PERAYAAN MASIH BERJALAN-POLIS MULA BERTINDAK

Perayaan kemenangan di Kuala Terengganu kini mula mendapat perhatian pihak berkuasa.Pihak polis mula menahan dan mengadakan sekatan jalanraya di merata tempat di Bandaraya Kuala Terengganu.

Ianya bukan sahaja dengan unit peronda malah turut di pantau dengan unit udara PDRM.Keadaan terkawal.

ANAK MUDA MENYAMBUT KEMENANGAN DENGAN MENGIBARKAN BENDERA DI BANDARAYA KUALA TERENGGANU




KUALA TERENGGANU-Kemenangan pakatan Rakyat di Kuala Teregganu bukan sahaja mencabar kerajaan Barisan nasional dalam mentadbirkan negara, malahan ianya menjadi cabaran betapa Najib juga tidak di alu-alukan sebagai PerdanaMenteri.Pilihanraya kecil ini menjadi satu igauan buat Umno kerana ianya bukan sahaja membelanjakan malah taktik menggula-gulakan rakyat kini sudah tidak menjadi satu satu "umpan' yang baik bagi membuatkan rakyat menyokong BN.





Sikap ahli Umno dan BN dilihat bukan sahaja ditolak namun,janji-janji Umno dilihat hanya untuk memancing undi semata-mata.Maka kerana itu Umno harus berubah sehingga rakyat kembali yakin kepada ketelusan membantu orang Melayu.


MUKTAMAD DAN TERKINI : PAS MENANG DENGAN MAJORITI 2631

TERKINI : PAS telah memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2631undi. Ribuan penyokong-penyokong PAS telah bersorak kegembiraan dan diselang-seli dengan laungan takbir. Ramai penyokong PAS telah berpusu-pusu memasuki stadium dengan suasana yang sungguh mengharukan kerana seluruh jentera PAS bersama PKR dan DAP telah bertungkus lumus bekerja keras untuk memenangkan calon PAS.


TERKINI : Keputusan tidak rasmi PAS menang dengan majoriti 2631

TERKINI : PAS MENDAHULUI 1300 UNDI

Daripada laporan diterima dari pusat pengiraan undi, PAS sedang mendahului dengan kelebihan 1300 undi. Proses pengiraan undi masih diteruskan dengan sedikit lagi peti undi yang tidak dijumlahkan.

100 KOTAK TELAH DI KIRA......

100 kotak di kira kini PAS dahului dengan 2700

DUN BANDAR MENANG

DUN BANDAR PAS MENANG DENGAN kelebihan 190 undi .80% adalah pengundi Cina.Secara tidak rasminya PAS mendahuli dengan 2026

81 DARI 140 PAS DAHULUI 100 UNDI

Sehingga kini 81 peti telah di kira dari 140 peti.PAS mendahului dengan 100 undi

MAKLUMAT RASMI MENYATAKAN..........

Maklumat rasmi Bn mendahului 300 tetapi maklumat tak rasmi PAS mengusai 1000 undi

BN KINI KUASAI 700 UNDI

Menurut maklumat terkini di dalam stadium.Umno mendahului dengan 700 undi.

POLIS HALANG ORANG RAMAI MASUK

Polis halang orang ramai masuk stadium.Hanya sesiapa yang berada disitu jam 6 ptg tadi sahaja dibenarkan masuk.Pengumuman sedang dilakukan sekarang dari masa ke semasa.

PAS AKUI HINGGA PUKUL 7 MENGUSAI 500 UNDI

PAS akui menguasai 500 undi sehingga kini.Namun sehingga kini keadaan tidak menentu.Sumber menyatakan bahawa PAS yakin mencapai kemenangan.

PAS KUASAI WAKAF MEMPELAM DAN BATU BURUK

Maklumat menyatakan bahawa PAS menguasai Wakaf Mempelam dan Batu Buruk, manakala setengahnya menjelaskan sehingga 20% pengiraan undi umno mendahului dengan 256 undi.Penungang motosikal yang membawa bendera PAS mengelilingi bandar Kuala Terengganu mungkin yakin akan kemenangan PAS.

SEMUA PENYOKONG KINI BERGERAK KE STADIUM

Semua bergerak ke stadium.Jalan ditutup untuk kenderaan.ramai yang berada di Batu Buruk.Menurut Malek Hussein, beliau menyatakan bahawa Umno Wilayah telah pulang kerana merasakan mereka kalah.

PROSES DIJANGKA DI STADIUM

Proses pengiraan undi akan di adakan di stadium.Saya akan cuba membawa sedikit perkembangan dan gambar di kawasan tersebut malam nanati.pada keseluruhannya peluang Pakatan Rakyat nampak punyai harapan dengan majoriti yang sedikit sekitar 500-1000.


Jika lebih dari itu dijangka satu pencapaian yang besar buat Pakatan Rakyat.

SUASANA MENYEBELAHI PAKATAN RAKYAT

updates 17hb hari mengundi...lagi berita petang akan menyusul


9.00PG Di Dun Bandar para petugas sibuk berkempen .Peti undi di sekolah kebangsaan sultan sulaiman ini PAS kalah 1000 lebih pada pilihanraya lalu di mana undi pos sahaja dikatakan melebihi 500 undi.Namun petugas tetap yakin bahawa iaya akan berubah pada kali ini.

Dari temubual dengan beberapa pengundi mereka yakin bahawa kali ini pengundi akan memberi undi kepada PAS kerana Parlimen adalah penting kerana memudahkan Anwar untuk meyakinkan para ahli Parlimen lain.

Terdapat juga insiden di mana ada pengundi yang teleh mengundi dan nama telah di pangkah.Kebimbangan mereka terhadap taktik umno untuk menggunakan pengundi hantu mungkin tidak akan berjaya .

Namun di masa yang sama berita yang agak menggembirakan ialah pengundi cina di kampung cina DUN Bandar nampaknya memberi udi kepada calon PAS.

























11 pagi di DUN Batu Buruk.Kawasan Cendering.Pengundian sengit dan peraih undi juga sengit.









Kanak-kanak ini juga turut berkempen





SUASANA MALAM TERAKHIR KEMPEN


Sedia untuk bertugas.Kesesakan dijalanraya berjaya di selesaikan.malam di Kuala Terengganu serupa macam di Kuala Lumpur.





Orang ramai keluar untuk mendengar amanat dari pimpinan




Cartoon Melayu untuk rakyat tempatan di markas PAS berbicara mengenai amanat seorang dato kepada cucunya supaya memilih pemimpin yang amanah,tahu menjaga rakyat, beragama ,tidak rasuah.......




Anill netto dan Mr Clement di kedai kopi....




Undi Umno untuk pembanggunan?????Dimana ada umno di situ ada pembanggunan...ha...ha..ha


CERAMAH TERAKHIR BN DALAM STADIUM







Kuala Terengganu.-Semalam ceramah terakhir Bn di dalam Stadium yang boleh memuatkan hampir 25 ribu orang hanya memuatkan sekitar 3000 orang untuk mendegar amanat Ketua Pemuda.Jam pada waktu itu sekitar 9.30 malam sebelum Dato Sri Najib berucap.Anda bayangkan kemudiannya..........