Di sebalik desakan masih kedengaran mahukannya meletak jawatan, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya bertegas enggan tunduk terhadap apa jua tekanan.
Katanya, pihak yang ingin menjatuhkannya perlu menunggu tiga tahun akan datang ketika masa pemilihan UMNO diadakan.
Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak terbabit harus menghormati sistem demokrasi dalam parti sekiranya berhasrat menukar kepimpinannya.
Menurut beliau, ketika ini ada suara mendesak kepimpinan parti ditukar, namun pada masa sama ada pihak lain pula menyokongnya seperti disuarakan dalam Solidariti Wanita UMNO Pertahan Presiden yang diadakan di ibu negara semalam.
“Tetapi kalau berhajat sama ada orang dalam yang dipengaruhi oleh orang luar untuk menukar kepimpinan, maka tunggulah UMNO mengadakan pemilihan semula, tiga tahun akan datang,” katanya selepas merasmikan sebuah program di Johor Bahru.
Berita selanjutnya di sini – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/08/25/tunggu-pemilihan-3-tahun-lagi-zahid-jawab-desakan-letak-jawatan-presiden-umno/
Dengan kenyataan atau lebih tepat penegasan itu, bermakna Zahid Hamidi tidak sesekali akan berundur daripada jawatannya.
Biar apa dan bagaimana sekalipun desakan yang timbul, keputusan PRN enam negeri baru-baru ini yang disifatkan sebagai tamparan kedua kepada UMNO selepas keputusan PRU15 lalu, ia jelas tidak mampu menggoncang kedudukan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.
Beliau akan terus mempertahankan jawatannya sehingga habis penggal, malah seolah-olah mencabar jika ada pihak yang mahu menjatuhkannya agar berlawan dengannya dalam pemilhan UMNO tiga tahun akan datang.
Dalam senario ini, kalau kita perhatikan, yang kuat mendesak Zahid Hamidi agar berundur bukanlah daripada kalangan dalam kelimpinan UMNO.
Mereka di dalam UMNO, terutama kepimpinan tertinggi, boleh dikata masih solid berdiri, bersama dan menyokong kepimpinannya.
Yang kuat mendesak itu adalah mereka yang berada di luar UMNO, bukan dalam entiti kepimpinan dan seorang dua dalam UMNO yang baru-baru ini dilucutkan jawatan daripada GLC.
Maksud desakan itu adalah jelas iaitu apabila Zahid Hamidi berjaya diundurkan, ia seterusnya akan digunakan untuk menggugat kedudukan Anwar Ibrahim dengan cara membawa UMNO keluar daripada kerajaan perpaduan.
Mudah kata, agenda mendesak Zahid Hamidi berundur adalah agenda penebuk-penebuk atap untuk menjatuhkan kerajaan dan mewujudkan sebuah kerajaan baru yang lain.
Siapa kerajaan baru itu tentulah sudah boleh dijangka dengan mudah oleh kita semua.
Mahukah kita sigagal jadi Perdana Menteri sekali lagi?
Tetapi, dengan penegasan Zahid Hamidi tidak sesekali akan berundur, malah memberi bayangan akan mempertahankan lagi jawatannnya dalam pemilihan UMNO tiga tahun akan datang, maka kecewa dan kecundang lagilah impian serta mimpi geng-geng penebuk atap tersebut.
Ya beda beduuu….yang penting – kekalkan Anwar hingga habis penggal, nak jatuhkan kerajaan, tunggu PRU16 akan datang. – ShahbudinHusin 26/07/2023.