
Azam Baki sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah mengarahkan makmal forensik SPRM agar menyiapkan analisis 10 video berkait skandal rasuah ADUN Sabah secepat mungkin.
PUTRAJAYA, 29 Apr – Status laporan forensik mengenai video skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dijangka diketahui pada minggu hadapan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beliau meneliti kesemua rakaman yang diterima dan tidak akan melengah-lengahkan siasatan.
“Saya jangka dalam seminggu lagi, seminggu lagi akan keluar. Saya ada bertanya dengan pegawai saya, saya pun tidak mahu lambat perkara ini.
“Jadi semua pihak bertanya kenapa lambat dan sebagainya. Jadi saya jangka dalam seminggu lagilah.
“Mereka memerlukan masa sedikit lagi kerana 10 video bukan satu video.” Katanya ketika ditemui media pada Persidangan Badan Anti Rasuah Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
No comments:
Post a Comment