Lawatan PM Anwar ke luar negara tarik potensi pelaburan RM76.1 bilion




 

Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion sehingga Mac ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Perdana Menteri berkata angka tersebut merupakan hasil kejayaan misi perdagangan dan pelaburan negara yang dilakukan di Australia, Jerman dan Perancis baru-baru ini.



Dalam laporan sebelum ini, negara ini berjaya mencatatkan potensi pelaburan baru sebanyak RM45.4 bilion hasil lawatan rasmi ke Berlin minggu lalu.



"Sambutan yang diberikan oleh negara-negara tersebut amat luar biasa dan ia adalah permulaan baharu bagi negara.



"Ini…(hasil) persiapan awal yang telah dilakukan oleh rakan-rakan kita di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Luar serta agensi kerajaan lain termasuklah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.



"Umpamanya cip komputer, kita sudah lihat ia mampu diiktiraf sebagai tarikan pelaburan pertama di Asia dan ini bukan perkara yang mudah," kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.



Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kejayaan itu merupakan hasil usaha kerajaan dalam menstabilkan politik dan mendapat kerjasama daripada penjawat awam serta matlamat dan dasar negara yang jelas.



"Kejelasan dalam dasar ekonomi kita (penting), yang akan membantu dan memberikan harapan baharu kepada kita," katanya.



Beliau berkata Jerman mempunyai ekonomi yang kukuh dan merupakan ekonomi kedua terbesar di Eropah.



"Sambutan yang diberikan kepada kita sebagai sebuah negara kecil amat membanggakan," katanya.



Bagaimanapun, beliau menekankan masih terdapat ruang untuk diperbaiki termasuklah dari segi kelulusan projek tidak dilewatkan.



"Kita juga bersyukur kerana majoriti penjawat awam masih mempunyai integriti dan mempunyai semangat untuk memperbaiki (mutu kerja).



"Kita perlu mengekalkan usaha sedemikian dan jika kita dapat meningkatkannya, saya fikir dalam tempoh dua atau tiga tahun, wajah Malaysia akan berubah," kata beliau.



Menyentuh laporan tahunan Bank Negara Malaysia yang dikeluarkan semalam, Anwar berkata angka pertumbuhan dan unjuran untuk tahun depan adalah positif dan meyakinkan.



"Asas ekonomi Malaysia terus kukuh dan tinjauan ekonomi bagi tahun 2024 adalah lebih baik berbanding 2023.



"Kita dapat mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2023 sebanyak 3.7% walaupun berdepan pelbagai asakkan dan kemeruapan ekonomi global.



"Bagi tahun ini, ekonomi kita dijangka bertambah kukuh dengan unjuran pertumbuhan antara empat dan lima peratus," kata beliau.



Anwar berkata antara faktor yang menyokong prestasi ekonomi lebih baik pada tahun ini termasuklah kadar pengangguran yang turun kepada paras 3.3% pada Januari 2024, iaitu kembali kepada paras prapandemik (2022: 3.7%).



Beliau berkata kadar inflasi rendah apabila turun kepada 1.6% pada suku keempat 2023 berbanding dua peratus pada suku ketiga tahun lepas.



Prestasi eksport turut menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada Januari tahun ini dengan peningkatan 8.7% selepas menguncup 10 bulan sebelumnya (Mac hingga Disember 2023).



Selain angka-angka positif makroekonomi, prospek pelaburan negara juga berada pada tahap yang amat baik.



"Pada 2023, kita meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM329.5 bilion iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah negara," kata beliau.

 

SIAPA HASNAN, DATUK AZMAN DAN DATUK RAHIM, BOLEHKAH ANWAR SEGERA TAMPIL MENJELASKANNYA?

 


Di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan sekali lagi tampil membuat dakwaan berhubung tawaran menyokong kerajaan madani yang dikemukakan kepadanya.

Dalam dakwaannya, Wan Saiful menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi membuat tindakan berkenaan bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim.

Beliau mendakwa dua Ahli Parlimen bersama tiga individu itu membuat tawaran untuk memberikan peruntukan Parlimen, peruntukan projek bernilai RM2 juta, bayaran kos perubatan isterinya, kos guaman pertuduhan di mahkamah dan ‘token’ yang tidak dinyatakan nilainya serta pengguguran kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.

Wan Saiful mendakwa, Mohd Azizi memperkenalkan beliau dengan dua individu dikenali sebagai Hasnan dan Datuk Azman pada 17 Januari manakala Zulkafperi memperkenalkan individu bernama Datuk Rahim kepadanya pada 26 Februari.

Katanya, mereka termasuk Zulkaperi kemudiannya menghantar cadangan yang mengandungi teks ucapan yang mana mereka mahu beliau membacakannya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari lalu.

“Saya menganggap ini usaha kacau ganggu melalui penawaran dan ancaman yang salah kepada saya sebagai ahli Dewan Rakyat, yang mana berlaku tindakan menghina majlis berdasarkan Seksyen 9d dan 9e Akta 347 dan boleh jika disabitkan di hukuman di bawah akta yang sama.

“Justeru, saya memerlukan pembentukan jawatankuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 80(a),” katanya.

Pada 28 Februari lalu, Wan Saiful mendakwa ditawarkan habuan untuk menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, antara habuan yang ditawarkan ialah peruntukan Parlimen bagi kawasannya sebanyak RM1.7 juta.

Memandangkan sudah dua kali Wan Saiful membuat dakwaan berkaitan tawaran habuan yang dikemukakan kepadanya, mahu tidak mahu, isu ini harus dilihat sebagai perkara yang serius oleh semua orang.

Tambahan lagi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sering bersuara dan memperlihatkan dirinya begitu serius dalam memerangi rasuah di negara ini.

Apa yang menjadi kemusykilan dan pertanyaan di sini, siapakah Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim itu?

Kita mungkin tidak hairan dengan peranan Ahli Parlimen Gua Musang dan Ahli Parlimen Tanjung Karang dalam memujuk Wan Saiful dan mungkin juga Ahli-Ahli Parlimen lain untuk mengalihkan sokongan kepada kerajaan madani, tetapi bagaimana dengan penglibatan tiga individu lain itu?

Mereka ini bekerja untuk siapa sebenarnya?

Bagaimana mereka boleh membuat tawaran-tawaran sebegitu?

Oleh kerana kecenderungan mereka ialah untuk memujuk Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang mengalihkan sokongan kepada kerajaan madani, adakah mereka bekerja untuk Anwar atau diberi arahan oleh Perdana Menteri?

Melihat kepada apa yang didedahkan Wan Saiful ini, malah beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang yang lain juga ada mendedahkan hal yang sama sebelum ini, ternampak tiga individu yang dinamakan itu begitu aktif dalam kerja-kerja untuk menambahkan sokongan kepada kerajaan madani?

Maka, bolehkah Anwar segera menjelaskan kaitan beliau dengan Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim itu?

Jika tiada kaitan dengan Anwar, mereka itu bekerja untuk siapa dan menerima arahan daripada siapa?

Soalnya, bagaimana tiga individu berkenaan boleh begitu aktif membuat tawaran untuk mengukuhkan kerajaan madani, termasuk menyediakan deraf ucapan untuk diucapkan oleh Ahli Parlimen blok pembangkang yang ingin ditarik menyokong kerajaan?

Penjelasan daripada mulut Anwar amat penting dalam hal ini agar kerajaan madani pimpinannya tidak dilihat seperti sebuah kerajaan dalam filem-filem Tamil yang selalu kita tonton di mana unsur-unsur gelap selalu memainkan peranan di belakang tabir untuk memperlihatkan kerajaan itu mendapat sokongan daripada rakyat. – ShahbudinHusin 21/03/2024.



RENTASAN 1570 | PANAS!! KINI PEMBANGKANG DINASIHATKAN TAK BERMUSUHAN DEN...







MENARIK DALAM RENTASAN 1570

1. AMANAH TOLAK ‘PINANGAN’ PAS 2. MADU JANGAN DIBALAS TUBA 3. PERSEPSI JAHAT DAN KOTOR DICIPTA DI SEBALIK ISU STOKING








"Saya bimbang juga, sekarang kita buat lantang-lantang, nanti dia boikot...

Royalti minyak T'ganu: Kita bagi lebih banyak, zalim macam mana? - PM




Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan pentadbirannya menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.55 bilion untuk pembangunan di Terengganu tahun lalu walaupun royalti petroleum hanya RM786 juta. Malah, beliau yang juga menteri kewangan berkata perbelanjaan pembangunan untuk negeri ditadbir PAS itu meningkat kepada RM1.59 bilion tahun ini. Pada 5 Mac lalu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kemaman menggesa Anwar memberi penjelasan berhubung tunggakan pembayaran wang royalti minyak Terengganu yang belum diterima untuk tahun lalu.



"Masa Pagoh jadi PM, Pembangkang sekupang pun tak dapat" - Saifuddin Nas...

Wan Saiful dakwa ‘diganggu’ MP Gua Musang, MP Tg Karang pujuk sokong PM


Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan mendakwa mendapat gangguan daripada Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim, dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi serta tiga individu lain. Wan Saiful meminta Dewan Rakyat menubuhkan jawatankuasa berhubung tindakan dua ahli parlimen itu yang membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan kepada kerajaan.




[parlimen] SOALAN BERULANG MP PAS dan YB HANNAH JAWAB DENGAN BAIK!

SANUSI SEMBANG PAS SAMPAI AKHIRAT... JOM KITA TENGOK DIA NAK DAPAT PEMBALASAN KA DAK DI AKHIRAT KALAU MACAM NI.






   SEMBANG SANUSI DI POTCAST. PAS          KE  DEPAN KERANA AKHIRAT.



INI SALAH SATU MALAIKAT NAK TANYA. 


INI PULAK BAB SEKOLAH. 



INI MENYIKSA ORANG YANG TAK DAPAT GAJI SEBAGAI HAK MEREKA. 



MUDAH MUDAH SAJA ANGGAP GURU SUKARELAWAN. PADA HAL ADA YANG TUNTUT DI MAHKAMAH. 

MANA TANGGUNGJAWAB. SEMUA MELAYU.. TAPI INILAH.. GUNA AGAMA NAFI HAK GURU PASTI. 



HAH... KHIAQQQ... PTUIHHHH... PENIPU BESAR. 





BUAT MASA NI WALAUN KA CAI PNPAS DAH TAK MAIN ISU HARGA DAH. MASA KAMU JADI PEMIMPIN, KAMU AMBIL TAHU PUN TIDAK.


 

KAH KAH KAH.. LEBAI KELAROH.... HANAT SUNGGUH.

 


Lebai PAS dalam Parlimen tak sudah cakap tentang peruntukan. Dia punya bising macamlah tak dapat elaun. Padahal 𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝙢𝙞𝙨𝙨 setiap bulan. 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 pun ada.


Yang tak ada cuma peruntukan 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 je. Benda tu memang tak ada dalam peraturan pun. Tapi PMX dah beri peluang, kalau nak 𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗹𝗮𝗵 dengan TPM II. Tapi ego.


Kalau tengok lebai punya tuntut hak, macam hebat sangat dia 𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗵𝗮𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. Rupanya 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗯𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗵𝗮𝗻𝗮𝘁. Dalam dia cipta naratif kononnya hak MP diabaikan, rupanya dia 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻.


Pertama, hak 𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 dibayar gaji kurang dari 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗺𝗶𝗻𝗶𝗺𝘂𝗺 serta tak diberikan perkara asas lain seperti caruman 𝗞𝗪𝗦𝗣 dan 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢. Lepas tu boleh dia kata guru PASTI kerja sukarela.


Yang sukarela tu sepatutnya 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 bukannya guru PASTI. Lebai dan walaun memang otak terbalik.


Kemudian isu 24 orang pekerja Kedah Agro yang 6 bulan 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗴𝗮𝗷𝗶. 6 bulan. Bukan 6 hari atau 6 minggu. Layan pekerja macam hamba abdi. 𝗭𝗮𝗹𝗶𝗺 mengalahkan zayonis.


Lepas tu dia kata Kedah Agro dah bermasalah sejak 2017 lagi. Mungkin betul. Tapi masalahnya isu tak bayar gaji ni sejak 2023. Bukan sejak 2017. 2023 tu Sanusi dah 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗠𝗕.


Tahun 2020 dulu Sanusi jadi MB pun bukan melalui pilihanraya. Nak sangat jadi MB kan? Bila dah jadi tu 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Bukan orang beri dekat hang tapi hang yang 𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀. Dulu sibuk merampas bila dah dapat, merengek pula banyak masalah.


Begitulah tahap hipokrasi lebai. Dia jahat tapi dia buat cerita macam dia 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻. Permainan 𝘱𝘭𝘢𝘺 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘪𝘮 macam ni siapa yang biasa buat tuan-tuan? Jawab sendiri dah la.


Masa dia, benda yang bukan hak dia pun sibuk dia nak. Masa orang, yang sahih hak orang tu pun perit dia nak bagi. 𝗠𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗻𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺? Memalukan Islam je.


Cermin diri tu lebai. Bersihkan najis yang terpalit dekat muka tu. Jangan sibuk seluar orang koyak sedangkan kamu sendiri berbogel. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MEREKA SENDIRI YANG MENDEDAHKAN.

 



Mereka sendiri mendedahkan tembelang pemberontakan mereka selama ini dengan posting PERTAHANKAN PASTI,SRITI,SMITI WALAUPUN NYAWA KAMI HILANG SEKALIPUN !



Kerajaan MADANI PMX PH BN wajib ambil tindakan tegas dan hentikan kegilaan PN PAS menunggang BUDAK2 BAWAH UMUR dan TENAGA2 PENGAJAR bermula hari ini.Sekian lama di biarkan jadi lubuk SYIAH KAWARIJ pelampau agama ektrimis perkauman tanpa sebarang tindakan sehingga mereka jadi KADUK NAIK JUNJUNG tanpa segan silu.Mereka memfitnah dan menuduh Sekolah Vernakular sebagai perosak tetapi hakikatnya adelah sebaliknya.



Jika perlu tutup terus semua PASTI,SRITI,SMITI,MAHAD,PONDOK TAHFIZ PAS tutup ja terus atau kerajaan pusat ambil alih semuanya letak bawah KPM bukan bawah mana2 parti politik.Benda dah lama orang agak :



- Niat si PAS nak bikin "Tadika Islam" (sekali dengan penerapan fahaman politik mereka)

- TAPI tak nak keluar modal satu sen pun baik untuk tenaga pelajar, bangunan, bil utility dll. ( hanya guna modal "untuk jalan Allah, jihad" dll org2 akan benarkan)



𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗦 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗔𝗡𝗖𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟





 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗦 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗔𝗡𝗖𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟

*********************

https://www.facebook.com/ahmursi/posts/pfbid047dc7eDtuBTiPiQo9VYAL2ic8xCfC2XrjR1G4yFZ1nhiQ82hUw5XhEQeL8ffXH3ol𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦 𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗥𝗔𝗝𝗔𝟮 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨


1. Adakah PN-PAS menunggang isu hina kalimah Allah ini atau PN- PAS yang sebenarnya di belakang merancang kontroversi ini?


2. Ingat lagi apa berlaku sebelum langkah Sheraton? Jalan cerita yang hampir sama.


3. Mengapi-apikan dan menghasut isu perkauman cara PN-PAS kumpul sokongan rakyat untuk huru-harakan politik negara.


4. Sebab itu hal Khawarij ni jangan dibuat main2. Berlaku sepanjang sejarah. Api dalam sekam.


5. Sentimen kaum dan agama boleh trigger perbalahan dan hancurkan negara hanya dalam sekelip mata jika tidak dibendung.


6. Hina kalimah Allah dan Hina Raja2 Melayu kedua2nya salah di sisi Undang2. Tetapi PAS cuba normalisasikan perbuatan hina Raja2 Melayu.


7. Adakah PAS tengah cuba tukar negara kita kepada negara Ayatollah seperti berlaku di Iran?


8. Disebar kononnya 'Ulama tegur Raja disiasat, hina Islam dibiar'. Betul ke penghina raja itu Ulama Sebenar atau Ulama Politik yang ada kepentingan politik?


9. Kalau Ulama' sebenar, tidakkah dia baca Hadith Nabi saw melarang teguran secara terbuka sepertimana Haji Hadi memilih untuk kritik di fesbuk dengan fakta yang bohong?


10. Penyakit Khawarij dan Ulama Su' adalah dua penyakit yang telah diingatkan oleh Nabi saw akan berlaku hingga akhir zaman.


𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝘂𝗿𝘀𝗶



KEH.. KEH.. KEH..

 

Admin Hang Bodo




Kalau Dr. Sam boleh kata kerajaan MADANI yang tak sampai sepenggal pun gagal, jadi pentadbiran dia di Terengganu yang dah berpenggal-penggal ni macam mana pula?


Panaih takpa, jangan koyak!


#HANGBODO

#PNBEST

#drsam

#PerikatanNasional

#mbterengganu

#sanusimbkedah

#sanusimdnor

#MuafakatNasional

#Royalti



HABIH OKSIGEN... MAAQUB MAAQUB SINTOK NI NAK BINCANG PULAK KA.? YAAMPUSALAM.




MSO


 Pembangkang pernah istyhar pintu rundingan dengan kerajaan telah ditutup. Pengisytiharan itu dibuat apabila Anwar Ibrahim minta pembangkang berunding mengenai peruntukan untuk ahli parlimen.


Semalam TPM Fadhilah Yusof kata dia berbincang dengan beberapa ahli pembangkang yakni ketua mereka Hamzah Zainuddin ketua whip Takiyuddin Tembus dan Ronald Kiandde.


Kenapa tiba tiba berbincang pula. Apakah kerana ahli parlimen pembangkang dah habis oksigen dah semput. Atau pun ada perkembangan baru?


Kenapa dua pemimpin tertinggi PN ahli parlimen Paguh dan Marang tidak hadir? Boleh diterimakah apa apa putusan dalam perbincangan itu tanpa mereka berdua. 


Atau dah ada rancangan nak langgar lari terhadap ketua? Trims.



* 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗖𝗜 𝗣𝗠𝗫, 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗦𝗘𝗞𝗦? - 𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗞𝗨𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗜


Zus Din



𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗖𝗜 𝗣𝗠𝗫, 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗦𝗘𝗞𝗦 𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗞𝗨𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗜


Kepada pengecam perdana menteri, eloklah mereka berkenalan dengan buku ini, Gabriel García Márquez: A Life, untuk mengenali siapa sebenar-benarnya pengarang One Hundred Years of Solitude. 

Beliau bukan sasterawan biasa-biasa. Dipanggil Gabito, atau Gabo sahaja, pengarang Columbia ini seorang wartawan dan penggerak politik aliran kiri yang berpengaruh besar di Amerika Selatan. 


Dekat dengan Fidel Castro dan François Mitterrand, Márquez bukan kiri biasa tetapi penentang imperialisme dan kediktatoran. Beliau sentiasa tidak senang dengan tahanan politik termasuk di Cuba.


Kesasteraannya pula dibandingkan Miguel de Cervantes, pengarang karya besar Eropah dan Sepanyol, Don Quixote. Tetapi, yalah, pembaca kita bukan minat sastera sangat. Jadi tidak melekat apa makna Cervantes dan Marquez. Malah, tidak mampu membayangkannya.


DS Anwar Ibrahim tidak membaca buku lucah apabila menghabiskan novela Until August, karya terakhir Marquez yang dirancang sejak Mac 1999.


Bukan begitu tumpuan Marquez walau selalu muncul cerita anak haram, hubungan sulit, kecurangan atau pelacur dalam karyanya. 

Marquez, seperti sasterawan besar abad ke-20, mengupas persoalan kebudayaan dan politik lebih besar melalui watak dan ceriteranya. 


Beliau bercerita tentang kolonialisme Eropah dan ingatan kolektif. Beliau bercerita dengan Columbia dan Amerika Selatan. Beliau menjenakakan simpang-siur kehidupan dalam jalinan kaedah realisme magis. 


Mungkinkah darah mengembara sebegitu jauh dari tempat rendah ke tempat tinggi? Tidak mungkin, bukan? Tetapi Marquez menjadikan cerita ini menarik, lucu dan penuh siratan.


Baca ayat asalnya daripada teks adikarya itu: 

“A trickle of blood came out under the door, crossed the living room, went out into the street, continued on in a straight line across the uneven terraces, went down steps and climbed over curbs, passed along the Street of the Turks, turned a corner to the right and another to the left, made a right angle at the Buendía house, went in under the closed door, crossed through the parlor, hugging the walls so as not to stain the rugs, went on to the other living room, made a wide curve to avoid the dining-room table, went along the porch with the begonias, and passed without being seen under Amaranta's chair as she gave an arithmetic lesson to Aureliano José, and went through the pantry and came out in the kitchen, where Úrsula was getting ready to crack thirty-six eggs to make bread."


Namun bukan sahaja Gabito. Persoalan memori sering menjadi tema, misalnya The Buried Giant karangan Kazuo Ishiguro. Kesan penjajahan diangkat Abdulrazak Gurnah melalui beberapa karya, antaranya Paradise.


(Nota: Ketiga-tiga pengarang ini pemenang anugerah Nobel sastera; Marquez pada 1982, Ishiguro 2017 dan Abdulrazak pula 2021). 


Namun memori beliau sendiri yang semakin lemah dan celaru di hujung usianya menjadi perdebatan dunia tentang Until August. 


Dunia sedang membincangkan wajar atau tidak dua anaknya melanggar wasiat Marquez agar tidak menerbitkan novel ini yang dikatakan "tidak bagus". Kita di sini sibuk bincang novel ini lucah, perdana menteri tidak sewajarnya baca karya seumpama ini! 


Untuk makluman, Anwar pernah mengupas ringkas karya agung Marquez di Facebook (4 April 2020). Tulisnya: 

"One Hundred Years of Solitude (OHYS) menonjolkan sentimen antipenjajahan dan kritikan politik. Bagi Márquez, menempuhi zaman perang yang ganas dan mengerikan dengan keberadaan pemerintahan yang autoritarian ternyata sesuatu yang hampir mustahil baginya sebagai seorang wartawan. 


"Bagi mereka yang melaluinya amat sukar untuk membedakan kebenaran dan kebatilan. Ada pepatah yang mengatakan kritikan dan kreativiti harus diselitkan dengan simbolisme dalam suasana yang terkepung dengan kebejatan dan fasisme. 


"Sisi ini sering kita dipertemukan dalam pelbagai novel, filem dan karya-karya seni dari negara-negara yang tertindas. Kritikan OHYS jauh jangkauannya dan masih relevan hingga kini." 

[English version: OHYS captures the sentiment of anti-colonialism and political critique. For Márquez, living through periods of appalling violence and war which brought to power authoritarian dictatorships that imposed curfews and censorship, writing as a journalist was nearly impossible. 


It was difficult even for those who knew, to know for sure what is real and what is pure deception. 


It is a maxim that critique and creativity have to be buried beneath symbolism when confronted with restrictions in the form of dictatorship or fascism – which is why we often see some of the greatest novels, movies and art coming from highly repressive societies. OHYS critique is far reaching and often still relevant.]


Maka tidak hairanlah seseorang peminat Marquez seperti Anwar akan terus mencari karyanya, termasuk yang terbaru dan nipis, boleh dibaca cepat.


Setuju atau tidak, bagus atau tidak, akan dinilai selepas membaca. Tetapi memang sukar diharapkan daripada seorang pengarang yang bersenjatakan ketajaman memori sewaktu ingatannya sudah merosot. 


Sebab itu Anwar menulis: "Until August is a fine read albeit failing to rise to the lofty heights of Gabo’s greatest but I’m not complaining: the classic traits of a great novel still remain, particularly the art of spinning the yarn."


Kredit tulisan Ustaz Fathi Aris Omar


#asratkongsi #AnwarIbrahim



MALAYSIA PUNYA KELOMPOK ISLAM PALING KUAT LAM DUNIA. KELOMPOK MENGHUKUM... DAKWAH BERJALAN ATAU TIDAK?


 Nik Hasyudeen


Ramai mana musuh menjadi tokoh Islam selepas pembukaan kota Makkah


Saya menjadikan peristiwa yang berlaku di dalam bulan Ramadhan tahun ke 8 hijrah ini sebagai satu panduan berkenaan pemikiran strategik dan juga konsep ihsan yang ada dalam agama ini. Tentunya ada yang berpandangan berbeza tetapi peristiwa ini memandu saya di dalam kehidupan.


Apabila Quraisy menyerang sekutu umat Islam, Bani Khuza’ah, mereka telah melanggar perjanjian Hudaibiyah. Ini memberikan alasan bagi Rasulullah SAW bersama kira-kira 10,000 tentera Islam untuk menyerang Quraisy di Makkah.


Kita semua tentunya sudah arif akan peristiwa ini. Tidak ada peperangan yang berlaku dan umat Islam telah dapat menguasai Makkah tanpa pertumpahan darah.


Di dalam khutbah di hadapan Ka’abah, Rasulullah SAW telah mengampunkan masyarakat Quraisy yang selama ini menjadi musuh Islam. Ini merupakan satu kejutan kerana pihak Quraisy tahu mereka bukannya sekadar menghina Allah dan Islam tetapi telah memerangi umat Islam. Mereka sudah bersedia untuk dihukum kerana itulah amalan mereka di ketika jahiliyyah. Tak boleh kasi peluang kepada musuh.


Elok saya ingatkan bahawa sebelum pembukaan Makkah, pihak Quraisy telah, antara lain:


1. Menyiksa dan membunuh para sahabat yang awal seperti Sumayyah dan suaminya Yassir. Rasulullah SAW berada di kedudukan yang lemah dan hanya mampu menyuruh mereka bersabar dan menjanjikan mereka syurga


2. Menghina Rasulullah SAW seperti meletakkan perut unta di atas kepada baginda di ketika baginda bersolat


3. Membuat perjanjian yang berat sebelah sehingga ada orang Islam yang berjaya melepskan diri selepas perjanjian Hudaibiyah kena dihantar pulang ke Makkah walaupun dia merayu-rayu dengan penuh harapan


4. Berperang dengan umat Islam seperti di dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandak. Berapa ramai orang Islam yang dibunuh Quraisy termasuk bapa saudara Nabi, Hamzah bin Abdul Mutallib yang amat disayangi oleh Nabi


Misi Nabi ialah untuk menyebarkan iman dan menyelamatkan manusia dari api neraka. Iblis pula berusaha sebaliknya, mahu membawa seramai mungkin anak-anak Adam ke neraka. Peristiwa ini dan juga harapan Nabi agar zuriat orang-orang Taif yang mencederakan baginda untuk beriman di masa hadapan merupakan contoh pemikiran strategik dan kesetiaan kepada misi yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pun.


Di dalam peperangan Uhud, pihak Quraisy dipecahkan kepada 3 ketumbukan yang masing-masing dipimpin oleh Khalid al Walid, Abu Suffian dan Ikrimah bin Abu Jahal. Di ketika Fathul Makkah ini, Khalid sudah beriman. Rasulullah SAW meraikan Abu Suffian sebagai pembesar Makkah dan mengisytiharkan sesiapa yang berlidung di rumah Abu Suffian akan selamat. Kita kena ingat isteri Abu Suffianlah yang menjadi tokoh konspirator yang mengulah Wasyi untuk membunuh Hamzah.


Pada awalnya Ikrimah menolak Islam dan melarikan diri dari Makkah. Dia telah dimasukkan ke dalam senarai yang jika kita guna istilah cowboy, “wanted, dead or alive”. Dipendekkan cerita, akhirnya dia memeluk Islam dan menjadi seorang sahabat Nabi yang hebat dan syahid di dalam peperangan Yarmuk di dalam satu episod yang amat menyayat hati.


Pemikiran strategik dan ihsan yang dipemirkan oleh Rasulullah SAW di dalam pembukaan Makkah kena menjadi tauladan kita semua. Di dalam kemenangan baginda beristighfar, bukannya marah-marah dan nak membalas dendam.


Misi menyebarkan iman dan membebaskan manusia dari api neraka ini sekarang diwarisi oleh kita. Jadi, kita kena berfikir panjang dan mempamirkan adab yang paling mulia untuk menarik orang lain kepada agama kita.


Tentunya kita pernah dengar “orang yang belum beriman tidak membaca Al Quran dan mentelaah hadis, mereka memerhatikan kita sebagai mewakili agama yang mulia ini”. Jadi, adalah setiap tindakan kita selari dengan misi Rasulullah dan perangai sebagai wakil agama?



MERAIKAN RAKAN MEDIA

 Malam ini saya dan Azizah meraikan rakan-rakan pengamal media daripada pelbagai agensi ketika Majlis Berbuka Puasa MADANI di Putrajaya.


Dalam majlis ini, saya bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada 20 pengamal media yang uzur dan dihimpit pelbagai kesulitan.








Saya juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama rakan-rakan lama, wartawan dan pengurusan tertinggi dalam pelbagai agensi media cetak, dalam talian, televisyen dan radio sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah.


Saya percaya media punya peranan penting dalam mengangkat martabat negara dan membantu melonjak pertumbuhan ekonomi negara. 


Saya turut nyatakan keterbukaan untuk menerima teguran dan pandangan yang berpaksikan hujah dan fakta dalam suasana demokrasi bermakna.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang bekerjasama dan turut hadir menyantuni pengamal media dan menjayakan majlis pada malam ini.


#MalaysiaMADANI



WALAUN TAK DAK LAIN... TAK FIKIR KA KERJA GAJI 500 MEMANG TAK CUKUP... KITA NAK MARTABATKAN ISLAM. TAPI LEKEH BAB KEMUDAHAN


 

LAMA DAH HADI NI...


 

DAH CAKAP DAH.....


 

SUKA MAIN ISU PERKAUMAN.. TINGGALKAN MEREKA.









 Yang gali kubur sendiri ialah yang suka mainkan isu perkauman.


Negara ini akan rosak oleh penunggang agama yang memainkan isu perkauman.


Hindari mereka.


Kalahkan mereka.


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



HUJAH PALING TERUK

 

Asyraf Jeffery


Lagu kes KK Mart,alasan terlepas pandang adalah hujah yang paling tidak cerdik untuk sebuah syarikat runcit yang besar. Mari saya terangkan. 

.


Benar,dalam kedai runcit termasuk kedai komputer, akan ada satu sistem consignment iaitu pembekal akan letak produk di kedai,kalau laku baru pekedai dicaj,jika tidak, produk akan diambil semula. 

.


Untuk kedai yang besar dan trafik tinggi seperti KK Mart, pasti pembekal kena bayar sewa ruangan untuk letak produk mereka secara consignment, ini adalah kuasa yang anda akan dapat kalau bisnes anda bagus. Bahkan, setiap ruang kosong di dinding, signage pun akan disewa oleh pembekal atau pemilik produk. Lagi best, pekedai boleh letak syarat yang duit jualan hanya dibayar selepas sebulan atau dua bulan dari tempoh transaksi.

.


Persoalannya sekarang,adakah pembekal boleh letak apa-apa barang di ruangan yang disewa? 

.


Jawapannya tidak. Biasanya hanya produk-produk yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Belah pekedai,walaupun mereka sudah untung dari hasil sewaan tapi mereka juga ingin produk yang laku keras sahaja diletak. Kalau boleh untung RM1000, kenapa nak untung RM500 sahaja? Lagipun mereka kena semak silang supaya tidak berlaku pertindihan produk antara pembekal A dan pembekal B supaya semua produk laku.

.


Persoalan kedua,bila barang masuk,apakah yang dilakukan oleh pekedai?

.


Walaupun produk itu hanya produk consignment, ia tetap perlu dimasukkan ke dalam sistem pekedai supaya dapat kawal inventory bagi tujual report dan juga sell out. Jika tidak,daftar produk pembekal dan pekedai tidak akan sama, pasti berlaku pergaduhan.

.


Jadi,ketika produk didaftar masuk ke dalam sistem syarikat,orang yang bertanggungjawab akan semak satu per satu dan mungkin di sinilah berlaku isu terlepas pandang yang membawa kepada isu ini. 

.


Bahkan jika difikirkan semula, pihak kilang pun sama. Mereka yang buat pesanan kepada kilang di China, kilang di China buat dan hantar kepada mereka. Kemudian, mereka kena semak dam daftar setiap item yang sampai supaya sama dengan apa yang dipesan. Saya percaya,kilang di China tidak akan hantar design yang tidak dipesan, ini bukan cerita tahun 2000 tapi ini 2024. Orang di China,buat kerja, 100 kali lagi bagus dan efisyen dari kita.

.


Saya tidak pasti apa niat kilang buat sebegini tetapi kesalahan yang dibuat oleh KK Mart tidak boleh dimaafkan dengan mudah.

.


Kepada kawan-kawan berbangsa Cina, anda kena faham satu perkara. Kami tidak membenci atau marah dengan anda. Kami marah dengan satu entiti yang menghina Islam yang kebetulan, pemiliknya berbangsa Cina. Percayalah, kalau yang hina Islam itu orang Melayu Islam sekalipun,kami akan turut marah. Cuba check berapa banyak kes orang Melayu Islam yang hina Nabi dan Tuhan kami dibawa ke muka pengadilan. Banyak! 

.


Sekali lagi,ini bukan isu bangsa tetapi ini isu Agama. Bagi kami Agama kamu,bagi kami Agama kami. Agama kami merentas bangsa.Untuk pengetahuan anda, orang pertama yang membawa isu ini naik ke atas adalah Bro Firdaus Wong, seorang Muslim berbangsa Cina. 

.


Semoga Malaysia aman dan tenteram dari tangan-tangan jahat.



TERIMA LAH HAKIKAT.

 




Tak nak terima hakikat. Kenyataannya guru PASTI 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Mereka cuba perjuangkan hak mereka tapi walaun anggap benda ni macam fitnah.


Sebab apa? Sebab walaun dah 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Sebab tu dia fikir orang lain pun sama.


Eh buang masa la nak fitnah PAS. Sebab terlampau banyak 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗔𝗦. Tak payah kita nak bongkar. 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 yang buat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAK LAMA KENA LA NI.


Jamzuri Ardani


 Saya dimaklumkan SPRM sedang membongkar satu sindiket besar yang sangat berpengaruh.


Kudos kerajaan madani.




PADA ORANG LAIN NAMPAK.



Mohd Noazlan


 Kalau di Pulau Pinang atau Selangor ada la pihak menyalak DAP aniaya peniaga Melayu dan Islam.


Di Kedah tidak pula menyalak PAS aniaya peniaga Melayu dan Islam.


Hakikatnya semua pihak tertakluk kepada undang-undang dan bukan dipengaruhi oleh sentimen kaum dan agama dengan dakwaan peniaga Melayu dan Islam ditindas.



SIAPA BAGI DUIT KAT MAAQUBSINTOK NI..MEMANG BODO 7. KETURUNAN.

 


W. Faudzin


Ni tektik lamo dari dulu laie.  Nak tunjuk kito ni susah, takdo duit.  Keto pun nak jual dah.  Bolo ayam tak jadi.  Jual power bank pun tak laku.  Dapek jawatan dlm Mara dulu pun kojap yo, pehtu kerajaan tobok atap tumbang dlm pilihanrayo.  Menghaso la kojap pakai kot dan tie.  Itu pun sobab jilat jemin semburit dgn mak lampir. 


 Tak borkat tu yang susah skrg ni.  Dok kato pmx dajal, tapi pmx relaks yo.  Dio yg jadi bangsat skrg ni.  Mulo la balik buek muko kesian, cerito kek orang dio takdo duit.  Muhasabah la chegu ayam.




KAPIR HARBI


Jamzuri Ardani.


 Istilah 'kafir harbi' adalah istilah politik yang dicipta oleh generasi terkemudian lama i kewafatan Ar Rasul SAW dan bukannya istilah syara'.  


Ianya tidak punya sebarang sumber rujukan khusus dari Quran dan Sunnah Nabi SAW. Ia digunakan oleh umat Islam pada suatu waktu tertentu bagi keperluan politik waktu itu. Suasana dan keperluan politik hari ini tidak lagi sama dengan politik waktu itu. 


Ar -Rasul SAW tidak pernah sekalipun menggunakan istilah 'kafir harbi' terhadap mana-mana golongan non-muslim.  


Baginda hanya menggunakan istilah 'ahlul dzimmi' dan 'ahlul mu'ahad' ke atas non-muslim yg bernaung dan mengadakan perjanjian dengan orang Islam.