Makan Rasuah Boleh Janji Jangan Kritik Kerajaan Melayu Isle?

BAM Gopoh Buat Keputusan Sekat LZJ Beraksi Untuk Negara




Tindakan Persatuan Badminton Malaysia menyekat atlet muda berpotensi besar, Lee Zii Jia untuk beraksi mewakili negara merupakan satu keputusan gopoh dan membelakangkan merit seseorang atlet.

Selain dilihat sebagai tindakan balas dendam, BAM sewajarnya mencari langkah menang-menang berbanding menutup peluang dan potensi pemain bertaraf antarabangsa ini.
Pemuda Amanah berpandangan pemain sewajarnya diberikan ruang untuk menentukan laluan karier mereka dan BAM seharusnya bertindak sebagai fasilitator untuk memastikan pemain berada pada tahap yang terbaik untuk beraksi dalam kejohanan dunia seterusnya mengharumkan nama negara.
Selain melunturkan semangat dan azam pemain, tindakan BAM juga menunjukkan tahap profesionalisme mereka dalam menguruskan BAM sudah tercalar.
Justeru, Pemuda Amanah menggesa semua pemegang taruh menyatakan pendirian dan mengambil tindakan segera bagi menjernihkan keadaan dalam memastikan sukan badminton negara terus maju.
RAZAK RIDZUAN
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional

BERITA PENING GILA TALAK



REALITI

 Adakah kita bakal menjadi the next Mexico/Colombia/Venezuela di Asia Tenggara ini?

Atau adakah pucuk pimpinan kita ingin menjadikan Malaysia ini seperti Korea Utara?
Tanda2nya semakin jelas kelihatan ....
May be an image of car, road and street
BERNIAGA TEPI JALAN PAKAI VELLFIRE/ALPHARD?
Ada member tunjuk dekat aku gambar ini. Aku senyum dan sedih. Aku faham dan cakna isu ini. Inilah bukti rakyat sedang dalam kesusahan. Aku boleh buat hipotesis mudah.
Peniaga ini dulu mungkin M40, tetapi hari ini mungkin tidak lagi. Dalam kira-kira bangang, sebuat Vellfire/Alphard ni, paling murah, paling cikai, mesti kena bayar bulan-bulan RM1500 minimum. Aku rasa owner bayar lebih.
Mungkin dulu gajinya atau income businessnya mampu menjana pendapatan dalam RM6-7k sebulan, tetapi hari ini tidak lagi. Mungkin sudah dibuang kerja atau business terpaksa ditutup. Mungkin juga dia dikejar LHDN ketika keadaan businessnya down.
Kalau dijual Vellfire/Alphrd ini, mungkin inilah satu-satu kenderaan yang ada, atau kalau dijual masih perlu membayar hutang. Mungkin juga ditambah dengan anak dan ahli keluarga yang ramai.
Mesti dia dah takda pilihan, itu sebab dia menggunakan kereta yang dianggap ada “class” untuk berniaga di tepi jalan. Itulah pilihan yang dia ada. Itulah mungkin cara yang dia terfikir untuk survive.
Itu sebab aku pernah cerita dulu. Yang memang dah B40 macam aku ni, takda masalah sangat, bebannya tak berat. Rumah sewa, kereta Axia Kompang. Tak mampu bayar sewa, boleh sewa bilik. Axia Kompang RM226 sahaja sebulan dengan tawarruq Islamic finance.
Orang M40 pula, paling cikai Vellfire, BMW atau Mercedes walau entry level, paling tidak Honda Civic. Rumah dah beli, paling busuk RM500,000 punya harga. So, beban mereka lain. Tak sama macam kita marhaen B40.
Nak suruh diorang downgrade hidup? Boleh. Tapi siapa nak bayarkan hutang-hutang mereka. Masa mereka tengah ok, mereka tak layak beli rumah PPR atau Prima.
Sebenarnya, gambar ini menjadi bukti betapa tenatnya ekonomi rakyat marhaen. Kalau kerajaan masih tidak nampak, aku taktau nak cakap apa. Takkan nak tunggu rakyat marhaen mati kebulur atau masalah social society makin menggila.
Di saat rakyat marhaen yang semakin tenat ekonominya, para penguasa politikus masih bersenang lenang berebut kuasa. Income menteri minimum RM40k total, gaji minimum rakyat RM1200. Income raja dan kerabat berapa entah? Benefit rakyat pula?
Benefit penguasa politikus dan raja-raja RM XY yang mana saban tahun X dan Y meningkat mengikut kadar inflasi barangkali. Mereka mohon di parlimen, mereka sendiri approve. Mereka senang, ada banglo, ada penthouse, ada istana, ada villa, bini ramai, tunjuk kaya, basikal mahal, kerewa mewah, rumah cantik.
Aku kira pengagihan kekayaan yang tidak adil sebeginilah menyebabkan negara berada dalam keadaan tenat. Tenat poket dan tenat perasaan. Yang bekerja kuat dilanyak pula dengan pelbagai cukai. Nak jadi raja memang dah takda peluang, padanlah ramai yang gila nak masuk politik masa tak kaya. Mungkin itulah skim cepat kaya patuh syariah barangkali!
Kan?

BONGKANYA UMNO

 

Bongkak sungguh UMNO. Walaupun PH dah beri jaminan takkan ganggu kerajaan yang hanya ada kelebihan 1 kerusi, tetap mahu buat PRN.

Semata-mata kerana mereka mahu kuasai negeri secara 100%. Dan mereka yakin dapat lakukan itu melihat keputusan PRN Melaka dan Sarawak.
Bagi UMNO, ini masanya kalau mahu kuasai Johor secara total. Soal rakyat susah selepas banjir, soal Covid yang manis berleluasa, belakang kira.
Peliknya kerajaan Johor yang ada ini, yang diketuai oleh UMNO, aku pun tak kenal siapa. Itu bukti yang mereka bukan jenis yang turun ke padang.
Tapi aku tak terkejut kalau UMNO boleh menang besar di Johor. Selagi orang muda menolak politik, selagi itu para koruptor dan pedagang bangsa akan terus berkuasa.

Berapa Ngo sedang susun agenda tukar kerajaan Kelantan

Berapa Ngo sedang susun agenda tukar kerajaan Kelantan

SESUDAH SUBUH







KEINGINAN rakyat Kelantan yang berada di luar (perantau) untuk melihat berlaku perubahan pemerintahan negeri itu daripada Pas kepada parti atau entiti lain sangat ketara dan serius. Ini terbukti dengan tertubuhnya beberapa Ngo yang diasaskan oleh rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan. 

Ngo tersebut lahir atau ditunjangi oleh individu mempunyai iktisad dari berbagai cabang atau kelas rakyat Kelantan, profesional, peniaga, mahasiswa dan juga bekas pegawai kerajaan (pensiun).

Tidak cukup bukti itu, banyak cakap-cakap dan runggutan kekesalan dan kecewa kepada kerajaan Pas hari ini dalam menguruskan negeri dan rakyat banyak yang pincang ataupun cacat. Kelemahan itu menyebabkan seolah-olah kerajaan Kelantan tidak berfungsi dan hanya setakat melaungkan slogan retorik "Membangun Bersama Islam" semata-mata.

Banyak tuntutan Islam tidak dilaksanakan atau diusahakan secara bersungguh. Misalnya kelestarian alam sekitar, hutan belantara dan sungai di Kelantan diceroboh sesuka hati lantaran gilakan balak dan mineral sehinggakan Kelantan tidak simpati lagi dengan haiwan. Baru-baru ini tular harimau belang merayau-rayau di kampung kerana sudah tidak betah untuk tinggal dihabitat asal mereka kerana ia sudah dirosakkan. 

Beberapa batang sungai juga airnya tercemar dan keruh menyebabkan segala hidupan di dalamnya seperti udang dan kelah, sebarau, dan lain-lain sudah pupus atau tidak ada langsung. Anugerah asal untuk kemakmuran rakyat Kelantan sudah tidak ada lagi. 

Kempen menukar kerajaan.

Sehingga kini terdapat sekurang-kurang tiga buah Ngo yang aktif memberi penerangan atau kempen untuk menukar kerajaan Kelantan hari ini yang sudah 31 tahun. Ia dijalankan secara dalam talian atau pun grup WhatsApp. Salah satu ia terdiri daripada rakyat Kelantan professional terdiri daripada pelbagai bidang.

Ngo berkenaan yang tidak dizahirkan nama, hanya menyebut "Rakyat Kelantan Prihatin", telah pun mengadakan sekurang-kurang dua kali pertemuan untuk merangka strategi ataupun pendekatan yang akan diambil untuk memastikan kerajaan Kelantan yang ada kini berubah atau berganti dengan kerajaan baru. 

Ngo berkenaan tidak menamakan sesiapa ketua mereka, tetapi bergerak secara bersama dan penuh iltizam. Antara sebab dan aslasan diberikan kenapa kerajaan Kelantan perlu ditukar adalah untuk membela rakyat Kelantan bagi mendapat hak mereka seperti mana diharapkan disamping rakyat dan negeri Kelantan maju sejajar dengan negeri-negeri lain. 

Dengan segala macam aset atau kekayaan semulajadi Kelantan yang dianugerahkan Allah seharusnya rakyat Kelantan mendapat kesenangan dan makmur sekiranya negeri Cik Siti Wan Kembang itu diurus dengan baik dan professional.

Kebijaksanaan pihak yang memerintah mengurus dan mentadbir Kelantan juga boleh mengeluarkan Kelantan daripada senarai tiga negeri termiskin di negara ini selepas Sabah, Sarawak dan Kedah. 

Beberapa buah Ngo berkenaan merumuskan keraguan mereka akan kemampuan kerajaan Kelantan dibawah Pas kini untuk mengurus dan mentadbir Kelantan dengan baik dan berkesan. Selama 31 tahun Pas memerintah Kelantan sejak tahun 1990 tidak nampak impak besar berlaku ke atas pembangunan di negeri itu baik sosial, ekonomi, budaya dan juga pendidikan. 

Kalau pun ada pembangunan dari segi syiar Islam itupun boleh dipertikaikan akan ketepatan dan keberhasilannya kepada rakyat.  

Usahkan pelan struktur pembangunan fizikal, tetapi pelan dalam khayalan (kepala) para pemimpin hari ini, pun tidak pernah dibentangkan. Ia jauh berbeza semasa arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ada yang memiliki arkitek pembangunan sosial ekonomi dan politiknya Husam Musa. Berbagai idea dan cetus projek dilakukan oleh Husam ketika itu, antara pembinaan lebuh raya rakyat Kelantan (LRK), projek yang dimulakan dengan penglibatan rakyat (menderma) itu tidak diteruskan hingga sekarang. Apa juga boleh disebut projek keretapi laju (ECRL), orang terawal mengimpikan itu ialah Husam. 

Kelemauan kerajaan Kelantan untuk meneruskan projek itu menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Ahmad Yakob tidak ada political will langsung untuk merubah Kelantan. 

Begitu juga dalam bidang pertanian, untuk menambahkan pendapatan rakyat, berbagai skim dan projek pembangunan sosial dilaksanakan atau dicetuskan ketika itu. Walaupun beberapa projek itu tidak berjaya seperti diharapkan, tetapi setidak-tidaknya ia ada idea dan wawasan jelas untuk membangun Kelantan dan rakyat. 

Untuk orang miskin ada projek rumah Dufah, skim bantuan beras Aitam, pemberian haiwan pawah, bantuan untuk orang tua dan pelajar, pembukaan ladang rakyat serta pengenalan tanaman baru seperti depu dan sebagainya.

Tahap keberadaan Kelantan dalam aspek pembangunan asas juga seperti dahulu. Kelantan belum ada satu pun projek mega yang boleh meledakkan pembangunan di Kelantan seperti industeri hiliran sekaligus menjadi ikon kepada kerajaan berusia 31 tahun. Ketiadaan pembangunan ini adalah disebabkan ketidak mampuan kerajaan yang ada hari ini.

Manakala pendekatan atau sikap diambil oleh Ngo berkenaan dalam usaha merubah kerajaan kini bukan berpihak kepada mana-mana parti politik. Ia bukan partisan.  Ngo berkenaan akan menggerakkan memberi pemahaman dan kesedaran umum khasnya pengundi di Kelantan untuk tidak memilih parti politik bagi pembentukan kerajaan apa lagi mengekalkan wakil-wakil rakyat yang berada di kerusi MB, TMB dan Exco sekarang. 

Sebaliknya rakyat Kelantan disarankan untuk memilih individu atau batang tubuh dalam pilihan raya akan datang yang diharap diangkat menjadi pemimpin kerajaan.  

Individu yang akan dipilih itu nanti mereka yang mempunyai kepakaran, berilmu sesuai dengan citarasa rakyat Kelantan, ada kesedaran dan komitmen tinggi untuk merubah Kelantan. Mereka juga bersikap terbuka "tasamuh" dan tidak emotif dengan parti politik. 

Dalam hal ini satu kaedah atau garis panduan akan dikeluarkan oleh Ngo berkenaan kepada pengundi Kelantan untuk memilih wakil-wakil rakyat kelak menjelang pilihan raya kelak. Mungkin juga Ngo itu akan menunjukkan individu yang diharap untuk menjadi MB Kelantan selepas ini.[wm.kl.8:38 am 19/01/2022]

 

KEH..KEH...LEMBU BODO


 

KISAH SEORANG WALAUN,RARE EDITON .BERASA WALAUN KECING ,LEPAS TU KENA KENCING👀







 

Peniaga durian merungut rugi, Musang King, D24, Tok Litok kini tak laku di pasaran, tak macam dulu

 


Peniaga durian merungut rugi, Musang King, D24, Tok Litok kini tak laku di pasaran, tak macam dulu


Sebut sahaja musang king, IOI, D24, tok litok dan durian kampung Ulu Cheka mesti raja buah tersebut akan menjadi buruan penggemarnya.

Namun, berbeza pula kali ini apabila durian yang berbuah di luar musim itu tidak laku dijual sehingga mengakibatkan peniaga menanggung kerugian.

Seorang peniaga di Kampung Damak, Zulkifli Mamud, 56, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila buah du­rian di luar musim tidak mendapat perhatian pelanggan termasuk melalui jualan dalam talian.

“Banyak baka durian kampung yang kami pasarkan di tepi jalan Jerantut ke Benta langsung tidak diendahkan pemandu kenderaan berbanding sebelum ini.

“Selalunya, ketika musim durian kawasan Damak mendapat perhatian dan dipenuhi penggemar durian dari seluruh pelosok negeri,” ujarnya semalam.

Dah tak macam dulu, Musang King, IOI, D24 tak laku dipasaran. durian musang king musang king durian durian crepe serawa durian durian belanda ezy durian durian udang merah durian black thorn durian duri hitam pulut durian durian d24 d24 durian


PELAKON UMMAT


 Kalau PAS ni pelakon, apa watak yang PAS tak pernah bawa? Pelacur pernah, pengkhianat pernah, dan ini watak gila talak. Hahaha... Adoyai!

Orang dah cakap putus, dia masih kata kekal. Ini baru sesuai hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. Macam takde maruah dah.
Apa sangatlah nilai maruah kalau nak dibandingkan dengan kesenangan yang bakal hilang. Tak bermaruah takpe. Janji kaya. Gamaknya la...

“PRN JOHOR, SATU LAGI GERAKAN POLITIK ALA MAO TZE TUNG OLEH UMNO”

 

Umno telah bekerjasama dengan Bersatu, PAS, GPS dan Kelompok “Pengkhianat” dari Keadilan untuk tumbangkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020.

Ini bermakna Umno telah mengguna pakai strategi Mao Tze Tung yang memimpin Parti Komunis China yang membina front bersatu (united front) dengan General Chiang Kai Sheik, pemimpin Parti Kuomintang dalam usaha mereka mengalahkan Fasis Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

Dalam usaha bersama Mao Tze Tung dan Chiang Kai Sheik itu, Imperialis Jepun dapat dikalahkan oleh rakyat China.

Manakala di Malaysia, usaha front bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin yang disokong Umno telah berjaya menumbangkan Kerajaan tidak popular Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Langkawi pada 23 Februari 2020.

Selepas berada di dalam kerajaan campuran yang dipanggil Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dari Bersatu, Umno tidak berdiam diri.

Umno mahu jatuhkan Muhyiddin Yassin pula sebagai Perdana Menteri untuk diganti oleh seorang Perdana Menteri dari Umno.

Strategi yang dipakai oleh Umno pimpinan Ahmad Zahid Hamidi ketika itu ialah memecahkan front bersatu Perikatan Nasional. Apa yang berlaku ialah 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin dan kerajaan pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu tumbang macam “daun terup” pada September 2021.

Ahli Parlimen Umno dari Bera, Pahang, selepas kejatuhan Muhyiddin, secara “by default” telah diangkat menjadi Perdana Menteri, walaupun Ismail Sabri Yaakob hanya Naib Presiden Umno, orang ketiga sahaja di dalam hiraki kepimpinan Umno.

Kini selepas Umno mempunyai ahli parlimennya sendiri menjadi Perdana Menteri yang mentadbir Kerajaan Pusat di Putrajaya, maka Umno bergerak ke depan lagi dengan menggunakan strategi terkenal Mao Tze Tung yang kedua iaitu “mengepung kota dari desa”.

Sama ada Umno sedar atau tidak, sekarang strategi inilah yang sedang diguna pakai oleh Umno.

Jika Putrajaya dianggap “Kota” maka 13 negeri-negeri dalam Malaysia yang lain boleh dipanggil sebagai “Desa”.

Strategi Mao Tze Tung mengalahkan Kerajaan Pusat China yang dipimpin oleh General Chiang Kai Sheik ialah dengan kaedah “mengepung kota dari desa”.

Hal yang selari sedang berlaku di Malaysia. Ia bermula dengan Pilihanraya Negeri Sabah di tengah-tengah Pandemik Covid-19 yang dicetuskan oleh pimpinan Umno Sabah seperti bekas Ketua Menteri, Musa Aman. Strategi itu berjaya. Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Warisan di bawah Ketua Menteri Shafie Afdal tumbang. Umno berjaya naik jadi rakan kerajaan campuran Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri dari Bersatu.

Satu “desa” telah tumbang iaitu Sabah, satu wilayah di Borneo yang penting bagi Umno.

Umno tidak dapat bertapak di Sarawak, tetapi sekurang-kurang kini bagi Umno dia berada dalam kerajaan negeri Sabah dengan Bung Mokhtar dari Umno menjadi salah seorang Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Selepas PH kalah di Sabah, kini Umno mahu tawan satu lagi negeri di Semenanjung.

Umno sebelum PRU-14 memang kuat di Melaka.

Jadi Umno mengatur strategi di Melaka. Bagi Umno, bagai “Pucuk dicita tetapi ulam mendatang” di Melaka. Atas “Strategi Kurang Cerdik” PH di Melaka, maka PH seperti telah memberi peluru kepada Umno untuk ditembak balik kepada PH.

Kerajaan Perikatan Nasional di Melaka tumbang dan Pilihanraya Negeri di Melaka diadakan pada 20 Oktober 2021.

Umno menang besar melebihi majoriti dua pertiga dan bukan sahaja berjaya mengalahkan PH tetapi Umno berjaya memusnahkan Bersatu di Melaka. Kini Umno jadi “Raja Perang” di Melaka selepas Pilihanraya Negeri tersebut.

Seterusnya kita ke seberang Laut Cina Selatan. Umno tidak jadi “pemain politik” di Sarawak. Umno tidak bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada bulan Disember 2021.

Tetapi Umno ada sejarah perhubungan yang erat dengan Parti Pesaka Bumiputera di Sarawak dan Kerajaan Sarawak sejak dari zaman Tun Abdul Rahman Yaakob hinggalah zaman Tun Taib Mahmud dan kini Abang Johari Tun Openg. Apabila Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar di Sarawak bererti Umno mempunyai rakan yang mesra dengannya di Bumi Kenyalang itu.

Selepas Sarawak, Umno mensasarkan satu lagi negeri untuk jatuh di bawah kuasanya. Umno merancang Pilihanraya Negeri Johor yang menyaksikan Kerajaan campuran Umno, Bersatu dan Pas yang hanya ada 28 kerusi berbanding PH memiliki 27 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Walaupun tidak ada gangguan dan ancaman dari PH di Johor terhadap kestabilan Kerajaan campuran Johor, malahan PH Johor sanggup melakukan “Gencatan Senjata” supaya Kerajaan Johor dapat mentadbir sehingga tempoh penggal DUN Johor berakhir pada tahun 2023, tetapi Umno yang kelihatan begitu gelojoh dan rakus untuk bubarkan DUN Johor agar pilihanraya negeri dapat diadakan demi Umno dapat berkuasa semula sepenuhnya di Johor. Seperti di Melaka, objektif Umno bukan sahaja untuk menewaskan PH tetapi Umno juga mahu hapuskan Bersatu dari bumi Johor.

Berbagai kempen “psy war” atau “perang urat saraf” dilancarkan oleh Umno di Pusat pimpinan Ahmad Zahid Hamidi dengan bersekongkol dengan Umno Johor.

Akhirnya pada Sabtu 22 Januari 2022, Sultan Johor, memperkenankan permohonan Menteri Besar Johor supaya Dewan Undangan Johor ke-14 dibubarkan untuk membolehkan satu Pilihanraya Negeri diadakan. Apa yang diidamkan oleh Umno kini telah tercapai di Johor.

Umno tak peduli risiko Covid-19 Omicron di Johor dan juga di Malaysia.

Pada 1 Disember 2021 hanya terdapat 1 kes Omicron. Pada 31 Disember 2021 naik jadi 64 kes. Umno tak peduli nyawa rakyat. Pada 13 Januari 2022, naik lagi menjadi 253 kes Omicron. Umno apa peduli walaupun Johor antara negeri tertinggi kadar jangkitan Covid-19.

Pada 18 Januari 2022 jumlah jangkitan Covid-19 varian Omicron ialah 439 kes.

Umno tak kisah akibat PRN di Johor ini nanti akan berulang wabak Covid-19 seperti di Sabah selepas pilihanraya negeri.

Umno tidak peduli sains dan data bahawa varian Omicron membiak dengan amat pantas mengalahkan Delta.Bagi Umno yang penting ialah kuasa, kuasa dan kuasa.

Hanya kali ini, Umno tidak mudah di Johor. Umno akan menghadapi tentangan yang kuat dari Pakatan Harapan Johor. Strategi “mengepung kota dari desa” yang dipinjam oleh Umno dari “playbook” Parti Komunis China akan bertemu “buku dengan ruas” di Johor.

Umno satu-satunya parti politik semasa berkuasa di dalam Kerajaan Persekutuan yang ada hubungan rasmi dengan Parti Komunis China yang memerintah Republik Rakyat China.

Waktu Umno bersahabat dengan Parti Komunis China inilah besar kemungkinan pemimpin-pemimpin Umno belajar strategi Mao Tze Tung iaitu membina “front bersatu” dan “mengepung kota dari desa”.

Walaupun Umno besar kemungkinan akan kalah dalam Pilihanraya Negeri Johor akan datang ini, tetapi kekalahan Umno itu nanti akan dianggap oleh para pimpinannya sebagai kalah satu medan tempur sahaja, bukannya kalah dalam satu peperangan besar.

Selepas Johor, strategi Umno untuk “mengepung kota dari desa” akan sampai ke Perak pula.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Sabtu 22 Januari 2022



TAHNIAH....


 

HINA NYA RAKYAT DI MALAYSIA

 



SABRINA SYED

Betapa hinanya rakyat Malaysia yang mahu menyelamatkan alam dari tangan2 pembinasa. Semasa hantar memorandum hanya di pintu Gate Istana di buatnya kita ni seperti penjenayah. Dengan polis2 block macam kita ni nak menyerang pula. Ingat lah wahai pembesar, bila masuk kubur nanti hanya dibawa kain putih bukan kain kuning bersalut emas.

PRN Johor tidak perlu, pertembungan kuasa Umno punca DUN dibubar - Syed Ibrahim



 

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang ditentang oleh Pakatan Harapan (PH) pada waktu rakyat masih belum pulih akibat kesan pandemik Covid 19 dan bencana banjir baru baru ini tetap menjadi pilihan 'terbaik' pemimpin Umno BN.



Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, pertembungan kuasa dalam Umno di peringkat pusat mungkin penyebab rakyat Johor dipaksakan untuk mengundi dalam PRN tanpa mengambil kira faktor faktor tempatan yang tidak mengizinkan.



"Kerajaan Negeri akhirnya memutuskan untuk melaksanakan PRN tatkala rakyat baru berdepan musibah banjir besar dan di kala kita belum menang melawan pandemik Covid 19, apatah lagi dengan kemunculan varian Omicron yang mencatatkan peningkatan kes di negeri Johor sejak beberapa minggu kebelakangan ini.



"Pertembungan kuasa dalaman parti Umnolah yang sebenarnya memicu kearah pembubaran DUN ini. Usah berdolak-dalik kononnya ia adalah intimidasi dari pembangkang!



"Di manakah saranan sebelum ini kononnya kerajaan menjanjikan fokus dalam meningkatkan semula ekonomi negeri dan rakyat, pasca pandemik? Bukankah mereka juga yang sering melaungkan kita belum menang dan jangan berpolitik demi kestabilan, lalu drama apakah ini?" tanya Syed Ibrahim.



Tegas Ahli Parlimen Ledang itu, PH sejak sekian lama menolak sebarang usaha pembubaran DUN yang menyusahkan rakyat.



Apatah lagi, katanya, Pilihan Raya Umum telah hampir dan boleh disekalikan dengan PRN bagi memastikan keadaan kesihatan dan ekonomi rakyat diperbaiki terlebih dahulu.



"Ketika ini rakyat terus dibebani kos sara hidup yang meningkat lantaran pandemik. Kenaikan harga makanan asas tidak terkawal, ditambah lagi kelembapan ekonomi akibat urustadbir kerajaan Pusat mahupun kerjaan Negeri yang begitu buruk kerana sibuk mencatur kuasa demi survival peribadi dan kroni.



"Dalam percaturan politik ini Umno - BN adalah Kayangan, kita KEADILAN adalah rakyat. Kita komited untuk terus mempertahankan hak dan suara Rakyat.



"BN mentadbir secara ‘Double Standard’. KEADILAN bersama Pakatan Harapan menjulang hasrat rakyat dan tidak sesekali melupakan atau membezakan mereka. Hal itu telah kita buktikan sewaktu menerajui Kerajaan Negeri selama 22 bulan. Sama adil, sama dapat," katanya.



Menurut Syed Ibrahim lagi, Umno - BN hanya akan menempa amarah rakyat dengan percaturan politik di Johor yang dilakukan secara sesuka hati



Katanya, rakyat semakin sedar amalan korupsi, kronisme, nepotisme yang diamalkan kerajaan BN baik di peringkat negeri mahupun pusat menatijahnya perkembangan ekonomi dan negara semakin terencat



Sebaliknya, menurut beliau, demi kestabilan politik dan negeri, KEADILAN Johor di bawah koalisi Pakatan Harapan telah membuktikan kesepakatan dengan memberi kerjasama terbaik kepada kerajaan Johor di bawah kepimpinan Mantan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.



"Namun begitu, KEADILAN Johor akur dengan pembubaran DUN setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor. KEADILAN Johor telah bersedia awal menghadapi pilihan raya dengan penubuhan jentera pilihan raya, latihan-latihan serta kursus, mewujudkan bilik gerakan dan lantikan Penyelaras DUN juga Parlimen lebih setahun lalu.



"Kini gendang perang telah dipalu, maka membujur lalu melintang patah!



"Ayuh saudara-saudari teman seperjuangan, kita rapatkan SAF, mara kehadapan pertahankan Hak Rakyat Johor," seru Syed Ibrahim.