[LANGSUNG ulangan] Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa Negeri Terenggan...


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa Negeri Terengganu, Kompleks Sukan Ketengah Bandar AMBS Dungun.

Anwar Ibrahim & Zahid Hamidi: Sentuhan Kasih Desa Peringkat Negeri Teren...

DULU PECAH-BELAHKAN MELAYU DAN KINI PECAH-BELAHKAN MALAYSIA, TINDAKAN TEGAS SUDAH WAJAR DIAMBIL TERHADAP TUN MAHATHIR

 

Orang yang hilang kuasa kadang-kadang perangainya lebih kurang sama saja macam mereka yang putus cinta.

Mereka cenderung berkelakuan luar biasa, tidak dijangka dan berbeza dengan kebiasaan yang dilalui ketika cinta belum membawa luka.

Dalam kehidupan seharian, baik melalui pembacaan, tontotan, pengalaman sendiri atau kawan-kawan, kita tentu sudah biasa dengan mereka yang angau disebabkan putus cinta.

Tetapi, dalam politik dan konflik perebutan kuasa, meskipun terdapat juga kes-kes mereka yang angaunya lebih kurang sama dengan mereka yang putus cinta dan kita dapat menerima seadanya semua itu,!apa yang dipertontonkan kepada kita sejak Tun Mahathir Mohamad hilang kuasa dan hilang deposit dalam PRU15 lalu, barangkali lebih kronik lagi keadaannya.

Dalam erti kata lain, perlakuan setelah kalah dan hilang kuasa lebih dahsyat kalau dibandingkan dengan perlakuan mereka yang angau akibat putus cinta.

Ketika memegang jawatan Perdana Menteri, meskipun sebelum itu dijoloki dengan gelaran ultra Melayu, tetapi Tun Mahathir kemudiannya benar-benar menampilkan dirinya sebagai pemimpin negara yang berjiwa Malaysia.

Selain kerapkali menganjurkan kepada rakyat agar hidup harmoni dan bersatu padu, beliau juga sering mempertahankan keunikan kaum-kaum yang mampu hidup dengan aman damai di negara ini.

Bagaimanapun, di sebalik mempamerkan jiwa Malaysianya itu, beliau dilihat lebih dikelilingi tauke-tauke bukan Melayu ketika berada di puncak kuasanya.

Tauke-tauke tersebut – tanpa ingin menyebut nama mereka satu persatu – diberi banyak sekali peluang melalui perolehan kontrak kerajaan, lesen-lesen, pemilikan tanah dan sebagainya, bukan saja untuk menjadi kaya, bahkan melangkau sehingga mencapai status bilionaire.

Anak-anak beliau berjaya dalam perniagaan, bahkan ramai orang menyebut mereka juga berstatus bilionaire, sebahagiaannya dan tidak mustahil keseluruhannya, adalah disebabkan perkongsian berniaga dengan ahli perniagaan bukan Melayu.

Di dalam politik, meskipun pernah memimpin parti berteraskan Melayu iaitu UMNO dan Bersatu hingga berjaya menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, sebahagian penyumbang kepada kesuksesan Tun Mahathir ialah dengan cara memecah-belahkan Melayu dan bergantung kepada sokongan bukan Melayu.

Ketika berbalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan UMNO 1987 dan ia berlarutan sehingga PRU tahun 1990 di mana sebelum itu Ku Li dipecat dan tidak dibenarkan menyertai UMNO Baru yang ditubuhkannya pada 1988, kemenangan BN pada PRU tahun tersebut adalah disebabkan sokongan yang diperolehi melalui parti-parti bukan Melayu yang mendokong kerajaan.

Kemudian pada tahun 1998 apabila Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan membuangnya daripada UMNO, kemenangan BN pada PRU tahun 1999 juga adalah disebabkan undi dan sokongan pengundi bukan Melayu.

Sejarah telah mencatatkan bahawa pada PRU tahun 1990 disebabkan Tun Mahathir berbalah dengan Ku Li, BN telah hilang Kelantan dan pada PRU tahun 1999, akibat beliau memecat Anwar, BN hilang negeri Terengganu.

Jika tanpa sokongan undi bukan Melayu, kalau pun tidak “belayar malam”, kedudukan kuasa Tun Mahathir ketika itu pasti hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Menjelang PRU14, disebabkan ingin menjatuhkan Najib Razak, Tun Mahathir kali ini memecat pula dirinya sendiri daripada UMNO bagi tujuan memecahkankan parti itu, lalu menubuhkan Bersatu yang kemudian mendorongnya “merangkak” mencari Anwar di mahkamah bagi membolehkan beliau bekerjasama dengan PH.

Untuk kali kedua, Tun Mahathir akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri sekali lagi, tetapi harus diingat, kejayaannya itu juga dicapai dengan cara menjadikan UMNO dan pengundi Melayu berpecah, lalu bergantung kepada sokongan pengundi bukan Melayu dan juga DAP.

Disebabkan kerakusan ingin kekal berkuasa itulah yang menjadikan orang Melayu berpecah dalam banyak parti seperti Semangat 46, PKR dan Bersatu.

Melihat semua peristiwa itu dan membandingkan dengan perlakuan Tun Mahathir hari ini, tidak sukar menyimpulkan bahawa semua gerak laku dan gerak fikir beliau sekarang adalah disebabkan hilang kuasa dan hilang deposit, ditambah lagi kerana Anwar yang menjadi Perdana Menteri ketika ini adalah musuh nombor satu dalam sisa-sisa nafasnya yang makin menua.

Tun Mahathir kini tiada pilihan lain selain memainkan sentimen Melayu dan Tanah Melayu ini milik orang Melayu serta menanamkan kebencian agar orang Melayu membenci bukan Melayu sebagai pendatang semata-mata kerana terdesak ingin kekal relevan bersama harapan agar usahanya menjatuhkan Anwar berakhir dengan kejayaan.

Soalnya, kenapa baru sekarang Tun Mahathir mahu membenci bukan Melayu dan mempertikaikan keberadaan mereka di negara ini?

Kenapa ketika disokong oleh bukan Melayu sehingga berjaya kekal sebagai Perdana Menteri dalam PRU tahun 1990 dan 1999 serta ketika disokong sekali lagi oleh bukan Melayu dan DAP untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018, semua perkara itu tidak berbangkit?

Kalau hari ini beliau begitu mempertikaikan keberadaan dan tingkah laku orang bukan Melayu, mengapa ketika berpeluang berkuasa selama hampir 24 tahun sebagai Perdana Menteri, tiada sebarang usaha positif dilakukannya?

Bahkan, kenapa beliau melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan pada 2018, meski ketika itu Mahiaddin Md Yasin begitu mengidamkan jawatan tersebut dan hampir-hampir merajuk kerana kecewa?

Apa yang nyata, melihat dan meneliti tulisan-tulisan Tun Mahathir di media sosial akhir-akhir ini mengenai Melayu dan keberadaan bukan Melayu di negara ini, tidak diragui lagi beliau kini sudah melangkaui garis merah yang merbahaya kepada masa depan Malaysia.

Sekaligus, ia turut memperlihatkan beliau tiada lagi ciri-ciri seorang negarawan yang patut dihormati.

Jika dulu strateginya ialah memecah-belahkan Melayu kerana ingin kekal berkuasa dan beroleh kuasa, beliau kini nampaknya sedang di laluan untuk menghancurkan negara ini dengan tulisan-tulisan yang mengajak kepada perpecahan, kebencian serta permusuhan antara kaum.

Jika ini dibiarkan berterusan, Malaysia yang aman harmoni dengan kemajmukan dan kepelbagaian ini pasti akan hancur akhirnya.

Dalam hal ini, terlanjur kerajaan mahu mengemaskini Akta Hasutan dengan menjadikannya hanya berperanan melindungi Raja-Raja Melayu, elok rasanya ia dimasukkan sekali bagi tujuan melindungi perpaduan dan keharmonian berpanjangan di Malaysia ini.

Hakikatnya, walaupun negara ini berbilang kaum, semua mereka dengan harmoni dan senang hati menerima kedudukan Yang Dipertuan Agong selaku ketua negara.

Apa-apa unsur yang bertujuan menggugat semua yang harmoni di bawah payung baginda itu adalah juga bermaksud menggugat keselamatan dan masa depan negara.

Anwar selaku ketua kerajaan ada tanggungjawab besar untuk menghentikan semua elemen yang boleh menjurus kepada kemusnahan itu dan beliau wajar bertindak segera sebelum keadaan jadi parah serta tidak terkawal lagi. – ShahbudinHusin 28/07/2023.



DEDAH LAH SANUSI- KITA HARAP PENDEDAHAN ITU TAK ADA SESIAPA KENA CEKUP

 

Sanusi ugut nak dedahkan semua kerja jahat kalau ditahan. Bermakna Sanusi tahu la ada kerja jahat. Kan? Bukan itu bererti Sanusi bersubahat simpan maklumat berkenaan jenayah? Tak salah ke begitu?

Harap Sanusi dedahkan walau tak dipakaikan baju oren. Rakyat berhak tahu apa kerja jahat itu. Kita nak tahu siapa pelakunya. Kalau pemimpin PH pun terlibat sama, kita nak mereka pun didakwa sekali.

Kami bukan walaun. Kami hanya sokong pemimpin bersih. Kalau perlu pakaikan Sanusi baju oren untuk tahu kebenaran, buatlah. Atau mungkin perlu siasat Sanusi atas tuduhan mengugut serta sembunyikan maklumat berkenaan jenayah. Guane boh?

Raja Gelap

 

MESEJ ANWAR IBRAHIM





NORMAN RADZUAN


Hasrat dan cita2 Anwar Ibrahim… Description: 👍Description: 👍Description: 👍Dalam tempoh yg singkat sudah menampakkan perubahan ketara. Dari ekonomi yg kritikal kini kita berada di landasan yang tepat utk Malaysia kembali menjadi tiger of Asia.

Dalam masa tidak sampai setahun Malaysia negara Asia Tenggara terbaik Indeks Peralihan Tenaga WEF. Beri peluang kpd Anwar… Insyallah 3 tahun mendatang Anwar akan berikan segala kemewahan negara kpd rakyat dan bukan lagi kpd pemimpin dan tauke2 tertentu seperti pemimpin2 sebelum ini.

Hari ini Anwae Ibrahim telah umumkan berita gembira

Kos tinggi 

Gaji rendah 

Keuntungan rendah 

Kurang nilai daya saing 

Tanpa kita sedar, kita dah lama terperangkap dalam kitaran ekonomi yang merbahaya ini.

Adalah satu keperluan untuk Malaysia tampil dengan satu visi dan kerangka ekonomi baharu yang lebih mampan.

Pagi tadi, YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Ekonomi MADANI yang bertujuan untuk memperkasa rakyat.

7 matlamat yang boleh diukur (measurable target) akan dijadikan kayu ukur untuk menilai kejayaan visi yang murni ini.

Di samping itu, terdapat beberapa inisiatif yang diumumkan PM sebentar tadi. Antaranya:

1) Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

2) Tambahan RM100 juta geran padanan digitalisasi bagi membantu PMKS

3) Biasiswa dan pendidikan sekolah berasrama penuh akan mengutamakan golongan berpendapatan rendah

4) Tambahan RM400 juta pinjaman mikro

5) Tambahan RM800 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu air di Kelantan dan Sabah.

6) Bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara Kerajaan

7) Menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120% dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000

Sebarkan mesej ini

 

DARAH DAGING SENDIRI DIA HINA- INIKAH MB KEDAH YANG TERAJUI NEGERI KEDAH.


 

BILA KENA TANGKAP- KERIAU-WOIII MAT SABU KENA HERET- KATA HEBAT SANGAT


 

PMB-MBI-SEMUA SANUSI-LANTIK JENTIQE- MAHIR BINA- SANUSI MB....JOM DENGAR KISAH CEROBOH HUTAN SIMPAN.


 

360 GUNI REE - PENGARAH TAK SIASAT.DENGAR SAMPAI HABIS


 

15 sebab kenapa Walaun dan geng Sakau Wibawa mula panik dengan keadaan semasa:


Ahmad Shahril


1. Inflasi menurun.

2. Pelaburan meningkat yang membawa kepada peluang pekerjaan kepada anak muda.

3. Ringgit mula mengukuh.

4. Pertumbuhan ekonomi meningkat dari masa ke masa.

5. Bursa Saham semakin mengukuh.

6. Harga barangan keperluan mula turun dan stabil.

7. Hubungan antarabangsa semakin baik.

8. Bantuan rakyat semakin bertambah.

9. Sekolah-sekolah daif, klinik-klinik daif, perumahan sakit dan infrastruktur untuk rakyat sedang dibaiki dan diselesaikan.

10. Inisiatif-inisiatif, program-program dan skim-skim untuk rakyat semakin banyak.

11. Konsep Madani dan Rahmah semakin diterima baik oleh rakyat Malaysia.

12. Syiar Islam semakin menyinar dengan program-program agama yang banyak dengan kedatangan agamawan-agamawan yang tersohor dari luar negara.

13. Perpaduan dan hubungan selesa antara parti komponen kerajaan Perpaduan yang membawa kepada kestabilan politik.

14. Kerajaan komited untuk memuktamadkan Perjanjian 1963 untuk wilayah Sabah dan Sarawak.

15. Terbongkar satu persatu kes korupsi dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan pimpinan Partikaian Nasional dan dibicarakan.


SULTAN BRUNAI AKAN MELAKUKAN LAWATAN PELABURAN.


 

SAMBUTAN PH DI N9


 

MAT SAID DEDAH SKANDAL MB TERENGGANU


 

KISAH SANUSI LAGI


 

JANGAN PILIH PARTI TUNGGANG AGAMA




 NO WORRY ...

Tak sokong Pa$ pun TETAP Islam.

Pa$ bukan agama, sekadar jenama sebuah parti yang menunggang agama.



WALAUN KOMEN CAM SANUSI NI BAGUIH DAH.


 

SANUSI ..RAFIZI AJAK HANG DEBAT BAB EKONIMI


 

KETUA ESEKUTIF HONG KONG JUMPA ANWAR


 

ANNUAR MUSA TIDAK JADI CALON, BERITA PALING SEDIH PAGI INI!!

 

Semua parti yang akan menyertai PRN kali ini dilihat sudah mengumumkan secara rasmi calon masing-masing untuk dipertaruhkan bagi mencipta kemenangan yang diidam-idamkan.

Bagaimanapun, melihat semua senarai tersebut, baik dalam PH/BN atau PN, saya tidak dapat mengelak dan menyembunyikan bahawa ada perasaan sedih tiba-tiba menyelinap di sudut dada.

Malah, saya dapat merasakan mungkin ada orang lain juga turut berperasaan yang sama.

Kesedihan itu tidak lain ialah kerana Annuar Musa, tokoh terbilang UMNO Kelantan yang sudah dipecat dan kini memilih Pas sebagai wadah baru perjuangannya, langsung tidak diselitkan sebagai calon dalam PRN kali ini.

Meski dalam konteks kedua-dua gabungan iaitu PH/BN dan PN, banyak nama-nama lain yang turut digugur, tidak dicalonkan atau diketepikan, tetapi ketiadaan nama Annuar sebagai calon terasa lain benar rasa di hati.

Aduhhh….rasa mahu menitik air mata pun ada mengenangkan nasib Annuar pada PRN kali ini.

Walaupun Annuar sebelum ini pernah menyebut tidak mengapa kalau beliau tidak dicalonkan oleh Pas, tetapi itu sebenarnya tidak lebih merupakan manis mulut orang politik dalam berkata semata-mata.

Sebagai seorang pemimpin yang selalu lantang dan kerap meletakkan dirinya di barisan hadapan ketika medan peperangan, tidak sukar memahami bahawa menjadi calon dan bergelar YB adalah impian seseorang seperti Annuar.

Dengan menjadi calon, lebih-lebih lagi di negeri yang hampir pasti boleh menang, bersama gelaran YB juga kemudiannya tentu membolehkan seseorang itu boleh melangkah lebih jauh, baik dalam dalam apa-apa gerakan politik atau manfaat beroleh jawatan dalam kerajaan di mana-mana peringkat sekali pun.

Apa lagi, mengenali sosok seperti Annuar, beliau bukan memuliki ghairah yang biasa-biasa dalam apa jua langkah politik yang diceburinya.

Lagi pula, jika benar Annuar tidak berhasrat menjadi calon, beliau tentunya berbuat seperti Noh Omar atau Khairy Jamaluddin yang tidak menyertai mana-mana parti setelah dipecat daripada UMNO.

Auranya, hebat berpidato, lantang, berani, rajin dan tidak pernah kenal penat – adalah keistimewaan yang tidak banyak dimiliki oleh orang-orang poltiik di negara ini.

Sayang sekali, Pas dalam hal ini seolah-olah tidak nampak kelebihan serta keistimewaan yang ada pada Annuar.

Bersama pengalaman seperti bekas menteri yang sentiasa berjaya menghirupkan setiap kementerian yang diterajuinya, di samping sepak terajang politiknya yang luas dalam UMNO, meletakkan Annuar sebagai calon PRN adalah suatu keuntungan berganda buat parti itu untuk membawa masa depan yang lebih baik bagi Kelantan.

Segala ilmu, pengalaman, kemahiran serta kelebihan yang ada pada Annuar sepatutnya boleh dimanfaatkan oleh Pas untuk mereka melangkah lebih jauh sebagai parti yang dilihat mampu menawarkan kepakaran teknokrat untuk memajukan negeri itu.

Keyakinan bahawa Annuar akan dipilih sebagai calon, selain disebabkan penyertaannya ke Pas dibuat sebelum berlangsungnya PRN dan kemudian disusuli dengan super aktifnya berceramah ke sana sini, ia juga didorong keghairahan bekas menteri itu memuat-naik gambar-gambarnya pusing keliling kampung dengan menaiki motorsikal klasik beroda tiga yang tidak murah harganya itu sejak kebelakangan ini.

Dalam hati saya membayangkan, pastilah dalam kempen nanti, Annuar akan menggunakan lebih banyak motorsikal itu berbanding menaiki kereta untuk gerakan kempennya.

Seterusnya saya membayangkan lagi bagaimana Annuar dengan jubah dan kopiah putihnya menaiki motorsikal untuk berjumpa dan menyapa pengundi dan itu tentunya mencetuskan fenomena yang diperkatakan di seluruh negara.

Terbayang juga di minda saya bagaimana lebih menarik lagi jika Annuar turut menukar warna motorsikal klasiknya itu daripada merah kepada hijau iaitu warna rasmi parti barunya.

Ahhh…tapi semuanya hanya tinggal bayangan tanpa ketahuan saja kini.

Yang tiba-tiba datang menerpa – masih adakah lagi masa depan Annuar dalam Pas selepas ini? – ShahbudinHusin 28/07/2023.




PRN N Sembilan: Wajib pertahankan 36 kerusi - Ketua Wanita Amanah Negeri



 Oleh: Abdullah Zaid



Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan wajib mengekalkan kemenangan 36 kerusi yang dipertanding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.



Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) negeri Norwani Ahmat berkata, tekad yang bersandarkan prestasi dan khidmat yang terbaik diberi kepada rakyat sejak 2018 itu perlu perlu dipertahankan dalam PRN nanti.



"Kerusi yang disandang Kerajaan Perpaduan wajib dipertahankan dan kita tidak mahu gugur mana-mana kerusi (DUN)," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.



Beliau yang juga Ketua Amanah Rembau itu berkata demikian apabila ditanya mengenai persiapan jentera blok PH-BN menjelang Pilihan Raya Negeri.



Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_bb0c87bfd0c547f6beeee62138805682~mv2.jpg/v1/fill/w_740,h_511,al_c,lg_1,q_85,enc_auto/4449e2_bb0c87bfd0c547f6beeee62138805682~mv2.jpg

Ketua Amanah Negeri Sembilan Norwani Ahmat (kanan sekali), bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu dan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat Noraini Nordin serta pemimpin wanita negeri.



Mengulas lanjut, Norwani yang juga calon bagi DUN Paroi juga menyeru agar agenda Kerajaan MADANI disokong dan diterjemahkan dalam kertas undi PRN melibatkan enam buah negeri.



"Kita lihat agenda Malaysia MADANI amat menekankan perpaduan agar kemakmuran negara dapat dikecapi.



"Oleh itu, kita perlukan selari dengan kerajaan pusat agar kesepakatan membawa berkat itu dapat kita terjemahkan.



"Ketepikan soal perbezaan, sebaliknya fikirkan masalah yang lebih besar untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara," ujarnya lagi.



Selain Norwani Ahmat, Pakatan Harapan Negeri Sembilan menawarkan 18 calon antara penyadang dan calon Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harin, manakala, Barisan Nasional menamakan 17 calon bagi PRN negeri itu.



Untuk rekod, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 kesemua kerusi dimenangi oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menyebabkan DUN Negeri Sembilan tiada pembangkang apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk pada November 2022.



Namun perkembangan terkini, saingan sengit mula ditunjukkan oleh PN di kerusi majoriti 80% Melayu dengan membawa agenda perkauman dan agama sempit.

 

Manifesto PH - BN Kedah liputi kepentingan semua dilancar



 Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah menggariskan empat teras dalam tawaran manifesto mereka kepada rakyat negeri itu.


Ia sebagai tawaran untuk rakyat negeri itu sekiranya gabungan Kerajaan Perpaduan diberi mandat bagi mentadbir dan memajukan Kedah.


Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata empat teras tersebut adalah reformasi politik dan urus tadbir yang telus, pembangunan dan pengurusan ekonomi yang progresif, pengurusan sosial lebih harmoni dan pengurusan sumber hasil bumi yang mapan.


Antara kandungan dalam empat teras itu adalah untuk menubuhkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Kedah (PAC) yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang, Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee) di Dewan Undangan Negeri dan pengisytiharan harta oleh kepimpinan negeri.


Selain itu, Kerajaan Perpaduan Negeri Kedah juga berjanji akan mempelbagaikan kreativiti atau meneroka idea baru untuk mempromosikan produk pelancongan negeri antaranya melibatkan penjenamaan semula dan mengangkat kembali sejarah kegemilangan Lembah Bujang dan Kedah Tua.


"Kita juga akan mempergiatkan aktiviti pelancongan di pulau-pulau yang menarik dan di dua Taman GeoPark iaitu Kilim Geoforest Park Langkawi dan Jerai Geopark," katanya.



Manifesto itu diumumkan sekali dengan majlis pengumuman dan pengenalan calon yang diadakan di kawasan letak kereta di Bandar Laguna Merbok di Sungai Petani.


Sementara itu tambah Mahdzir, Kerajaan Perpaduan juga akan melaksana projek naik taraf lima loji rawatan air di Pelubang, Pendang, Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar Lama diteruskan dengan tiga buah loji rawatan air baharu termasuk bekalan air ke Pulau Langkawi.


"Kita juga berjanji akan melaksanakan Kedah Go Digital antaranya dengan mewujudkan Zon Wifi Kedah di beberapa lokasi terpilih di setiap daerah," ujarnya.