KEH, KEH, KEH....INI IDEA TIGA SUKU ATAU APA?


Konglomerat media yang berada di bawah naungan Perdana Menteri, Media Prima Berhad dilapor menawarkan cuti rehat sementara tanpa gaji kepada kakitangannya bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat.

Tawaran ini adalah langkah susulan selepas skim pemisahan sukarela atau VSS diperkenalkan sebelum ini kepada kakitangannya yang berumur 50 tahun ke atas bagi mengurangkan kos operasi.

Dalam tawaran bagi tujuan mengurangkan tekanan kewangan syarikat itu, kakitangan diberikan dua pilihan sukarela - cuti antara enam bulan hingga setahun tanpa gaji atau bekerja setengah bulan dengan separuh gaji.

Antara saluran televisyen yang berada di bawah Media Prima ialah TV3, manakala akhbar pula adalah New Straits Times dan Berita Harian.

TV3 khususnya adalah saluran televisyen yang terkenal dengan laporan berat sebelah, separuh masak dan bersifat adu-domba, terutama yang melibatkan Tun Mahathir Mohamad, Bersatu dan Pakatan Harapan.

Lantaran, TV3 sejak kebelakangan lebih kerap disebut sebagai TV3/4, khususnya oleh penggiat media sosial yang pro perubahan.

Tetapi, kenapa begitu nazak sekali Media Prima sekarang ini sampai terpaksa membuat tawaran sedemikian rupa?

Bukankah ini secara tidak langsung menandakan ekonomi negara di bawah kepimpinan Najib Razak memang benar-benar tidak  sihat?

Jika Media Prima pun terkesan dengan kedudukan ekonomi semasa, kenapa harus ada yang marah-marah bila artis seperti Sheila Majid meluahkan perkara yang sama?

Dalam pada itu, kedua-dua tawaran tersebut juga terlihat ganjil dan seperti menganiaya kakitangan Media Prima sendiri.

Jika mereka cuti selama beberapa bulan misalnya, apa yang mahu mereka lakukan dalam tempoh itu dan bagaimana dengan sumber pendapatan untuk membiayai tanggungan keluarga?

Khusus bagi tawaran bekerja hanya setengah bulan dan setengah bulan lagi cuti serta diberi hanya separuh gaji pula, ini lebih lagi menganiaya sebenarnya.

Apakah kakitangan yang terbabit boleh membuat bayaran rumah, kereta dan lain-lain bil dalam kadar setengah juga dalam tempoh mereka hanya menerima setengah bulan gaji itu?

Siapakah punya idea di sebalik tawaran pelik dan tidak munasabah ini serta pernahkah ia dilakukan oleh mana-mana syarikat lain di dunia ini?

Ini idea di luar kotak atau cadangan yang lebih bersifat tiga suku?

Akhir sekali, apakah Najib yang diketahui dalam akaun peribadinya ada wang berbilion-bilion tidak pernah membantu Media Prima mengukuhkan kedudukan kewangannya, sebagaimana tawaran bantuan dalam mengukuhkan ekomoni kepada Amerika,  sedangkan wajahnya hampir setiap malam terpampang di media-media kelolaan Media Prima? (ShahbudinHusin 07/12/2017)

UNTUK APA AZMIN BERI MUKA PADA PAS, TANYA DAP

NAJIB HILANG SOKONGAN AHLI UMNO? – ZAID

‘LANTIK PM, SAYA TAK PERNAH REHAT LAGI’ – TUN MAHATHIR

TRUMP IKTIRAF BAITUL MAQDIS: ‘NAJIB SILA KECAM’ – DR WAN AZIZAH

Dun Sungai Dua diyakini akan dirampas PH, kata pemimpin Amanah

AMANAH kawasan Tasek Gelugor optimis Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang yang besar bagi merampas kembali kerusi yang dimenangi oleh BN dalam pilihan raya umum yang lalu.
Keyakinan ini dizahirkan oleh Naib Ketua AMANAH kawasan Tasek Gelugor, Rosli Hasan (gambar atas). berdasarkan kepada senario politik terkini, adalah diyakini rakyat khususnya pengundi-pengundi yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Dua, sudah bosan dengan kerenah politik Umno dan BN dalam kawasan Dun tersebut.
“AMANAHTasek Gelugor telah memnggerakkan jentera turun padang bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk yang memerlukan.
“Dengan kerjasama kerajaan negeri, banyak masalah rakyat telah pun berjaya diselesaikan.
“Ini termasuklah menyelesaikan masalah pelajar miskin dan ibu tunggal serta anak yatim dalam kawasan ini, ” ujarnya.
Rosli Hassan (kanan) bersama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika menyampaika bantuan dalam program Jelajah Desa di Tasek Gelugor, kelmarin.
Selain itu katanya, AMANAH Tasek Gelugor juga telah banyak membantu warga emas yang tidak diberi perhatian.
Malah ujarnya, pelbagai program yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sehingga ini telah mampu untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh majoriti rakyat dalam kawasan Tasek Gelugor.
“AMANAH Tasek Gelugor turut membantu dengan meningkatkan jumlah warga emas yang layak untuk menerima sumbangan sebanyak RM100 secara tahunan oleh kerajaan negeri.
“Bagi program pelajar emas yang berada dalam tahun satu dan tahun empat serta tingkatan satu dan tingkatan empat kita turut memastikan mereka mendapat sumbangan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri.
“Manakala bagi program bayi emas yang diperuntukkan sebanyak RM200 oleh kerajaan negeri merupakan salah satu program yang tidak pernah dilaksanakan semasa BN memerintah dahulu di Pulau Pinang, ” tegasnya lagi.
Sehubungan itu katanya AMANAHTasek Gelugor juga membantu golongan miskin yang berpendapatan rendah untuk mendapat sumbangan secara bulanan dari kerajaan negeri melalui program Agenda Ekonomi Saksama.
Jelasnya lagi, melalui program ini kerajaan negeri akan ‘top up’ secara bulanan ke dalam akaun keluarga miskin tersebut bagi memastikan kos sara hidup mereka dapat berada dalam keadaan yang stabil.
Beliau juga berkata, AMANAH mampu untuk merampas kerusi Dun Sungai Dua yang dimenangi oleh BN dalam pilihan raya umum ke 13 yang lalu.
“Dalam pilihan raya umum 2013, BN hanya mampu memperolehi majoriti tipis sebanyak 357 undi bagi kerusi Dun Sungai Dua dalam pertandingan dua penjuru.
“Dalam senario politik terkini, AMANAH dan PH mempunyai peluang yang besar untuk meraih sokongan pengundi setelah banyak program turun padang yang dilaksanakan.
“Amanah bukan saja akan mampu menawan kerusi Sungai Dua, tetapi juga kerusi Dun Permatang Berangan dan Parlimen Tasek Gelugor bersama-sama dengan gerak kerja PH, ” tambahnya lag