PANDANGAN
𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐇𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐢𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐄𝐏𝟎𝟯 [𝟑𝟎 𝐎𝐊𝐓, 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝟗𝐏𝐌]
𝐀𝐩𝐚 𝐊𝐚𝐭𝐚 𝐃𝐚𝐡𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐄𝐏𝟎𝟯 [𝟑𝟎 𝐎𝐊𝐓, 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝟗𝐏𝐌]
" 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 ", dengan tetamu undangan special, Dato Zaharin Mohd Yasin...
facebook.com
Pengangguran Cecah 1 Juta, PH Mahu Syor Dipakai Dalam Belanjawan 2021
PONG PANG PONG PANG...LENA..BAB PAKAIAN YANG KAU KALUT...
RINA HAMZAH
Kecoh ler ADUN PAS dan UMNO di Sidang DUN Selangor, peraturan Dewan dah jelas tapi sengaja langgar, lepas tu tidur..
**Kod etika pakaian di dalam Dewan Negeri Selangor bagi lelaki untuk nak memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu) HANYA HARI JUMAAT.
SR
“HORMAT DAN KASIH KEPADA TUN M TAK PERNAH PUDAR, TAPI PERJUANGAN BAHARU SAYA SUDAH BERMULA”
Pertama kali melangkah ke dalam dunia politik dengan serba keraguan dan ketidaktentuan nasib, insan ini berpesan mengingatkan saya bahawa politik ialah kerja-kerja membangun bangsa dan negara. Beliau juga ada beritahu, realiti politik adalah berbeza dengan segala teori yang saya ajarkan dan tuliskan lewat kehidupan akademik dahulu.
Saya berterima kasih kepada Tun kerana melantik saya sebagai Menteri Pendidikan walaupun dalam tempoh cuma 20 bulan, sebelum Tun meminta saya memulangkannya semula kepada Tun pada 3 Januari yang lalu.
20 bulan cukup membuka mata dan kesedaran saya, sehingga menumbuhkan tekad yang kuat di hati saya bahawa perjuangan pendidikan adalah satu kefardhuan. Fardhu ini tidak boleh berhenti, walau siapapun saya, dan dimana pun saya berada.
Ketidaksetujuan saya dalam halatuju politik ke hadapan tidak pernah mengurangkan rasa hormat dan kagum saya pada sosok besar negara ini. Jatuh bangun negara, dari padang pasir yang tandus sehingga tersergam menara berkembar tertinggi di dunia, sosok ini ada, memerhati dan merakam cermat sejarah jatuh-bangun anak bangsa.
Meskipun wadah dan fahaman politik kita berbeza, sentiasa ada sosok yang layak kita tumpahkan hormat kerana jasa besar mereka buat kita, buat negara, teramatlah banyak.
Sentiasa tak kurang maruah dan keperibadian kita, saat kita sentiasa menghormati sesiapa sahaja yang berbeda dengan kita dalam apa perkara sekalipun.
Doa saya buat Tun sentiasa terutus dan hubungan baik antara saya dan beliau juga akan terus terpelihara. Tak pernah ada kebencian, apalagi dendam dan amarah walau sekelumit.
Kepada Tun, saya ucapkan teruskan perjuangan.
Saya?
Perjuangan baharu saya sudahpun bermula. Tumpuan hakiki saya selain Simpang Renggam tentunya memulakan gerakan perubahan pendidikan berskala besar yang memungkinkan sesiapa sahaja untuk membuat perubahan.
Kerana saya percaya masa depan negara bergantung kepada pendidikan negara.
Rosak pendidikan, rosaklah masa depan.
Saya juga yakin kedudukan juga kuasa bukanlah penentu kepada keberlangsungan perubahan.
Tetapi percaya, iltizam, tekad dan kesempatan; semuanya bisa menukar harapan dan impian menjadi realiti.
Insya-Allah doakan!
#UntukMalaysia
DR. MASZLEE MALIK, AHLI PARLIMEN SIMPANG RENGGAM.
C5 didakwa buat ‘grand design’ untuk hancurkan Umno
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONNovember 3,2020
Datuk Zaharin Mohd Yasin mendakwa ketika ini wujud kumpulan dikenali sebagai C5 yang sedang merancang satu ‘grand design’ untuk menghancurkan Umno.
Bekas pemimpin Umno itu berkata, kumpulan C5 terdiri dari pemimpin Bersatu dan Pas biarpun parti itu tidak pernah menyatakan terlibat dalam rancangan tersebut.
“Ada satu kelompok yang dikenali sebagai C5. Ada yang berkata C5 ini melibatkan ahli Pas juga di dalam itu dengan satu grand design untuk membunuh Umno.,
“Kalau tengok dari kenyataan-kenyataan Pas, tak ada yang menyebut bahawa dia tidak ada hasrat dan minat untuk terlibat dalam satu grand design menghancurkan umno
“Sebaliknya dapat dilihat (Pas) asyik sibuk mempertahankan dan menyokong PM. Dengan itu, dalam kalangan ahli parti khasnya Umno, rasa tersinggung dengan kelompok C5 ini,” katanya dalam satu wawancara di Youtube MABA Channel baru-baru ini.
Sebelum ini, Malaysia Dateline pernah mendedahkan bahawa wujud kumpulan C5 yang terdiri dari lima pemimpin sebagai perancang strategi paling atas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sumber memberitahu, C5 telah wujud sejak lebih sebulan lalu lagi ketika kerajaan PN mula bercelaru atau sebelum kerajaan PN terbentuk lagi.
“C5 ini gabungan lima pemimpin Bersatu, Umno dan Pas yang berperanan untuk wujudkan Muafakat Nasional (MN Plus) dan berketuakan Muhyiddin,” kata satu sumber menerangkan siapakah C5.
Menjawab persoalan bagaimana Umno boleh ‘dimatikan’, Zaharin berkata ia boleh terjadi mengikut undang-undang apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan parti itu.
Beliau berkata, sehingga kini Umno masih belum mengadakan sidang di peringkat bahagian yang dengan itu tidak membolehkan perhimpunan Agung Umno dilakukan.
Sekiranya itu berlaku katanya, Ros boleh membatalkan Umno kerana melanggar peraturan.
“Kalau Ros ambil tindakan membatalkan Umno, Umno tak boleh jawab apa.
“Apa yang dilihat sekarang, C5 adalah orang yang menyerang Umno. kalau kita tengok cara-cara dilakukan, nampak dalam media sosial bahawa ianya ke arah itu,” katanya lagi.
28 POSTING HINGGA KINI..LAGI BERITA MENYUSUL...
SILA TEKAN > UNTUK BERITA AWAL . SECARA TIDAK
LANGSUNG ANDA MEMBANTU ADMIN..TERIMA KASIH
KERANA MENGUNJUNGI WRLR...
HUKUMAN DUA DARJAT
RAKYAT TAHU KES AT TAKIRI INI.
RINA HAMZAH
BAGAIMANA Pejabat Peguam Negara (AGC) boleh melepaskan menteri Khairuddin at-takiri drpd diambil tindakan undang² selanjutnya kerana alasan beliau tidak diberi 'Borang 14b'?
Apa 'Borang 14b?
Ini adalah borang SEKIRANYA KHAIRUDDIN MEMPUNYAI KONTAK RAPAT DENGAN MANA-MANA PESAKIT COVID 19.
Khairuddin mana ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19? Apa pasal dia kena ada 'Borang 14b'???
JIKA 'Borang 14b' itu satu keperluan, SIAPAKAH KONTAK RAPAT Khairuddin pesakit Covid-19 tersebut?.. Pernahkah KKM dedah KONTAK RAPAT tersebut pada media?
Syarat untuk dikenakan kuarantin wajib hanyalah jika seseorang PULANG DARI LUAR NEGARA. Tak ada disebut pun dalam S.15 Akta yang disebut² itu. Tak ada borang khusus sebelum perintah kuarantin diwajibkan.
Maknanya, ini hanyalah plot untuk menyelamatkan kerusi yang disandang oleh Khairuddin at Takiri!!!
SR
BELANJAWAN PERPADUAN HARUS FOKUS BANTU RAKYAT
Menurut pimpinan PAKATAN HARAPAN, Belanjawan Perpaduan ini adalah penting untuk menjunjung Titah DiRaja menolak pengisytiharan darurat dan mengelak pilihan raya dalam tempoh terdekat yang hanya akan mengeruhkan lagi gelombang ketiga Covid-19.
Bagaimanapun, pimpinan PAKATAN HARAPAN berkata, rundingan dalam Belanjawan 2021 tidak bermaksud menyokong PERIKATAN NASIONAL dan keabsahannya sebagai Kerajaan masa kini.
TOLONG ECO-WORLD, RAKYAT MACAM MANA?
“Rakyat, khususnya golongan B40 dan perusahaan kecil sederhana (PKS), masih berada dalam kesulitan kewangan tetapi ini gagal ditangani dengan berkesan oleh kerajaan PN,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir itu menegaskan Program Subsidi Upah (PSU) perlu diteruskan bagi membantu golongan PKS untuk terus bertahan.
POLITIK KEBENCIAN DICELA TIDAK KIRA DI MANA
Pengerusi AMANAH Trengganu. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah pula mengecam Macron yang kononnya seorang liberal pro kebebasan, tetapi menunjukan sikap ekstrim secara terpilih dengan menyatakan sebelum insiden pembunuhan itu sebagai Islam menghadapi krisis secara global.
“Mengapakah penghinaan berterusan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan individu terpenting kepada umat islam dibenarkan tanpa apa apa tindakan oleh pihak berkuasa Perancis?", soalnya.
DR MASZLEE USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MUHYIDDIN
MAN TOBA
Usul Undi TIDAK Percaya keatas Perdana Menteri oleh YB Simpang
Renggam, di no25 dalam senarai usul. Kalau mengikut kebiasaan, no25 ni untuk
usul dari seorang Ahli Parlimen atau Private Member’s Bill selalunya tidak akan
berpeluang untuk di bentangkan (will never see the light of the day) melainkan
ada seorang Menteri yang ingin membawa usul ini ke atas.
Rasanya bagaimanakah usul ini akan berakhir?
BENCI MUHYIDDIN PADA UMNO TAK TERBENDUNG?
Benci Muhyiddin pada Umno tak terbendung?
Tok Antong
Dah banyak kali Muhyiddin sabotaj UMNO selama ni. Dari masa jadi TPM di zaman Bossku jadi PM, kemudian apa yang dia tak kata pada UMNO masa dia berada di pihak PH dulu.
Akhirnya parti UMNO dia duk kutuk selama ni jugalah yang tolong bagi sokongan untuk dia jadi Perdana Menteri. Tapi baru beberapa bulan dia jadi PM, dah tunjukkan belang sebenar.
Budi baik UMNO pada dia, dia balas dengan tuba. Pandai dia baling batu sembunyi tangan. Dia yang buat polisi haru biru, laksanakan dasar-dasar tak popular yang anti rakyat.
Pulak tu dengar kata baru-baru ni dia masih tak puas hati lagi dengan YDP Agong pasal dia punya Darurat tak lulus. Betul-betul nampak gila kuasa PM macam ni.
Tiba-tiba UMNO pulak yang masih kena tuduh gila kuasa. Pelik betul tapi tak apa. UMNO sabar lagi.
Kemudian macam-macam lagi kita dengar cerita belakang tabir tentang UMNO dikhianati oleh Muhyiddin dan kawan-kawan politik dia. Yang paling mengecewakan bila ahli UMNO sendiri pun dah mula berperangai macam ahli parti pecahan UMNO tu.
Parti mana lagi kalau bukan parti Bunga. No ahli masih UMNO, tapi bersuara dan bertindak untuk kepentingan parti Bunga. Ini macam pun boleh?
Sekarang ni, watak jahat dianggap orang baik. Orang baik pulak dianggap watak jahat. Sedar-sedarlah. Sampai bila lagi nak tertipu dengan sikap Muhyiddin dan orang keliling dia?
Pada akhirnya, rakyat juga yang rugi kalau terus biarkan orang macam ni terus berkuasa. Tak gitu?
MENGAPA ADA USTAZ TERGAMAK MEMFITNAH ANWAR?
Mengapa ada ustaz tergamak memfitnah Anwar?
Oleh: Pentadbir
I S L A H M E D I A
Seorang Ustaz menyampaikan kuliah subuh mengolah kitab bahrul mazi berkaitan kejahatan. Dia berseloroh tentang tahap tingkatan kejahatan dengan memberikan contoh dengan menggunakan celupan bahasa Inggeris – jahat, jahater, jahatest. Katanya, Abrahah merupakan yang paling jahat kerana memimpin pengikut-pengikutnya untuk melakukan rancangan terkutuk iaitu ingin meruntuhkan Ka’bah. Begitu jahatnya Abrahah dengan pengikut-pengikutnya kerana sanggup berangkat dan meredah perjalanan yang jauh daripada Yaman hingga ke Makkah. Abrahah dan pembesar-pembesarnya menunggang gajah manakala tentera-tentera pengikutnya menjadi macai (istilah ustaz) setia dan rela berjalankaki sepanjang perjalanan.
Amat jelek manusia upahan yang tanpa maruah dan moral kekal meneruskan agenda jahat penuh dendam kesumat dan khianat.
Amat malang pula apabila pimpinan parti agama membuat fitnah jahat dan menjadi pencacai politik bankrap.
Anwar Ibrahim tidak pernah ada masalah dengan para alim ulama dan mufti-mufti semasa dia menjadi seorang pemimpin kerajaan terdahulu atau sekarang. Anwar tidak ada masalah dengan ulama’ mu’tabar dunia malah mereka sentiasa mendokong dan membelanya serta berhujah menyokongnya. Anwar tidak ada masalah dengan Ikhwan, Hamas atau kelompok pergerakan Islam mahupun PLO mana sekalipun, walaupun musuh-musuh cuba berkali-kali untuk mencemuhnya di mata para pejuang. Para pejuang Islam terutama Hamas dan Ikhwan lebih mengenali Anwar, mempercayainya dan mereka lebih mengenali gelagat konco-konco regim serta pengampu kerana mereka telah melalui fitnah yang sama.
Anwar tidak menimbulkan masalah dengan agama lain, bangsa lain, aliran lain dan berhubung mesra dengan ramai tokoh politik lain dalam ataupun di luar negara. Prinsipnya adalah dialog dan engagement. Dia mengambil pendekatan berkenalan dan bersahabat dengan semua orang. Dia mengambil pendirian inklusif menyantuni kepelbagaian bangsa dan budaya serta pandai menyesuaikan diri berdamping dengan rakyat. Dia berdialog dengan semua orang. Dia berdialog dan bersua muka membina rangkaian kenalan sejak zaman dia memimpin pergerakan belia lagi. Adakah mereka marah Anwar kerana dia berjaya berkomunikasi dan berinteraksi dengan semua pihak samada di negara atau antarabangsa, Muslim dan bukan Muslim?
Anwar berpegang kepada politik beridealisme. Inilah kata-katanya sendiri tentang pendiriannya:-
“I grew up in a time of great social transformation wherein the interplay of ideas and events coincided with student activism, religious revivalism and political turmoil. Not content to be a mere bystander, I chose to be an active participant instead. I emerged from all this convinced that while a life of contemplation and solitude can indeed be invigorating to the mind and the soul, a life of contemplation coupled with action and fraternity can be even more so. I have no regrets for the road not taken because the one that I took has led me to a challenging and fulfilling public life. And it is in this domain that I will continue to actively and fully participate in the realization of the higher ideals of life.”
“Saya dibesarkan pada zaman transformasi sosial hebat di mana berlaku cetusan ledakan idea-idea dan peristiwa-peristiwa berbetulan serta bertindan dengan aktivisme mahasiswa, kebangkitan agama dan pergolakan politik. Saya tidak rela berada selaku pemerhati sahaja, bahkan saya memilih untuk menjadi ahli yang berpartisipasi aktif. Saya muncul daripada semua ini dengan berkeyakinan bahawa sementara pilihan hidup secara bertafakur, berfikir dan bertapa menyendiri boleh menyegarkan dan melazatkan minda dan jiwa, tetapi hidup bertafakur digandingkan pula dengan gerak tindakan dan pupuk persaudaraan lebih memugarkan aktualisasi diri. Saya tidak menyesali jalan yang ditempohi kerana jejak laluan ini telah membawa saya mengalami dan menghayati kehidupan cukup mencabar dan penuh bermakna bagi saya. Dan di ruang lingkup inilah saya akan terus berperanan secara aktif dan menyertai dengan seutuhnya bagi merealisasikan cita-cita dan matlamat hidup yang lebih tinggi.”
Sebahagian mereka yang sanggup membuat tuduhan berat dan mengeluarkan kenyataan fitnah lebih mengenali Anwar Ibrahim tetapi dengan sombong dan sengaja melakukan kedurjanaan. Adakah mereka sudah lupa peribadinya yang terkenal mengamalkan ibadah solat sejak kecil, berpegang kepada ajaran Islam, memperjuangkan Islam sebagai ad din sejak bangku persekolahan dan mengasaskan pergerakan kebangkitan Islam negara? Adakah mereka lupa bahawa dia yang mengajar dan mendidik mereka, menyedarkan mereka dan menginspirasikan mereka untuk turut serta dalam gelombang kebangkitan baru Islam pada waktu mereka masih muda? Adakah mereka lupa bahawa inilah orang yang menjadi lambang setiakawan dan memberikan erti persahabatan dalam perjuangan? Adakah mereka tidak sedar kewibawaan Anwar mengartikulasi, merapatkan perbedaan dan membawa bersama aktivis dan ahli politik pelbagai kaum dan parti untuk bersama dalam satu pakatan moral – moral compact demi kesejahteraan dan keharmonian serta masa depan negara.
Memang berbaris dan bergilir malah berebut-rebut sekalian tukang ampu, pencacai, para pemberita pembawa naba fasiq dan pengaut pangkat dan laba, bersusun sesak dengan bermacam-macam idea dan makar bagaimana dan apa kata-kata nista dan celaan yang direka bagi mengutuk dan menginginkan supaya hancur lebur manusia bernama Anwar Ibrahim. Mereka mahu rakyat meragui keikhlasan dan idealisme perjuangan yang dibawa Anwar. Asalkan rakyat terutama orang Melayu ragu, matlamat mereka tercapai. Betapa bodoh sekalipun rekayasa dan tuduhan itu, asalkan Anwar diganyang. Matlamat kerdil dulu semata-mata bagi mengekalkan kuasa pemerintahan regim lama menghalalkan cara tak kira betapa korup dan fasad penaja dan penaung mereka. Bukankah nyata sekali ini kerja orang jahat?
Maka segala ajaran Islam tentang Iman, Islam dan Ihsan diketepikan begitu saja. Segala hukum syariah mereka langgar dengan membuat tuduhan melulu tanpa bukti dan tanpa bicara, tanpa pengadilan. Apabila jelas ada pimpinan pendokong dan batu api di belakang mereka terdiri daripada kleptokrat, korup, terdedah dengan bertimbunan selundupan di kediaman dan berakhlak rendah, mereka diam seribu bahasa. Mereka ada penyakit di dalam hati mereka.
Sebelum ini mereka cuba mematahkan kemaraan Anwar Ibrahim dengan menuduh dan menjadikannya penjenayah, malah mengurungnya di dalam penjara. Tidak cukup dengan itu, mereka cuba bunuh karakternya dengan cara yang amat aib dan paling hina dalam sejarah. Kemudian mereka cuba menanamkan keraguan umat kepada kefahaman agamanya. Semoga Allah swt melindungi kita daripada fitnah mereka!
Mereka mengambil kesempatan kebebasan yang ada, mempergunakan segala kelebaran akses media, siaran perdana dengan segala perlindungan dan penajaan. Ini mengingatkan kita semula kepada satu masa dahulu tentang angkara geng Datuk T dan cubaan gila video aib mereka, menyebar kejahatan secara berleluasa. Malah pegawai-pegawai bersubahat, mengaturkan sumpah palsu di masjid yang memalukan tanpa menghirau dosa atau tercalarnya moral, maruah dan syi’ar agama. Masjid menjadi saksi ketelanjuran politik keji. Modus operandi mereka sama saja walaupun kaedah cara kutukannya berbeda – ‘fitnah dan biarkan saja’ – asalkan tercalit keburukan kepada Anwar dan menghakis kepercayaan rakyat kepadanya.
Adalah jelas ini satu kejahatan yang besar. Matlamat mereka amat cetek sekali iaitu cuba menghalang dan menjadi satu lagi alat rintangan kemaraan seorang pemimpin yang masih mendapat tempat pada hati sanubari kebanyakan penduduk negara ini.
Selama 22 tahun lamanya, serangan demi serangan peribadi, fitnah, tuduhan, pendakwaan, di perbicaraan, di kaca TV, akhbar, di internet – mencela diri Anwar dan keluarganya, menggasak dan menggodam penyokongnya serta sahabat-sahabatnya dalam gerakan Islam, masyarakat sivil dan aktivis masyarakat. Betapa banyaknya saham kejahatan terkumpul oleh parti, regim, penyokong, pencacai, pemberita, penulis, ahli panel, pegawai, pengacara dan penganalisa, segala makhluk yang dikerahkan serta para pendengar dan pembaca yang setia. Istilah keji, terkutuk dan kata-kata paling nista telah diperkenalkan kepada masyarakat tak kira tua, muda dan kanak-kanak. Semua ini dilakukan secara tersusun, berterusan dan tanpa segan silu ataupun rasa bersalah selama 22 tahun dan ada yang masih berjalan lagi. Semua ini semata-mata untuk menyekat Anwar Ibrahim dan perjuangannya. Apabila dimuhasabah semula sudah tentu lebih banyak perkara yang bermanfaat dan menyelamatkan diri dan membina negara bangsa yang boleh dilakukan dengan segala sumber, jentera, tenaga dan masa yang terbuang dengan bergelumang angkara fitnah dan ini sudah pasti tidak akan boleh ditebus semula.
Barangkali mereka lupa siapa yang memulakan era menfitnah Anwar kerana mereka semacam mahu menjadi pewaris dan penyambung angkara bejat yang basi dan lama. Mereka pasti akan hampa dan kehampaan ini fatal jika tidak kembali ke pangkal jalan, kerana azab yang akan hinggapi dan melekat terpalit selama-lamanya.
Sahabat-sahabat sejati Anwar Ibrahim di dalam gerakan Islam, masyarakat sivil dan rakyat jelata telah lama kenal peribadi dan perjuangannya, tidak pernah meraguinya dan sentiasa menyokongnya. Prinsip yang dipegang adalah pada menegakkan kebenaran dan keadilan, prinsip Islam yang menolak kezaliman, kebatilan dan kepura-puraan. Inilah pengkalan yang selamat dan bahtera perjuangan Islam. Kawan-kawan yang telah isytihar meninggalkannya dan memilih pula untuk bersekongkol memfitnah juga tahu semua ini, namun mereka telah memilih jejak kelam dan mengambil jalan yang berpuaka seolah-olah tiada titik kembali ke pengkalan lagi.
Banyak lagi sekatan berat yang bakal menempuhi ahli politik idealis bernama Anwar Ibrahim. Apabila ditanya kenapa dia masih sanggup menjejaki jalan ranjau penuh penderitaan ini dengan segala mehnah dan fitnah, dia menjawab, dengan merujuk kepada ungkapan Islah mastata’tum – surah Hud:88 – “Tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami.”
Apabila ditanya bagaimana dia mencari kekuatan dengan dugaan besar yang dihadapinya, dia merujuk kepada pesanan tok guru dan alim ulama supaya berpaut kepada ungkapan Innalladzina qalu rabbunallah (sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami ialah Allah”) sebagai pengakuan atas ketuhanan-Nya dan keesaan-Nya – thummas taqamu (kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka) (Surah al Fushshilat: 30)
KAH.....NI LEBAI CAKAP BENDE...?
Dapat kuasa ambik hak
orang, tebuk atap, bersubahat dengan pengkhianat, berangan nak dok sebelah
Nabi? Abu Lahab pun tak terima ko dok sebelah dia....
W.FAUDZIN
PANAS!! FELDA TEKAM UTARA GUNA AGAMA MEWAJIBKAN PENEROKA DERMA RM300 SEORANG
BOB KELANANG
SATU surat pekeliling yang mewajibkan semua peneroka Felda Sungai
Tekam Utara untuk menginfaqkan sumbangan ikhlas sebanyak RM300 bagi setiap
seorang, tular di media sosial.
Surat bertarikh 14 Oktober 2020 itu mewajibkan semua peneroka di
Felda berkenaan membuat bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan bermula bulan
Oktober 2020 sehingga bulan Mac 2021 atau digalakkan membuat bayaran secara
pukal sebanyak RM300.
“Melalui program ini setiap peneroka secara ibadahnya diwajibkan
ke atas diri masing-masing menginfaqkan sumbangan ikhlas yang dianggap sebagai
sedekah jariah sebanyak RM300.00 seorang.”
“Kutipan ini akan dijalankan bermula bulan Oktober 2020 sehingga
bulan march 2021 dengan kadar kutipan sebanyak RM50.00 sebulan. Namun begitu
sekiranya terdapat mana-mana peneroka yang ingin membuat bayaran secara pukal
(RM300.00 dengan sekali bayaran) amatlah dialu-alukan.” tulis surat itu.
Surat itu memetik amanat pengerusi Felda, Datuk Seri Idris bin
Jusoh yang disebut menitik beratkan elemen ‘keberkatan’ di dalam usaha
mengembalikan kestabilan FELDA.
Menurut surat itu lagi, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda
Jengka 19 telah dipilih menjadi perintis program ini bagi kawasan Felda wilayah
Jengka.
Difahamkan juga wang kutipan seterusnya akan dikumpulkan oleh
badan Masjid Al-Hidayah Felda Sungai Tekam Utara dan diserahkan kepada badan-badan
yang memerlukan dalam satu program khas yang diadakan pada bulan Ramadhan tahun
2021
VIRUS PUN PANDAI GAK NIPUNYA
Faezuddin Puad
malaysiakini.com
Sidang Dewan Rakyat separuh hari minggu ini
Sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini.
Virus Covid-19 ni cerdik rupanya. Tahu bezakan waktu pagi dan
petang.
Virus Covid-19 mungkin aktif dan berjangkit hanya waktu petang
selepas jam 1:00 petang, manakala belah pagi virus Covid-19 masih tidur tak
bangun lagi.
Disebabkan itu la, kerajaan terpaksa pendekkan waktu sidang
Parlimen menjadi setengah hari.
Sangat rasional kan?
Wallahualam.
PAS TOLAK WAKIL UMNO DALAM KERAJAAN KELANTAN
Pas tolak wakil Umno dalam kerajaan Kelantan
Oleh: Pentadbir
MSO
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri (Pam) tidak bercadang untuk lantik wakil Umno dalam Kerajaan Kelantan sebagai Exco. Alasan yang diibaratkan olehnya Umno Kelantan masuk ke dalam kerajaan Pas seperti masuk dalam rumah sudah siap.
Jadi tidak ada keperluan untuk melantik wakil Umno. Wow la. Dalam keadaan rumah sudah siap menurutnya “rohok” untuk pinda dan bawa masuk Umno. Apakah alasan yang sama juga akan terpakai dalam pilihan raya nanti, kerana “rumah sudah siap” maka semua kerusi-kerusi yang ditandingi oleh Pam tidak akan diberikan kepada Umno? Dan kerana sedap duduk kerusi-kerusi ditandingi Umno akan ikut ditentang oleh Pas macam dalam Piraum lalu?
Melihat cara Mohd Amar berkecek, orang Umno Kelantan bolehlah mula buat sifir kali-kali bagaimana untuk hadapi pilihan raya akan datang. Jika Umno ada maruah jawaban Mohd Amar itu sudah cukup memberi faham, bahawa Pam Kelantan tidak pelahap kepada Umno. Itu tanda Pam dan tunding punggung kata orang.
Umno Kelantan tidak payah jadi hidung tidak mancung pipi pula tersorong, ataupun menanam betik jantan di negeri Cik Siti Wan Kembang. Ia mungkin tumbuh tetapi tak berbuah. Wow la. Trims.
PERJUMPAAN BIASA, BUKAN NAK TUBUH KERAJAAN CAMPURAN – TUN M
Sudah sudah la Tun..baik orang puji, sekarang orang caci melangit....siapalha yang malang nak kerjasama lagi dengan dia ni.
Oleh: Pentadbir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin politik beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
Menurut Dr Mahathir, agenda untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan juga tidak pernah dibincangkan dalam pertemuan yang difahamkan berlangsung selama tiga hari berturut-turut itu.
Dr Mahathir dilapor mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli politik termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.
Tambah Dr Mahathir, cadangan seperti itu sukar untuk diterjemahkan memandangkan ada dalam kalangan pemimpin tertentu yang pernah bekerjasama dengan beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut.
“Ku Li (Tengku Razaleigh) dulu (berada) dalam Kabinet saya. Dia nak jumpa takkan saya kata tak boleh, tak suka (tengok) muka awak… (saya) tak bolehlah (buat) macam tu.
“Saya jumpa dengan menteri agama pasal saya kenal menteri agama dah lama dah. Dulu (beliau) jadi mufti wilayah, saya memang kenal dia.
“Dia datanglah nak tunjuk kepada saya buku-buku yang ditulis berkenaan dengan COVID-19.
“Mat Sabu ni datang selalu, dia jumpa saya nak bincang pasal politik sikit bolehlah. Tiada bincang (berkenaan kerajaan perpaduan).
“Kita tak boleh nak buat dengan dia (Mohamaad Sabu) pasal ada orang (tertentu) tak bagi (dan setuju dengan idea berkenaan),” katanya dipetik.
Terdahulu, menerusi akaun Facebook Kelab Penyokong Dr Mahathir iaitu “Kelab Che Det” telah memuat naik tiga keping gambar bekas perdana menteri itu bertemu dengan pemimpin berkenaan di kediamannya pada 26, 27 dan 28 Oktober 2020.
Dalam muat naik itu, pengendali akaun turut menyertakan kapsyen “Ketika negara diuji, Kerajaan Perpaduan adalah formula terbaik.”
Tambah kapsyen itu lagi, parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan negara sahaja yang perlu diutamakan.
PAKEJ RANSANGAN EKONOMI RM50 BILION SIA-SIA?
Pakej ransangan ekonomi RM50 bilion sia-sia?
Oleh: Pentadbir
Ipohmali
Ini kali kedua aku tulis Pakej Prihatin yang dibentang PM tebuk atap adalah sia sia.. Bila membaca berita lebih 2 ribu lagi pekerja Malindo diberhentikan Kerja setelah beribu pekerja Air Asia dan MAS ini tanda jelas kegagalan Kerajaan PN dan PM tebuk atap..
Ini baru sektor Penerbangan, agaknya bagaimana dengan sektor hiliran yang ada kaitan dengan mereka.. apapun asas kepada kegagalan ini seperti yang aku tulis seawal mac dulu.. Ianya tidak bersasar.. Bantuan diagihkan semborono.. Seperti Ali Baba yang tabur duit bila jumpa harta karun di dalam gua…
Bayangkan Sudah lah Pakej pertama yang melibatkan suntikan Fiskal RM 45 Billion tidak bersasar.. Bantuan kali kedua berjumlah RM 10 Billion, PM tebuk atap ulang kesilapan yang sama..hanya semata mata mengejar kemenangan PRN Sabah.. agaknya takda sorang pun dalam PN ada kemampuan berfikir..
Bayangkan bantuan BPN pada fasa pertama saja sudah melibatkan kos kewangan lebih RM 12 Billion.. dan RM 10 Billion dalam pakej bantuan Prihatin 2.0.. lebih malang tidak ada tumpuan yang bersasar seperti mereka yang kehilangan Pekerjaan mahupun yang bekerja sendiri..
Lebih teruk, kakitangan awam dan Pekerja GLC dan Swasta yang masuk dalam kategori M40 dapat berpendapatan tetap.. Mereka tetap layak terima BPN.. Ini sudah menghilangkan hak mereka yang betul2 Layak seperti Penjaja pasar malam atau mereka yang dibuang kerja..
Bayangkan kalau sejak awal, Tumpuan Pakej Prihatin dibuat lebih berhemah dan bersasar.. Dah pasti mereka yang terpaksa menganggur.. Kehilangan Pekerjaan masih dibela.. Katalah Pakej Prihatin, BPN mengecualikan kelompok M 40 dari kakitangan awam dan swasta yang berpendapatan RM 3000 keatas dikecualikan..
kemungkinan 4 Juta dari jumlah 10 Juta BPN itu tidak layak.. dah pasti rakyat kehilangan pekerjaan akan terbela.. Sebagai contoh, Dari jumlah 4 Juta yang masih terima gaji tetap RM 3 ribu keatas..Kalau peruntukan RM 5 Billion itu diagihkan kepada 450 Ribu penganggur dan mereka yang bekerja sendiri..Depa layak terima RM 1 ribu Sebulan selama 1 Tahun..
Itu sebab aku sentuh dan puji Model Singapura.. Kenapa ? Model Singapura antara yang terbaik..Bantuan mereka bersasar,.. mereka melihat kepada keperluan sektor yang benar2 terjejas…
sebagai contoh sektor Perhotelan dan Penerbangan mereka akan dibayar gantian pendapatan sebanyak 75% dari nilai gaji depa.. manakala sektor F&B sebanyak 50%.. Gantian ini dibuat pada gaji mereka dibawah SD 4600(Rm 12 ribu)… Bukan hanya pekerja, hatta Industri Penerbangan depa pun..Kerajaan depa Bailout pada waktu sukar..
Bagaimana Yang bekerja Sendiri ? INDIVIDU bekerja sendiri (SEP) yang layak, seperti pemandu teksi,Pemain muzik Jalanan, Penjaja, guru Quran, Guru Tuisyen Persendirian depa akan menerima $1,000( RM 3000 ) Selama 9 Bulan.. dan ditambah 3 Bulan lagi dalam pakej tambahan pada bulan Mei.. maknanya mereka dibantu selama setahun dengan jumlah SD 1000 setiap bulan.. ni tak termasuk bantuan baucer barang dapur dan Elektrik..
Kalau diukur dari size Pakej Prihatin, Kita dengan Singapura lebih kurang saja.. Tapi mereka jauh lebih bersasar.. Tapi nak buat macam mana.. Seperti aku tulis seawal Mac dulu.. PM dan Menteri PN tebuk atap perasan pandai.. Tujuan depa bukan nak selesai kemelut Ekonomi..Cuma nak beli hati makcik Kiah dan pakmat tempe.. Tujuan dep nak dipuji.. Nak menang Pilihanraya.. Ini sungguh tak bertanggung jawab..
Dulu bila aku sebutkan Pakej Prihatin ini sia sia.. ada ramai yang pertikai..dan hari ini kita dapat lihat bagaimana terdesaknya rakyat.. sampaikan duit simpanan sendiri pun depa nak keluarkan walaupun itu simpanan hari tua depa..
Jika sejak awal Pakej itu bersasar..Tak perlu pun rakyat keluarkan Rm 500 sebulan dari KWSP.. apalagi perlu keluarkan RM 10 ribu… Tapi itulah wajah Kerajaan dan PM tebuk atap.. Menteri ramai, Otak takda.. Macam mana PM tebuk atap gagal urus wabak Covid-10..mcm tu lah depa gagal urus Ekonomi.. Jadi apa yg diharapkan Kerajaan bani melayu Islam macam ni..Skit pun tak berguna.. 🙂
KENAPA TIDAK MUHYIDDIN SAJA YANG UMUMKAN BERSATU TIDAK BERTANDING DI BATU SAPI
Dua parti utama di Sabah, BN dan PBS sudah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRK Batu Sapi pada 5 Disember depan.
Ia sebagai menyahut seruan untuk mengurangkan kemungkinan menularnya semula Covid19 jika Warisan yang akan mempertahankan kerusi tersebut dicabar dan seterusnya berlaku aktiviti kempen dan perhimpunan orangramai.
Dua anggota PN iaitu Star dan LDP turut dilaporkan telah membuat keputusan tidak akan menyertai PRK tersebut.
PH yang merupakan sekutu Warisan, selain tentunya tidak meletakkan calon, amat mengalu-alukan keprihatinan semua parti mengambil keputusan sama demi Covid19.
Bagaimanapun Bersatu yang merupakan tonggak PN hanya akan bermesyuarat Sabtu ini untuk membuat keputusan sama ada bertanding atau sebaliknya dalam PRK itu.
Kenapa lambat sangat nak buat keputusan?
Sebagai parti kerajaan, Bersatu tidak sepatutnya berlengah-lengah dalam membuat keputusan untuk mengutamakan mencegah Covid19 berbanding mengejar kerusi.
Mengapa mesti tunggu Sabtu?
Kenapa tidak Muhyiddin Yassin saja selaku Perdana Menteri membuat keputusan tegas bahawa Bersatu tidak akan meletakkan calonnya di Batu Sapi?
Atau masih mencari ruang untuk melaksanakan juga darurat? (Shahbudindotcom 03/11/2020)
Subscribe to:
Posts (Atom)