MERAIKAN RAKAN MEDIA

 Malam ini saya dan Azizah meraikan rakan-rakan pengamal media daripada pelbagai agensi ketika Majlis Berbuka Puasa MADANI di Putrajaya.


Dalam majlis ini, saya bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada 20 pengamal media yang uzur dan dihimpit pelbagai kesulitan.








Saya juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama rakan-rakan lama, wartawan dan pengurusan tertinggi dalam pelbagai agensi media cetak, dalam talian, televisyen dan radio sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah.


Saya percaya media punya peranan penting dalam mengangkat martabat negara dan membantu melonjak pertumbuhan ekonomi negara. 


Saya turut nyatakan keterbukaan untuk menerima teguran dan pandangan yang berpaksikan hujah dan fakta dalam suasana demokrasi bermakna.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang bekerjasama dan turut hadir menyantuni pengamal media dan menjayakan majlis pada malam ini.


#MalaysiaMADANI



No comments: