluarga. (HR Bukhari 2916).


5. Dari mengkritik PMX, patutnya Tuan Ibrahim membela guru PASTI kerana mereka juga bukan Malaikat tapi ada dibayar serendah RM500 untuk aktiviti komersial PAS walaupun dikata itu aktiviti sukarelawan.


6. Iklan pengambilan guru PASTI menawarkan 'gaji' dan 'jawatan tetap'. Konsep sukarelawan patutnya tidak melibatkan kewangan tetap, faedah pekerjaan, atau masa bekerja tetap seperti pekerjaan formal.


7. PASTI tetap mengutip yuran daripada ibu bapa menunjukkan unsur komersial walaupun KP PAS menyindir kerajaan kerana tidak beri pendidikan percuma.


8. Oleh itu, guru-guru PASTI berhak mendapat gaji yang setimpal, KWSP, dan SOCSO kerana, seperti yang disebut oleh Tuan Ibrahim sendiri, mereka "bukan malaikat."


9. Guru-guru PASTI juga tidak seperti pemimpin dan wakil rakyat PAS yang meskipun sering makan gaji buta, tetap menikmati pencen, gaji, dan elaun yang mewah.


10. Disebabkan mereka bukan malaikat, kerajaan cuba membantu guru-guru PASTI mendapatkan hak sebagai pekerja setelah menerima aduan, tetapi dipandang negatif oleh PAS.


11. Tidak hairanlah jika guru PASTI boleh di'brainwash' seperti dalam GISBH, untuk percaya bahawa pekerjaan mereka adalah "demi perjuangan Islam," kerana mereka 'bukan Malaikat' dan boleh terpedaya.


12. Mengabaikan hak pekerja adalah salah dari sudut syariat. Islam menuntut keadilan, dan setiap pekerja mesti diberi ganjaran yang adil, walaupun bekerja "untuk agama."


13. Cytro PAS pula menyebarkan tangkapan layar dari akaun palsu memuji PASTI sebagai propaganda untuk mewajarkan penggunaan tenaga buruh tanpa bayaran yang setimpal.


14. Oleh itu, kritikan melampau PAS terhadap PMX yang tidak mengambil gaji Perdana Menteri sebenarnya menyerlahkan sikap hipokrit mereka sendiri.



TERUS DENGAN DBKL TANPA MELALUI ORANG TENGAH


 

HABIS LA PERSATUAN... DOK TIBAI PENIAGA..


 

POKOK KUAT GOYANG


 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan Ketua Pengarah Kastam (KPK) Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin telah campur tangan dalam penahanan dan siasatan terhadap sindiket penyeludupan kenderaan mewah di Sarawak.



Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Ribuan Abdullah menegaskan bahawa, Bahagian XII Akta Kastam 1967 menjamin hak untuk Pegawai Penguatkuasaan JKDM untuk menjalankan tugas tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak, termasuk di peringkat negeri yang diterajui oleh Pengarah Kastam Negeri.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



HADIR PARLIMEN MACAM BERJAYA BAWA MASUK PELABUR.. MASA ANWAR DATANG KOT NAK TANYA TAK NAMPAK MUKA...


 

HAPUSKAN RASUAH KE AKAR UMBI.

 

Agenda reformasi tatakelola pentadbiran Kerajaan selain hal berkaitan integriti dan anti rasuah terus menjadi tekad dan keutamaan Kerajaan dalam merencana hala tuju negara yang lebih baik.






Itu saya kongsikan sewaktu sesi perjumpaan bersama-sama Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara di pejabat saya hari ini.


Walhasil, pelbagai isu telah dibincangkan dalam menjulang agenda reformasi yang dirancang ini termasuk mengadakan sesi libat urus selain mengesyorkan cadangan penambahbaikan agar usaha dalam mereformasikan institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh.  


#MalaysiaMADANI



KEH. KEH.. KEH


 Najib Bakar

Elok juga perkataan-perkataan ini pembangkang debat di Parlimen, sebab nak sembang bab Belanjawan tu tak tercapai dek akal mereka.


1. Janawibawawa 

2. Sakauminyakpaketo

3. Tutuppiparlimen

4. Litartadasiap

5. Cutiuzbek tadapaspot


😌


ISU TAPAK BAZAAR RUPANYA.. BIAR DBKL URUSKAN.. TANPA ADA DOUBLE CHARGE...


 

TAK PUAS HATI MESTI ADA SESUATU NI. PERSATUAN MANA KO NI?


 

MARAH SANGAT PASAI APA? TAKUT KEDAI KENA SITA KA APA? KEDAI LESEN DAPAT PAJAK KE ORANG LAIN KOT.

 




Pakcik mana la 𝘁𝗮𝗶𝗸𝗼 sangat ni. Sampaikan Menteri Wilayah pun selamba dia ugut. Ada sesiapa kenal Pak Cik Rosli Sulaiman ni?


Kenapa marah sangat pakcik oi? Menteri tu ada sebut nama sesiapa ke? Ada tujukan mana-mana persatuan ke? Terasa tu kenapa?


Ke pakcik yang jadi 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 tu? Iyalah kan, 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗹𝗶 𝗱𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗱𝗮𝘀. Ke pakcik makan 𝗿𝗮𝗺𝗲𝗻? Pedas jugak tu pakcik.


Yang kelakar tu dia cakap 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝙨𝙚𝙧𝙖𝙝... Apa tu? 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗵? Tapak tu ko punya ke pakcik? Hak ko ke tu?


Tapak tu milik 𝗗𝗕𝗞𝗟. Jadi yang boleh guna perkataan 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵 tu cuma DBKL. Pakcik jangan lupa diri anggap macam pakcik punya pulak.


Kalau pakcik tak dapat kontrak untuk uruskan tapak bazaar, tu sebab 𝗗𝗕𝗞𝗟 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗶. Bukan sebab 𝗽𝗮𝗸𝗰𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗗𝗕𝗞𝗟. Faham?


Satu lagi, dia juga kata Dr. Zaliha tak layak jadi Menteri Wilayah sebab 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿. Eh main sentimen negeri pulak dia ek? Terdesak la tu.


Dah 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗿 𝗠𝘂𝘀𝗮 dengan 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗶𝗱𝗮𝗻 tu dulu orang KL ke? Sejak bila pulak 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗲𝗵 dan 𝗔𝗿𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗟? Sebenarnya bukan sebab Dr. Zaliha orang Johor tapi sebab Dr. Zaliha tu tegas.


Dulu Annuar Musa dan Shahidan pemalas. 𝗧𝗮𝗸 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗸𝗲𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. 𝗧𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. Jadi dia boleh la buat sesuka hati. Sebab tu masa tu tak timbul isu asal usul ni.


Pakcik pun 𝘰𝘳𝘪 orang KL ke? Ke orang luar jugak yang datang cari rezeki di KL. Sebab dia sendiri cerita asal penjaja ni semua 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻. Orang asal KL takkan la duduk setinggan pulak, kan?


Mungkin sebelum ni pakcik bebas buat apa saja sebab dilindungi. 𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻𝗹𝗮𝗵. Sebab tengok marah sangat macam 𝗵𝗮𝗿𝗶𝗺𝗮𝘂 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗷𝘂𝘁. Terkedu tengok menteri tegas tak nak payung kot?


Dah la pakcik. Tak payah nak cabar menteri, tak payah ugut. Tugas menteri 𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸, bukan sesebuah kumpulan.


Menteri dah kata nak buat. Biarlah dia buat. Jangan nanti malu kalau menteri dapat buktikan. Sebab cakap pakcik tu berdegar sangat. Karang telan kahak sendiri kang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

KENCING JUGA

 

W. Faudzin


Teringat aku ayat calon PN kat Kedah dulu si Badrol Bakhtiar.  Bila ditanya apa manifestonya, dia jawab, " Tunggu saya menang dulu".  Sampai skrg dah menang takde manifesto.  Begitulah lebai, dah bapak main kencing, anak main taik.



TAPI RAKYAT NAK TAHU JUGA PM BAYANGAN AMBIL GAJI ATAU TIDAK DAN KEBIMBANGAN HARGA AYAM TELUR MINYAK MASAK NAIK KEMBALI DAN SUKAR DIDAPATI.


 Parti pembangkang tidak perlu membentangkan bajet bayangan mereka. Demikian menurut Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.



Katanya, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.


Menurut beliau, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, peranan semak dan imbang pembangkang bukan dilaksanakan melalui penyediaan bajet bayangan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews