AMK lancar skuad khas, guna bot hantar bantuan banjir

AMK lancar skuad khas, guna bot hantar bantuan banjir


KUALA LUMPUR 6 DIS: Skuad khas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dilancarkan hari ini bagi misi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

“Seramai 50 anggota skuad khas AMK akan bergerak ke Kuantan hari ini bagi misi kemanusiaan,” kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

AMK_Banjir2
Ketua AMK, Shamsul Iskandar (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada wakil Skuad Khas
Julailey Jemadi berkata, sebuah lori 10 tan digunakan untuk menghantar bantuan termasuk makanan dan barangan keperluan asas.

“Bagi AMK Pulau Pinang dan Johor mereka ada menyumbangkan empat buah bot untuk membantu mangsa banjir di sana,” katanya.

Tambah Julailey, misi pertama dijalankan selama dua hari dan AMK merancang untuk bantuan seterusnya dalam bentuk alatan pembersihan rumah.

“Kita akan atur untuk bantuan lain seperti pembersihan rumah dan sebagainya.
“Berkenaan negeri-negeri lain yang turut dilanda banjir, kami dalam perancangan menghantar bantuan ke sana,” kata Julailey.

Sumbangan bantuan bencana banjir AMK Malaysia boleh disalurkan melalui:

No. Akaun Maybank: 1621-7967-8902
Atas nama: Puan Zara Zahari (Timbalan Bendahari AMK Malaysia)
Sila hubungi: 017-3910167 (Puan Zara)

Kerajaan lewat bantu mangsa banjir Kuantan – Fuziah

Kerajaan lewat bantu mangsa banjir Kuantan – Fuziah

KUALA LUMPUR  DIS: Kerajaan pusat lambat bertindak bagi membantu mangsa banjir di Kuantan dan negeri-negeri pantai timur, kata ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh

” Kalau perlu notis selama 2 hari, banjir pun dah surut,” kata Fuziah pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Beliau terdahulu mengemukakan usul supaya darurat diisytiharkan di kawasan terlibat banjir, namum kesal apabila usul ditolak atas alasan ia perlu dibuat dengan mengemukakan notis bertulis dua hari.fuziah
“Soal kecemasan yang berlaku takkanlah memerlukan notis dua hari,” ujarnya kesal.
Menurut Fuziah, keadaan sekitar Kuantan dan beberapa kawasan lain seperti Paya Besar dan Indera Mahkota dalam keadaan sangat kritikal dan memerlukan bantuan segera.

Selain terputus bekalan elektrik, keadaan tambah parah apabila ada penduduk yang kelaparan kerana sudah kekurangan bekalan makanàn.