KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Isnin tiada anggota keluarganya yang berbincang dengan beliau mengenai pembelian dua unit kondominium.
Oleh itu, kata Shahrizat, beliau tidak
tahu menahu tentang pembelian dua unit kondominium 'One Menerung'
menggunakan dana National Feedlot Corporation (NFCorp).