Siapa yang patut kita undi pada pilihan raya akan datang?

 


Kita kini perlu mempertimbangkan pelbagai faktor yang lebih luas dalam menjadi pengundi yang lebih berpengetahuan






ANIL NETTO/ALIRAN

Pilihan raya yang sengit dipertandingkan di enam negeri telah berakhir.

Seperti dijangka, kerjasama Pakatan Harapan-Barisan Nasional mengekalkan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional mengukuhkan cengkamannya di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Pelbagai analisis telah mengkaji lonjakan undi Melayu-Islam kepada PN serta pengukuhan sokongannya. Mereka juga melihat kesan daripada keputusan ini kepada “kerajaan perpaduan” Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Rundingan pasca pilihan raya di mana wakil parti akan menerajui pelbagai kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah, kerana calon dan parti yang menang menjangkakan akan diberi ganjaran dengan jawatan dalam kerajaan negeri.

Pengundi kini akan mengharapkan pemenang untuk memenuhi janji pilihan raya mereka. Dalam kempen dua minggu itu, ahli politik dari pelbagai gabungan telah berjanji untuk meningkatkan ekonomi dan memperbaiki keadaan hidup.

Naratif yang berterusan sepanjang kempen ialah kepentingan dalam mereformasi sektor utama ekonomi di peringkat persekutuan dan negeri.

Selepas perbahasan dan perbincangan sengit yang dicetuskan oleh pilihan raya umum 2018 dan 2022, kini kita perlu meneruskan wacana ke arah isu khusus dalam setiap negeri.

Ini memerlukan pemahaman yang dalam tentang persempadanan antara kuasa kerajaan persekutuan dan negeri.

Untuk ekonomi terus berkembang maju, penyelarasan dan kerjasama yang lebih erat antara peringkat tadbir urus persekutuan dan negeri diperlukan.

Seorang rakan mengemukakan soalan yang penting pada hari pengundian: “Kebanyakan orang mengundi dengan harapan bahawa kerajaan akan membantu memperbaiki keadaan dari segi ekonomi. Tapi bagaimana anda memutuskan parti mana yang layak mendapat undi anda?

Mereka semua cuba melakukan perkara untuk menjadikan diri mereka kelihatan baik apabila mereka memerlukan undian, tetapi selepas mereka menang, adakah mereka akan terus melakukan perkara yang sama?”

Soalan ini pastinya relevan kepada ramai di antara kita.

Tetapi pertelagahan yang telah merosakkan negara telah mendominasi perbincangan selepas pilihan raya mengenai masa depan Malaysia.

Ia menimbulkan lebih banyak persoalan. Apakah yang telah menghalang trajektori ke hadapan kita ke arah demokrasi yang sihat? Adakah kita bergerak ke arah yang betul?

Memutuskan siapa yang hendak diundi adalah tanggungjawab yang besar. Ia memerlukan kita untuk mempertimbangkan gabungan pelbagai faktor sebelum kita membuang undi.

Menambah kebimbangan kita bersama ialah persoalan ekonomi yang menyeluruh. Adakah undi kita akan meningkatkan kesejahteraan jangka panjang rakyat secara holistik?

Lebih banyak soalan yang mendesak terus berlarutan. Kepada siapa kita percayakan undi kita dalam pilihan raya akan datang? Apakah prinsip yang akan membimbing pilihan kita?

Patutkah kita menjadi lebih strategik dalam berikrar taat setia kepada mana-mana calon yang diletakkan oleh parti politik atau gabungan pilihan kita?

Atau patutkah kita mengundi mereka yang kita fikir boleh meningkatkan kualiti hidup kita?

Secara dasarnya, ia adalah soal membuat pilihan dengan penuh kefahaman selepas mempertimbangkan pelbagai faktor.

Peratusan keluar mengundi yang besar dalam pilihan raya negeri baru-baru ini adalah bukti penglibatan sivik di Malaysia. Ia sesuatu yang boleh dibanggakan.

Kita telah melalui pergolakan serta ketidaktentuan politik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kita kini perlu mempertimbangkan pelbagai faktor yang lebih luas dalam menjadi pengundi yang lebih berpengetahuan dalam pilihan raya akan datang.

Khoo Ying Hooi
Editor bersama, surat berita Aliran
15 Ogos 2023

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme


[berita baik] BERITA BURUK BUAT MP YANG PONTENG! GAGAL BATAL SAMAN RM33....


Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Johari Abdul, berkata pihaknya sedang berusaha Agar denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas ahli Dewan Rakyat yang melakukan kesalahan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000. Melalui pindaan tersebut, mana-mana ahli Dewan Rakyat yang membuat atau bertindak melanggar peraturan parlimen boleh dikenakan denda selain digantung tugasnya. Memetik laporan MalaysiaKini, ketika ucapan perasmian majlis Syarahan Parlimen 3.0: Membina Semula Negara Melalui Pembaharuan, Johari berkata -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah gagal dalam usaha mereka membatalkan saman berbilion ringgit yang dikemukakan 1MDB terhadap mereka. 1MDB menyaman kedua-duanya atas dakwaan pecah amanah dan konspirasi. Pesuruhjaya Kehakiman Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menolak permohonan Arul Kanda dan Irwan untuk membatalkan saman itu dengan berkata, kes itu bukanlah sesuatu yang boleh diputuskan secara ringkas. “Mahkamah perlu dengar keterangan daripada saksi,” katanya.



HAAAA...NI LAGU MANA NIH


kenapa walaun suka beniaga di SHA ALEY? apa istimewanya sha aley ni hingga menjadi port dan sarang para walaun.. walaun yang bencikan dsai dan derhaka menentang raja dan sultan tapi masih nak berniaga di negeri kita ,, nak suruh siapa yang beli produk mereka?

SIMPAN DUIT ANDA!!! BELI TEMPAT LAIN. KITA RAKYAT SHAH ALAM DAN SELANGOR MESTI SATU HATI UNTUK BUNGKUS WALAUN2 NI IKAT TEPI DAN HANTAR MEREKA PULANG SECARA PUKAL. JANGAN BIARKAN MEREKA MEMBIAK DAN TUKAR ALAMAT MENGUNDI KE SHAH ALAM. SELAMATKAN NEGERI KITA. SELAMATKAN SHAH ALAM KITA.

#BOIKOTBISNESWALAUN

#boikotkedaiwalaun

#boikotwalaun

#hantarmerekapulang

 


 

PEMBOHONG DAN KITA GERAK KEHADAPAN



 Selepas buat macam2 video memfitnah dan kemudiannya mengaku telah ambik alih kedai ni tiba2 hari ni kata tak ada kena mengena dengan tukang buat fitnah pula.


Ayok teruskan kempen boikot mana2 saja kedai yang terlibat dengan tukang fitnah.


UBAH CITARASA

 






1. Mukarami Coffee seksyen 13 Shah Alam

2.Bik Garage Senawang

3. 49 FOURTYNINE Cafe Kelantan

4. Mamadil

5. Pak Mat Western

6. PASTI - Dana party/YB walaun

7.

8. Petronas petaling utama/kfc - Yb walaun

9.Restoran UAK - lebai walaun

10.Nasi ayam kampong Hassan

11.MZTP bengkel walaun kat penang

12.Sukri Setin

13. Faiz darai

14.Buko Pinoy Style

15.Gerai Raso Kelate Rawang

16.Azra Bundle

WALAON KOYAK

 


Ramai walaon koyak
rabak isu Sanusi pegang 8 (LAPAN) portfolio. Terus dia share MB di negeri PH.

Sebenarnya benda tu bukan pelik pun. Selama ni memang biasa MB pegang banyak portfolio. Tapi kali ini jadi isu disebabkan kulit si Syahir tu.

Dia kononnya nak kutuk PMX yang pegang jawatan Menteri Kewangan. Siap bandingkan dengan ketua kampung. Sekali MB dari parti dia lagi banyak.

Kalau Syahir tak tunjuk dangkal, rak ada orang kisah pun. Penggal sebelum ni pun Sanusi pegang lebih 5 portfolio juga. Tak jadi isu pun kan?

Ini masalah dengan PAS. Selalu tunjuk pandai tapi akhirnya sendiri nampak bodoh. PAS kena belajar kurangkan bercakap dan lebihkan bait kerja. Guane boh?

Raja Gelap

 \

Bersatu tanding Pulai, PAS di Simpang Jeram

 Mohamad Fadli -


Calon Bersatu Zulkifli Jaafar akan bertanding di Parlimen Pulai dan Mohd Mazri Yahya daripada PAS di DUN Simpang Jeram.


Sekolah Politik: Bawa politik nilai perjuangan utama KEADILAN




 Perkara yang membezakan KEADILAN daripada kebanyakan parti lain adalah pembawaan politik nilai dalam perjuangan dan gerak kerja sehariannya.


Politik nilai, berbeza dengan politik tohmah caca marba yang dibawa pembangkang demi mendapatkan sokongan popular.


Menurut Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, politik nilai adalah gerakan membina minda ahli politik dan penyokong parti ke arah membentuk negara bertamadun.


Sehubungan itu, beliau melaksanakan satu platform Sekolah Politik untuk melatih ahli ahli politik KEADILAN mengamalkan politik nilai dalam praktik perjuangan mereka.


"kita berjalan dalam bidang politik, tetapi kita biar ia berlalu begitu sahaja. Tiada inisiatif untuk berubah dan sedangkan kita berada dalam cycle of influence. Kita rasa di mana kita boleh pengaruhi supaya politik nilai boleh dilaksanakan mengikut apa yang kita ada.


"Saya nak bawa semua kembali semula kepada niat. Niat kita masukm politik mungkin berbeza beza. Pada saya, niat kita masih kekal untuk jadi insan bertakwa.


"Insan dipandang mulia oleh Allah. Duduk di mana pun, sebagai ahli politik, peniaga, guru, tetapi nilai di sisi Allah nak duduk di mana. Itu niat perlu diperbetulkan," katanya.


Rodziah berkata, adalah perlu ahli politik mempunyai niat yang betul dalam perjuangan dan kemudian mengemudi negara berdasarkan niat tersebut apabila telah menang dan dilantik ke dalam jawatan kerajaan.


"Niat kita itu tanam betul betul. Isu sekarang, apakah niat dan impian, cita cita itu selari dalam kehidupan? Impian dan cita cita itu kita kejar, tetapi kalau tidak kita pasakkan niat yang betul kita tidak akan pergi ke arah yang betul," katanya lagi.


Sebanyak 31 peserta diambil dalam Cohort 1 Sekolah Politik berkenaan.


Sepanjang pembelajaran bermula bulan Januari 2023 dan berkakhir pada bulan Ogos 2023 sebanyak 8 modul digunakan.


Rodziah mengucapkan terima kasih kepada Zahariman Arifin selaku pensyarah yang komited meluangkan masa dan tenaga untuk mengajar Sekolah Politik tersebut.


Sementara itu Cohort 2 akan berlangsung dan masih lagi dibuka penyertaannya.

Ahli Parlimen Batu beri jaminan selesaikan isu Pasar Borong KL




 Oleh: Abdullah Zaid


Rentetan bantahan projek pembangunan blok baharu oleh gabungan persatuan Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Menurutnya, petisyen berkenaan diserahkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh bagi mengetahui maklumat terperinci mengenai projek berkenaan.


"Apa pun saya minta pihak DBKL atau Datuk Bandar berjumpa dengan peniaga atau persatuan di Pasar Borong Kuala Lumpur untuk berbincang dan semak semula untuk mendapatkan hala tuju yang sama," katanya dalam sidang media semalam..


Tambahnya, berdasarkan pengalaman pembangunan pasar borong di ibu kota itu, projek dilaksanakan tanpa pandangan atau libat urus daripada pihak peniaga sebagai pengguna kepada fasiliti yang dibangunkan.

P Prabakaran

"Sebagai contoh di Pasar Selayang, disebabkan ada masalah komunikasi dengan peniaga tapak yang dibuat pemaju lebih kecil.


"Jadi saya selaku Ahli Parlimen bersama pegawai Perdana Menteri akan membawa isu ini untuk cari titik penyelesaian 'win-win situation' (menang-menang).


"Tarikh sebenar tapak cadangan di parkir sedia ada di sini mahu dibangunkan tidak diberitahu tetapi saya difahamkan akan bermula secepat mungkin jika mendapat kelulusan DBKL, sebab ada bantahan, jadi masih tertangguh," katanya.


Untuk rekod, semalam, gabungan Persatuan Pasar Borong Kuala Lumpur menyerahkan petisyen kepada Ahli Parlimen Batu itu bagi membantah projek pembangunan blok baharu pasar borong tersebut.


Dakwa mereka, pembangunan projek berkenaan dibimbangi akan menjejaskan 448 peniaga sedia ada membabitkan 168 gerai pemborong ikan, 216 pemborong sayur dan 64 pemborong buah-buahan.