Lagu Cororamu Putrajaya ( Semoga Cirit Selamanya )

EDISI KHAS MINGGUAN 030 | GEMPAR!!! JAJARAN BAHARU UMNO: UMNO BAKAL BERS...






MENARIK DALAM EDISI KHAS 030

1. JAJARAN BAHARU BUKAN JANJI MANIS 2. LANTIKAN TPM, SIAPA YANG MENGHINA SIAPA? 3. UMNO TARIK SOKONGAN, DRAMA TERBAHARU PN




KAH..KAH...KALAU TAK BODO JANGAN PANGGE DIA NI TIMBALAN MENTERI DARI PAS...

 

HAMZAH RIE NA


Harini sahaja 103 kematian, antara kematian tertinggi sehari direkodkan dlm sejarah akibat Covid-19.

Dah 5,677 mati kerana Covid-19 pun tak per.. Bukan sampai 1 peratus pun kan.. ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ
SR


May be an image of 1 person and text that says "Dato' Hajah Siti Zailah @sitizailah Kemungkinan kita mati kerana virus Corona adalah 1% sahaja, ada pun kemungkinan kita mati Tarikh Kadar Kematian 6 Julai 5 Julai 4 Julai 3 Julai 2 Julai 1 Julai SITI ZAILAH Timbalan Menteri Parti PAS 0.72 % 0.71 % 0.71 % 0.70 % 0.70 % 0.69 %"

MENTERI AUSTRIA TERKEJUT BADAK

 

NORA JAMILA

Terkejut badak menteri Austria, facebooknya macam ada kenduri. Baru dia kenal siapa menteri Malaysia ya. Bebal nak mampus!! Netizen Malaysia memang lejen


May be an image of 2 people, people standing and text that says "Ministry for Digital and Economic Affairs (German) Margarete Schrambรถck was disappointed when the picture with Minister of International Trade and Industry, Malaysia has been badly criticized in Social Media. The post gets 7.2k comments, 4.1k likes and 2.4k shares which it is the first hots posting for her as at 2.31pm. She said it is so unblievable the man beside her has too many attitude problems and issues in his country?? Furthermore, Semburit word has gone viral and trend there. (She chuckled) LIVE Cedittp:.fabok.o/sophpstoy fbid=169174832108053291647 BREAKING NEWS MINISTER OF AUSTRIA GOING VIRAL"


MINDA PRESIDEN PAS HADI AWANG JAHIL | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

SAMBUNG..SAMBUNG.. DAN SAMBUNG!

MORATORIUM TIPU-TIPU?

MAKAN GAJI BUTA BOLEH LAH SEMBANG

 

NOOR AZIMAH RAZALI

Gaji korang jalan.. elaun jalan... Tak kena batang hidung...memang la... Pi tengoklah...jumlah penganguran?.. data orang perlukan bantuan.. data orang sakit jiwa.. data orang bunuh diri.. data orang bankrap.. menteri sila la resign..belum lagi berapa kilang tutup..syarikat tutup....


May be an image of 2 people, people sitting, people standing and text that says "AWANI astro SACT YONN he malaysoun BERITA Tok Pa: Negara tak gagal, sistem kerajaan masih berfungsi 21 minit yang lepas SITI HAJAR HUSNA CHE HASSIN"

JENG JENG JENG...SEDIKIT DEMI SEDIKIT TERSELAK.

 

hmetro.com.my
'Kemungkinan' kaitan vaksin dan radang jantung - WHO | Harian Metro
Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mededahkan ada 'kemungkinan hubungan' antara vaksin coronavirus yang menggunakan teknologi mRNA dan radang jantung yang 'sangat jarang terjadi', tetapi manfaatnya masih melebihi risiko.

'Kemungkinan' kaitan vaksin dan radang jantung - WHO | Harian Metro


Vaksin di Malaysia 200% perfect. Mana ada org mati ke, sakit ke, cacat ke akibat vaksin. Perfect..! Bg yg percaya la..haha

Bukankah ramai pakar dah kata vaksin mRNA menggalak sel membina byk S-Protein? S-Protein boleh menyebabkan "Inflamation" atau keradangan di mana shj termasuk jantung dan paru-paru.

Tapi dah kata risikonya rendah berbanding manfa'at vaksin, ikut hgpa lah. Jgn paksa org. Tu klau cerita pasal S-Protein juga penyebab Blood Clots satgi aku kena reman plak?

Tak bleyy...tak bleyyy...kerap sgt kena reman. Description: ๐Ÿ˜…

- Zus Din

10 Julai 2021

Umno akan terus bersandiwara



Umno akan terus bersandiwara


Umno akan terus bersandiwara. Ditahap manusia,adalah mustahil biawak berekorkan ikan. Biawak tetap biawak bukan buaya.

Seramai 14 pemimpin terdiri dari pemimpin UMNO telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin terdiri dari mereka yang bertaraf kanan atau kiri.

Mereka ini dicalonkan oleh Umno untuk TS Mahiaddin senaraikan sebagai menteri dan timbalan menteri. Bila kerajaan PN dikatakan gagal oleh DS Zahid Zahid semasa sidang akhbar sehabis mesyuarat MT Umno yang terbaru baru-baru ini,seolah-olah UMNO tak wujud dalam kabinet.

Kenapa kegagalan harus TS Muhyiaddin yang pikul walhal yang gagal adalah kerajaan PN yang terbukti UMNO turut gagal..!

UMNO gambarkan yang berjayanya adalah mereka. Sebagai pembangkang kepada kerajaan PN pun mereka kononya nampak cemerlang dan sebagai kerajaan pun mereka hebat.

Dari menteri kesihatan UMNO,yang organise Vaksin pun menteri dari UMNO,yang tiap-tiap hari umumkan jumlah mangsa covid serta umumkan PKP,PKPD dan lockdown pun dari UMNO. Tiba-tiba diletakkan 100% kegagalan keatas TS Mahiaddin. UMNO tak gagal?

Kita dikelentong hidup-hidup oleh UMNO dengan sandiwaranya…!

Lebih parah lagi,ketua pembangkang pun percayakan UMNO. Betapa naifnya Ketua Pembangkang dengan taktik dan strategi UMNO sehingga terikut-ikut rentak UMNO yang akhirnya NO ANWAR,NO DAP yang tercalar wibawa dan kredibilitinya adalah Pakatan Harapan…!

 

KESUSAHAN RAKYAT HARUS DIBERI PERHATIAN

 

KAK IDA ABDULLAH


Tergamak kah Raja-raja membiarkan rakyat mereka merana kerana kegagalan kerajaan? Sebagai rakyat saya masih menaruh harapan kepada kewibawaan dan ehsan Raja2 kita. In shaa Allah, tidak mungkin kita rakyat, amanah kepada mereka, akan diabaikan.

Video ini menunjukan perempuan ini bakal kehilangan rumah kerana tidak dapat membayar sewa yang enggan menerima bantuan rakyat, kerana dia juga sedar dalam kesusahan TETAPI mahu MP kawasan datang membantu. Dia ingin bekerja bukan sekadar menerima bantuan makanan.

Syabas! Kita rakyat bermaruah. Kita disusahkan oleh pemerintah yang gagal dan sombong. Kita bukan malas!


0:00 / 1:33

MUHYIDDIN AKAN TERUS DALAM TEKANAN

 

Ada dua sebab orang PPBM meroyan. Pertama, UMNO tarik sokongan kepada Perdana Menteri. Muhyiddin adalah Presiden PPBM. Itu jejas maruah mereka.

Mereka bimbang jika Kerajaan PN tumbang, mereka hilang kedudukan dan jawatan.

Itu berlaku di Johor, Melaka, Perak dan Kedah. Apabila Kerajaan PN jatuh ramai orang PPBM hilang jawatan Exco, GLC negeri, ahli Majlis dan Ketua Kampong.

Kedua, mereka meroyan kerana jawatan TPM diberi kepada UMNO. Kenapa tidak bagi pada Azmin dan Hamzah?

Kenapa UMNO diberi keistimewaan? Mesti ada orang PPBM tidak berpuasa hati. Itu bunuh parti sendiri.

Muhyiddin akan berdepan pemberontakan dari dalam. Muhyiddin akan dituduh mahu lepas tengkuk sendiri. Orang sendiri terkapai kapai.

PAS juga meroyan. Hempas pulas pertahan Kerajaan PN. Tetapi jawatan “Menteri Kanan” pun tidak merasa.

Makin kuatlah tekanan kepada PM 8 untuk letak jawatan.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.



VIDEO : APA KATA BUAT LAPORAN POLIS : RUPAYA MODUS OPERANDI YANG SAMA DARI KELUARGA YANG SAMA. INI KEJADIAN DI TEMPAT LAIN PULA.

 

Tindakan sekumpulan individu dipercayai sebuah keluarga ‘menyapu’ hampir semua barangan ‘food bank’ yang diletakkan di sebuah stesen minyak mengundang kecaman orang ramai.

Aksi ‘tamak’ kumpulan tersebut berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu sebelum ia dimuat naik dan tular di laman Twitter milik @jnmalaysia.

Menerusi klip video berdurasi satu minit 37 saat itu, kelihatan sekumpulan individu menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah telah berhenti di stesen minyak berkenaan.

Kemudian, lima individu telah keluar dari kereta berkenaan sebelum ‘menyerang’ food bank yang diletakkan di stesen minyak itu sehingga hampir semua makanan ‘disapu’ mereka.

“Food bank ini untuk orang memerlukan sahaja, janganlah tamak ingat orang lain pun memerlukan juga.

“Kalau macam ni letak satu kontena pun habis barang,” ciap @jnmalaysia.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Sementara itu, rata-rata pengguna Twitter yang membalas ciapan tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan kumpulan terbabit dan mereka amat kesal dengan perbuatan mereka.

“Saya pun dah terkena minggu ni, niat nak tolong orang susah, tapi orang tu yang kenakan kita balik.

“Menipu kata rumah lain-lain tetapi rumah sama dalam satu keluarga selepas selidik. Kesian pada yang betul-betul susah,” ciap @NurulShima_3.

Rakaman Video ada Dibawah Sekali

   

Rupanya Ini Tujuan Mereka

  


Yang bertongkat tu terus sihat ke

   


Mungkin keluarga dorang ramai kot

   




Boleh ke ramai² dlm satu kereta

   





Tonton Video

Sumber: Kosmo Online

TAK RASA MALUKAH ? SIKAP PENTINGKAN DIRI ORANG INI DIKECAM.NAK BUKA KEDAI RUNCIT ATAU TAMAK UNTUK DIRI SENDIRI? LIHAT VIDEO



Food bank atau pusat bekalan makanan kini sudah menjadi satu budaya baru yang tumbuh lebat di sekitar Malaysia. Tujuan tempat ini diwujudkan adalah bagi membantu mereka yang memerlukan dan dalam masa yang sama meringankan beban kos barangan yang kian meningkat. Keluarga yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan boleh terus ke pusat bekalan makanan untuk mengambil apa yang perlu sahaja seperti beras, telur dan sardin.

Dalam pada baiknya inisiatif yang diwujudkan oleh sesetengah rakyat Malaysia untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang lain. Pasti ada yang ingin mengambil kesempatan. Ini terbukti benar apabila tular di sosial media sebuah video di mana sekumpulan manusia yang ‘tamak’ dan pentingkan diri. Mereka bukan sahaja ambil apa yang perlu sahaja, malah mengambil lebih dari itu.

Dalam video yang berdurasi 1:00 minit lebih tersebut, kelihatan tiga orang dipercayai dari keluarga yang sama mengambil barang yang tersedia di pusat bekalan makanan secara berlebih-lebihan. Mereka dilihat memasukkan barang makanan yang disediakan percuma itu ke dalam beg plastik dengan jumlah yang banyak. Tindakan tiga orang ini jelas telah menyalahi misi utama pusat bekalan makanan itu diwujudkan iaitu ‘ambil apa yang perlu sahaja dan beri ikut kemampuan anda’.

Hakimy Looi, individu pertama yang dipercayai memuat naik video tersebut sebelum ia tular di Twitter dan Instagram berkata di dalam hantarannya, “Maaf saya hanya tuju pada beberapa individu dalam CCTV ni…. Jangan kerana hangpa macam ni kami yang turun padang ke hulu-hilir tolong sana tolong sini – risikokan diri kami untuk membantu, jadi kecewa dan nak marah sangat…. JANGAN PENTINGKAN DIRI! FOOD BANK HANYA AMBIL APA YG PERLU SAHAJA BKN AMBIL SEMUA!”

FACEBOOK – HAKIMY LOOI

Tindakan ini bukan sahaja dikecam oleh Hakimy Looi, malah ia turut mendapat perhatian warganet yang lain. Sebahagian daripada mereka mengecam tindakan keluarga ini yang mengambil barangan makanan yang disediakan secara percuma kepada orang yang memerlukan secara berlebih-lebihan. Warganet yang hadir ke bahagian komen semuanya bersetuju bahawa tindakan mereka ini tamak dan tidak memikirkan orang lain.

Sejak video ini tular dan dimuat naik semalam, ia telah berlegar di beberapa media sosial yang lain. Video yang berdurasi 1:16 minit ini telah dikongsi lebih dari 2,000 kali dan telah mendapat reaksi lebih 2,200 rakyat Malaysia. Video ini juga telah berlegar di Twitter, Instagram, malah YouTube.

Diharapkan bahawa perkara ini dapat menjadi pengajaran buat sebahagian rakyat Malaysia. Jika benar kita dalam kesusahan dan berada dalam situasi yang sangat memerlukan, ambil sahaja apa yang perlu. Tindakan tamak ini bukan sahaja merugikan diri, tetapi ia juga memberi kesan kepada mereka yang susah dan dilanda kesusahan hidup sepanjang pandemik COVID-19.

Sumber: Vocket

GAGALIS DILANTIK AKAN TETAP GAGAL

 

Selaraskan 150,000 laptop pun gagal. Dilantik menteri penyelaras. Entah apa dia nak laras pun x tahu lah ...

“We cannot solve our problems with the same thinking we used when we created them.” A.E

 May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "MG Malaysia Gazette @MalaysiaGazette 12h Tengku Zafrul dilantik Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN). Pelantikan Menteri Kewangan itu bagi memantau pelaksanaan strategi dan bantuan; serta mengambil langkah intervensi yang pro... MalaysiaGazette® IQBAL BASR"

AZMIN GAGAL DI QATAR

 May be an image of text that says "Pemerhati Bebas Negara 1h・ Cerita Dari QATAR.. Partner sy antara 70 syarikat yg dijemput makan mlm oleh Azmin Ali di QATAR kelmarin dlm usaha membawa pelaburan ke Malaysia. Azmin tak berucap pun. Tapi agensi2 yg berucap. Setelah selesai semua. Result atau feedback dari pelabur2 QATAR secara konklusif adalah "Kerajaan Malaysia Tidak kuat dan tidak stabil serta berisiko bagi pelabur" Yg saya kasihan adalah agensi2 Kerajaan yg sebelum ini dipandang tinggi, walaupun tahu keadaan sebenar tetapi terpaksa jadi pecacai Menteri sehingga korbankan nama baik yg terbina sekian lama.. Cukup2 lah memalukan Negara"

Pandemik Covid 19 semakin buruk, ABIM rayu rakyat kumpul dana bantuan

 


POSTED BY AMIR WRLR

Pandemik Covid 19 yang kian memburuk sehingga lebih 9,000 kes jangkitan harian semalam memerlukan rakyat semua lapisan membantu barisan hadapan bagi mengelakkan sistem kesihatan negara lumpuh.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia berbilang kaum perlu menzahirkan rasa sayangkan negara dengan membantu melalui apa cara sekali pun para petugas barisan hadapan menjalankan tugas menyantuni para pesakit Covid-19.

"Dalam hal ini ABIM bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan pertubuhan pelbagai agama khususnya Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Malaysia serta pimpinan 20 Badan Masyarakat Madani (CSO) atas semangat bangsa Malaysia, menggerakkan kempen mengumpul dana untuk membekalkan peralatan dan keperluan hospital.

"Setakat ini, ABIM dan CSO lain telah membekalkan keperluan utama di beberapa buah hospital seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan lain-lain.

"ABIM menegaskan ini adalah usaha bersama CSO #RakyatJagaRakyat untuk menyatukan seluruh rakyat untuk kita saling membantu apa yang terdaya untuk mendukung sistem kesihatan negara," katanya.

Menurut beliau, antara jenis bantuan yang telah digerakkan adalah - ICU Ventilator, Portable Ventilator, High Floor Nasal Cannula, Katil Hospital, Katil ICU, Syringe Pump, Infusion Pump, N95 Mask dan lain-lain.

"ABIM mengalu-alukan rakyat Malaysia yang budiman untuk menyalurkan sumbangan melalui tabung bantuan yang ditubuhkan," katanya lagi.

Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui talian: https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/

Penderma juga boleh menyumbang melalui #JomPay: biller code : 29058, Ref 1: Nama, Ref 2 : Support FL

Atau melalui pindahan kredit ke akaun bank Global Peace Mission: Bank Islam: 14-023-01-002-922-4, Maybank Islamic: 5642-2161-1602, Affin islamic: 1051-9000-2871 dan CIMB islamik: 8603-5325-13.

Mengaku bukan pilihan rakyat, mengapa Mahiaddin sukar sangat lepas jawatan? - AMK

 


POSTED BY AMIR WRLR


Ungkapan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin suatu ketika dahulu bahawa 'kerajaan beliau bukanlah kerajaan pilihan rakyat' perlu diinsafi ketika sekutu politiknya menarik diri.

Menurut Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Syukri Razab, Mahiaddin perlu 'sedar diri' bahawa sokongan di sekelilingnya semakin mengecil dan jalan yang paling bermaruah ialah melepaskan jawatan secara berprinsip.

"Namun sikap Mahiaddin hari ini jelas menunjukkan beliau tidak lebih dari seorang ‘haiwan politik’ yang terlalu sayangkan kuasa walaupun jelas tidak lagi memiliki sokongan daripada rakan gabungan kerajaan sendiri.

"Pengumuman rasmi Umno melalui Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menarik kembali sokongan sepatutnya membawa kepada pengunduran Muhyiddin secara bermaruah.

"Mahiaddin wajar mencontohi Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte yang meletakkan jawatan pada Januari tahun ini setelah berdepan masalah sokongan daripada anggota senat.

"Beliau menghadapi tentangan daripada parti Italia Viva yang menjadi rakan koalisi dalam Kerajaan. Walaupun beliau masih memiliki sokongan majoriti mudah, tetapi beliau memilih untuk berundur kerana merasakan Kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat perbalahan dalaman," katanya.

Menurut Syukri lagi, antara kritikan yang diterima Conte ialah ketiadaan pelan yang jelas dalam mengurus dan menyelesaikan masalah pandemik yang berterusan ketika Itali mengalami peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 pada penghujung 2020, sehingga kes harian mencatat angka 40,000 kes.

Tegas Syukri, kegagalan mengurus pandemik itu menjadi punca Conte berdepan kritikan daripada masyarakat termasuk rakan koalisi kerajaan sendiri.

"Keadaan politik Itali mirip situasi di Malaysia. Kerajaan Malaysia sememangnya telahpun dilihat gagal mengurus pandemik Covid-19 secara berkesan.

"Pada 9 Julai 2021, kes jangkitan Covid-19 mencatat rekod baru mencecah 9,000 kes baru sehari. Pakej bantuan rakyat pula kebanyakannya hanya kedengaran gah semasa pengumuman tetapi tidak signifikan dalam melegakan beban ekonomi rakyat.

"Kita juga sering mendengar kes bunuh diri yang dilaporkan hampir setiap hari. Semua ini berlaku dalam keadaan kerajaan Mahiaddin telah pun menguatkuasakan perintah Darurat selama lebih 6 bulan.

"Pengumuman Umno baru-baru ini sebenarnya melengkapkan kriteria untuk Mahiaddin berundur. Mahiaddin perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kehendak peribadi beliau. Malaysia memerlukan keadaan politik yang kukuh dan stabil bagi memastikan rakyat dapat dipimpin keluar daripada kebuntuan pandemik," katanya lagi.

Tambah Syukri, pada saat-saat genting ini Mahiaddin sewajarnya boleh menunjukkan sedikit langkah bermaruah dengan meletak jawatan bagi mengelakkan namanya dicatat dengan buruk dalam sejarah negara.

Covid 19: Solidariti 'dari rakyat untuk rakyat'

 


POSTED BY AMIR WRLR


Pandemik Covid 19 yang masuk tahun kedua tanpa menunjukkan tanda-tanda akan berakhir menyaksikan mekarnya sifat kemanusiaan yang tidak mengenal batas kaum, sosial dan agama.


Bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Kee Yew, rakyat Malaysia perlu mengenang hidup yang 'lebih bersatu' dalam pandemik yang melumpuhkan sistem sosial dan ekonomi ketika ini pada tahun-tahun mendatang.


"Di tengah-tengah himpunan kisah sedih yang melanda kita; pekerja yang diberhentikan, pusat beli-belah yang kosong lengang, keluarga yang terpaksa tinggal di jalanan dan anak-anak yang kelaparan, kita tidak akan lupa bagaimana rakyat bertahan daripada kesukaran dan sengsara, bagaimana kemampuan mereka membangunkan diri sendiri, semangat berkongsi dan mengambil berat sesama kita telah menyatukan rakyat negara ini yang berlainan agama, bangsa dan etnik bagi memperjuangkan survival nusa bangsa ini. Dan kita akan ingat semangat bendera putih.


"Sejak wabak dan pelaksanaan PKP, pusat khidmat saya telah menerima banyak sumbangan barangan makanan, ada yang datang dengan trak, ada yang dalam kotak.


"Dan saya akan selalu teringat pemuda pemalu yang datang ke pejabat kami dengan beberapa tin Milo semata-mata ingin menyumbangkan Milo tersebut," katanya dalam catatan di Facebook.


Berbeza dengan ahli politik Perikatan Nasional yang mengapi-apikan sentimen perkauman ketika anak semua bangsa menderita, menurut Dr Tan, para penyumbang di pejabatnya tidak pernah membangkitkan isu kaum dan agama dalam misi bantuan mereka.


"Tiada seorang pun penderma yang meminta agar sumbangan mereka diberikan hanya kepada Melayu, atau Cina, atau India, Muslim atau Hindu, atau Buddha. Mereka hanya meminta sumbangan ini diberikan kepada yang memerlukan.


"Ketika wabak Coronavirus melanda negara, semangat kemanusiaan terus lahir sesama kita. Bravo rakyat Malaysia!" katanya lagi.

RAKYAT MUAK SANDIWARA POLITIK UMNO – BERSATU