DULU DIKAFIRKAN, KINI CURANG DIDUAKAN!


 
PARTI AMANAH NEGARA


DULU DIKAFIRKAN, KINI CURANG DIDUAKAN!

29 September 2022

1. PAS sedang berusaha merayu untuk bersama kembali dengan UMNO yang telah memberi kata dua pada PAS kerana "menduakannya" dengan hubungan curang dua kolam dengan BERSATU.

2. Pada masa yang sama, ahli UMNO yang amat terluka atas kecurangan PAS menduakannya, menyoal apakah kekebalan PAS dari dosa bermain cinta dua kolam sekarang dan dahulu meniup kebencian menjatuhkan hukum kafir kepada ahli UMNO pada tahun 1981?

3. Adakah begitu mudah berlaku curang sekali lagi pada "suami" UMNO sekarang dengan bersekedudukan dengan BERSATU tanpa meminta maaf dosa lama amanat Haji Hadi dalam isu kafir keatas UMNO dahulu?

4. Adakah begitu mudah PAS menghapuskan dosa lamanya tanpa meminta maaf kepada UMNO dengan hanya memadam amanat Haji Hadi dari portal JAKIM setelah menjadi kerajaan dan menjadi Menteri Agama?

5. Ramai hairan bagaimana amanat Banggol Peradong oleh Haji Hadi yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai ajaran sesat telah hilang di padam begitu sahaja dari portal dan kini keluar pula tuduhan baru ahli Pakatan Harapan tidak beriman pulak walaupun ramai kami dalam PH beragama Islam.

6. Presiden PAS Ustaz Hadi menuduh kami dalam PH sebagai tidak beriman dan UMNO pula "kafir", sementara Mursidul Am PAS, Hashim Jasin, pulak menyeru semua parti majoriti orang Islam "bersatu" dengan PAS!

7. Tidak hairanlah UMNO Terengganu telah memutuskan untuk bergerak solo untuk menjatuhkan PAS di Terengganu.

8. Sanggupkah ahli ahli UMNO khususnya di Terengganu yang menjadi sasaran utama

hebat

takfiri dari PAS kembali bersekedudukan bersama PAS yang kini berlaku curang dengan BERSATU ?

TEPUK DADA TANYA IMAN.

Raja Kamarul Bahrin Shah

Pengerusi PAKATAN HARAPAN Terengganu

Pengerusi AMANAH Terengganu

 

YELLEK.....KIOK




 

DIA NI...KERAP MELILAU DARI DI ALAM REALITI- TADI DIA CAKAP NAK BANGUNKAN INDUSTRI PERTAHANAN SELEPAS MELINGKUP BERBILLION.AGAK AGAK REALITI KE TIDAK ?


 

TINDAKAN TEGAS SELAMA 5 HARI SELESAI


 

Bobobobobok, 5 hari tercekik sagon, hairan, tak ada pula Isley terancam.

Demikianlah, rupanya ini tindakan tegas yang di janjikan.

 

MMMS





MENEPATI RAMALAN AKHIR TAHUN RM 5.00- NILAI RINGGIT KINI RM4.70 BAGI 1 USD






Nilai Ringgit mengekalkan tren kejatuhan apabila sekali lagi ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.6380/6425 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.6285/6310.

Ringgit pada sesi awal dagangan hari ini dibuka tinggi berbanding semalam tetapi jatuh kemudiaannya selepas sentimen pasaran terus memihak kepada dolar disebabkan ketidaktentuan global, kata seorang penganalisis.

Mata wang tempatan dibuka lebih tinggi sedikit pada 4.6250/6290 berbanding dolar AS.

Kejatuhan nilai ringgit kini yang terburuk untuk tempoh 24 tahun dan ia berlaku semasa era pentadbiran seorang Perdana Menteri UMNO.

Selain itu, keadaan politik negara juga dilihat tidak stabil susulan tekanan berterusan daripada pemimpin atasan UMNO yang mahu pilihan raya umum diadakan dengan segera pada tahun ini juga.

 

DIA NAK MAIN 2 KOLM JUGA .....KEH..KEH...NAMPAK GAYANYA MUHYIDDIN PULA KENA KANTOI- KAH..KAH...KAH- PERANGAI MACAM GINI DALAM PH DULU DAH KENA...NANTI KALAU ZAHID MASUK DALAM...DIA AKAN SONDOL KAMU PULA MUHYIDDIN......

 

Muhyiddin tak boleh paksa PAS pilih BN atau PN, kata Tuan Ibrahim



Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man parti itu bekerjasama dengan Bersatu dan Umno demi ‘perpaduan ummah’.

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak seharusnya menetapkan PAS untuk memilih PN atau Umno dalam Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan politik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bekerjasama dengan Bersatu dan Umno demi ‘perpaduan ummah’.

“Bagi kita (PAS) umat kena bersatu, semua pihak khususnya PN dan BN untuk melihat masa depan.

“Saya fikir tak boleh ultimate (kata dua) bagi kita, tetapi yang penting ialah tengok masa depan, negara ini kena stabil politik.” katanya lapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya.

Tuan Ibrahim berkata, masih ada masa untuk PAS menyatukan kedua-dua parti itu menjelang pilihan raya yang akan datang.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa beliau diberi bayangan bahawa PAS akan buat keputusan muktamad, untuk memutuskan hubungan dengan Umno dalam tempoh terdekat.

Sabtu lalu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mengumumkan BN sebagai musuh utama PN pada PRU15, dengan parti komponennya perlu bergerak sebagai sebuah pasukan dan memiliki hala tuju sama, bukan mengeluarkan kenyataan atau pendirian bertentangan.

KEH..KEH...DASAR MANA LA WOII YANG NAK RANCAK KONOMI NEGARA ?ADA NEGARA MANA YANG PERCAYA DENGAN INDUSTRI PERTAHANAN NEGARA ? KAPAL TAK SIAP..MELINGKUP HABIS RANCAK KOT MANA LA....

 

Dasar industri pertahanan bantu rancakkan ekonomi negara, kata Hishammuddin.





Hishammuddin Hussein semasa sidang media selepas mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan di Wisma Pertahanan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Kementah) akan melancarkan dasar industri pertahanan dalam usaha memastikan sektor pertahanan turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Menterinya, Hishammuddin Hussein berkata langkah itu diambil memandangkan kementerian tersebut sebelum ini antara yang mendapat peruntukan belanjawan paling tinggi, namun tidak membantu meningkatkan prestasi ekonomi negara.

Sehubungan itu Hishammuddin berkata, kementeriannya beriltizam memberi sumbangan kepada negara, bukan sahaja dari segi keselamatan dan pertahanan, sebaliknya akan membantu memberi pulangan kepada ekonomi negara melalui dasar tersebut.

“Kadangkala hujah kepada Kementah (dalam permohonan belanjawan negara) adalah kita tak bawa pulangan kepada ekonomi negara. Jumlah peruntukan Kementah besar tapi tak membantu tingkatkan prestasi ekonomi negara.

“Sebab itu saya putuskan bahawa tidak lama lagi kita akan lancarkan dasar industri pertahanan, di bawahnya akan memberi tumpuan merancakkan sektor industri pertahanan kita. Kita akan buktikan pulangan kepada negara bukan sahaja dari segi keselamatan dan pertahanan, tetapi membantu perkukuh ekonomi,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan di Wisma Pertahanan.

Ditanya mengenai pembentangan Bajet 2023 minggu depan, Hishammuddin berharap Kementerian Kewangan terus memberikan peruntukan sewajarnya kepada kementerian itu kerana negara tidak boleh berkompromi mengenai isu keselamatan dan kedaulatan negara.

“Saya harap Kementerian Kewangan tetap memahami isu keselamatan dan pertahanan adalah perkara yang tak boleh dinilai dengan wang ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Kementah dalam proses untuk menstrukturkan semula Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) agar lebih berfokus dan realistik.

Kata Hishammuddin, penstrukturan semula itu akan memfokuskan kepada usaha dalam mendepani keperluan serta isu-isu semasa Veteran ATM yang semakin mencabar mengikut peredaran semasa.

“Usaha penstrukturan ini turut mempertimbangkan keperluan untuk melibatkan pemegang taruh pihak ketiga (3rd party stakeholder) di dalam majlis agar keputusan dibuat dapat menghasilkan kesan dan impak tepat buat Veteran ATM di tanah air,” katanya sambil memaklumkan langkah itu penting mengambil kira sejumlah 300,000 veteran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

TUUUUU DIAAAAAA PUNYA BANYAK




Semalam RM90.9 juta. Hari ni RM2.08 bilion pulak dikatakan masuk akaun Najib. Boleh baca beritanya di https://bit.ly/3fqepGe. Wei... BILION tau. Ada sepuluh angka.

RM2,080,000,000. Chaijib ada tak dalam bank 1% daripada jumlah ni? RM20,800,000 atau sebutan yang mudah, RM20.8 juta Ada? Tak ada kan? Tapi korang punya sokong...

Semua transaksi ini direkod. Bukan cakap kosong macam admin FB Najib. Ada 9 transaksi semuanya. Bayangkan kalau Najib masih PM lagi sekarang. Berapa banyak lagi dia sakau?

Itu duit kita. Duit anak-anak kita. Duit untuk masa depan negara ini. Dok cerita jasa Najib. Berjasa sangatlah tu macam ni?

Paling perit, bila kantung negara dah kosong, kita pula dikenakan GST. Kita menderita terpaksa bayar lebih, dia enjoy jadi billionaire dengan duit kita. Tak rasa marah ke? Guane boh?

Raja Gelap

 

 


KALAU UMNO TAK BERBELIT ITU HAIRAN




Kalau UMNO, mesti pandai membelit. Mesti punya!

Tok Mat kata desakan UMNO supaya diadakan PRU segera bukan bermakna nak buat masa banjir. Apa jenis belit la ni? Baca di https://bit.ly/3BR7ddD. Kalau dah nak buat musim tengkujuh, bukan musim banjir ke tu?

Alasan dia, musim dah berubah. Tahun lepas banjir berlaku Januari hingga Mac. Tak salah apa yang dia kata tapi beginikah cara pemimpin UMNO uruskan risiko? Walaupun tahun lepas banjir lewat sedikit, tapi apa jaminan perkara yang sama akan berlaku tahun ini?

Contoh, semua tahu jalan Karak merbahaya. Tiba tiba tahun lepas kurang kemalangan di Karak tapi banyak di LPT pula. Adakah itu bermakna kita cuma perlu berhati-hati di LPT tapi tak perlu berhati-hati bila melalui Karak lagi?

Kalau beginilah cara pemimpin UMNO mengurus risiko, tak hairanlah ekonomi kita semakin parah dan hidup rakyat semakin susah. Kalau Tok Mat, yang orang kata paling pandai dalam UMNO pun bodoh sebegini, apa akan jadi negara kita kalau UMNO menang PRU15 nanti?

Lagipun Tok Mat nak tipu siapa? Zahid sendiri yang sebut UMNO rela rempuh banjir. Dia sebut banjir terang-terang. Bermakna memang UMNO tahu PRU akan berlaku dalam banjir. Nak pusing celah mana lagi Tok Mat?

Tapi aku dah nampak kenapa UMNO nak sangat PRU masa banjir. Sebab Tok Mat sendiri kata, boleh tangguhkan PRU di kawasan yang terjejas. Jadi itu yang mereka mahukan. Supaya PRU tak diadakan serentak. Jadi mereka boleh buat sesuatu kalau keputusan tak memihak mereka.

Memanglah peti undi boleh dimangga. Tapi kalau kunci diberi kepada UMNO, apa maknanya mangga pun? Selagi UMNO berkuasa, aku takkan percaya mana-mana agensi kerajaan. Kerana UMNO sengat sinonim dengan salah guna kuasa.

Jika begitu perancangan mereka, maka semakin jelas mengapa kita perlu tolak PRU di musim banjir. UMNO terlalu tamakkan kuasa sampai tak kisah kalau rakyat jadi mangsa ketamakan mereka. Guane boh?

Raja Gelap

 

MENJUAL GELARAN DATO DEMI KEKAYAAN

 




DATUK JADIAN

Masa ekonomi tengah teruk ni, maka bersepahlah scammer ambil kesempatan. Orang lain makin miskin, mereka pula makin kaya. Menipu orang belaka.

Taktik scammer sekarang, nak bagi orang percaya, mereka suka suki guna nama gelaran. Dulu level Dato’ saja. Sekarang punya trend, diaorg upgrade dah. Mungkin sebab title Dato’ dah bersepah, mereka guna Dato’ Seri pula.

Banyak je kes menipu atau scam terkini, pelakunya ada “Dato Seri”. Habis orang kampung dan bandar pakat kena tipu berkali2.

Makanya, nak jadi rakyat yang bijak, jangan la main terima saja kalau orang tu claim dia ada gelaran. Kita boleh tabaiyun dulu. Tambah kalau nak park duit kat mamat/ minah tu.

Kalau tuan/ puan nak check gelaran mana2 orang,

1. Boleh pergi ke website www.istiadat.gov.my.

2. Tekan link “Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat”. 3. Masukkan nama orang tersebut dan tekan enter.

Kalau ada gelaran, ia akan keluar. Kalau tiada, maknanya besar kemungkinan dia auta saja.

Kena juga tahu, menipu gelaran ni merupakan satu kesalahan jenayah. Boleh kena penjara sehingga 3 tahun lamanya. Ianya di bawah Akta Kesalahan Berhubung dengan Anugerah 2017.

Mana2 yang cuba nak beli atau jual pun boleh kena hukum juga, lagi teruk sampai 20 tahun penjara.

Satu saja nak cakap, orang yang dok guna gelaran nak menjual ni, maknanya tak cukup power. Kalau betul apa yang dia jual, takde Dato pun orang percaya.

Kita pun rakyat biasa, jangan terlampau feudal. Kena beringat, Dato dan Datuk Seri pun boleh jadi scammer. Selalukan periksa apa mereka kata.

Ada pakcik ni pernah cakap dengan saya. Tiada Dato/ Datin/ Dato Sri/ Tan Sri disebut masa talkin dibaca. Makanya jangan la terlalu taksub dengannya.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

BIAR LEMAS ASAL BEBAS

 


Zunar cartoonist fan club



KERAJAAN BN PERLU ADA PELAN PENDIDIKAN YANG JELAS


DIA BERPINDAH KE SINI

 

Disebabkan ramai sangat yang tanya Adi Putra tu bukan orang Singapura ke, gagah la aku Google. Sebab aku tak kenal pun mamat ni. Mat Kilau tu first time aku tengok dia berlakon.

Berdasarkan maklumat di Wiki, Adi Putra berasal dari Singapura. Namun pada bulan April 2018, dia telah mendapat taraf kerakyatan Malaysia.

Jangan tanya macamana boleh mudah sangat dia dapat kerakyatan. Kalau Bangla jaga pam minyak pun boleh senang dapat taraf warganegara, apa lagi pelakon popular. Guane boh?

Raja Gelap

.




Bila baca laporan-laporan tentang kes Tanore ini, tidak lah semudah itu untuk dapat acquittal. Selamat pagi Khamis.


SAMSUDIN NAWAWI




 

APA KRITERIA KONSERT ROCK PATUH SYARIAH ?






NORMAN RADZUAN


Lagi panjang janggut lagi ditakuti akhir zaman ini

APA KRITERIA KONSERT ROCK PATUH SYARIAH ?

Sejak akhir2 ini saya mula mengerti dan merasai apa yg disabdakan Nabi SAW lebih membimbangi Ulama Su’ lebih dari Dajjal. Saya juga yakin saya sdg berada dunia akhir zaman seperti dimaksukan baginda.

Jujur saya katakan akhir zaman ini saban tahun terlalu byk kes menyalahi undang seperti scammer di kalangan org agama berniaga, scammer org agama gunakan gelaran Datuk Seri, kes pencabulan, gangguan seksual dan pelbagai lagi membuatkan bila kita melihat lagi panjang janggut org itu lagi bimbang dibuatnya. Akhirnya janggut sunnah terfitnah angkara umat Islam sendiri.

Ya kerana setitik nila habis susu sebelanga. Cuma akhir2 ini bukan setitik dah mcm setimba nila jatuh dlm belanga hingga agama Islam ini teruk tercemar dan terfitnah dibuat golongan agama. Seperti kata Kartini agama memang menjauhkan kita dari dosa, tapi berapa byk dosa yg kita lakukan atas nama agama.

Hari demi hari penipuan org2 agama kpd agamanya yg akhir mereka digelar pedagang agama. Mereka membawa hukum dan menghukum mengikut sesuka hati mereka. Malah mereka akn pertahankan sesuatu yg sealiran dgn mereka.

Mereka terkenal sebagai pemberi dalil. Cuba lihat org agama bila berhujah…

A) Bila mereka menghentam… judi haram siapa subahat kafir tapi bila mereka memerintah judi bertambah mereka diam.

B ) Bila banjir di negeri org inilah bala Tuhan tapi bila banjir ditempat mereka inilah ujian Tuhan.

C) Bila kita pertikaikan tentang lesen, penggunaan akaun peribadi dan memukul….mereka jawab penagih dadah liar.

E) Bila mereka kata haram pawagam tetapi Ketua Pemuda sendiri menonton Mat Kilau. Dalilnya tgk wayang bukan haram terus kalau cerita ditayangkan itu seru kpd kebaikan, ajak orang kenal sejarah, ajak cintakan negara… itu tak haram.

F) Bila org agama melakukan kesalahan… dikatakan fitnah akhir zaman.

Kalau nak bariskan haram utk org lain halal utk mereka sgt byk. Dipendekkan cerita isu terbaru konsert Wings di Kelantan. Ia sgt mengejutkan tapi apa alasan mereka juga mengejutkan… ia dpt melemahkan musuh Islam.

Lebih mengejut ‘Ustajah’ selebriti mengucapkan tahniah kpd kerajaan Kelantan kerana telah menganjurkan konsert patuh syariah walaupun ada ruang yg perlu diperbaiki.

Beginilah antara yg saya ingin bertanya kpd Ustajah tersebut apa kriteria patuh syariah utk konsert rock? Adakah hanya wanita bertudung dan diasingkan lelaki dan wanita sudah cukup mematuhi syariah?

Saya difahamkan oleh rakan… syarat utk penonton wanita yg freehair mesti bertudung. Samada pinjam, beli atau menyewa tudung (betulkan saya jika maklumat diperolehi silap).

Tentang patuh syariah adakah sekadar menutup kepala itu sudah memadai patuh syariah? Sdgkan setahu saya tudung yg dipilih mestilah tidak nipis. Ia juga mestilah labuh menutupi dada.

Dan jika ingin bersanggul, pastikan bentuk rambut itu tidak kelihatan. Baju pula mestilah labuh dan tidak singkat. Baju jenis blouse seharusnya labuh melepasi punggung. Itu yg saya faham tentang patuh syariah pakaian menurut Islam.

Benar Kelantan sebelum ini ada artis mengadakan persembahan di Kelantan seperti M. Nasir, Mawi dan Amy Search. Bezanya tetap ada iaitu muzik atau lagu yg dibawa dlm bentuk sederhana.

Berbeza dgn konsert terbaru Wings ini. Jika Wings dibenarkan bolehlah selepas ini Metallica atau konsert2 rock buat show di Kelantan asal asingkan lelaki dan perempuan serta bertudung?

Saya tiada masalah dgn Wings sb saya memang menonton konsert Wings. Cuma masalah saya dgn Ustajah bagaimana dgn Wings itu sendiri di Kelantan patuh syariah halal ditonton dan adakah di luar Kelantan ‘halam’?

Ustajah kena jelaskan kpd umat Islam jika hendak menonton Wings yg dibenarkan oleh agama ketika ini hanyalah di Kelantan sb asingkan lelaki dan wanita. Nak headbanging suka hati la.

Tanya saya beginilah Kelantan kekalkan sahaja sebagai sebuah negeri Islamik. Nak berhibur tak salah tapi kena dgn konsep yg sederhana dan tidak melalaikan. Banyak kumpulan2 nasyid dan boleh jemput artis2 solo dan sederhana muziknya.

Kalau rock, hip hop, techno, dangdut tu tak sesuai. Org ramai tak terkejut kalau panggil penyanyi2 muzik asli atau artis2 solo atau band yg pop. Rock tu keras Ustajah tak berapa sesuai… bersederhanalah dlm berhibur utk rakyat yg telah dididik sekian lama dgn agama oleh TGNA.

Buat Ustajah jujur dan adil dlm berdalil. Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yg cintakan kemasyhuran adalah mereka yg sukar dipercayai. Kata beliau, “Seorang hamba itu tidak akn sekali kali jujur (dikira jujur dan tulus dlm perhambaannya), jika dia mencintai kemasyhuran.”

 

Ustaz Ridzwan Abu Bakar: Muafakat, BN PN Ini, Persetujuan Apa? Persetuju...

'Saya tidak pernah menyerang ulama dan Pas' - Anwar Ibrahim



Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah menyerang Pas mahupun ulama, sebaliknya, menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atasnya, bukan menyerang mana-mana pihak tanpa asas.


BUROK KELAKU SUNGGUH.

 





Berat sangat tuduhan ini. Menuduh PH gabungan anti Islam bererti menuduh semua muslim dalam PH sebagai kafir. Inilah budaya politik matang dan sejahtera PAS?


Apa asas PAS nak kata PH anti Islam? Apa tindakan PH yang mensabitkan PH dengan tuduhan begitu? Kalau tak boleh disenaraikan, maka jelas ini suatu fitnah yang amat dahsyat.


Seingat aku, DAP yang mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang berikan peruntukan yang besar buat Majlis Agama Islam negeri itu. Adakah itu hendak dikatakan anti Islam.


Sewaktu Dr. Mujahid jadi Menteri Agama, beliau mengambil langkah tepat menyelamatkan Tabung Haji daripada bengkrap. Adakah itu juga dikatakan sebagai anti Islam.


Malah tuduhan jahat Dusuki yang mengatakan aset Tabung Haji telah dijual kepada orang bukan Islam juga telah disahkan fitnah oleh mahkamah. Jadi di mana anti Islamnya?


Sewaktu PH memerintah, pemimpin PAS tak pernah dihalang memberi kuliyah di masjid. Malah mereka ambil kesempatan untuk memfitnah PH sewaktu memberi kuliyah.


Berbeza ketika zaman BN memerintah. Pemimpin PAS ramai yang dihalang mengajar. Nak masuk tv, jangan haraplah. Tapi begitu PAS tak pula anggap sebagai anti Islam.


Mungkin PAS marah PH tak sekat aktiviti PAS ketika mengepalai kerajaan. Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tahu, kan senang PH keluarkan arahan gam semua pemimpin PAS!


Hentikanlah politik huduh seperti ini. Tindakan PAS yang selalu menunggang agama sebenarnya telah banyak mencemar imej Islam. Jangan sampai nanti hidup dilaknati Allah.


Berhentilah mainkan isu takfir. Tak malukah kepada orang bukan Islam? Sedangkan isu sebenar seperti kecurian dana kerajaan dan penyalah gunaan kuasa tak pernah sekali PAS sentuh.


Perangai jahat begini mungkin hanya rakyat yang boleh basmi. Kalau mereka yang tunggang agama ini ditolak, nescaya mereka takkan berani lagi main isu sebegini. Sebab itu PAS wajib rakyat tolak 100%. Jangan beri walau satu undi. Guane boh?


 

Raja Gelap 



ANWAR TANDING DI KERUSI PENGKHIANAT, INI BARU PAHLAWAN NAMANYA!!

 

Presiden PKR merangkap Pengerusi PH, Anwar Ibrahim semalam mengumumkan pendiriannya untuk bertanding di kerusi pengkhianat pada PRU15 akan datang.

Ini sekaligus menunjukkan beliau sendiri berjiwa besar membuktikan kata-katanya minggu lalu bahawa PKR mungkin meletakkan pemimpin utama sebagai calon di kerusi-kerusi pengkhianat itu.

Kerusi pengkhianat adalah merujuk kepada kerusi-kerusi yang dimenangi PKR pada PRU14, tetapi Ahli-Ahli Parlimennya bersikap khianat dengan meninggalkan parti itu bagi menjayakan Langkah Sheraton untuk menjatuhkan kerajaan PH yang dipilih melalui mandat rakyat.

“Saya harus pilih kawasan pengkhianat. Mesejnya bahawa pengkhianatan dalam politik tidak boleh diterima,” tegas beliau berhubung keputusannya itu.

Meskipun ada beberapa kerusi pengkhianat yang boleh untuk Anwar tandingi bagi misi merampas balik dan “membunuh” kerjaya sang pengkhianat yang durjana itu, berdasarkan situasi kewajaran dan kesesuaian, ada tiga tempat yang sesuai sebagai pilihannya.

Ia adalah Gombak yang kini dipegang Azmin Ali, Ampang (Zuraida Kamaruddin) dan Bandar Tun Razak (Kamaruddin Jaafar).

Begitu pun, jika Anwar yang kini Ahli Parlimen Port Dickson memilih bertanding di Bandar Tun Razak misalnya, maka Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli atau Menteri Besar Selangor yang kini Naib Presiden PKR, Amirudin Shari harus diletakkan di Gombak dan seorang lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar paling sesuai menjadi calon di Ampang.

Apa macam?

Secara umumnya, keputusan Anwar memilih kerusi pengkhianat untuk beliau tandingi adalah suatu tindakan yang tepat dan amat terpuji.

Inilah suatu tanda keberanian Anwar sebagai pemimpin yang jarang ada pada pemimpin-pemimpin lain.

Dan ini juga baru pahlawan namanya!

Mahu tidak mahu, dalam PRU15 akan datang, kesan daripada kecelaruan kepada negara akibat pengkhianatan Langkah Sheraton, PKR dan PH harus meletakkan dua keutamaan sebagai sasarannya.

Pertama, memenangi PRU15 dan kembali menjadi kerajaan dengan matlamat membela rakyat serta memperbaiki banyak kerosakan dalam negara dan kedua, untuk membersihkan politik negara ini daripada parasit dan pemimpin toksid yang khianat.

Jika karier pengkhianat yang telah menyebabkan politik negara tidak stabil, menyebabkan kerajaan berrukar beberapa kali dan akhirnya meletakkan parti yang menang jadi pembangkang, manakala parti yang kalah jadi kerajaan tidak segera dikuburkan, sampai bila-bila pun kestabilan tidak akan wujud dalam negara ini.

Dalam hal ini, bukan saja Anwar, malah sebenarnya semua kerusi pengkhianat juga harus diletakkan pimpinan utama PKR sebagai calonnya.

Selain Gombak, Ampang dan Bandar Tun Razak, kerusi pengkhianat selebihnya ialah Indera Mahkota, Nibong Tebal, Batu Pahat, Segamat, Saratok, Puncak Borneo, Ranau, Julau, Kuala Langat serta Tebrau.

Pimpinan utama PKR yang lain seharusnya tiada halangan untuk bersama-sama dengan Anwar dalam matlamat suci itu dengan turut bersedia berlawan dengan .pengkhianat yang secara umumnya rakyat memang sedia membenci mereka sekarang ini.

Dalam erti kata lain, semua watak-watak pengkhianat itu mesti “dibunuh” kerjaya mereka dan seterusnya diletakkan di gobok persaraan selepas ini.

Biar kali ini mereka rasa pembalasan dibersarakan akibat pengkhianatan yang dahulu mereka begitu bangga melakukannya. – ShahbudinHusin 29/09/2022.


Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf


 

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Tun Dr Mahathir Mohamad masih dianggap sebagai seteru utamanya dan akan lebih tegas bagi menghadapi bekas Perdana Menteri dua kali tersebut.

Presiden PKR itu nampaknya tidak boleh menerima tindakan Ahli Parlimen Langkawi tersebut yang memungkiri janjinya sebelum ini untuk menyerahkan jawatan nomnbor satu kepadanya, malah menyifatkan seteru lamanya itu tidak pernah insaf.

“Mahathir kalau dia hentam saya 10 kali, saya jawab sekali.

“Sekarang saya akan tegas sikit kerana kawan ini, dia (Mahathir) tidak pernah nak insaf,” katanya dipetik laporan media.

Anwar mengimbas kembali episod pemecatannya sebelum ini semasa krisis politik pada 1998 lalu sehingga disumbat masuk penjara, ia kemudiaannya reda selepas bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sehingga kerajaan UMNO tumbang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Namun, kedua-duanya kembali menjadi seteru selepas Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri susulan keputusan peletakan jawatan sebelum ini sehingga menyebabkannya sekali lagi gagal menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Sebab itu saya minta rakyat sokong saya kerana saya rasa, saya buat perubahan dan kebaikan, tapi kalau saya dendam, nak tendang orang, nak zalim pada orang, saya tidak setuju. Walaupun orang itu zalim kepada saya, tetapi saya tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga mempertahankan layanan istimewa yang didakwa diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak semasa menjalani hukuman penjara kerana setiap banduan perlu diberikan layanan yang sama adil dengan mengambil kira faktor kemanusiaan.

“Perlukah Najib dilayan sebegitu rupa? Tidak. Saya tidak setuju. Tak payahlah letak atas simen, bagilah katil. Sebab apa? Sebab kita kena ada tekad moral lebih baik, lebih tinggi,” katanya.

Untuk rekod, Najib ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dan baru-baru ini tular dalam media sosial dengan kod nama “merpati” diberikan layanan istimewa dengan pelbagai kemudahan.

Selain itu, Najib juga sebelum ini bersama-sama dengan anak murid Anwar, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah menghantar surat kepada pihak Istana Negara bagi menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri sehingga menimbulkan krisis politik dan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.