BJ Zainulfaqar
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilaporkan memohon untuk
mengadap Sultan Selangor untuk menjernihkan kemelut di Selangor kini,
dalih Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
"Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan
maklumat yang ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (ketua
Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB
Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," dalih Ahmad
Shamsuri.
Sebelum ini, saya menulis bahawa 30 Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri)
sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar yang
baru bukti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bohong Sultan.
Geng Bas Sekolah seakan mengikut telunjuk Umno Barisan Nasional kerana mahu Khalid bebas kekal sebagai menteri besar.
Apabila Hadi dipertikai kerana mendahului musyawarah PAS dengan
mempertahan peribadi Khalid, pro Geng Bas Sekolah berdalih Sultan
Selangor tolak nama Dr Wan Azizah.
Sebelum PAS Pusat bermusyawarah, Geng Bas Sekolah perkuda Majlis Syura Ulamak (MSU) demi menutup kelemahan Hadi,
klip rakaman suara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya seakan membongkar pembohongan jijik mereka.
Mula-mula bdul Hadi mengikuti telunjuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali atau “Cikgu PA” menolak nama Dr Wan Aziah.
Selepas “kawtem” dengan Geng Bas Kilang dari PKR, Hadi sekali lagi
diheret Cikgu Pa untuk membawa nama Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali
sebagai “nama kedua” sebagai calon menteri besar, sungguhpun mesyuarat
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebelum itu pun sebulat suara
membawa nama Dr Wan Azizah sahaja.
Khalayak bertanya, "kenapa PAS tidak seperti MPPR membawa nama Dr Wan
Azizah sahaja?", Hadi dilaporkan berdalih," tanya Sultan....tanya
istana..."
Apapun kebenaran yang cuba disembunyikan Geng Bas Sekolah, kenyataan
seumpama bdul Hadi itu mampu membawa isyarat bahawa bukan PAS yang tidak
suka depan Dr Wan Azizah, tetapi, istana yang tidak suka Presiden PKR
berkenaan untuk diperkenan sebagai menteri besar yang baru.
Isyarat Hadi itu sekaligus membawa isyarat seolah-olah Sultan Selangor sendiri tidak suka Dr Wan Azizah.
Persoalannya, adakah benar Sultan Selangor yang seperti digambarkan
itu, sedangkan baginda dijunjung rakyat atas maksud Raja
Berperlembagaan?
Apapun kebenaran daripada Istana Selangor berhubung polemik ini, Hadi
dan Geng Bas Sekolah seakan cuba menjerut leher masing-masing jika semua
ini
Ini kerana, unsur pembohongan dalam dalih Hadi dan Geng Bas Sekolah
sendiri seakan membohongi Sultan Selangor, seperti Khalid sebelum ini.
Sepatutnya PAS belajar daripada tindak-tanduk Khalid, bukan menjadi
“lembu” yang mudah dicucuk hidung Geng Bas Sekolah dan “Cikgu Pa”.
Jangan percaya dengan dusta Khalid kononnya masih ada sokongan majoriti selepas dipecat daripada PKR.
Tapi, banyak pihak menganggap Khalid mempunyai hubungan istemewa dengan
Sultan apabila Khalid mengaku mempunyai sokongan majoriti dan dititah
terus menjalankan tanggungjawab serta pentadbiran dalam Kerajaan
Selangor.
Pada pendapat saya, kalau Sultan Selangor benarlah memberi layanan
istemewa kepada Khalid, tentulah Khalid diperkenan mengadap baginda
sungguhpun di luar negara baru-baru ini.
Khalid lebih tahu mengapa Sultan menolak untuk berjumpa di luar negara.
Khalid lebih arif, adalah Sultan Selangor murka atas sebab dibohongi
atau ada kegentingan yang lain, sampai bertitah tunggu baginda pulang ke
tanah air sekarang.
Jika Geng Bas Sekolah sensitif dengan disiplin ilmu diplomatik, langkah
sumbang Khalid ini sudah tentu boleh dibaca dan diambil pedoman.
Jika benarlah langkahan Khalid dibaca sebagai pembohongan ke atas
istana, sepatutnya Geng Bas Sekolah patut mencegah Hadi dari melakukan
perkara yang sama.
Dalih istana tolak nama Dr Wan Azizah samalah maksud bahawa titah Sultan Selangor memaksudkan sebegitu.
Jika ternyata salah, Hadi pun tuak mustahil ditanggapi berbohong dengan Sultan Selangor kelak, sama seperti Khalid.
Apabila Ahmad Shamsuri dalam kenyataan terbarunya pun menyebut,
"penafian Presiden PAS menerima titah mengenai isu MB Selangor," saya
mula berasa Sultan Selangor seakan kena tipu sekali lagi.
Setuju? – faqar.blogspot.com, 22 Ogos, 2014.