PH UMPAMA LEBAI MALANG



 Kalaulah media dikuasai kerajaan seperti sewaktu Mahathir dulu, lekas wartawan dah cari pemimpin PAS untuk tanya isu Gerakan bantah penghayatan hadits 40 tu.


Tapi itulah. Nama je kerajaan ni PH yang ketuai, tapi yang kuasai media PN. Jadi media pun tolong tutup isu ni. Jangankan nak tanya soalan maut ke dorang, dia cover lak.


Sebab tu zaman Mahathir dulu pembangkang tak boleh bernafas. Zaman PH-BN ni, kerajaan pulak yang sesak nafas. Nasib la... Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


DUN SIMPANG JERAM

 




Abrar Sadiq


Dun Sungai Abong (nama lama) Pilihanraya 2008 dan 2013 dimenangi oleh Dr Sheikh Ibrahim


Dun Simpang Jeram (nama baru) Pilihanraya 2018 dan 2022 dimenangi oleh Almarhum DS Salahuddin Ayub 


InShaaAllah, Ir Ts Hj Nazri berupaya mempertahankan N13 Simpang Jeram sebagai #LegasiRahmah bumi lahirnya Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh G18


#LegasiRahmah


SEBAB YANG BERTANGGUNG. JAWAB DAN DIBERI TANGGUNG JAWAB TAK RETI BUAT KOJE...

 


Kenapa banyak sangat fitnah sekarang ni?


A good offense is the best defense. Serangan yang baik adalah pertahanan yang terbaik. Macam main bolasepak. Pasukan yang kena serang bertali-arus akan hadapi kesukaran untuk menyerang.


Terlalu banyak kes yang menyelubungi pemimpin PN. Mereka tahu kalau kes-kes ini terus dibicarakan oleh rakyat, sokongan mereka akan merudum. Jadi mereka terpaksa menyerang untuk bertahan.


Tapi tak banyak isu untuk mereka serang. Cara yang boleh hanyalah dengan mereka-reka isu. Sebab itu kita tengok fitnah semakin berleluasa. Dua tiga hari ni aku tengok ramai sibuk bertahan dari menyerang.


PH sepatutnya terus menyerang pemimpin PN. Biar kes-kes mereka seperti tindakan LHDN bekukan akaun Hamzah. Dan tak perlu layan sangat fitnah mereka. Masa untuk mereka bertahan pula.


Aku dah letih. PH dah jadi kerajaan sekarang. Patut PH lebih aktif menyerang sebab dah banyak jentera. Bukan pemain media sosial bebas macam aku lagi. Terpulang kepada pemimpin PH nak buat macam mana. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


YABEDA BEDUUU…KECEWA LAGILAH GENG-GENG PENEBUK ATAP

 

Di sebalik desakan masih kedengaran mahukannya meletak jawatan, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya bertegas enggan tunduk terhadap apa jua tekanan.

Katanya, pihak yang ingin menjatuhkannya perlu menunggu tiga tahun akan datang ketika masa pemilihan UMNO diadakan.

Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak terbabit harus menghormati sistem demokrasi dalam parti sekiranya berhasrat menukar kepimpinannya.

Menurut beliau, ketika ini ada suara mendesak kepimpinan parti ditukar, namun pada masa sama ada pihak lain pula menyokongnya seperti disuarakan dalam Solidariti Wanita UMNO Pertahan Presiden yang diadakan di ibu negara semalam.

“Tetapi kalau berhajat sama ada orang dalam yang dipengaruhi oleh orang luar untuk menukar kepimpinan, maka tunggulah UMNO mengadakan pemilihan semula, tiga tahun akan datang,” katanya selepas merasmikan sebuah program di Johor Bahru.

Berita selanjutnya di sini – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/08/25/tunggu-pemilihan-3-tahun-lagi-zahid-jawab-desakan-letak-jawatan-presiden-umno/

Dengan kenyataan atau lebih tepat penegasan itu, bermakna Zahid Hamidi tidak sesekali akan berundur daripada jawatannya.

Biar apa dan bagaimana sekalipun desakan yang timbul, keputusan PRN enam negeri baru-baru ini yang disifatkan sebagai tamparan kedua kepada UMNO selepas keputusan PRU15 lalu, ia jelas tidak mampu menggoncang kedudukan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.

Beliau akan terus mempertahankan jawatannya sehingga habis penggal, malah seolah-olah mencabar jika ada pihak yang mahu menjatuhkannya agar berlawan dengannya dalam pemilhan UMNO tiga tahun akan datang.

Dalam senario ini, kalau kita perhatikan, yang kuat mendesak Zahid Hamidi agar berundur bukanlah daripada kalangan dalam kelimpinan UMNO.

Mereka di dalam UMNO, terutama kepimpinan tertinggi, boleh dikata masih solid berdiri, bersama dan menyokong kepimpinannya.

Yang kuat mendesak itu adalah mereka yang berada di luar UMNO, bukan dalam entiti kepimpinan dan seorang dua dalam UMNO yang baru-baru ini dilucutkan jawatan daripada GLC.

Maksud desakan itu adalah jelas iaitu apabila Zahid Hamidi berjaya diundurkan, ia seterusnya akan digunakan untuk menggugat kedudukan Anwar Ibrahim dengan cara membawa UMNO keluar daripada kerajaan perpaduan.

Mudah kata, agenda mendesak Zahid Hamidi berundur adalah agenda penebuk-penebuk atap untuk menjatuhkan kerajaan dan mewujudkan sebuah kerajaan baru yang lain.

Siapa kerajaan baru itu tentulah sudah boleh dijangka dengan mudah oleh kita semua.

Mahukah kita sigagal jadi Perdana Menteri sekali lagi?

Tetapi, dengan penegasan Zahid Hamidi tidak sesekali akan berundur, malah memberi bayangan akan mempertahankan lagi jawatannnya dalam pemilihan UMNO tiga tahun akan datang, maka kecewa dan kecundang lagilah impian serta mimpi geng-geng penebuk atap tersebut.

Ya beda beduuu….yang penting – kekalkan Anwar hingga habis penggal, nak jatuhkan kerajaan, tunggu PRU16 akan datang. – ShahbudinHusin 26/07/2023.



RENTASAN 1433 | PANAS!! TERNYATA PH TAK KHIANATI UMNO-BN?


MENARIK DALAM RENTASAN 1433 1. ISLAM APA YANG PAS PERJUANGKAN? 2. BAGAIMANA PH MENJUNJUNG KEADILAN DAN KEIHSANAN? 3. MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH 4. YANG TIDAK SUKA, TUTUP MATA DAN TELINGA

25.08.2023 - FOKUS 5.45 | PANAS!! PRK PULAI, SIMPANG JERAM: UNDI MAJORIT...



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan dakwaan gelombang Perikatan Nasional (PN) bakal melanda negeri ini susulan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, hanya cakap kosong.



RENTASAN 1435 | GEMPAR!! TERNYATA USAHA TEBUK ATAP PN BAKAL DIGAGALKAN?



1. TIADA GALANG GANTI, JASAMU DIKENANG 2. AMANAT HADI DAN MINDA PRESIDEN YANG TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN 3. BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT 4. PN HARUS HORMATI KEPUTUSAN RAKYAT



PRK JOHOR: PENGUNDI INDIA WAJIB TURUN – DR GUNARAJ






 Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, sokongan bukan Melayu sedang cuba diganggu gugat agar menghindar daripada Pakatan Harapan dan BN untuk memudahkan PN menang di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunarajah R. George menggesa masyarakat India di parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram agar tidak termakan sebarang hasutan dan kekal menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada 12 September ini.

Dr Gunaraj juga menolak gesaan daripada seorang aktivis masyarakat India sebelum ini yang meminta pengundi kaum itu tidak keluar berikutan isu pengislaman seorang lelaki berketurunan India oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, tiada kaitan di antara mengundi dan isu berkenaan.

“Tindakan untuk tidak keluar mengundi memang tidak menguntung sesiapa kerana kuasa mengundi adalah hak individu, ia tiada kaitan dengan isu tersebut

“Tetapi apa yang terjadi, ada pihak yang cuba mempolitikkan isu ini walaupun pada asalnya isu itu tidak terlalu serius,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Untuk rekod, Jumaat lalu, Anwar mengislamkan seorang pemuda India di Masjid Jamek Ar-Rahimiah atas permintaan Pengerusi Perkim Hushim Salleh daerah Klang.

Menurut pengerusi berkenaan perkara itu berlaku secara spontan apabila PM menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut selepas menziarahi waris mangsa tragedi kapal terbang terhempas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Justeru itu, Dr Gunaraj yang juga ADN dua penggal Bukit Sentosa menyarankan agar Kerajaan Perpaduan mengadakan dialog agama, agar ia dapat mewujudkan keharmonian masyarakat yang pelbagai anutan dan kepercayaan di negara ini.

“Dari segi pemahaman agama masing-masing, masih ada yang kurang sensitif. Oleh itu, tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kefahaman agama disampaikan.

“Saya cadangkan kita adakan dialog agama, supaya rakyat dapat tahu dan memahami anutan agama di Malaysia dengan lebih baik,” ujarnya lagi.



WALAU BUKAN LAGI WAKIL RAKYAT


Petang tadi melawat rumah bina baharu secara percuma oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada saudara Rohimi dan Kak Anisham dengan kos sebanyak RM74,000. Ini adalah rumah ke-13 saya usahakan di Dun Permatang Pasir kepada penduduk asnaf yang layak. Semoga keluarga Rohimi dan Kak Anisham dapat hidup dengan lebih selesa dan sejahtera bersama anak-anak.







MAKNANYA BARANG TAK NAIK

 



Admin puji sikap peniaga begini, kreatif dan berjiwa besar.. soal nama menu tersebut tidak mengapalah asalkan rakyat juga akhirnya yg dapat merasai nikmat sebenar "Rahmah" yg dituntut sesama insan


Secara tidak lansung ini juga memberi signal bahawa harga barang mentah adalah terkawal dan terbukti lebih baik pada zaman PHBN menerajui kerajaan 👏


#KerajaanPerpaduan #EkonomiMadani



ISLAM TERANCAM

 



Dah bosan la aku dengan politik tunggang agama macam ni. Lebih bosan bila pihak berkuasa buat tak nampak je.


Ni bukan soal politik je. Tapi ni soal akidah juga ni. Entah mana JAKIM, mana Jabatan Agama Negeri, mana mufti. Entah mana. Negara ni Islam boleh dipergunakan sesuka hati.


Ayat begini sebenarnya contoh menghina Islam dan buatkan Islam terancam. Tapi apa nak buat. Bagi tokoh agama perkara ini biasa je. Sebab tu semua senyapkan je. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


REALITI.

 


Realitinya begini… Teruskan bekerja untuk rakyat…




MASA BAGI PADA CHINA SEGALA URUSAN WALAUN DIAM. BAWA REPORT LA AUN. KALAU TAK BETUL.

 


MAT MAT


Masa lombong emas bagi Cina, walaon diam..Tanah balak kat #kelantan bagi Cina, walaon diam..Lombong REE #kedah bagi Cina, walaun diam..Projek LRA bagi Cina, walaun diam..tang #selangor sedia kemudahan easylone lantik operator Cina, walaun koyak rabak ilang akal..aiyaaaa 355 🤣..



PH RELAX JA....PROBONO MASIH BEKERJA....APA KATA KALAU KITA PUN BUAT BENDA YANG SAMA.

 



Tajuk ni macam kelakar. Tapi kalau tengok kepada persediaan PH, rasanya tak kelakar sangat.


Sanusi dah sibuk jelajah Johor. Tapi PH tak dengar cerita lagi. Mungkin dah ada tapi media tak cover. PH ni kerajaan tapi macam pembangkang zaman Mahathir dulu media buat.


Aku mula tarik handbrake slow slow ni. Rasa letih dah sedangkan yang ada kedudukan dan kuasa tak kisah mana pun. Ikut suka korang la. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



PRK: Majoriti besar jika peratusan keluar mengundi tinggi


 Oleh: Abdullah Zaid



Bagi mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pengundi digesa untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 9 September ini.



Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata, faktor peratusan keluar mengundi yang rendah dan keselesaan pengundi yang yakin kepada kemenangan Kerajaan Perpadun di Selangor menjadi penyebab kemenangan dua pertiga kerusi DUN gagal dikuasai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.



Justeru, katanya dibimbangi faktor yang sama juga berlaku pada PRK bagi kedua kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) itu.



"Jika kita lihat memang dalam PRN Selangor peratusan keluar mengundi sangat rendah dan ramai berpandangan Selangor tetap diterajui Kerajaan Perpaduan.



"Oleh itu, disebabkan kita tidak keluar mengundi maka kemenangan yang sepatutnya berpihak kepada kita diberikan kepada mereka (PN) jadi kita tidak mahu perkara sama (PRK) berulang lagi," katanya.



Ketua Penerangan Pakatan Harapan Selangor itu berkata demikian menerusi Wawancara “Apa Selepas PRK Pulai?” terbitan Sumberkini yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, malam tadi.



Selain itu, tambahnya, kemenangan bagi kedua kerusi terbabit wajib dikekalkan agar legasi yang ditinggalkan oleh almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub terus mekar buat rakyat di kawasan tersebut.



"PRK kali ini pastikan pengundi keluar beramai-ramai supaya legasi almarhum Salahuddin Ayub dapat dikekalkan di parlimen dan DUN agar semua kerja baik dan khidmat yang beliau buat dapat diteruskan.



"Kita boleh mencipta sejarah, di mana PRK ini peratusan keluar mengundi tinggi agar kita mendapat kemenangan yang besar," ujarnya lagi.

 

Wanita KEADILAN gerakkan jentera di PRK Pulai, Simpang Jeram







 Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Esok, Sabtu akan berlangsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Johor.


Sebaik penamaan calon berakhir pagi esok, bermulalah gerak kerja kempen selama dua minggu, sebelum pengundian diadakan pada 9 September.


PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu akibat pendarahan otak.


Bagi Wanita KEADILAN, walaupun yang bertanding di kedua-dua kerusi itu adalah calon daripada Amanah, tetapi gerak kerja kempen tidak berkurangan dan akan memberi bantuan sebaik mungkin bagi mencapai kemenangan.


Wanita KEADILAN Pusat dengan kerjasama Wanita KEADILAN Johor telah pun menurunkan petugas dan jenteranya di kedua-dua kawasan itu sejak lebih seminggu lalu.


Pada peringkat awal, gerak kerja yang dilakukan ialah melalukan tinjauan, beramah mesra dengan pengundi, mengenalpasti isu, merangka aturan kempen dan sebagainya.


Mesyurat Wanita KEADILAN yang diketuai oleh Ketua Wanita KEADILAN Johor Zuraidah Zainab Mohd Zain (kiri), Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin (Tengah) dan Ketua Biro Pilihanraya Wanita Amanah Johor, Raudzah Ahmad

Wanita KEADILAN juga telah mengadakan beberapa siri diskusi bersama pemimpin Wanita Amanah (AWAN) untuk penyelarasan aktiviti kempen.


Tegas Wanita KEADILAN, matlamat yang menjadi keutamaan ialah memastikan kedua-dua kawasan itu kekal dalam genggaman Pakatan Harapan.


Untuk tujuan itu, walaupun PH sebagai penyandang di kedua-dua kerusi mungkin menyebabkan ada tanggapan yang mengatakan PH tidak perlu bekerja keras, namun Wanita KEADILAN Pusat di bawah pimpinan Fadhlina Sidek tidak pernah bersikap ambil mudah.


Malah, kerja-kerja kempen akan diperhebat serta dimantapkan lagi sebaiknya saja selepas hari penamaan calon esok.


Selain ingin memastikan kemenangan terus dapat digenggam, kemenangan di Pulai dan Simpang Jeram, bagi Wanita KEADILAN adalah mustahak dipertahankan sebagai mesej kepada rakyat bahawa Kerajaan Perpaduan ini wajar perkukuh dan dikekalkan dengan sedaya upaya kudrat yang ada.