Pandemik Covid 19 semakin buruk, ABIM rayu rakyat kumpul dana bantuan

 


POSTED BY AMIR WRLR

Pandemik Covid 19 yang kian memburuk sehingga lebih 9,000 kes jangkitan harian semalam memerlukan rakyat semua lapisan membantu barisan hadapan bagi mengelakkan sistem kesihatan negara lumpuh.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia berbilang kaum perlu menzahirkan rasa sayangkan negara dengan membantu melalui apa cara sekali pun para petugas barisan hadapan menjalankan tugas menyantuni para pesakit Covid-19.

"Dalam hal ini ABIM bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan pertubuhan pelbagai agama khususnya Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Malaysia serta pimpinan 20 Badan Masyarakat Madani (CSO) atas semangat bangsa Malaysia, menggerakkan kempen mengumpul dana untuk membekalkan peralatan dan keperluan hospital.

"Setakat ini, ABIM dan CSO lain telah membekalkan keperluan utama di beberapa buah hospital seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan lain-lain.

"ABIM menegaskan ini adalah usaha bersama CSO #RakyatJagaRakyat untuk menyatukan seluruh rakyat untuk kita saling membantu apa yang terdaya untuk mendukung sistem kesihatan negara," katanya.

Menurut beliau, antara jenis bantuan yang telah digerakkan adalah - ICU Ventilator, Portable Ventilator, High Floor Nasal Cannula, Katil Hospital, Katil ICU, Syringe Pump, Infusion Pump, N95 Mask dan lain-lain.

"ABIM mengalu-alukan rakyat Malaysia yang budiman untuk menyalurkan sumbangan melalui tabung bantuan yang ditubuhkan," katanya lagi.

Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui talian: https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/

Penderma juga boleh menyumbang melalui #JomPay: biller code : 29058, Ref 1: Nama, Ref 2 : Support FL

Atau melalui pindahan kredit ke akaun bank Global Peace Mission: Bank Islam: 14-023-01-002-922-4, Maybank Islamic: 5642-2161-1602, Affin islamic: 1051-9000-2871 dan CIMB islamik: 8603-5325-13.

No comments: