Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak. Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek. Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat. Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas. "Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini. Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah. "Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan. "Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini. "Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak," tegasnya. Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat. "Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri. "Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya. "Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya. "Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan," katanya. Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini. "Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri," jelasnya. Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini. Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini. "Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu," tegasnya. |
10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat
WEBSITE ANTI TAIB DI GODAM
Sarawak Report yang banyak mendedahkan "kegiatan" Taib Mahmud dan keluarnya yang didedahkan dalam beerapa siri laporan bersiri dari harta,keluarga,dan anak beranak yang kaya raya di dapati telah di Godam petang tadi...
Pengodaman ii dipercayai akibat beberapa laporan yang mendedahkan dimana adanya usaha mengekalkan kuasa Taib dengan mengambil beerapa bloger bagi membantu Taib di Sarawak menjelang pilihanraya negeri itu pada tahun hadapan.
Selain mendedahkan beberapa beberapa harta Taib, keluarga,harta keluarga,kehidupan mewah sehinggalah kepada menyentuh soal peribadi beliau, Sarawak report juga melalui ketua PKR Baru Bian dilihat mengambil gambar dihadapan harta beliau dikota Amerika dan di London
Billion Ringgit Bride
Monday, December 20th, 2010 GMT
We have an exclusive picture of Sarawak Chief Minister, Taib Mahmud’s, new young bride. Kuching has been aflame with interest and amusement at the leaked information that the 74 year old has found himself a second wife who is apparently still in her 20s.
However, the government has refused to issue official confirmation of the wedding ceremony, which was celebrated at the weekend in the Chief Minister’s vast mansion (the financing of which remains a mystery, like the rest of his properties). Even senior Government Ministers have been scouring the web for details of the new “Thief Lady”, who has yet even to be announced by name. In desperation calls were even going out to Sarawak Report. We feel honoured to oblige.
Sarawak’s wealth around her neck
Sarawakians will not fail to notice that several thousand hectares of irreplaceable jungle must have been felled and turned to oil palm to adorn this lady’s neck.
One top London jeweller today gave the opinion that the rubies in her diamond tiara, necklace, ring and broach are “likely to be fake glass”. His reason was that if they were genuine cabochon rubies, like they appear to be, then they would be “priceless at such a size as that”. When pressed the jeweller hazarded that they would be worth at least RM150 million.
Since the Chief Minister has yet to release details about his bride we will leave Sarawakians to decide amongst themselves whether the Chief Minister has adorned his new wife in glass or cabochon ruby.
Christmas is a time for sharing
As they depart for their Christmas honeymoon, doubtless utilising one of the Hornbill jets funded by Sarawak’s hard-pressed taxpayers, we hope the happy couple spare a thought for the many hungry children in the longhouses who are hoping for a nice present this year.
However, times are hard because more and more land has been snatched away from these communities by the Chief Minister’s BN government, so their parents will have already told them not to expect too much.
As ever, these parents will have to remind their children that the Chief Minister’s favourite advice to the rural folks is that they “must learn to wait”. Apparently, Taib is promising that at some stage he will begin to share his wealth with the people he took it from!
Reminder about posting comments:
TAWARAN UNTUK MENJADI BARUA BN bLOGGER DI PERLUKAN
KALAU TUHAN IZINKAN............
....As part of BN Machinery to counter oppostion and pro opposition bloggers. UMNO and PBB has set up a RM10 million Cyber War Fund.
We invited Sarawakians with journalistic instinct to contact or visit any PBB, PRS and SUPP branches to register yourself as an interested party.
Qualified Candidates will be notified within 7 days.
Training will be conducted by NST, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) and Utusan Melayu at Pusat Latihan UMNO at Janda Baik.
Every blogger will be given a granted of RM30,000 to set up their blog, whether it is free or paid hosting, besides being paid monthly allowance of RM5,000.00 per month.
We therefore call on all responsible Sarawakians to register themselves at offices of Sarawak BN Component parties.
It is your duty to defend Sarawak from the onslaught by Sarawak Report and Radio Free Sarawak.
YB Abdul Karim Hamzah
YB Fadzillah Yusof
Lebih teruk dari 'mahkamah kangaroo'
Cangaroo court ini bermula di zaman mahazalim lagi, dimana perbicaraan mahkamah membenarkan tilam diusung kemahkamah sebagai saksi.Seorang TPM, Anwar sewaktu itu dikatakan menyondol sampai ada 13 tompok diatas tilam yang tak ada cadar.
Orang punya la gelak.....bukan sikit Umno dah kalah akibat peristiwa tilam ini.Namun Umno ini jenis tak sedar diri, maka kerana itu patut dikalahkan sahaja dan biarkan iainya tidak berkubur.
Mendiang MGG Pillai dalam setiap penulisan beliau menyatakan bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara yang serba boleh...atau THE BOLEHLAND....atau Malaysia Boleh.....Maka kerana itu apa sahaja akan di bolehkan termasuk lah juga kes speker dewan bias keatas calon pihak lawan. Takutnya sehinga dewan pun di gunakan untuk mendapatkan kuasa. Maka kerana itu lah jika PAS mendakwa bahawa jika menang UMNO ini akan melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa kerana takut pimpinan akan di seret ke mahkamah.
|
Salmiyah Harun |
Insiden yang berlaku di Dewan Rakyat pada 16 Disember lalu, memperlihatkan satu sejarah hitam dalam sistem Demokrasi Berparlimen. Pakar perlembagaan Professor Dr Aziz Bari mempunyai pendapatnya tersendiri terhadap insiden itu. |
PRK Tenang penentu tarikh PRU13
PRK Tenang penentu tarikh PRU13
Sekali lagi negara bakal melihat satu lagi pilihanraya kecil yang akan diadakan selewat-lewatnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun hadapan apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Sulaiman Taha bagi DUN Tenang di Johor meninggal dunia semalam akibat komplikasi selepas berada di Hospital Pakar Ampang Puteri lebih dari sebulan yang lalu. PRK ini adalah pilihanraya kecil yang ke-14 sejak pilihanraya umum yang lalu.
Kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dikatakan sudah bersedia menghadapi pilihanraya yang dilihat sebagai ujian kepada kemampuan mereka benar-benar menguasai undi daripada pengundi berbangsa Melayu. PRK ini juga bakal melihat bagaimana kemampuan PR untuk mengesahkan kedudukan mereka di sebuah negeri iaitu Johor yang selama ini dianggap sebagai ’tabung deposit’ atau kubu kuat BN sejak negara mencapai kemerdekaannya.
Bagi PR, sewajarnya kemenangan ke atas DUN Tenang pastinya memberikan satu impak kepada semangat baru apabila kebelakangan ini menghadapi banyak masalah dalaman dan perpecahan di dalam parti terutamanya di dalam PKR. Jika PR mampu menang kali ini bermakna hala tuju yang diwar-warkan PR untuk merampas Putrajaya di dalam PRU akan datang mungkin boleh diperjudikan semula. Malah, jika PR dapat mengurangkan majoriti yang pernah diperolehi oleh penyandangnya dalam PRU 2008 juga memberi harapan cerah untuk Putrajaya ditawan.
Tenang adalah ’maruah’ UMNO dan BN
Bagaimana pula jika majoriti meningkat semula untuk BN? Pastinya ini menjadi igauan ngeri kepada PR kerana situasi berkenaan meletakkan harapan mereka menawan Putrajaya sebagai satu perkara yang mustahil.Walau apapun, BN pastinya akan melakukan sedaya yang mungkin untuk mempertahankan maruah mereka di Tenang dengan menggerakkan semangat kemenangan besar di PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada awal bulan lepas ke dalam jentera mereka di Tenang nanti.
Bagi BN, mengekalkan kotak undi Melayu di Johor sebagai miliknya akan memberi persepsi kepada umum bahawa kuasa BN amat sukar dicabar adalah suatu yang diidam-idamkan oleh BN sebenarnya. Jika mereka kalah ataupun berlakunya penyusutan majoriti yang ada walaupun menang boleh membuatkan umum mempunyai tanggapan bahawa BN terutamanya UMNO semakin lemah. Di dalam politik Malaysia yang ramai dengan mereka yang berada di atas pagar, persepsi sebegini memainkan peranan di dalam menentukan bakal siapa yang akan menjadi kerajaan sehingga di peringkat akhir di kotak undi.
Kuasa Ketiga bertanding di Tenang?
Bagaimana dengan ’Kuasa Ketiga’ di PRK Tenang? Kemungkinan besar akan ada calon yang mendakwa diri mereka ’Kuasa Ketiga’ turut meletakkan calon. Namun begitu, persediaan dalaman mereka seharusnya diperbaiki dulu sebelum mula memikirkan tentang ’test power’ di sini. Yang pastinya ’Kuasa Ketiga’ yang mungkin berminat ialah parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang dikini dipimpin oleh bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim.
Namun begitu, pelbagai isu dalaman KITA memerlukan masa untuk diperhalusi dan diselesaikan seperti penukaran nama secara rasmi dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) kepada KITA, organisasinya, perlembagaan parti dan pemupukan perpaduan sesama pemimpin-pemimpinnya supaya selaras dengan aspirasi Zaid. Sungguhpun begitu, sekiranya KITA meletakkan calon, bantuan dari sebuah lagi parti yang dilihat lebih kecinaannya iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM) sewajarnya dialu-alukan di dalam jentera kempennya kelak yang pasti menyemarakkan pertandingan tiga penjuru nanti di Tenang dan menjadi ’pengacau’ undi.
Semasa PRU 2008, meskipun BN kehilangan 5 buah negeri (sebelum Perak kembali kepada BN) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada PR, BN Johor masih mampu mengekalkan kekuasaannya ke atas negeri itu. Namun begitu, buat pertama kalinya dalam sejarah DUN Johor, calon-calon dari PR ketika itu membuat kemajuan apabila menambah dengan banyaknya kerusi mereka di negeri itu terutamanya DAP yang memenangi 4 kerusi. PAS pula memenangi 2 kerusi daripada sejumlah 56 kerusi DUN di negeri itu.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. Jumlah pengundinya ialah 14,511 orang. Menurut daftar ini, sekiranya daftar pemilih terbaru diumumkan (yang mana penulis merasakan tidak akan berbeza sangat) merupakan satu situasi pertandingan yang adil kerana komposisinya melambangkan pembahagian populasi seperti di peringkat nasional dan juga mencerminkan senario pilihan rakyat secara keseluruhan.
Oleh itu, komposisi daftar pemilih berkenaan menjadi satu tanda jelas kepada parti-parti yang bertanding sebagai mewakili sentimen nasional di kalangan kaum-kaum yang ada. Hasil daripada PRK ini nanti memudahkan analisa pemerhati politik dan juga cerdik pandai politik mengenai persoalan-persoalan seperti kecenderungan pengundi Cina sebenarnya dalam politik, impak oleh pengundi India selepas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengundur diri, pandangan orang Melayu mengenai ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat dan banyak lagi indikator-indikator sentimen yang boleh terjawab.
Tenang bakal membantu Najib tetapkan PRU ke-13
Di saat suasana politik nasional hari ini masing-masing meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen sebelum penggal persidangan seterusnya bermula pada bulan Mac tahun hadapan, Tenang sepatutnya menjadi perhatian Najib sebagai menguji terlebih dahulu persepsi rakyat mengenai BN dan sambutan ke atas program-program transformasinya. Mungkin kematian ADUN Tenang ada hikmahnya kepada BN kerana PRK yang bakal diadakan dalam masa 60 hari selepas Speaker DUN Johor memberikan notis kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bakal membantu BN menguji kekuatan mereka sebenarnya di dalam satu PRK yang berkomposisi populasi nasional.
Hanya selepas apa sahaja keputusan selepas PRK Tenang nanti, Najib masih mempunyai masa untuk menentukan sama ada pilihanraya umum ke 13 berbaloi atau berisiko untuk dianjurkan selepas Mac tahun hadapan bersama-sama dengan pilihanraya Dewan Negeri Sarawak. Jika BN tewas di Tenang, mungkin Najib boleh biarkan Sarawak teruskan dahulu pilihanraya negerinya. Bagi BN yang kini dilihat menguasai lebih 60 peratus undi Melayu, mereka lebih bimbangkan dengan trend pengundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.
Walaupun dalam PRK Galas melihat kepada pertambahan undi pengundi Cina kepada BN, perkara tersebut tidak boleh dijadikan sebagai satu petanda aras kerana semua sedia maklum hubungan baik antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan komuniti Cina yang memungkinkannya berlaku. Namun di Tenang nanti, trend pengundi Cina seharusnya tidak dilihat sebagai penanda aras terbaik tetapi boleh diterimapakai setidak-tidaknya. Lebih-lebih lagi Tenang yang terletak di bawah Parlimen Labis yang didakwa sebagai ’kubu kuat’ Presiden MCA sendiri, Datuk Seri Chua Soi Lek dan kini anaknya menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut.
Sejauh mana Tenang kubu kuat Chua Soi Lek,biar rakyat tentukan
Penganalisa politik melihat selain daripada isu tsunami politik nasional melanda Labis semasa PRU 2008, isu ’disiplin’ Soi Lek juga menjadi penyebab kepada penurunan banyak majoriti BN hampir separuh ketika itu. Pengundi Melayu dan juga pengundi Cina sama-sama melihat Soi Lek sebagai seorang yang rosak akhlak dan inilah menyebabkan bukan sahaja Parlimen Labis tetapi di DUN Tenang itu sendiri, menjadi kerusi DUN yang paling banyak kehilangan majoriti di antara semua kerusi DUN yang dimenangi oleh BN pada PRU 2008 di negeri Johor.
Allahyarham Sulaiman memperolehi majoriti yang banyak pada PRU 2004 dengan memperolehi 5,507 majoriti tetapi berjaya mempertahankan kerusinya itu dengan majoritinya berkurangan sehingga lebih separuh apabila memperolehi majoriti sebanyak 2,492 undi. Situasi ini jelas sekali melihat peralihan undi besar dari kaum Cina dan India kepada calon PAS ketika itu mewakili PR.
Pastinya bagi MCA, pertandingan PRK ini bakal melihat sejauh mana Soi Lek sebenarnya diterima di negeri tersebut dan sama ada rakyat sudah memaafkan ’kecurangannya’ di dalam aktiviti yang dilihat rakyat sebagai tidak sihat itu. Penulis menjangkakan isu pita kontroversi seks Soi Lek pasti akan menggamatkan semula PRK Tenang nanti dan kesempatan ini bukan sahaja digunakan oleh parti lawan tetapi juga oleh pihak-pihak dalaman partinya sendiri sebagai menekan Soi Lek sepertimana yang mereka pernah buat dahulu untuk menjatuhkan Soi Lek sebagai Naib Presiden MCA pada tahun 2007.
Peluang PR lebih baik dengan PAS
Bagaimana dengan peluang PR? Sebelum menghuraikannya, jika diikut resam pembahagian kerusi di antara komponen PR, komposisi kaum di dalam daftar pemilih menjadi petunjuk. Sebelum ini, PRU 2008, PR meletakkan calon PAS yang mana sepatutnya mengikut pembahagian komposisi, PKR lebih berhak meletakkan calon sebenarnya.
Namun begitu, sehingga kini, dilaporkan bahawa PAS Johor dan PKR Johor masing-masing dikatakan cuba melobi untuk meletakkan calon di kerusi tersebut dan usaha ini dilakukan sejak mereka mendapati Sulaiman berada dalam keadaan ’kritikal’ di hospital. Tidak dinafikan ada kemungkinan PKR akan bertanding di sana tetapi tidak menolak jika PAS kekal di sana bergantung kepada apa yang difikirkan dalam benak fikiran pemimpin PR dan persetujuan mereka.
Di dalam keadaan PKR yang baru sahaja tamat pemilihan pimpinannya pada bulan lepas dan hasil darinya menyebabkan perpecahan dan masalah dalaman kini berlaku di dalamnya, bagi penulis, PKR seharusnya membiarkan PAS kekal meletakkan calonnya di situ. Maafkan saya jika terpaksa berkata, andaikata saya diberi pilihan sama ada PKR atau DAP meletakkan calon di Tenang, saya terpaksa menolak PKR dan terpaksa memilih DAP. Ini menggambarkan betapa gerunnya saya akibat masalah dalaman PKR yang mampu menggugat kemenangan PR. Tetapi dalam kes ini, PAS adalah calon terbaik jika dilihat pada senario dan tanggapan umum ke atas masalah dalaman PKR walaupun pemimpin PKR dilihat seperti menafikan pergolakan dalamannya di kaca mata rakyat. Dan penafian inilah meresahkan rakyat dan penyokongnya kerana ’state of denial’ pemimpin utama PKR.
Kesilapan PKR memilih Chua Jui Meng sebagai Ketua PKR Johor
Walaupun tiada masalah dalaman di dalam PKR sekali pun, saya masih memilih PAS. Anda mahu tahu kenapa? Mungkin ramai tidak sedar bahawa keadaan di dalam PKR Johor sendiri dan penerimaan rakyat Johor ke atas PKR masih jauh lagi rendah. Saya boleh katakan semakin teruk apabila PKR tidak sensitif kepada ’ketuanan Melayu’ yang wujud di negeri itu. Sebagai sebuah negeri yang menjadi kubu kuat UMNO, kesilapan besar PKR adalah melantik bukan Melayu sebagai Ketua PKR negeri. PKR telah melantik bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng menjadi Ketua PKR negeri. Kita tidak bercakap tentang hak Chua ataupun orang Cina memegang jawatan tersebut tetapi kita bercakap tentang situasi sebenar di negeri yang majoritinya orang Melayu yang kini UMNO berbangga kerana menguasai lebih 60 peratus undi Melayu.
Oleh itu, penulis berharap pemimpin kanan PAS dan DAP supaya faham akan realiti semasa dan tidak membiarkan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin mendesak mereka menerima PKR sebagai calon di Tenang. Jika PAS dan DAP benar-benar mahu menyelamatkan kemampuan dan persepsi umum ke atas PR yang kebelakangan ini banyak menurun disebabkan masalah dalaman PKR, maka PAS dan DAP perlulah berkata ’Tidak!’ untuk kali ini.
Chua Jui Meng sebagai calon PR?
Saya melihat ada kemungkinan Anwar berhasrat untuk menjadikan medan Tenang ini untuk mengenengahkan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon. Meletakkan beliau sebagai calon tidak salah kerana ini negara demokrasi tetapi satu langkah ke belakang jika melakukannya di kerusi DUN yang ramai Melayu yang kini kukuh bersama UMNO dan BN. Jui Meng mungkin mampu menarik undi orang Cina tetapi menarik undi orang Melayu dilihat sebagai sesuatu yang mustahil dalam senario semasa.
Namun begitu, dasar PAS yang lebih liberal bukan sahaja menarik undi orang Cina tetapi sekurang-kurangnya dapat menarik sebahagian daripada undi Melayu jika dibandingkan dengan kemampuan PKR sendiri walaupun PKR meletakkan calon Melayu dan bukannya Jui Meng. Bukan itu sahaja, PKR akan lebih bermasalah untuk meyakinkan pengundi sekiranya AKIM@KITA memasuki gelanggang lawan. Yang pastinya Zaid mempunyai sebab, bukti dan hujah politik bagi membongkarkan masalah dalaman PKR di dalam kempennya.
Penggantungan 4 ahli Parlimen PR boleh dijadikan bahan kempen berkesan
Episod terbaru di Dewan Rakyat baru-baru ini yang menyaksikan penggantungan empat ahli Parlimen PR memang mampu memberi nafas politik kepada PR untuk menggunakan isu-isu mengenai salahguna kuasa doktrin pengasingan kuasa, APCO-Israel, Speaker Dewan Rakyat yang tidak adil dan sebagainya bagi meningkatkan semula waima perjuangan keadilan dalam diri rakyat yang kembali terpendam sejak setahun lalu.
Namun, calon PAS adalah lebih mampu dan sesuai menggunakan kesempatan isu Dewan Rakyat itu untuk menarik sokongan orang Melayu di Tenang terutamanya mereka yang berada di atas pagar yang pernah mengundi PR semasa PRU 2008. Apa yang PAS perlu lakukan sekarang bersama-sama dengan komponen lain dalam PR ialah memainkan semula sentimen rakyat supaya meningkat ke tahap ’rakyat penentu’ seperti semasa di PRK di Batu Gantang iaitu selepas beberapa bulan BN menguasai DUN Perak dengan cara yang diragui.
Andaikata PR tetap mahukan calon dari PKR, isu dalamannya yang berlaku sebelum ini tidak cukup bagi mengambil kesempatan dalam menyemarakkan gelombang rakyat kali ini, maka PAS adalah jentera terbaik buat masa sekarang. Namun begitu, secara jujurnya, jika PR dapat mengurangkan majoriti BN sudah cukup baik kerana ini mampu memberi semangat baru kepada PR dan menakutkan BN. Sekiranya PR menang, ia adalah satu bonus besar di dalam merealisasikan impian Putrajaya nanti.
Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.comKPRU: Bentang dan bahaskan Laporan Tahunan dalam Jawatankuasa Pilihan Parlimen
KPRU: Bentang dan bahaskan Laporan Tahunan dalam Jawatankuasa Pilihan Parlimen
| Dec 21, 2010 11:49:04 am
Terlebih dahulu, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin merakamkan "syabas" kepada Kerajaan Barisan Nasional yang dapat meluluskan tujuh Rang Undang-undang (RUU) dalam tempoh 9 jam pada 15 Disember 2010 ini! Kisah ini menunjukkan betapa "cekap" persidangan dewan di Malaysia sehingga sejumlah 222 Ahli Parlimen hanya diberi ruang satu jam lebih untuk membahaskan setiap RUU tersebut yang merangkumi peringkat dasar dan jawatankuasa.<1>
Namun begitu, KPRU difahamkan bahawa "kecekapan" tersebut telah diterjemahkan dalam bentuk yang kurang tepat yakni semata-mata untuk mempercepatkan proses meluluskan hal-ehwal kerajaan tanpa menghiraukan kemampuan Ahli-ahli Parlimen untuk mencerna isi kandungan akta-akta tersebut yang akan membawa kesan mendalam kepada rakyat jelata serata negara ini.
Walau bagaimanapun, jika kecekapan persidangan parlimen dianggap begitu penting bagi pihak yang berkuasa, maka KPRU ingin mengingatkan bahawa terdapat banyak ruang dan aspek lain yang boleh dimantapkan dalam urusan hal ehwal parlimen bagi meningkatkan kecekapan dewan, memanfaatkan daya para Ahli Parlimen, dan memastikan hasil perdebatan dan penganalisaan yang berlanjut berminggu-minggu adalah berkualiti.
Pada tahun 2009, sebanyak 215 laporan tahunan, penyata dan risalah dalam pelbagai bentuk telah dibentangkan di Dewan Rakyat. Bilangan tersebut kemudian bertambah menjadi 251 bagi tahun 2010. Laporan-laporan tersebut terdiri daripada Laporan Tahunan Agensi Kerajaan, Laporan Tahunan Badan Berkanun Kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara dan Maklum Balas, Laporan Ketua Audit Negeri, dan banyak lagi.
Kesemua laporan tahunan yang mengandungi maklumat dan statistik penting seperti prestasi agensi, status kewangan, kegiatan/program yang dijalankan dan hala tuju badan berkanun tersebut tidak pernah diperhalusi oleh dewan ini sejak kemerdekaan. Lima dekad telah berlalu, pelbagai maklumat kritikal yang berkaitan dengan kepentingan rakyat terlepas begitu sahaja, seakan-akan 251/215 agensi dan badan berkanun kerajaan tersebut tidak pernah wujud.
Hakikat sekarang adalah sukar untuk membahaskan laporan tahunan dalam dewan. Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dibentangkan di dewan sejak tahun 2001. Pihak suruhanjaya telah mencuba nasib selama 10 tahun untuk mendapat kebenaran supaya membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM dalam dewan tetapi masih gagal sehingga hari ini. Alasan yang diberi, lazimnya, adalah perkara tersebut "tidak spesifik dan tidak perlu disegerakan".<2>
Mengikut Laporan Inter-Parliamentary Union (IPU), pembentangan dan perdebatan laporan tahunan adalah perkara yang penting sekali dalam persidangan dewan. Di British, laporan jabatan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pilihan (Select Committee), dan jawatankuasa tersebut berkuasa memanggil menteri dan pegawai berkenaan untuk memberi keterangan dan penjelasan.<3> Di Kanada, laporan tahunan syarikat milik kerajaan dan badan berkanun akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan secara automatik.<4>
Maka penelitian dan penilaian laporan tahunan merupakan satu aspek penting dalam urusan parlimen demi menjaga kepentingan rakyat. Berdasarkan pengalaman negara lain, kaedah terbaik untuk meneliti laporan-laporan tahunan tersebut adalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan. Memang kurang wajar jika laporan-laporan tahunan dibentang dan dibahaskan oleh kesemua 222 Ahli Parlimen dalam dewan. Andaikan satu laporan tahunan dapat diselesaian setiap hari, dewan yang kini hanya bersidang lebih kurang 70 hari terpaksa bersidang hampir setiap hari kerja supaya dapat menyelesaikan semua laporan tahunan. Maka, penubuhan Jawatankuasa Pilihan yang jelasnya lebih cekap dengan adanya pembahagian tugas menjadi opsyen terbaik buat masa sekarang.
Praktis Parlimen Malaysia kini hanya mempunyai lima jawatankuasa seperti berikut<5>:
i. Jawatankuasa Pemilih
ii. Jawatankuasa Kira-kira Wang
iii. Jawatankuasa Peratusan Mesyuarat
iv. Jawatankuasa Dewan
v. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Selain daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) yang diberikan peranan terbatas dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang terkenal dengan menggantung ahli parlimen, jawatankuasa lain tidak memainkan fungsi membantu dewan tetapi sekadar jawatankuasa kosmetik kepada sistem parlimen berdemokrasi Malaysia sahaja. Malahan, Allahyarham Ahli Parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah masih dirujuk sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan.<6> Ini menunjukkan betapa "pentingnya" peranan jawatankuasa di dalam mata pihak yang berkuasa!
Dalam kenyataan lepas, KPRU pernah mencadangkan lima Bidang Politik Utama Negara (NKPA) dalam kenyataan lepas sebagai langkah perintis mengangkat kembali keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan negara. Antaranya, NKPA ketiga yang bertajuk Pembaharuan dalam Institusi Parlimen menggariskan beberapa cadangan dan inisiatif, iaitu:
i. menubuhkan jawatankuasa pilihan dalam bidang-bidang tertentu;
ii. melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) dari kalangan pembangkang;
iii. menginstitusikan peruntukan kepada setiap Ahli Parlimen tanpa mengira partisan;
iv. memberikan ruang kepada pembentangan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen Biasa (private members' bill).
Seandainya Najib begitu berangan-angan melaksanakan "Model Politik Baru" ke atas partinya sehingga sanggup menangguhkan pemilihan parti UMNO selama 18 bulan, sudah pasti tuntutan pembaharuan dimensi politik dipandang berat oleh kerajaan. Jika pelaksanaan NKPA dianggap terlalu luas bagi Najib, KPRU di sini mencadangkan penubuhan jawatankuasa pilihan untuk meneliti laporan tahunan.
Cadangan ini bukan sahaja dapat menjadikan persidangan parlimen kita lebih produktif, malah juga dapat meneliti 216 laporan-laporan tahunan tersebut yang sebelum ini diabaikan. Apakah Najib dan kerajaan hari ini betul-betul mempunyai keazaman politik untuk memperkenalkan "Model Politik Baru"? Apakah pembaharuan dimensi politik bukan semata-mata untuk memperkuatkan jentera parti UMNO tetapi juga harus merangkumi institusi-institusi negara?
<1> Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 13 Dis 2010