Tarif AS: PM Anwar Fokus Kesepakatan ASEAN dalam AIC, AFMGM esok

 

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 7 Apr – Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penekanan terhadap kesepatan negara-negara ASEAN dalam mengukuhkan perdagangan Persidangan Pelaburan ASEAN (AIC) 2025 esok.

Anwar juga bakal menyentuh isu kenaikan tarif yang diumumkan Amerika Syarikat ketika menghadiri penutup Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN Ke-12 (AFMGM) Khamis ini.

“Perdana Menteri akan memberi penekanan terhadap keperluan negara-negara ASEAN, membentuk satu kesepakatan dalam mengukuhkan lagi soal ekonomi dan perdagangan di rantau ini.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selain itu, Perdana Menteri juga akan memanjangkan perbincangan yang diadakan bersama ketua-ketua negara ASEAN tempoh hari terkait isu tarif Amerika Syarikat yang mana perkara ini memerlukan perbincangan dan rundingan yang menyeluruh bagi membawa suara komuniti ASEAN,” kata beliau semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Kira-kira 300 delegasi terdiri daripada Menteri Kewangan ASEAN, Gabenor Bank Pusat, pegawai daripada Institusi Kewangan Antarabangsa dan wakil sektor swasta akan menghadiri AFMGM yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan April 2025 di Dewan De Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu Perdana Menteri mengulangi keyakinan bahawa daya tahan ekonomi Malaysia kuat dan berupaya menampung impak geoekonomi jangka masa pendek, sederhana dan panjang susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat.

Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri menegaskan, adalah penting bagi kesemua sektor perniagaan dan rakyat bekerjasama dengan pendekatan senegara bagi menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi

“Justeru, Kerajaan Madani akan melipat gandakan komitmen memelihara dan memastikan akses pasaran tidak terjejas, selain terus menarik pelaburan asing, meneruskan agenda reformasi ekonomi, industri bagi menyokong rantaian bekalan, serta kesejahteraan pekerja serta perniagaan di Malaysia,” katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan April 2025 di Dewan De Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan tentang langkah proaktif yang telah, sedang dan bakal diambil berasaskan kepada pendekatan ‘whole-of-nation’.

Langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan termasuklah pengaktifan semula Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC) yang dipengerusikan Perdana Menteri,

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut menubuhkan pasukan petugas oleh untuk mendapatkan maklum balas langsung daripada industri; mesyuarat khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN.

Selain itu rundingan strategik peringkat tertinggi secara langsung dengan Amerika Syarikat; serta usaha memperluas dan mempelbagaikan pasaran eksport Malaysia ke rantau-rantau serta blok ekonomi baharu dan meningkatkan penggunaan perjanjian perdagangan bebas sedia ada dan baharu.

“Langkah-langkah ini akan memperkukuh daya tahan negara, menstabilkan pasaran, dan melindungi pekerjaan serta pelaburan rakyat,” katanya.




AFMGM: PM Anwar Lancar Panduan ESG ASEAN Bagi PKS Dalam Rantaian Bekalan Hari Ini

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama serta melancarkan Panduan Pendedahan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Dipermudah ASEAN Bagi PKS Dalam Rantaian Bekalan pada 8 April 2025. Foto Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 8 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual menyampaikan ucaptama serta melancarkan Panduan Pendedahan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Dipermudah ASEAN Bagi PKS Dalam Rantaian Bekalan, hari ini.

Ia sempena Persidangan Pelaburan ASEAN 2025: Perbincangan Panel dan Pameran, yang merupakan acara sampingan bagi hari kedua Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) Ke-12 serta mesyuarat berkaitan, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Panduan itu penting kerana menggabung dan mempermudahkan banyak rangka kerja ESG global serta tempatan yang kompleks untuk meningkatkan ketersediaan data dan maklumat ESG oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Persiapan telah diatur bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama serta melancarkan Panduan Pendedahan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Dipermudah ASEAN Bagi PKS Dalam Rantaian Bekalan.

Anwar selaku Menteri Kewangan juga akan mempengerusikan ‘Meja Bulat Pelabur mengenai Menjajarkan Agenda Pertumbuhan ASEAN dengan Trend Pelaburan Global’ pada sebelah pagi yang dijadualkan turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Secara berasingan, Amir Hamzah akan menyertai Dialog Menteri dalam Persidangan Pelaburan ASEAN 2025 sebagai panel, bersama Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan Kedua Singapura, Chee Hong Tat, serta Timbalan Menteri Kewangan Indonesia, Thomas Djiwandono.

Selepas dialog itu, beliau akan merasmikan ‘Cabaran Pelaburan dan Dagangan Saham Pecahan ASEAN’ serta menyampaikan ucapan alu-aluan pada ‘Perbincangan Panel: Negara yang Mencipta Melalui Pemangkin Ekosistem’ anjuran Khazanah.

Dagangan saham pecahan akan membolehkan dagangan saham di Bursa Malaysia menjadi lebih mudah diakses, mampu milik dan inklusif untuk pelabur runcit, terutama bagi pelabur muda.

Acara hari ini juga termasuk ‘Mesyuarat Tiga Hala antara China, Jepun dan Korea Selatan’ dijadualkan pada jam 7.30 pagi, menandakan mesyuarat kedua bagi ketiga-tiga negara itu selepas Mesyuarat Menteri Perdagangan yang diadakan pada Mac lalu di Seoul, Korea Selatan.

Persiapan telah diatur bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual menyampaikan ucaptama serta melancarkan Panduan Pendedahan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Dipermudah ASEAN Bagi PKS Dalam Rantaian Bekalan

Pada mesyuarat di Seoul itu, Jepun, Korea Selatan dan China telah menyuarakan persetujuan untuk meneruskan kerjasama ekonomi serta perdagangan tiga hala bagi mengatasi ‘cabaran yang muncul’ – satu perkongsian yang kini menjadi lebih penting berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif membebankan, termasuk ke atas ketiga-tiga negara berkenaan dan memulakan perang perdagangan global.

Ketiga-tiga negara itu juga bersetuju untuk mempercepatkan rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA) walaupun kemajuan ketara berkaitannya masih belum dapat direalisasikan.

Pegawai kanan dari Asia Tenggara, China, Korea Selatan dan Jepun – secara kolektif dikenali sebagai ASEAN+3 – juga akan mengadakan mesyuarat pada AFMGM.

Mesyuarat Timbalan Kewangan dan Bank Pusat ASEAN+3 (AFCDM+3) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, dan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Marzunisham Omar, juga akan menjadi sebahagian daripada mesyuarat yang berlangsung hari ini.

Kementerian Kewangan pula akan menganjurkan majlis makan malam alu-aluan pada jam 8 malam.

Sepanjang empat hari ini, 14 mesyuarat akan diadakan meliputi perbincangan peringkat tinggi dengan Majlis Perniagaan ASEAN-AS, ASEAN-Kesatuan Eropah dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC).

Lebih 300 perwakilan merangkumi menteri kewangan, gabenor bank pusat, institusi kewangan antarabangsa dan wakil sektor swasta ASEAN, dijangka menghadiri AFMGM serta mesyuarat berkaitan, persidangan pelaburan dan pameran.



ABANG BELON REAL PATAH TULANG, CHEGU BARD KANTOIKAN LAKONAN ABG BELON ME...


Abg Belon dah Balik rumah dan ditemu ramah oleh chegu bard dan peguam Rafiq dari geng pembangkang. lakonan abg belon mengkantoikan donia patah tulang. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Live Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.






Saman sivil pilihan tepat buat budak Tam Jebat tinggal spendar sahaja.....

GEMPAK! KES HASUTAN MUHYIDDIN PENDAKWA FAIL BANTAHAN AWAL PERMOHONAN MUH...



Pihak pendakwaan akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin bagi merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan. Timbalan Pendakwa Raya, Razali Che Ani memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil Hussin ketika pengurusan kes hari ini. Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin memaklumkan mahkamah, pihaknya memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang itu bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 berhubung kes hasutan anak guamnya pada 4 April lalu. “Untuk makluman mahkamah, pihak kami telah memfailkan afidavit sokongan dan kami juga akan memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong permohonan tersebut. “Memandangkan notis permohonan itu belum dimeterai, kami memohon mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes selanjutnya dan memohon kehadiran anak guam dikecualikan pada prosiding akan datang,” katanya yang turut dibantu peguam Joshua Tay. Hakim kemudian menetapkan 29 April ini untuk pengurusan kes selanjutnya dan membenarkan permohonan pembelaan agar kehadiran pengerusi Perikatan Nasional itu dikecualikan pada prosiding akan datang. Kes itu pada asalnya disebut di Mahkamah Sesyen Gua Musang, Kelantan pada 27 Ogos 2024, sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini. Muhyiddin, 77, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu, antara 10.30 malam hingga 11.50 malam 14 Ogos 2024. Kenyataan itu berhubung dakwaan beliau tidak dijemput Yang di-Pertuan Agong selepas PRU15 untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen ketika itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum bawah Subseksyen 4 (1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi, Nadia Mohd Izhar dan Abdul Malik Ayob.


PMX BANTAI KOW-KOW - BILA ADA KUASA SAKAU | Isu Kuil Abang Belon macam P...

JANGAN SOMBONG KALAU PHd BELI

 

Mukhlis Eddie.


Gelaran "Dr" yang kau beli tu bukan lesen untuk kau jadi bodoh sombong idiot ...




Jenis manusia berfikiran sempit sampai tak boleh nak fikir waras? Kau berlagak alim tapi hakikatnya kau ni 'JAHIL' yang berlagak "ostard bastard" bak kata Norsyida 😋


Surah Al-Kafirun pun kau salah faham, bodohnya... Kau suruh orang hayati surah tu, tapi kau sendiri tak faham maksud ‘LAKUM DINUKUM WALIYADIN’... agama kau bagi kau, agama aku bagi aku. Kau ni jenis munafik yang suka memutar-belitkan Quran untuk sokong sikap taksub buta kau tu...


Kau takut nak keluar dari gua kesempitan akal kau, pergi bergaul dengan manusia lain, sebab kau tahu diri kau lemah iman tak mampu hadapi perbezaan. Kau menjerit pasal mudharat, tapi sebenarnya KAU LAGI MUDHARAT dari apa yang kau takutkan. Kau racun fikiran orang dengan sikap 'play-safe ala taliban' duduk dalam zon selesa, lalu menghukum orang lain yang cuba berdakwah dengan cara lebih bijak.


Dengar sini ostard bastard: Kalau kau rasa dengan menghafal tafsir je dah cukup, kau patut mampus zaman jahiliyah lagi. Nabi Muhammad berdialog dengan Yahudi, Nasrani, bahkan musyrikin, tapi kau? Kau sembunyi dalam bilik gelap, sebarkan racun taasub buta sambil berlagak alim ....


Kau ni bukan pejuang Islam.. KAU PENGHALANG DAKWAH..  

Kau bukan pelindung aqida.. KAU TUMBUHKAN KEBENCIAN...  

Kau bukan ostard.. KAU SEKEDAR JAHIL BERJABAT KAMJAT..


Kalau kau tak reti nak buka minda, SIMPAN JE KEBODOHAN KAU TU UNTUK DIRI KAU DAN KELUARGA KAU SAHAJA & jangan kotori umat dengan fikiran kolot kau yang langsung tak sesuai dengan zaman sekarang. 


ISLAM TU LUAS, TAPI OTAK KAU SEMPIT & PENDEK MACAM LUBANG HIDUNG & PELIR KAU 😋


Paling lawak... siap sound “jangan minta delete posting ni”. Bro, x dak sapa nak minta ko delete pun. Biar je, biar satu dunia tengok betapa cetek dan keras hatinya orang yang perasan paling faham agama, tapi sebenarnya gagal jadi rahmat walau pada sekeliling sendiri.. 


Nang bo ti nang, koi bo ti koi,

Jangan berdusta, hidupkan damai.



TERBARU KES ABANG BELON.

 



ARIF JAMIL


Terbaru kes abang belon. 







Sy dapat laporan CT scan dan MRI ni dari facebook. 


Sy baca perincian laporan tu tapi tak berapa faham 

bahasa org medic nih.


Jadi sy wasap wife sy sbb wife sy pegawai farmasi yg pernah bekerja di bahagian orthopedik. 


Wife sy cross-check balik dgn kwn dia yg kerja di bahagian radiology. 


Jadi berdasarkan kenyataan yg disampaikan dari wife sy dan kawan dia, Patah tulang T12 tu dah lama berlaku, bukan sebab insiden terbaru. 


Keadaan tulang sekarang stabil dan tak terlalu bahaya sebab tiada tekanan pada saraf atau salur tunjang.


Jadi begitulah ceritanya , in shaa allah abg belon tidak akan lumpuh seperti yg diperkatakan oleh doktor yg ada dalam video "Bye² Anwar Bye² Azizah" bersama mak lampir pasca Langkah Sheraton tu. 


Sy doakan moga abg belon sihat selalu dan dimurahkan rezeki 🤲



BUANG SAJA SEKOLAH TU. BANYAK LAGI PELAJAR YANG KURANG MAMPU DAN BIJAK



 7 pelajar membuli disyorkan dibuang MRSM



Tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di utara tanah air yang didakwa membuli seorang pelajar maktab itu disyorkan untuk ditamatkan pengajian.


Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook tadi.


Beliau berkata, keputusan jawatankuasa disiplin maktab mendapati kesemua tujuh pelajar disahkan terlibat dalam kejadian membuli dengan dua orang antaranya membuli secara fizikal.

“7 pelajar didapati terlibat. 2 terlibat buli fizikal, 5 subahat. Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian di MRSM (Maktab Rendah Sains Mara),” katanya.

Kesemua pelajar itu digantung persekolahan buat sementara sehingga siasatan terperinci lengkap.


Terdahulu tular rakaman sekumpulan pelajar lelaki menekup dan menghempap kepala seorang pelajar lain dalam keadaan mangsa tertiarap di atas katil.

Selain itu mangsa disebat dengan tali pinggang pada bahagian punggung.




AMANAH ikrar gerak jentera besar-besaran sokong calon BN di Ayer Kuning


AMANAH menyatakan komitmen akan memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning.


Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional, Sany Hamzan berkata, mobilisasi besar-besaran melibatkan jentera daripada seluruh negeri termasuk pasukan dari luar Perak akan digerakkan ke Ayer Kuning bagi membantu kempen dan gerak kerja pilihan raya.


“Sokongan ini adalah selaras dengan semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan kemajuan negeri Perak dan negara secara keseluruhannya.


“Jentera parti telah bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi PRK ini,” katanya dalam satu kenyataan.


Jawatankuasa Induk PRK Ayer Kuning bagi pihak AMANAH dipengerusikan oleh Naib Presidennya, Datuk Dr Hatta Ramli manakala Sany yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat dilantik sebagai Timbalan Pengarah Induk.


Untuk rekod, AMANAH pernah bertanding di kawasan ini pada pilihan raya sebelum ini.

Namun kali ini sebagai tanda kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan, AMANAH memastikan seluruh jentera dan penyokong parti turun padang bagi memenangkan calon BN di PRK Ayer Kuning.


“AMANAH percaya kerjasama erat antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan akan terus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang ada hari ini,” katanya lagi.



Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini.



DAP lancar tabung bantu mangsa kebakaran, bukan ‘tin Milo’ bantu MP kalah saman

 


OLEH A. ZAHID



Kejadian kebakaran paip gas Putra Heights telah memberi ujian yang berat buat mangsa-mangsa yang terlibat sama ada secara harta benda mahupun mental.


Pelbagai pihak telah menghulurkan tangan memberi bantuan yang sebaiknya kepada mangsa. Pihak DAP juga telah memainkan peranan untuk membantu.

Atas permintaan beberapa individu dan penyokong yang mahu memyumbang seikhlas hati di atas kepercayaan kepada parti tersebut, maka sebuah tabung dana bantuan untuk mangsa kebakaran Putra Heights telah dilancarkan secara atas talian bermula 2 April hingga 9 April 2025.


Setakat 6 April 2025 jam 4 petang, sejumlah RM528,299 telah berjaya dikutip dari individu-individu yang bersolidariti dengan para mangsa.

Namun begitu, ada pihak yang sentiasa menjadi “mata lalat” yang mahu mencari sesuatu yang busuk dan kotor. Dikala ramai pihak menghulur bantuan, mereka mengecam dan membuat fitnah mengenai tabung bantuan ini.


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke telah memberi jawapan balas terhadap kecaman ini.

“Kita membantu sebab pelbagai pihak, seperti yang saya katakan, kerajaan ada tanggungjawab kerajaan untuk bantu. Syarikat swasta ada syarikat swasta nak bantu. Kita juga ada ramai penyokong minta, tanya macam mana dia nak membantu.

“Bukan setiap orang ada keupayaan macam Berjaya (syarikat), dia boleh bagi kepada semua. Ada yang mungkin nak menderma RM50, nak menderma RM100, dia nak menderma macam mana?


 “

Jadi, jelas di sini pembukaan tabung bantuan ini adalah atas permintaan ramai dan pihak DAP memudahkan cara untuk mereka menyalurkan bantuan.

“Jadi kalau syarikat-syarikat besar yang mampu, mereka terus bagi kepada mangsa. Tetapi ada orang perseorangan yang mungkin mereka nak berbuat sesuatu, tetapi mereka (nak derma) dalam jumlah yang lebih kecil.


“Jadi takkanlah dia datang nak bagi RM5, RM10 seorang. Dia nak kumpulkan dengan kita. Itu sebabnya mereka minta kita buka tabung dan kita memudahkan orang ramai.


“Bagi orang yang kecam itu, saya dah beritahu mereka ni, dosa besar. Kalau nak kecam orang nak bantu mangsa bencana ni, satu dosa yang besar.”

Untuk rekod, pihak DAP telah mengambil langkah proaktif membuka tabung bantuan untuk disalurkan kepada para mangsa kebakaran di Putra Heights.


Manakala kalau dikenang semula, ada sebuah parti pernah buka tabung atas nama “derma jihad” untuk bantu Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura yang kalah saman fitnah terhadap tiga pemimpin DAP. Bukan sedikit, tetapi lebih RM800,000 dikutip untuk seorang individu sahaja.




PATAH TULANG ?

Tegak Keadilan 


Begini lah gaya orang (Abg Belon) patah tulang belakang dapat memusing angkat duduk dan memusing badan ke kiri ke kanan.Manusia lain patah tulang belakang tak dapat angkat duduk dan bergerak.Abg Belon saja patah tulang belakang dapat angkat dapat duduk dan dapat pusing badan ke kiri dan ke kanan.



KEH..KEH..KEH....YA AMPUSSALAM.

 Ridwan Muhammad


Korang ingat pembangkang ni fikir pasal rakyat....kasihan kalau percaya puak2 ni ..mereka main isu kaum agama semata2 tak ada kuasa... begitu lah pengkianat nya puak2 ni....




CABARAN YANG DILALUI ANWAR SESUAI DENGAN SENIKATA LAGU INI


 

PANIK. RUPIAH MERUDUM


 

DR ASYRAF WAJIDI AMBIL TINDAKAN TERBAIK


 

CHINA REE DISEKAT, US MUNGKIN TENAT


 

DOGTOR M. SENIK MERACAU APA NTAH?

 

Norshidah Mohd Daud


Post dari Al Pedal Bastard Dogtor Mokhtar Bin Senik selepas block sahabat lamanya, Ismail Muhamad sambil otw dari KB 😉




INI KESALAHN DAN KES YANG BAKAL DIKENAKAN PADA PENGHASUT DAN PEMFITNAH HANDAL.


 Laporan Rasmi Terhadap “Ratu Naga” Atas Tuduhan Fitnah dan Hasutan Kaum Berkaitan Lagu Negeri Perak di SJKC





*Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sdr KHOO KHIM HAN, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pendidikan bersama Sdr Farhan Haziq, Ahli Majlis MPKj merangkap Pengerusi DAP Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, Sdr Thiagarajah Rajagopal, Ketua Whip Ahli Majlis MPKj, dan Sdr Kwan Say Hong 官世峰, Ahli Majlis MPKj.*


"Satu laporan polis telah dibuat pada petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang terhadap seorang individu bernama Syarul Ema Rena Abu Samah, yang lebih dikenali dengan nama samaran “Ratu Naga”, atas tuduhan menyebarkan fitnah dan menghasut sentimen perkauman melalui platform media sosial.


Laporan tersebut dibuat dengan merujuk kepada Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah (KPK), berikutan satu video yang dimuat naik oleh individu terbabit ke akaun TikTok miliknya pada 4 April 2025. Dalam video berkenaan, beliau mendakwa bahawa “murid SJKC menyanyikan Lagu Kebangsaan dalam Bahasa Cina sebagai tanda tidak setia kepada negara.”


Laporan ini dibuat oleh Khoo Khim Han, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pendidikan bersama Farhan Haziq, Ahli Majlis MPKj merangkap Pengerusi DAP Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, Thiagarajah Rajagopal, Ketua Whip Ahli Majlis MPKj, dan Kwan Say Hong, Ahli Majlis MPKj.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah tampil membantah dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah fitnah dan tidak berasas. Menurut KPM, rakaman yang dimaksudkan sebenarnya merakamkan murid-murid sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sedang menyanyikan Lagu Negeri Perak, iaitu “Allah Lanjutkan Usia Sultan”, dalam satu majlis rasmi sekolah – bukan Lagu Kebangsaan “Negaraku” seperti yang didakwa.


Video yang tular itu dipercayai bertujuan mencemarkan imej institusi pendidikan vernakular dan membangkitkan sentimen anti-perpaduan dalam kalangan masyarakat.


Selain menyebarkan fitnah, “Ratu Naga” juga berniat untuk melakukan hasutan kaum dengan menyebarkan kandungan provokatif yang telah menimbulkan persepsi negatif terhadap komuniti Cina di Malaysia, mencetuskan perbalahan dan pertikaman lidah berunsur perkauman di media sosial, dan mengancam keharmonian serta perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.


Asas undang-undang lain bagi siasatan dan tindakan lanjut juga termasuk:


Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) iaitu berkaitan penyalahgunaan media sosial untuk menyebarkan kandungan berunsur fitnah;


Seksyen 505 Kanun Keseksaan – berhubung perbuatan yang boleh menimbulkan permusuhan antara kaum; serta


Seksyen 499 Kanun Keseksaan – mengenai fitnah terhadap institusi awam.


Mohon siasatan segera terhadap akaun TikTok dan media sosial milik “Ratu Naga”, termasuk rakaman dan transkrip video terbabit. Kes ini juga perlu diajukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Harap laporan forensik digital boleh dihasilkan bagi membuktikan niat dan elemen hasutan dalam kenyataan yang dibuat.


Kami menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menyebarkan kebencian kaum serta memfitnah institusi pendidikan negara."

NI KES NAYA KA APA DIA ?


Mohd Asri

 Doktor yang merawat kata "hanya cedera dada dan pinggang". Tiba-tiba datang pegawai perubatan yang tak merawat pula kata: dia "berisiko lumpuh" 😂




Siapa calon PN bakal bertempur dengan Ustaz Dr Yusri Bakir di Ayer Kuning?

 

Calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak bakal diumum esok.

Poster yang tersebar di media sosial memaklumkan Majlis Pengisytiharan Calon PN itu akan berlangsung di Dataran Awan Tapah Road pada jam 9 malam.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilapor berkata, mereka telah memuktamadkan calon untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Menurutnya, kempen untuk calon juga akan diatur dengan lebih agresif termasuk di media sosial selepas penamaan calon pada 12 April nanti.

BN telah mengumumkan calonnya hari ini.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) hari ini telah mengumumkan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai calonnya pada PRK DUN Ayer Kuning.

Mohamad Yusri, 54, yang memulakan kerjaya sebagai guru pada 1992, memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK N. 48 Ayer Kuning diadakan susulan penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu pada usianya 58 tahun selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018, menawan kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mengaut majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.





BEBALISM

 

IDRUS IBARAHIM





“Bebalism” itu suatu penyakit halus yang tidak kelihatan pada jasad, tetapi menjalar pada akal dan hati. Ia bukan kerana tiada sekolah, bukan juga lantaran miskin harta. Tetapi kerana hati telah dikunci, akal telah dibelenggu, dan mata telah buta kepada hikmah.


Mereka yang terjangkit bebalism itu akan melihat cahaya sebagai kegelapan, dan mengira kegelapan itu petunjuk. Mereka benci pada ilmu yang menyuluh, dan kasih pada cakap kosong yang memuji diri. Jika ditegur, mereka marah. Jika diajak berfikir, mereka mencemuh.


Bebalism bukan sekadar tidak tahu. Ia adalah keengganan untuk tahu. Ia adalah kesombongan yang berselindung dalam kebodohan, dan kebodohan yang dibajai dengan kesombongan. Dan apabila bebalism menjadi budaya, maka tumbuhlah pemimpin-pemimpin yang membanggakan diri dengan kejahilan, dan masyarakat pun bersorak kepada fatamorgana.”



PECAH MONOPOLI

 

Najib. Bakar


Episod 2 : Rafizi Ramli sebut nak pecahkan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad?


Episod 1 boleh dibaca di sini - https://www.facebook.com/share/p/16QZJRyA3e/


Aku akan cerita benda ni dari awal supaya kita boleh nampak gambaran keseluruhan.


Tahu kan pemanasan global?


Aku ingat dulu masa sekolah awal 90an, main bola jam 10 pagi, suhunya masih nyaman. Sekarang, cuba pergi jogging jam 10 pagi. Panas gila.


Berdasarkan rekod, suhu global meningkat 0.20°C setiap 10 tahun, sejak 1975.


Dunia memang makin panas, tak boleh disangkal lagi.


Tapi macam mana boleh jadi macam ni?


Bila dunia makin maju, makin tinggi permintaan untuk pembangunan.


Industri dalam sektor pembangunan seperti industri simen, industri keluli, selain industri aluminium, industri penerbangan, serta perkapalan, kesemua industri ini mengeluarkan sejumlah besar gas CO2.


Industri-industri ini digelar hard-to-abate industry. Industri yang tidak boleh tidak, akan tetap mengeluarkan sejumlah besar gas CO2. 


Nak tutup terus industri macam ni? Tak boleh juga, sebab ia nadi ekonomi dunia.


Stesen janakuasa (power plant) tradisional menggunakan arang batu untuk menghasilkan tenaga.


Masalahnya bila gunakan arang batu, ia juga mengeluarkan banyak gas CO2.


Gas CO2 inilah culprit dalam isu pemanasan global.


Jadi, dunia dah sepakat, supaya penggunaan arang batu akan perlahan-lahan dihentikan di stesen janakuasa seluruh dunia.


Sebab itu banyak negara telah mula beralih kepada tenaga boleh baharu (renewable energy), seperti tenaga angin, solar, hidro.


Tetapi, negara seperti Malaysia tidak boleh berharap kepada tenaga angin, kerana tiada sumber tenaga yang konsisten sepanjang tahun.


Tinggal tenaga solar dan hidro. Solar pula tidak boleh 24 jam collect energy. Hidro pula, bukan semua negeri di Malaysia ada sumber aliran sungai yang baik.


Jadi, ada satu tenaga yang sesetengah pakar sebut, tenaga dalam fasa peralihan, iaitu gas asli.


Malaysia memang dah mula ada stesen janakuasa gas asli sejak awal 1980an.


Ketika itu, kos dan teknologi untuk menjana tenaga solar masih jauh ketinggalan dan terlalu mahal.


Kos untuk membina stesen janakuasa hidro pula sangat tinggi dan bersangkutan dengan isu alam sekitar. Contohnya kontroversi melibatkan projek Empangan Bakun.


Stesen janakuasa gas asli masih mengeluarkan gas CO2, tetapi jumlah CO2 yang dikeluarkan 50-60% kurang berbanding stesen arang batu.


Gas asli juga sekarang digunakan untuk menjana tenaga industry hard-to-abate seperti industri keluli dan simen.


Kalau tanya aku, good enough la tu kurang 50-60% gas CO2 kan?


Di mana sumber gas asli Malaysia? Di pantai timur Semenanjung, serta di Sabah, dan Sarawak.


Tapi, kita ada masalah lain pula. Selama ini kita merupakan nett exporter untuk gas asli.


Tapi bila kita dah mula beralih kepada gas asli secara lebih meluas, kita dah mula kesan kekurangan gas asli untuk menampung keperluan dalam negara.


Dalam jangka masa 10-20 tahun, kita dijangka akan menjadi nett importer untuk gas asli kerana kehabisan sumber, terutama di Kerteh Terengganu, serta di Sabah.


Secara terus terang juga, kalau gas asli dah habis di Kerteh, apa akan jadi kepada ekonomi penduduk Terengganu? 


Nasib baik Kerajaan Pusat wujudkan industri baru iaitu CCUS pula. (Yang ini topik berlainan untuk penulisan lain).


Okey, panjang lebar aku explain, dan sekarang baru sampai ke kenapa Kerajaan Pusat pada tahun 2016, membuka ruang kepada syarikat selain dari Petronas dan Gas Malaysia Berhad untuk terlibat mengimport gas asli.


Seperti yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Wahid Omar, iaitu nak pecahkan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad.


Pegawai-pegawai kerajaan di kementerian ada data-data, projection untuk tahun-tahun, dekad-dekad mendatang.


Mereka tahu, mengikut trend penggunaan gas asli, bila ianya dijangka habis di Malaysia, dan apa strategi yang perlu diambil supaya negara tidak kehilangan sumber tenaga.


Kebanyakan sumber gas asli di dunia ini berada di remote area, seperti di gurun, laut dalam, kawasan artik.


Jadi, kalau nak diharapkan kepada satu-dua syarikat saja, ia tidak membantu industri import gas asli(dalam bentuk LNG) menjadi lebih kompetitif.


Lebih baik peluang itu dibuka kepada syarikat-syarikat tempatan, untuk bersama bersaing mendapatkan gas asli dengan harga terbaik di remote area terbabit untuk dibawa ke Malaysia.


Yang paling penting untuk difahami, infrastruktur pipeline gas di Malaysia adalah kekal milik Petronas Gas Berhad.


Syarikat-syarikat tempatan yang dapat lesen mengimport LNG cuma bawa bekalan tersebut melalui kapal ke stesen RGT (regasification terminal), seperti salah satu yang ada di Sg Udang, Melaka.


Stesen RGT itu juga dimiliki dan diurus oleh Petronas Gas Berhad.


Syarikat-syarikat tempatan itu tidak mengambil alih stesen RGT atau infrastruktur gas pipeline dari Petronas.


Boleh faham kot noh? 


Jangan tanya Syarul Ema bab ni, kelaut nanti apa yang dia explain. Yang dia tau, cuma takutkan orang Melayu.


Maaf, tulisan ni agak panjang dan a bit technical. Harap boleh difahami.


Cuma aku nak akhiri tulisan dengan the ultimate goal penduduk dunia.


The best case sumber tenaga dunia adalah tenaga hidrogen hijau yang langsung tidak mengeluarkan gas CO2.


Cuma apa yang aku nampak, a bit of here and there, a good mix of gas asli + solar + hidro + green hydrogen adalah masa depan tenaga di Malaysia.


Najib Bakar 

7 April 2025