SKANDAL PENJUALAN TANAH OLEH KOH TSU KOON???ATAU UMNO TERLIBAT SAMA???TETAPI MEMANG ADA SKANDAL YANG MELIBATKAN KABINET KOH TSU KOON





"Deer poor Penangites,please be informed that our former Cheif minister Tan Sri Koh Tsu Koon had cheated Penang people on goverment land sales.A big piece of open land located at Padang Tembak (formerly belongs to poor people of their houses being demolished)is now converted into individual property with the owner named Khairy Jamaluddin, son-in law of prime minister Abdullah Badawi.
We Penang people would like to appeal to new chief minister Lim Guan Eng to take immediate legal action againts previous BN exco goverment for such an unhuman deals and return back the land to Penangites.Koh Tsu Koon now residing in KL when this land deal was exposed to the knowledge of the public.we want ex-CM to explain for this matter."



SMS ini saya terima dari seseorang informer.Untuk pendedahan seterusnya mungkin akan diketengahkan oleh pihak Barisan Rakyat. Semalam dalam berita TV3 Yb Lim Guan Eng telah mendedahkan akan mengambil tindakan terutamanya tentang penjualan tanah yang melibatkan penipuan keatas tanah rakyat. Maklumat yang diberi diatas ialah sebidang tanah di belakang sekolah Padang Tembak yang dimiliki oleh penduduk miskin dan ditukarkan nama kepada khairy.kemudian ada lagi isu yang berkaitan dengan tapak Hospital Pantai.Ada yang menyatakan sebanyak RM30 juta.mungkin RM300 juta atau RM 3000 Juta. Entahlah, kerana tanah di Penang harganya melebihi intan.....sama -sama kita tunggu dan lihat.

MAHATHIR MINTA TRIBUNAL MOHON MAAF,BUKAN BELIAU.BACA BAGAIMANA PEMECATAN TUN SALLEH ABAS BERLAKU DAN KRISIS BADAN KEHAKIMAN DI ZAMAN MAHATHIR



Tun Salleh Abas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. Pada 31 Mei 1988, beliau digantung daripada jawatannya kerana didakwa "salah laku". Tarikh 8 Ogos 1988, Tun Salleh dipecat menerusi perbicaraan sebuah Tribunal 6 orang yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agung (Nota: selalunya jumlah hakim ialah ganjil: 3, 5 ,7 ,9 dll. Tapi kes ini special, lain dari yang lain). Dalam sejarah dunia moden, itulah satu-satu kes pemecatan seorang Ketua Hakim dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Tidak pernah berlaku sebelumnya.


Ada juga pemecatan pada tahun 1616 di mana Raja England murka kepada Ketua Hakim England. Tapi itu dulu, zaman feudal. Zaman itu raja berkuasa mutlak. Tapi dalam kes Tun Salleh lain kerana zaman ini zaman moden. Kata orang zaman demokrasi, zaman kuasa rakyat mengatasi kuasa golongan pemimpin. Kata Mahathir di tengah-tengah krisis perlembagaan 1983, suara rakyat suara keramat!! Itu kata Mahathir, kita kena dengar.


Ada penambahan fakta di sini. Tun Salleh tidak keseorangan dipecat. Dua lagi Hakim Mahkamah Agung dipecat oleh sebuah Tribunal yang lain, iaitu Tan Sri Wan Suleiman dan Dato George Seah. Kesalahan mereka hampir sama. Agenda pemecatan pun tidak banyak berbeda. Orang yang terlibat menjadi dalang serupa …
Mari kita kaji kenapa ketiga-tiga Hakim itu dipecat? Siapa yang memecat mereka? Bagaimana mereka dipecat? Siapa dalang di sebaliknya? Jawatan Hakim bukan sebarangan. Ia dilantik oleh Yang Dipertuan Agung. Dari segi tugas, seseorang Hakim tidak bertanggungjawab kepada Menteri atau Perdana Menteri. Institusi Kehakiman ialah sebuah badan bebas dan merupakan institusi penting dalam kerajaan moden untuk memastikan keadilan wujud dalam sesebuah masyarakat. KEADILAN, ha … itu terasnya. Di samping institusi Kehakiman, negara moden juga mempunyai institusi Legislatif dan Eksekutif.



Kenapa Tun Salleh dipecat? Beliau dipecat kerana Mahathir murka dengan penghakiman yang dilakukan oleh beberapa orang Hakim kanan dalam beberapa kes mahkamah yang melibatkan UMNO dan Kerajaan. Dalam kes-kes itu, beberapa pihak tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh UMNO dan Kerajaan lalu dibawa ke mahkamah untuk pengadilan. KEADILAN! Sebahagian daripada keputusan penghakiman tersebut tidak memihak kepada UMNO dan Kerajaan.


Mari kita lihat beberapa contoh. Kes pertama ialah kes Berthelsen vs. Ketua Pengarah Imigresen. Berthelsen ialah warga Amerika yang berkerja dengan akhbar Asian Wall Street Journal berpejabat di Kuala Lumpur. Dia diberi permit kerja selama 2 tahun yang berakhir pada 2 November 1986. Tetapi permit itu dibatalkan pada 26 September oleh pihak Imigresen menggunakan peruntukan Peraturan Imigresen 1963. Bertherlsen didakwa bersalah kerana menyiarkan laporan dan berita tentang Malaysia yang kurang menyenangkan Mahathir.
Bila kes ini dirujuk ke Mahkamah oleh Bertherlsen, Hakim Tan Sri Abdoolcader telah memutuskan bahawa tindakan pihak Imigresen tidak sah dan Berthelsen boleh tinggal di Malaysia sehingga permitnya tamat. Kes ini memurkakan Mahathir. Beliau telah dilaporkan membuat kenyataan berang yang tegas di Parlimen. Mahathir mendakwa bahawa pihak badan Kehakiman telah membatalkan keputusan badan Eksekutif, iaitu Menteri Dalam Negeri. Tak habis di situ. Mahathir turut menghentam Mahkamah. Mahathir mengeluarkan kenyataan yang menentang keputusan Mahkamah dan kenyataan itu tersiar dalam majalah Time (24 November 1986). Menggunakan kenyataan tersebut, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mendakwa Mahathir di mahkamah atas kesalahan menghina keputusan Mahkamah. Tetapi dalam perbicaraan, Hakim Datuk Harun Hashim telah menolak permohonan Lim Kit Siang itu. Selamat Mahathir. Kalau tidak masuk penjara … Patut Mahathir bersyukur. Tapi Mahathir tidak berdiam diri.Beliau sebebnarnya seorang yang pendendam.


KES PENGHARAMAN UMNO 1987(UMNO ADALAH SEBUAH PARTI HARAM YANG TELAH DIPULIHKAN DENGAN NAMA UMNO BARU) atau UMNO BARUA



Kes kedua ialah kes pengharaman UMNO bila 11 ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti 1987 mengemukakan kepada Mahkamah bahawa terdapat cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi ada perwakilan di dalam mesyuarat Bahagian UMNO. Tujuan 11 orang ahli UMNO tersebut ialah supaya Mahkamah membatalkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti yang dimenangi oleh Team A. Ingat tak Mahathir menang hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh. Itupun dengar cerita ada penipuan peti undi. Tapi tak apalah bukan di sini kita nak cerita bab itu. Nanti kemudian.


Dengan menggunakan peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Hakim Datuk Harun Hashim telah membuat keputusan bahawa UMNO menjadi pertubuhan yang tidak sah. Oleh itu pemilihan parti 1987 diisytiharkan batal dan tidak sah. Lalu terkuburlah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu. Tapi Mahathir cepat bertindak tubuhkan UMNO (Baru). Team B pun cuba membuat rayuan ke mahkamah. Ketika itulah Mahathir semakin ketakutan lalu menganas terhadap badan Kehakiman dengan memecat Tun Salleh. Tujuannya sebagai amaran kepada Hakim-Hakim. Jangan membuat sesuatu yang merugikan UMNO atau Kerajaan. Sebenarnya Mahathir takut Mahkamah akan membenarkan UMNO lama dikekalkan sedangkan UMNO (Baru) dah didaftarkan. Nanti aakan ada dua UMNO dan dua pemimpin.


Ada lagi beberapa kes yang tidak memihak kepada UMNO atau Kerajaan seperti kes UEM yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang, kes Aliran, kes Papan, dan kes Karpal Singh yang dibebaskan oleh Mahkamah daripada tahanan ISA. Kesemua kes dan insiden ini membuatkan Mahathir murka terhadap perjalanan Mahkamah dan proses penghakiman. Mahathir mahu supaya badan Kehakiman tunduk dan patuh kepada badan Eksekutif. Kepada Mahathir, pendek cerita. Mahathir dilaporkan berkata: "since anyone can sue the government, the government can no longer decide on anything with certainty. Thus the government is no longer the executive. Other have taken over that function" (Far Eastern Economic Review : 14 January 1987). Jika kita kaji kenyataan ini, sebenarnya Mahathir memberi signal bahawa beliau akan lawan badan Kehakiman habis-habisan.


Namun Tun Salleh dan majoriti Hakim di segenap peringkat mempertahankan hak supaya Institusi Kehakiman tidak dibayangi oleh mana-mana pihak luar. KEADILAN mesti ditegakkan tak mengira siapa yang terlibat. Kemuncak pada episod tersebut ialah apabila 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi (termasuk Tan Sri Hamid Omar sebagai Ketua Hakim Malaya) telah bermesyuarat pada 25 Mac 1988 di Kuala Lumpur untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif (terutamanya Mahathir). Dalam mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung untuk memaklumkan tentang adanya ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif. Surat keramat itu bertarikh 26 Mac 1988 (Jumaat)
Surat itu dijadikan alasan oleh Mahathir bahawa Tun Salleh telah "salah laku" sehingga konon-kononnya menyebabkan Yang Dipertuan Agung murka!! Menurut laporan Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, pada 1 Mei – satu tarikh "misteri" yang menjadi tanda tanya kerana sepatutnya hari Ahad dan cuti Hari Buruh – selepas Mesyuarat Kabinet diadakan pada sebelah pagi maka Mahathir mengadap Yang Dipertuan Agung. Baginda bersetuju "untuk mengambil tindakan yang sepatutnya" terhadap Tun Salleh. Pada 25 Mei 1988, Mahathir menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung menasihatkan Baginda supaya Tun Salleh dipecat kerana "salah laku". Kemudian dicadangkan juga penubuhan sebuah Tribunal untuk membicarakan Tun Salleh. Yang Dipertuan Agung bersetuju.


Pada 27 Mei 1988 Tun Salleh dipanggil "mengadap" Mahathir di Pejabat PM. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri Ghaffar Baba dan KSN Tan Sri Sallehuddin Mohammed hadir juga. Tapi hanya Mahathir yang bercakap memberitahu Tun Salleh bahawa Yang Dipertuan Agung murka dan telah bersetuju supaya Tun Salleh dibersarakan daripada jawatannya. Jika tidak, Tun Salleh akan dibicarakan menerusi sebuah Tribunal atas kesalahan "salah laku". Tun Salleh berkata dia tidak bersalah apa-apa dan sedia untuk dibicarakan. Ketika diugut lagi oleh Mahathir, Tun Salleh menjawab: "I will not resign because if I do I cannot show my face to anyone and I may as well die". Pada hari itu juga Tun Salleh menerima surat dari Mahathir yang dia digantung dari jawatannya berkuatkuasa 26 Mei 1988, iaitu hari sebelumnya. Mahathir Maha Kuasa!


Pada 28 Mei 1988 (Sabtu), Peguam Negara Tan Sri Abu Talib menemui Tun Salleh di pejabat Tun Salleh kira-kira jam 9.30 pagi. Tan Sri Abu Talib pernah berkerja di bawah Tun Salleh di Pejabat Peguam Negara pada tahun 1970-an. Tan Sri Abu Talib berkata Mahathir sebenarnya tak mahu memecat Tun Salleh. Kes di Tribunal akan memalukan Tun Salleh. Institusi Kehakiman pun aib nanti. Oleh itu kalau Tun Salleh bersedia untuk bersara lebih baik. Nanti Mahathir akan tolong usahakan jawatan penting di Arab Saudi iaitu di International Islamic Development Bank, Jeddah. Akibat yakin dengan "ketulusan" Tan Sri Abu Talib maka Tun Salleh pun menulis surat untuk bersara kepada Perdana Menteri. Penulisan surat itu turut dibantu oleh Tan Sri Abu Talib berbunyi:


"Untuk mengelakkan daripada embarrasment all round saya telah memikirkan semula bahawa adalah baik bagi kepentingan negara bahawa saya mengambil keputusan untuk bersara sebaik sahaja habis cuti yang saya patut ambil, iaitu 96 hari dan cuti akan bermula pada hari ini".
Surat itu hantar ke Pejabat PM oleh Tan Sri Talib sendiri. Ketika itu waktu menghampiri jam 1 tengahari. Pejabat Tun Salleh tak juah dari JPM. Pada jam 1 tengahari, Tun Salleh mendapat surat jawaban daripada Mahathir bahawa beliau menerima permohonan bersara awal Tun Salleh dan dibenarkan bercuti 96 hari!! Waw, tak sampai 30 minit dah dapat jawaban!!!!! Bagaimana ya dalam tempuh yang begitu singkat Mahathir telah dapat menjawab surat Tun Salleh. Pada malam itu Tun Salleh tidak dapat tidur memikirkan misteri surat Mahathir dan peranan Tan Sri Talib siang tadi. Apa ini satu pakatan? Tun Salleh bangun bersembahyang dan membaca Quran memohon petunjuk Ilahi.


Pada Ahad 29 Mei 1998, Tun Salleh menulis surat panjang kepada Mahathir memaklumkan beliau menarik balik surat persaraan awal pada 28 Mei dan bersedia untuk menghadapi Tribunal!! Petang itu jam 6 petang Tun Salleh membuat sidang akhbar mengumumkan keputusannya. Mahathir menjawab pada malam itu juga. Maka bermulalah Perang Sabil Mahathir-Salleh Abas!


Kalau kita baca buku-buku tentang krisis ini, banyak persoalan dan "ketidaktentuan" prosidur berlaku. Persoalan yang penting ialah: Siapa yang layak menganggotai Tribunal? Dari segi konvensional kehakiman, anggota Tribunal mestilah setaraf atau lebih tinggi daripada jawatan Hakim yang hendak dibicarakan. Tun Salleh Ketua Hakim. Maka ahli Tribunal mestilah di kalangan Ketua Hakim atau bekas Ketua Hakim. Kalau tidak ada di Malaysia, boleh dicari di negara Komanwel. Tetapi ahli Tribunal yang dilantik, ada hanya seorang sahaja yang setaraf itu pun baru dilantik menjadi Ketua Hakim Sri Lanka. Yang lain-lain semua junior dari segi kedudukan dalam badan Kehakiman. Pengerusi Tribunal ialah Tan Sri Hamid Omar, Pemangku Ketua Hakim. Beliau ada personal interest sebab jika Tun Salleh bersalah beliau dapat naik pangkat. Tan Sri hamid juga adalah salah seorang Hakim yang menghadiri mesyuarat pada 25 Mac 1988 kemudian bersetuju untuk Tun Salleh menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung.


Kes Tribunal ini tak ubah seperti guru membicarakan guru besar, atau Kolonel membicarakan Jenderal. Empat orang anggota Tribunal dari Malaysia itu semuanya berasal atau dilahirkan di Kedah. Tiga orang bersekolah di Kolej Sultan Abdul Halim (rakan sepersekolahan Mahathir)! Peleknya hanya dua orang saja yang masih menjadi Hakim. Dua lagi iaitu Tan Sri Mohamed Zahir ialah Speaker Dewan Rakyat dan Tan Sri Abdul Aziz Zain ialah peguam! Aneh tetapi itulah realitinya. Peguam menjadi Hakim untuk bicarakan Ketua Hakim
Dalam pertudahan yang disediakan oleh Peguam Negara pada Tribunal pada 30 Jun 1988, Tan Sri Talib menulis:


"The practice in this country is that the Prime Minister normally has audience with the King on Wednesday i.e. the Cabinet Day when he briefs the King on Cabinet matters if the Agong is in the country and if the Agong wants that audience. In this case the Prime Minister had an audience with the King on the Wednesday morning i.e. on 1/5/88 at the Istana Negara. The King then showed him the letter which he received from Tun Salleh."
Kalau kita semak kalender 1988, tarikh 1 Mei itu jatuhnya pada hari Ahad. 1 Mei juga ialah Hari Buruh iaitu cuti am. Pernahkah ada mesyuarat kabinet pada hari Ahad? Hari cuti am pun mesyuarat? Ini sudah tipu tarikh. Takkanlah tarikh pun Peguam Negara tak ingat. Penipuan yang sama berlaku kepada surat Mahathir kepada Tribunal yang berjudul "Report of the Tribunal Established Under Article 125(3) and (4) of the Federal Constitution, Re: YAA Tun Hj Mohamed Salleh Abas, Lord President, Malaysia, Kuala Lumpur, 29th June 1988". Antara kandungan surat itu ialah:
"With all respect, I refer to your Majesty’s Command that appropriate action be taken against YAA Tun Dato’ Haji Mohd. Salleh bin Abas on account of his letter to your Majesty and to Their Royal Highnesses the Malay Rulers which was shown to me when I was in audience with Your Majesty on 1st May 1988 at the Istana Negara."
Banyaklah lagilah penipuan, pemalsuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Mahathir, KSN, Peguam Negara dan pegawai kerajaan lain sebagaimana yang diperihalkan dalam buku-buku tentang isu ini dengan panjang lebarnya.


Anda juga boleh membaca buku serta makalah tersebut (lihat senarai rujukan) yang terdapat di kedai-kedai buku dan perpustakaan. Kita baca dan kita saksikan bagaimana Mahathir memperbodoh dan memperkudakan instrumen Kerajaan. Beliau mengguna apa cara dan kaedah untuk terus berkuasa. KUASA. KUASA. KUASA. Siapa menentang akan dipecat, dibenam dan dimatikan. Mahathir Maha Kuasa Maha Bijaksana Maha Segalanya … Sebab itulah Menteri, Timbalan Menteri, pegawai Kerajaan termasuk Ketua Polis Negara dan Peguam Negara kecut perut bila Mahathir beri arahan. Kalau tak buat apa yang disuruh naya mereka. Mampus dikerjakan nanti macam Anwar Ibrahim dan Tun Salleh. Sebenarnya ramai lagi yang jadi mangsa kezaliman Mahathir.


Bacalah buku Datuk Dr. Rais Yatim. Datuk Rasi juga salah seorangmangsa Mahathir. Buku Datuk Rais itu yang paling autentik sebab merupakan tesis Ph.D. di Universiti London. Tak bias. Tak sentimental. Bukunya objektif sesuai dengan sifatnya sebagai tesis kedoktoran. Buku itu tentang bagaimana kuasa eksekutif bermarajalela di tangan Mahathir. Tesis itu hebat. Sebab itulah beliau mendaftar sebagai pelajar M.Phil. (sarjana) tetapi dianugerahkan Ph.D. Tentu hebat. Mari baca tuan-tuan dan puan-puan. Mari kita jadi Masyarakat membaca sebagaimana yang selalu dilaung-laungkan oleh Mahathir.



Dalam kes Tun Salleh ini kita dapat lihat bagaimana Mahathir menggunakan instrumen perundangan untuk memalu dan memecat Ketua Hakim Negara. Kalau tidak ada bukti, palsukan bukti. Kalau tidak ada data, reka data. Kalau tidak ada tarikh, tenguk kalender cari tarikh (malang tersilap pula pada 1 Mei 1988 Hari Rabu!! Tersilap tak apa. Apa yang rakyat boleh buat?). Itu Mahathir. Cekap, bersih, licik dalam soal tipu menipu. Nombor satu dalam soal duniawi. Sedarlah anda semua jika ini berterusan, Malaysia akan hancur lebur.





Rujukan:
Tun Salleh Abas & K. Das: May Day For Justice, Magnus Book, Kuala Lumpur, 1990.
Hkoo Boo Teik: Paradoxes of Mahathirism, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995.
H.P. Lee: Constitutional Conflicts in Contemporary Malaysia, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995.
Rais Yatim: Freedom under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy. Endowment, Kuala Lumpur, 1995.
Peter Alderidge Williams : Judicial Misconduct. Pelanduk, Kuala Lumpur, 1990.
Gordon P. Means ; Malaysian Politics – The Second Generation, Oxford University Press, 1991.

AGONG DAPAT SOKONGAN RAKYAT


Sambutan besar Agong di T'ganu
Muda Mohd Noor Mar 27, 08 11:40am
kemaskini 6:55pm Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Terengganu, akan berangkat pulang pagi Sabtu ini. Keberangkatan pulang baginda mencuri tumpuan negara susulan tercetusnya kemelut pelantikan menteri besar sehingga kerajaan baru Terengganu gagal dibentuk selepas 19 hari tamat pilihanraya umum awal bulan ini.Negeri yang kaya dengan petroleum itu dilanda krisis pelantikan menteri besar apabila wujud ketegangan antara wakil rakyat Kijal, Datuk Ahmad Said, yang dilantik pihak istana dengan kumpulan Datuk Seri Idris Jusoh, yang didukung Perdana Menteri.Tuanku Mizan dijadual tiba jam 10 pagi dan akan disambut besar-besaran di lapangan terbang antarabangsa Sultan Mahmud di Seberang Takir.Sambutan tersebut akan dianjurkan oleh sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai mewakili rakyat Terengganu.Gabungan NGO itu antaranya disertai kumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, sekolah Tuanku Mizan.Jurucakap gabungan itu Fariz Musa berkata, beberapa ribu orang dijangka berkumpul di lapangan terbang sebagai tanda taat setia dan sokongan mereka kepada baginda Sultan.Sementara itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) petang ini melancarkan kumpulan rakyat penyokong Tuanku Mizan di Masjid Terapung di Kuala Ibai, kira-kira lima kilometer dari bandar Kuala Terengganu.Malaysiakini difahamkan, di majlis itu mereka berjaya mengumpulkan lebih 500 tandatangan menyokong baginda, antaranya bekas speaker DUN Datuk Che Mat Jusoh. Di majlis tersebut, pelekat "Daulat Tuanku" dan riben kuning untuk dilekatkan pada kenderaan turut diedarkan kepada orang ramai.Beribu-ribu pelekat dan riben diedarkan. Pada jam 8 malam ini, katanya, sembahyang hajat yang diketuai imam besar Masjid Negara, Datuk Sheikh Ismail Mohammad akan berlangsung di masjid tersebut untuk memohon perlindungan daripada Allah ke atas baginda dan Pemangku Raja.Difahamkan, pelekat kenderaan dan kain rentang "Daulat Tuanku" mulai dipasang sejak semalam.

PENGETUA DAN GURU BESAR DIARAH AGAR JANGAN MERAIKAN KERAJAAN NEGERI SEBAGAI TETAMU-TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI

SIAPA TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI.
MAKLUMAT YANG DIDAPATI IALAH BELIAU(SI PENAKUT) YANG BERJAWATAN TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI MENYATAKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI SUPAYA "BERMAIN SELAMAT" AGAR PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN DI IBU PEJABAT(PUSAT) TIDAK MELIHAT.
DEEEEiiiiii aku nak bagi tau pada hang,wahai mamat penakut,jangan takut sangat macam nampak hantu pocong ditengah jalan.Awat la hangpa ni dipilih jadi pengarah dan timbalan pengarah???tang mana cerdiknya hangpa dan tingginya keilmuan hangpa.Kalau takut macamna nak jadi pemimpin.
Anwar pernah berkata"kalau takut,pengecut macamana nak jadi pemimpin"petikan deklarasi Permatang Pauh pada 19 september 1998

PULAU PINANG 28HB -terdapat ura-ura dimana arahan telah dikeluarkan oleh pihak atasan Kementerian Pelajaran Pulau Pinang apabila mengarahkan pihak sekolah agar jangan memberi kebenaran, meraikan ,menyambut,meminta wakil-wakil rakyat Barisan Rakyat supaya hadir ke sekolah dan diraikan sebagai VVIP dan VIP.

Sehingga berita ini ditulis , belum pun ada sebarang surat rasmi yang diterima oleh pihak sekolah dan arahan belum dikeluaran lagi.Namun di Pulau Pinang pegawai-pegawai JPN negeri di ketuai oleh seorang Pengarah yang mempunyai hubungan rapat dengan ketua pemuda UMNO Permatang Pauh yang dikatakan mempunyai banyak skandal. Sebagaimana yang pernah dilaporkan, beliau juga mempunyai cita-cita dalam politik.Jika beliau telah bersara brkemungkinan besar ialah pegawai yang akan menggantikan beliau.

Selain itu, menurut maklumat yang diterima kebanyakkan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri adalah terdiri dari penduduk luar dari negeri Pulau pPnang.Hampir 80% pegawai JPN negeri adalah terdiri dari guru-guru luar yang datang bertugas di Pulau Pinang dan tidak pulang-pulang ke kampung halaman sendiri dan berkhidmat di jabatan Pulau Pinang. Kemungkinan mereka untuk mengetahui perkembangan sosio budaya kanak-kanak yang membesar di Pulau Pinang terhad kerana mereka membesar di suasana yang berlainan dari tempat asal mereka ketika zaman persekolahn.

Ini sudah tentulah memberi sedikit sebanyak perbezaan persepsi dan pandangan tentang sesuatu kawasan dan sosiobudaya masyarakat Pulau Pinang yang berbagai mengurangkan juga strategi dan tatacara dari segi psikologi dalam pendekatan pendidikan. Namun ini bukan alasannya. Adakah anak tempatan kurang berkelayakkan atau dipilih berdasarkan kepada hubungan sebagai rakan atau hubungan sebagai penyokong UMNO?

Malah ada antara pegawai yang terlalu takut sehinggakan arahan sebegini juga terpaksa diikut, padahal apabila berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri, maka seharusnya lah menerima kerajaan yang dilantik dan menerima hakikat bahawa dimana bumi dipijak dan langit dijunjung,dan terima lah hakikat bahawa kelak akan tumbang juga keangkuhan BN.

EDISI YANG TERDAPAT DALAM SUARA KEADILAN UTAMA MUKA 11


















SEPETANG BERSAMA DSAI ,PRESIDEN DAN JUGA TKM PULAU PINANG KE PARLIMEN PERMATANG PAUH








Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi(wrlr)




























Permatang Pauh 23 Mac- Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ,Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah dan Timbalan Ketua Menteri YB Sdr Mohamad Fairuz Khairuddin ke Permatang Pauh disambut bersma dengan kenduri sambutan Mauliddur Rasul di beberapa tempat dan kampung-kampung di sekitar Permatang Pauh.Lawatan ini juga merupakan lawatan pertama selepas kemenangan mempertahankan Parlimen Permatang Pauh dan kemenangan besar Barisan Rakyat menawan Pulau Pinang di mana Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah mendapat kemenangan besar menewaskan Dato’ Firdaus Ismail dengan majoriti lebih daripada 13,000.





















Lawatan sepetang rombongan pimpinan rakyat ini dilakukan beberapa tempat disekitar Permatang Pauh, antara kampong-kampung yang dilawati ialah, kampong Mengkuang sungai Lembu,kampong mengkuang Titi, kampong Permatang Pasir, dan juga Kampung Permatang Tengah yang terletak berhampiran dengan pekan Permatang Pauh .Antara acara terakhir ialah melakukan lawatan ke kampong Permatang Tengah dimana rombongan pimpinan berarak sambil berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dengan diikuti oleh penduduk kampong tersebut secara beramai-ramai.
Dalam ucap utamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat PKR menegaskan bahawa beliau telah berbincang dengan kelima-lima Menteri Besar dan Ketua Menteri bahawa kerjasama erat akan di perkukuhkan lagi, sementara agenda untuk membantu rakyat semampu yang mungkin akan menjadi agenda utama selain agenda membenteras rasuah dan penyelewengan.”malahan projek- projek mewah yang tidak menguntungkan rakyat akan dikaji semula, dan kita akan jadikan wang tersebut sebagai bantuan kepada yang memerlukan dan membantu rakyat miskin”, demikian jelas Anwar lagi.

Sambil berseloroh beliau juga mengingatkan bahawa tidak banyak lagi kerusi yang akan kita ambil dan perintah negara ini, dan disambut dnegan tepukan gemuruh penduduk yang hadir.
Sementera itu dalam ucap utama selepas ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim, TKM YB Mohd Fairuz Khairuddin yang bertemu secara dekat dengan penduduk kampong dan merupakan perjumpaan pertama selepas pilihanraya telah mengucaplan ribuan terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan amanah ini adalah amanah yang cukup besar bagi beliau kerana beliau dipertangungjawab kan untuk menjaga kebajikan kaum Melayu di pulau Mutiara ini.

“Kita akan menyusun program-progran bagi mengimarak kan masjid-masjid dengan kuliah-kuliah agama dan disamping menjaga institusi agama agar tidak diperlekehkan dan juga mengatur semula program-progam bagi meningkatkan kekuatan ummah dimana program-program yang akan diatur nanti akan mengeratkan hubungan sesama ummat disamping masjid dijadikan fungsi sebagai tempat untuk mendapatkan ilmu dunia akhirat”

Beliau juga berjanji untuk menjaga kepentingan kaum Melayu kerana selama ini banyak masaalah yang berkaitan dengan kebajikan kaum Melayu telah tidak dipedulikan dan dikesampingkan oleh pimpinan sebelum ini yang merujuk kepada pimpinan UMNO.

“Dalam hal ini tiada kompromi, saya telah diamanahkan untuk menjaga kepentingan kaum Melayu dan dalam masa yang sama juga menjaga kepentingan agama di Pulau Pinang. Janganlah ada pihak-pihak yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan bukan Islam kerana ianya tidak mengunungkan sesiapa pun, sebaliknya beliau juga berjanji untuk menyusun semula Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), dimana pengerusi yang sedia ada tidak mahu meletak jawatannya.

“kita mendapat berbagai maklumat, kerana ada sebab tertentu yang mengapa beliau tidak mahu melepaskan jawatannnya sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang merujuk kepada Shabudin Yahya yang menerajui MAIPP, jika perlu kita akan merujuk dan berjumpa dengan yang dipertuan Agong jika itu perlu dilakukan”, demikian jelas timbalan ketua menteri itu lagi.

Tidak ketinggalan berucap ialah Datin Presiden, beliau yang tidak bercakap banyak telah mengucapkan ribuan terima kasih kerana penduduk Permatang Pauh bekerja kuat sehingga memenangkan PKR dan mempertahankan Permatang Pauh.Beliau juga akan membawa suara rakyat mewakili penduduk Permatang Pauh ke Parlimen.