BAM Gopoh Buat Keputusan Sekat LZJ Beraksi Untuk Negara




Tindakan Persatuan Badminton Malaysia menyekat atlet muda berpotensi besar, Lee Zii Jia untuk beraksi mewakili negara merupakan satu keputusan gopoh dan membelakangkan merit seseorang atlet.

Selain dilihat sebagai tindakan balas dendam, BAM sewajarnya mencari langkah menang-menang berbanding menutup peluang dan potensi pemain bertaraf antarabangsa ini.
Pemuda Amanah berpandangan pemain sewajarnya diberikan ruang untuk menentukan laluan karier mereka dan BAM seharusnya bertindak sebagai fasilitator untuk memastikan pemain berada pada tahap yang terbaik untuk beraksi dalam kejohanan dunia seterusnya mengharumkan nama negara.
Selain melunturkan semangat dan azam pemain, tindakan BAM juga menunjukkan tahap profesionalisme mereka dalam menguruskan BAM sudah tercalar.
Justeru, Pemuda Amanah menggesa semua pemegang taruh menyatakan pendirian dan mengambil tindakan segera bagi menjernihkan keadaan dalam memastikan sukan badminton negara terus maju.
RAZAK RIDZUAN
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional

No comments: