MASJID JAMEK KUBANG SEMANG RAI KAN ANAK QARYIAH




PERMATANG PAUH 2 OKT-Satu majlis yang telah menjadi tradisi masyarakat kampung Kubang Semang ialah meraikan anak-anak Qaryiah di setiap malam kedua hari raya dimana semua anak-anak qaryiah yang berhijrah ke luar dari Permatang Pauh akan pulang berhari raya dan dalam masa yang sama kesempatan untuk meraikan anak-anak kampung yang pulang berhari raya diadakan.Masjid Kubang Semang adalah diantara masjid tertua di daerah ini yang menggunakan wang dari anak-anak qaryiah dan derma orang ramai.Semua pengurusan hal ehwal masjid diuruskan sendiri oleh anak tempatan.Dianggarkan wang tabungan masjid ini adalah sebanyak RM500,000 bagi menguruskan permasaalahan penduduk qaryiah masjid ini.
Majlis yang telah dijalankan sejak 15 tahun lalu ini diadakan dengan kehadiran Dato Hashim Yahya bekas mufti Wilayah Persekutuan dan juga Sdr Idrus Ibrahim kekanda DSAI yang mewakili beliau yang tidak dapat hadir.
Majlis tazkirah, dan pemberian wang hari raya untuk kanak-kanak juga diberikan.Dalam tazkirah yang diadakan, Dato Ustaz Hashim Yahya menegaskan bahawa dalm membuat dan memberi pertolongan, janganlah sesekali mengungkit kerana perbuatan ini adalah tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Manakala Sdr Idrus pula menyampaikan ucap salam dari Adinda beliau DSAI yang tidak dapat hadir dan mempersilakan semua anak-anak qaryiah ke majlis DSAI yang akan diadakan pada 11 Oktober nanti jika tidak ada aral melintang.
Majlis disudahi dengan jamuan makan ..






SOKONGAN KEPADA RPK DILUAR PUSAT TAHANAN









RAMAI YANG BERGAMBAR DENGAN PNMARINA..MACAM FILM STAR.NAMUN SIAPA PUN TIDAK MEMAHAMI BETAPA KECEWANYA BELIAU DENGAN NASIB YANG SEDANG DIHADAPI OLEH RPK





PIHAK BBC NEWS AKAN MEMBUAT DOKUMENTARI BERHUBUNG PENAHANAN ISA MENURUT PN MARINA ISTERI RPK





MENDAPAT KALUNGAN BUNGA DARI PARA PENYOKONG YANG INGIN I.S.A DI HAPUSKAN




SOKONGAN DARI RAKYAT UNTUK MENGHAPUSKAN ISA TETAP DITERUSKAN. NYANYIAN SELAMAT HARI RAYA DAN HAPUSKAN I.S.A DILAUNGKAN.KALUNGAN BUNGA DIBERIKAN SEBAGAI TANDA INGATAN TULUS IKLAS KEPADA MARINA UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA RPK......