Alif Jamil
Ini kenyataan paling bebal selepas PAS diaibkan dgn kekalahan besar ditinggalkan hampir 5000 undi di PRK Ayer Kuning.
Dalam PRK yg hanya mencatat 58% keluar mengundi, dengan ramai perantau tak balik mengundi, calon Perpaduan masih berjaya belasah PAS sampai KO.
Tapi PAS cuba spin konon rakyat tolak kerajaan walhal fakta dimedan sebenar menceritakan kisah yg sangat memalukan untuk PAS.
PAS di tempat tercorot di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Di PDM Banir Utara, Kampung Coldstream dan Ayer Kuning Selatan , calon PSM di tempat kedua manakala PAS jatuh ke tempat ketiga dgn undi tercorot.
PAS hilang 2 kubu kuat mereka.
Masa PRU15, PAS menang besar di 3 PDM tapi PRK kalini PAS hanya berjaya survive 1 PDM saja.
2 PDM lain? Ghuyub, lesap tanpa batu nisan.
Tambah lagi, undi PAS merosot lebih 800 undi sedangkan Perpaduan hanya alami penurunan turnout biasa kesan biasa dari PRK dan ia bukan disebabkan gelombang penolakan seperti yg PAS duk syok sendiri dakwa.
Hakikatnya, realiti harini rakyat sudah muak dgn retorik Perikatan Nasional terutama PAS tak serik menunggang agama tanpa rasa malu, menghalalkan fitnah dan Qazaf dan menjadikan pentas politik sebagai medan perkauman dan kebencian melampau.
Dari kempen berisi idea, PAS pilih modal politik maki hamun, caci-maki dan tunggang isu babi untuk raih undi murahan.
PAS bukan saja gagal menunjukkan kematangan politik tapi mereka gagal menjaga akhlak Islam yg mereka laungkan selama ini.
Spinlah berjela mana pun, ceramahlah berjuta patah perkataan pun.
Tapi realitinya, rakyat di Ayer Kuning sudah menghantar mesej keras kepada Perikatan Nasional bahawa politik ekstrimism, perkauman dan fitnah itu sudah mula ditolak dan sedang terkubur dgn sendirinya.
Sebab itulah Gelombang Hijau ini hanyalah gelombang hangat² tahi ayam saja.
Dan harini Gelombang Hijau itu dah mula hanyut bersama najis khinzir.
Yang tinggal hanyalah geng berkokok dipentas syok sendiri tanpa sedar rakyat sudah jauh meninggalkan mereka.
Dan amatlah merugikan bagi sekutu² PAS-PN seperti Gerakan Tanah Air dan PEJUANG yg berkempen untuk memenangkan PAS kerana kononnya mahu menumpang populariti undi melayu daripada PAS yg akhirnya sedang mula hanyut bersama najis khinzir.
Perikatan Nasional dan sekutu sepatutnya kena sedar bahawa zaman harini adalah zaman kemajuan teknologi maklumat.
Rakyat boleh akses segala maklumat hanya dgn jaringan internet sahaja.
Jadi amat malang dan bebal jika mereka masih kekal dgn gaya politik murahan yg sama.
Teruskan berkhayal , PN akan jadi aset besar yg boleh menyumbang kemenangan kpd PH-BN pada PRU akan datang.

No comments:
Post a Comment