SUBSIDI BERSASAR

 Tajuk Subsidi Bersasar :


Mohd Shah Rim


Aku tulis berdasarkan fakta yang boleh dirujuk dari laporan media mengenai subsidi khasnya melibatkan bahan api iatu diesel dan petrol.

 

Subsidi semua bahan api ditamatkan pada 1 Dis 2014 oleh Perdana Menteri ketika itu  DS Najib Razak  kerana harga bahan api dunia yang rendah dan harga diapungkan mengikut harga pasaran. (https://www.malaysiakini.com/news/436953)


Subsidi bahan api diperkenalkan semula oleh Kjaan PH 1.0 pada 2018 yang diterajui Mahathir M.


2024 program subsidi bahan api bersasar akan dilancarkan selewatnya Julai 2024.


Apa yang dilakukan PMX telah dilakukan Perdana Menteri sebelum ini cuma kali ini token dalam bentuk wang tunai disediakan pada golongan B40 dan M40 yang terlibat.



MALAYSIA PASARAN KERETA.



MSR


 Penduduk Indonesia - 275 juta

Penduduk Thailand - 72 juta.

Penduduk Malaysia - 34 juta.




TAK KHIANAT BUKAN PAS... KINI MEREKA SIBUK NAK RAMPAS KERUSI BERSATU


 

JANGAN DENGKI

 

DENGKI?



Penat lelah bekerja bertungkus lumus di KKM tidak pernah saya harapkan balasan dunia. Tapi bila penglibatan saya menjadi pelatih kepada doktor-doktor pakar dipersoal, saya sangat sedih. Ada suara-suara sumbang menyatakan doktor di KKM hanya tahu bekerja, bukan mengajar. 


Tahukah anda semua kami hari-hari melatih, mengajar sambil bekerja?  


Golongan kayangan ini DENGKI? Mengapa? Kami tidak buat apa pun! Berilah kami peluang terus melatih doktor-doktor pakar. Berilah peluang doktor-doktor muda menjadi pakar dengan laluan parallel, iaitu latihan dibawah pengawasan KKM dan peperiksaan luar negara (duit sendiri). Doakan kami dapat teruskan parallel pathway ini untuk menghasilkan lebih ramai pakar di negara kita.


Hina sangat ke kami di KKM? 


Rafidah Abdullah



BUNGA BUNGA NAK KHIANAT KAWAN.... GITU LA DULU DULU PUNG.... PUNGGAH...


Saiful Nizam


 PAS sedia tanding di tujuh kerusi wakil Bersatu yang telah menyokong PMX


PAS telah menyatakan hasrat untuk bertanding di tujuh kerusi wakil Bersatu yang paling tadah. Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bertanding dalam enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN yang dijangka akan dikosongkan susulan tindakan wakil rakyat Bersatu yang menyokong Anwar Ibrahim.


Bagaimanapun, tindakan PAS ini dilihat akan menimbulkan pertikaian dalam Perikatan Nasional (PN), dengan anggota parti lain merasa diabaikan dan PAS dianggap sebagai tamak kuasa.


Tindakan PAS ini menunjukkan sikap egoistik dan tidak menghormati kerjasama dalam gabungan PN. Ini bukan sahaja merosakkan imej politik mereka tetapi juga memberi contoh buruk kepada rakyat. Rakyat sudah bosan dengan permainan politik mereka yang tidak berkesudahan.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



PARALLEL PATHWAY


TERIMA KASIH YB Dr Dzulkefly Ahmad


Rafidah Abdullah



Waalaikumsalam.


Saya tidak mudah percaya kepada sesiapa. Namun, Datuk Seri Dzul adalah antara yang saya amat hormati dan begitu percaya. 


Pada mulanya saya gusar, apakah permainan sandiwara golongan kayangan tapi dapat jawapan dari YBMK sendiri di laman X.


Beliau telah beri maklumat isu berkait kepada PMX untuk permulaan perbincangan Kabinet Rabu ini, 29 Mei (typo tu) dan seterusnya kelulusan Memo Jemaah Menteri pada 5 hb Jun.


Terima kasih YBMK, juga YBM DS Diraja Dr Zambry Abd. Kadir yang begitu komited menyelesaikan isu parallel pathway.




PEMBANGKANG YANG BIJAK DAN KUAT LEBIH PENTING DARIPADA KERAJAAN YANG KUAT

 


Sering kita mendengar ungkapan yang mengatakan kerajaan yang memiliki majoriti yang kukuh adalah kerajaan yang lebih baik buat rakyat.


Keadaan itu digambarkan kerana kerajaan disebut dikatakan mampu berbuat apa saja untuk membantu rakyat.


Maka itu, di mana-mana juga negara demokrasi di dunia ini, keghairahan untuk memiliki majoriti yang kukuh itu sentiasa menjadi keutamaan kepada mana-mana parti yang berjaya menubuhkan kerajaan.


Tetapi, sering kita terlupa, kerajaan yang kukuh juga selalunya menyumbang kepada berlakunya perkara-perkara tidak baik seperti rasuah, penyelewengan, nepotisme, kronisme, pemimpin bersikap diktator, pemimpin jadi sombong dan tidak memperdulikan penyokong bawahan.


Syaitan paling besar bila menjadi kerajaan ialah kuasa dan kerana kuasa itulah kerap menjadikan seseorang pemimpin itu lupa diri, besar kepala dan merasakan “dunia ini ana yang punya”.


Dalam erti kata lain, dengan majoriti yang kukuh, lebih-lebih lagi jika terlalu kukuh, ia seumpama lesen besar untuk sesebuah kerajaan, khusus pemimpin utamanya melakukan apa saja melalui kuasa yang dimiliki itu bagi memenuhi nafsu sendiri.


Sudah banyak contoh berlaku di dunia ini di mana parti yang berjaya menjadi kerajaan, kemudian kerana kukuhnya majoriti yang dimiliki itu dan berjaya pula berkuasa dalam tempoh yang lama, selalunya ia akan diikuti dengan berlakunya amalan-amalan tidak baik yang disebutkan di atas tadi.


Di negara kita pun, sudah banyak contoh di mana pemimpin yang berjaya memiliki majoriti yang kukuh dan lama memerintah, sama ada di peringkat pusat atau negeri, yang nyata akhirnya ia lebih menyebabkan ramai kerabat dan sahabat dekat pemimpin berkenaan berjaya menjadi golongan kaya raya dalam tempoh yang singkat.


Pemimpin berkenaan sendiri turut didapati jadi maha kaya, malah memiliki banyak hartanah di dalam dan luar negara.


Terbukti bahawa majoriti yang kukuh itu bukanlah benar-benar untuk manfaat atau membantu rakyat, tetapi lebih untuk membantu diri dan keluarga pemimpin itu sendiri.


Sebetulnya, untuk melakukan kebaikan atau membantu rakyat, sesebuah kerajaan tidak perlu pun kepada majoriti yang kukuh kerana semua pihak, termasuk pembangkang, pasti akan menyokong walau sekecil mana sekali pun kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan.


Paling tidak, jika perkara baik yang dilakukan kerajaan, rakyat atau pengundi pasti akan terus menzahirkan sokongan.


Untuk memastikan kerajaan melakukan perkara-perkara yang baik, apa yang penting sebenarnya ialah dengan memastikan ada pembangkang yang kuat.


Pembangkang yang kuat mampu mengawasi kerajaan daripada melakukan perkara-perkara tidak baik – mengkayakan diri sendiri, mengamalkan kronisme, nepotisme, rasuah, penyelewengan, menjual sesuka hati harta serta syarikat kerajaan kepada pihak luar, bersikap sombong, tidak memperdulikan penyokong dan pelbagai yang lain lagi.


Bahkan dengan memiliki pembangkang yang kuat, pemimpin yang berada dalam kerajaan sudah tentu akan menjauhi semua amalan tidak baik kerana jika tidak, mereka tidak disokong lagi dalam pilihan raya seterusnya atau lebih buruk, mungkin akan didakwa di mahkamah selepas berlaku pertukaran kerajaan.


Dengan yang demikian, memiliki pembangkang sentiasa kuat adalah lebih baik buat rakyat.


Pembangkang yang kuat tidak menambah apa-apa kuasa kepada mereka, sebaliknya mampu menjadikan mereka lebih bersuara demi kesejahteraan rakyat.


Ia berbeza daripada memiliki kerajaan yang kuat, kesejahteraan pemimpin dan keluarga mereka biasanya lebih tertonjol berbanding kesejahteraan rakyat.


Sejak 2008 sebelum berjaya menjadi kerajaan, PH telah tampil sebagai pembangkang yang kuat dan ternyata, bukan sedikit kebaikan telah disumbangkannya demi rakyat dan negara.


Banyak penyelewengan, skandal dan pembaziran melibatkan pemimpin kerajaan berjaya didedahkan, malah ada yang sampai dipenjarakan akhirnya.


Kini, PH berjaya mengetuai kerajaan dan ini tidak bermakna, pembangkang yang kuat sudah tidak diperlukan lagi.


Sepanjang masa, pembangkang yang kuat adalah diperlukan kerana walau sesuci mana sekali pun seseorang pemimpin itu sebelum mendapat kuasa, mereka bukanlah malaikat.


Mereka sentiasa terdedah kepada nafsu daripada nikmat kuasa sehingga kadangkala mudah lupa kepada janji-janji yang diratib sebelum ini.


Pujangga ada meninggalkan pesan – untuk mengetahui keperibadian seseorang, tunggu setelah dia beroleh kuasa.


Untuk itu, sementara menyokong mana-mana parti untuk menjadi kerajaan adalah kewajipan sebagai rakyat, janganlah pula dijadikan wajib memberi mereka majoriti yang kukuh.


Hanya dengan memiliki pembangkang yang kuat akan sentiasa mengingatkan pemimpin yang berkuasa dalam kerajaan bahawa kuasa, selain hanya sementara, ia juga boleh tertanggal bila-bila masa. – ShahbudinHusin 27Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/27/pembangkang-yang-kuat-lebih-penting-daripada-kerajaan-yang-kuat.html



HANGPA DENGAQ BUAT APA PEDUKANG NI...DIA MANA SEKOLALH....BAB MATEMATIK KANTOI LA....DIA TAK TAU NAK KIRA.


 

DEKAT 2 TAHUN DAH...KENA KENCING JA...


 

DIA NAK POPULAR..TAPI SAYANGNYA DIA TAK MENGKAJI SEBELUM CAKAP


 

YANG NI LAGI LA SEKOQ NI...HAPA PUN TAK BLEH...


 

MEMANG JANGAN DOK PERCAYA LAH ...KENA KE PUAK DIA..DIAM BISU.


 

KALAULAH SAYA SUAMI SEORANG MENTERI…


Terima kasih Azam Baki – itulah ratib saya 24 jam sehari tanpa henti jika pada waktu ini saya adalah suami kepada seorang menteri dalam kerajaan madani.


Tidak cukup dengan itu, saya juga akan menghantar kalungan bunga ke pejabatnya sebagai tanda terima kasih itu.


Kemudian, saya akan menghubungi pejabat beliau untuk mengajaknya makan malam di mana-mana restoran ternama di ibu kota.


Sebagai suami kepada seorang menteri, saya tidak fikir Azam Baki akan menolak pelawaan saya, lagi pun saya bukan nak meniaga apa-apa dengannya.


Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih saja kepadanya, biasalah ucapan terima kasih kadang-kadang tak cukup dengan lafaz di mulut saja.


Budaya orang meniaga seperti saya, terima kasih selalunya wajib disertai dengan makan yang sedap-sedap sambil diselangi gelak ketawa umpama dunia ini kami yang punya.


Sesungguhnya saya amat terharu dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu semalam yang mengatakan tidak menjadi kesalahan bagi suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang baru-baru ini beroleh kontrak projek pengangkutan daripada kerajaan Negeri Selangor.


Azam Baki dipetik sebagai berkata, syarikat suami Hannah Yeoh itu, Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti), tidak menerima projek berkenaan daripada kementerian isterinya, tetapi daripada kerajaan negeri Selangor.


Oleh yang demikian, kata beliau, tiada sebarang kesalahan mengikut undang-undang dalam pemberian kontrak kepada syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh itu.


“Saya tidak mengetahui lebih lanjut mengenai kes itu tetapi apa yang ingin saya katakan, sekiranya satu kontrak yang tiada kena mengena dengan tugas pihak yang dibangkitkan, ia bukanlah satu kesalahan.


“Saya tidak nampak ia ada kaitan antara kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetapi ia berlainan sekiranya KBS yang memberi kontrak itu kepada syarikat berkenaan,” ujar beliau.


Saya percaya suami Hannah Yeoh pun akan berterima kasih kepada Azam Baki.


Dengan pencerahan Azam Baki itu, ia adalah suatu kelegaan kepada saya dan suami menteri-menteri dalam kerajaan madani yang lain.


Macam saya, saya sudah meniaga lama sebelum ini lagi dan perniagaan adalah mata pencarian saya untuk menyara keluarga.


Tentulah tidak adil hanya kerana isteri saya seorang menteri, saya langsung tidak boleh meniaga dengan kerajaan.


Selain perniagaan memang kerjaya saya, semua orang juga harus faham, sebagai suami kepada seorang menteri, saya dan suami-suami senasib dengan saya sebenarnya banyak berkorban dalam kehidupan demi kesejahteraan rakyat serta negara.


Tidak seperti isteri orang lain, isteri saya lebih kerap bekerja dan bersama rakyat berbanding berada di rumah.


Jika dalam keadaan itu, tidak dibenarkan pula berniaga dengan kerajaan…memang zalim sangatlah namanya.


Betul seperti kata Azam, yang tidak boleh ialah jika kontrak diperolehi daripada kementerian di mana pasangan kami bekerja.


Dalam hal ini, sama macam suami Hannah Yeoh, saya pun tahu etika dan bagaimana menjaga nama baik isteri saya.


Takkanlah saya nak mencari kontrak di kementerian isteri saya?


Kementerian lain atau di negeri lain bukankah masih banyak lagi peluang perniagaan boleh dicari?


Lagi pun, semua orang dalam kerajaan kenal saya adalah suami kepada seorang menteri kerajaan madani, maka tentulah mudah saya mahu berurus niaga di mana-mana saja.


Dengan kontrak yang saya perolehi di mana-mana jabatan kerajaan, negeri atau kementerian lain, anggaplah ia sebagai ganjaran terhadap pengorbanan saya membenarkan isteri saya aktif dalam dunia politik.


Janganlah asyik nak kritik saya, selamilah sama jiwa saya dan suami menteri-menteri yang lain.


Melalui kenyataan Azam Baki semalam juga, ertinya bukan saja pasangan kepada menteri boleh terus menjalankan perniagaan di tempat bukan pasangan mereka bertugas, anak-anak kami juga tentulah tidak salah untuk turut sama menjalankan perniagaan.


Yang tak boleh hanya berurusniaga di kementerian tempat ibu bapa mereka bekerja.


Di kementerian lain, negeri lain atau jabatan kerajaan lain…silakanlah!


Dengan kami sebagai suami dan anak kepada menteri tidak dihalang daripada berniaga dengan kerajaan, barulah ini dinamakan mengembangkan ekonomi secara seimbang.


Walaun-walaun apa tau?


Maknanya, orang biasa boleh meniaga dengan kerajaan, kami pun boleh sama meniaga dengan kerajaan.


Nampaknya Azam Baki betul-betul faham apa itu tata kelola sebagaimana yang kerap diucapkan oleh PMX sejak lebih setahun yang lalu.


Sekarang barulah saya faham juga kenapa kontrak Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM telah disambung sebanyak dua kali.


Kini saya berharap Azam Baki terus disambung lagi perkhidmatannta bila kontraknya tamat tahun depan nanti, malah kalau boleh, biarlah hingga ke akhir hayatnya.


Selagi Azam Baki ada, kami akan sentiasa ‘happy’.. – ShahbudinHusin 28Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/28/kalaulah-saya-suami-seorang-menteri.html



Krisis Perikatan Nasional semakin meruncing



✍️ Saiful Nizam




Perikatan Nasional (PN) sedang menghadapi krisis dalaman yang semakin kritikal. PAS dan Bersatu, dua parti utama dalam gabungan ini, kini berada di ambang perpecahan yang semakin besar.


Situasi ini tercetus apabila para pemimpin mereka kelihatan lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara. Cuba fikirkan, apakah wajar PAS mahu merebut kerusi Bersatu?


Krisis ini memperlihatkan warna sebenar kedua-dua parti tersebut. Rakyat kini menyedari bahawa PAS tidak mempunyai nilai kesetiaan yang kukuh. Sikap mereka yang sering berpaling tadah dan tidak konsisten dalam pendirian politik jelas memperlihatkan kelemahan mereka.


Di pihak Bersatu pula, parti ini dipenuhi oleh pengkhianat yang hanya mengejar kuasa dan kepentingan peribadi. Mereka tidak teragak-agak untuk mengkhianati rakan sekutu demi mencapai cita-cita politik masing-masing seperti yang pernah mereka lakukan sewaktu Langkah Sheraton.


Di tengah-tengah krisis ini, Gerakan, parti yang merupakan sebahagian daripada gabungan PN, berada dalam dilema. Mereka kini terpaksa mencari jalan untuk bertahan dalam suasana yang semakin tidak menentu ini. Gerakan perlu membuat keputusan; sama ada terus berpegang kepada PN atau mencari gabungan baru yang lebih stabil dan berprinsip. Tapi Gerakan seumpama bakal berkubur lebih awal dari yang lain.


Dengan keadaan Perikatan Nasional yang semakin rapuh, rakyat Malaysia sedang memerhati setiap gerak-geri. Mereka tidak akan teragak-agak untuk menghukum PN jika terdapat Pilihan Raya Kecil (PRK) yang seterusnya.


Kesabaran rakyat semakin menipis dan masa depan Perikatan Nasional kini bagaikan telur di hujung tanduk, apakah mereka akan terus terjebak dalam krisis dan lebih mementingkan laba politik daripada kepentingan rakyat?


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



PATUT PMX PI KEDAH BAGI TAMBAHAN PERUNTUKAN. HADI AWANG PUN NAK CAKAP BAB EKONOMI?


Najib Bakar


 Bolehlah Muhammad Sanusi Md Nor buat sponsor KDA FC. 43 billion tu.



Alang-alang amik Messi teruih.


Betoi dak Tuan Guru Abdul Hadi Awang ?


2021 dah announce. 2024 mesti dah asyukkk.


Lama aih tak balik Jitra. Mau dah jadi metropolis.




DULU MASA DIA 30K. SEKARANG 10K...NOBITA HERAN...


Harakatdaily


 Radzi Jidin gesa Menteri Pendidikan beri jawapan tentang ketidakhadiran 10 ribu calon SPM. 


“Dulu 30 ribu, kenapa makin turun?,” ujarnya hairan.




INI PENJELASAN PMX...RAKYAT SUKA KONGSI DENGAN PENDATANG ASING KA ? NAK SAMA TARAF ?


 

DIA TAK FAHAM ANTARA TARIK DAN PENYELARASAN...NAK PILIH LAIN KALI PILIH YANG CERDIK...BUKAN MAKAN NASI DENGAN AIR OREN...KAH..KAH..KAH..BODO.


 

70% KEUNTUNGAN SAHAM MAHB MILIK TEMPATAN


 

ADA PHd TAPI TAK CERDIK JUGA...ADOIIII LA.


 

BAHAYA GHULUW DAN TAKFIRI

 

BAHAYA GHULUW DAN TAKFIRI





Politik ghuluw dan takfiri jika tidak dibendung dari awal boleh menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara. Walaupun situasi sekarang masih terkawal, sedikit sebanyak politik ghuluw dan takfiri telah mewujudkan satu situasi yang tidak harmoni dalam masyakarat. 


Kertas Putih yang dikeluarkan oleh Kerajaan pada tahun 1984 ekoran Peristiwa Berdarah Memali ada kaitan dengan gerakan politik ghuluw dan takfiri yang dibawa oleh sebuah parti politik yang kononnya atas nama perjuangan Islam.



MANA DIA SPM TERBAIK

 

Zainuddin Omar


Maahad Tahfiz Pahang di mana ni? Saya nak pergi lawat sekolah ini. 


***************


20 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS).


1. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1.070)

2. Sek.Sultan Alam Shah,Putrajaya. (1.073)

3. Kolej Tunku Kurshiah,N.9 (1.248)

4. SM Sains T. Munawir,N.9 (1.255)

5. Kolej Yayasan Saad,,Melaka. (1.257)

6. Sekolah Seni Malaysia, Johor. (1.278)

7. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. (1.282)

8. SM imtiaz Kemaman, Terengganu. (1.324)

9. SBPI Gombak, Selangor. (1.385)

10. SM Sains Kuala Terengganu. (1.401)

11. SM Sains T. Aishah Rohani, N.9 (1.403)

12. SAM Bestari,Selangor. (1.409)

13. Sekolah Tun Fatimah, Johor. (1.421)

14. SM Sains Kota Tinggi, Johor. (1.442)

15. SMKA Sultan Azlan Shah,Bota Perak.(1.455)

16. SMK Agama Putrajaya. (1.465)

17. MRSM Tun Ghafar Baba,Melaka.(1.490)

18. SBPI Kuantan,Pahang.(1.504)

19. SMKA Kerian,Perak.(1.506)

20. SMK Bukit Jambul,Penang.(1.533)


Azhari Baharum sekolah kita mana?



AKU ULANG...PAS PALING TAK BERGUNA MASA NI...