KAT MALAYSIA LAIN. BELI MERCEDES TAPI AIR BERSIH TAK ADA LAGI.

 May be an image of text that says "Menu MEK NIKA PEMOTORAN GAYA BARU DUTERTE ARAH MENTERI KABINET GUNA TOYOTA AVANZA SEBAGAI KENDERAAN RASMI Syukran Zainuddin 04/01/2020 f Sebagai sebahagian gaya pentadbirannya yang keras, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilapor merancang menukar sedan mewah kepada kereta lebih murah untuk kegunaan jemaah menterinya. Memetik laporan Inquirer, Duterte telah memilih Toyota Avanza sebagai kenderaan rasmi yang akan digunakan oleh majoriti pegawai kanan kerajaan."

TAK BOLEH KE PARLIMEN SEBAB WARGA TUA- TAPI YANG INI MUDA MUDA BELAKA NAMPAKNYA

 May be an image of one or more people, people standing and text that says "Warga Emas tak boleh pergi parlimen ,tapi boleh pergi majlis sambutan setahun kerajaan tebuk atap."

Sah! Kerajaan PN tumbang, UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu dan PN

 


Sah! Kerajaan PN tumbang, UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu dan PN


Umno telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sumber dalaman Umno mengesahkan bahawa surat pemakluman itu telah dihantar kepada Muhyiddin yang juga presiden Bersatu pada 26 Feb lalu.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

“Ya, surat berkenaan telah dihantar pada 26 Feb lalu, bagi memaklumkan keputusan mesyuarat MT Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

“Ahli Parlimen Umno juga akan memberikan sokongan kepada kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar.

“Bagaimanapun belum ada jawapan balas terhadap surat berkenaan,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Katanya, surat itu dihantar berdasarkan keputusan MT Umno yang bermesyuarat di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Pada 9 Jan lalu, MT Umno dilaporkan sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi PRU-15.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno yang sepatutnya diadakan pada 31 Januari lalu.

Menurutnya, cadangan berkenaan adalah antara usul yang diterima MT Umno dalam mesyuarat MT yang diadakan 6 Januari lalu dan ia akan dimasukkan sebagai usul dalam ucapan dasar presiden Umno pada perimpunan agung nanti.

Bagaimanapun Umno terpaksa menangguhkan perhimpunan agung yang dijadualkan pada 31 Janurai lalu susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 oleh kerajaan.

Terdahulu bekas Setiausaha Agung Umno dan BN, Annuar Musa meminta penjelasan kepemimpinan Umno sama ada berita menyatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 adalah benar.

Jelasnya, jika benar Umno berdepan dengan kerugian kerana menghadapi PRU-15 secara bersendirian.

Annuar turut bertanya sama ada Umno berpendapat kebersamaan Umno dalam kerajaan PN ketika ini hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan. –MK

Wakil rakyat lompat parti khianati pengundi - Hans Isaac

 






POSTED BU AMIR WRLR


Datuk Hans Isaac menyifatkan tindakan wakil rakyat melompat parti adalah satu masalah besar dalam senario politik Malaysia.

Beliau berpendapat, walaupun masyarakat Malaysia merupakan pengundi yang matang, tiada jaminan bahawa wakil rakyat yang dipilih akan setia berkhidmat untuk rakyat.

"Isu lompat melompat ini satu masalah, sebab tidak ada peruntukan undang-undang untuk menahan individu yang melompat parti.

"Jadi adakah orang akan keluar mengundi sebab dia percaya undi dia akan dinilai 100 peratus. Orang muda akan kata jangan bazir masa, buat apa undi," katanya.

Hans percaya disebabkan lompat parti, pengundi hilang kepercayaan terhadap wakil rakyat malah ada yang sehingga putus harapan untuk mengubah negara ke arah lebih baik.

"Kita kena yakinkan kepada masyarakat semula di mana undi mereka diberi 100 peratus tumpuan, itu harus kita buat.

"Sebab ada yang tak nak keluar mengundi, mereka putus asa kepada negara, tak nak tau pasal negara, apa nak jadi, jadilah. Tak boleh...itu hak individu masing-masing untuk mengundi.

"Bila ada komplen...ahli politik apa macam ini, ini sebab kau tak keluar mengundi. Keluar undilah, pilih yang cakap buat... yang cakap buat, kita nak orang bercakap dan buat kerja," katanya.

Justeru, Hans berpandangan bahawa wakil rakyat perlu ikhlas berjuang dan berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk diri sendiri.

"Arwah ibu saya pernah cakap selalu pegang buku nota, tapi saya sekarang pakai telefon pintar sahaja, jadi yang minta bantuan saya akan tulis dalam telefon dan buat checklist, bila masuk pejabat, saya minta pasukan saya tolong telefon pelbagai pihak, cari jalan macam mana nak selesaikannya.

"Tapi kalau tak boleh tolong, saya akan telefon dan beritahu dengan ikhlas saya tak boleh tolong. Jangan cuba belit, sekurang-kurangnya mereka ada peluang cari bantuan di tempat lain.

"Jadi jangan belit masyarakat, itu saja. Sekarang ini banyak orang politik bila ada banyak isu cakap A. Tapi gerak tak A, B tak gerak, C pun tak gerak.

"Adakah kenyataan yang dibuat adalah yang benar, betul ke ni, kita kena beri konfiden.

"Masyarakat nak senang, nakkan kerja, kesihatan, keselamatan dan pendidikan untuk anak anak. Kalau kita ada ini semua, saya percaya Malaysia akan jadi negara lebih baik," katanya.

Pada masa sama, Hans juga percaya wakil rakyat yang lompat parti akan mendapat balasannya jua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Kami harus bersama-sama, tidak cuba jatuhkan satu sama lain, pilihan rakyat harus kita hormati, kita nakkan ekonomi yang stabil. 5 ke 10 tahun ekonomi dalam keadaan baik.

"Ini negara kita, kita patut jaganya dengan baik," katanya.

 

Buka sempadan Malaysia - Singapura: Laksanakan konsep gelembung perjalanan khas

 






POSTED BY AMIR WRLR


Sempadan darat Malaysia dan Singapura seharusnya boleh dibuka dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang dipersetujui kedua-dua negara.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, saranan yang dibuat kerajaan Johor kepada Kerajaan Persekutuan baru-baru ini mengenai pembukaan sempadan di kesemua laluan masuk merupakan langkah yang tepat memandangkan hal itu telah banyak kali disuarakan oleh rakyat di kedua-dua negara.

"Pembukaan sempadan ini juga telah saya bawakan dalam persidangan Dewan Rakyat yang lalu, menyentuh secara khusus berkenaan nasib warga Malaysia yang bekerja di Singapura.

"Akibat wabak Covid-19 dan pelaksanaan penutupan sempadan, ramai warga Malaysia bekerja di Singapura yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab bekerja sehingga memberi kesan kepada aspek kewangan keluarga.

"Tambahan lagi, rakyat Malaysia yang dipanggil bekerja ke Singapura terpaksa menanggung beban kos yang sangat tinggi untuk mengikut syarat SOP merentas sempadan dalam waktu pandemik ini. Dengan penetapan SOP yang mengelirukan dan sangat ketat di kedua-dua negara, ramai yang bergadai dan kehabisan wang demi peluang kerja menyara keluarga, bahkan ada yang terpaksa berhenti kerja.

"Selain itu, menurut laporan yang saya terima, urusan membawa keluar kontena barang eksport melalui sempadan juga turut terganggu. Prosedur dan birokrasi di sempadan telah mengakibatkan kerugian kepada syarikat-syarikat tempatan serta menyebabkan kesukaran

kepada pemandu-pemandu lori kontena," kata Syed Ibrahim dalam satu kenyataan.

Oleh yang demikian, menurut Ahli Parlimen Ledang itu, mengambilkira proses vaksinasi yang rancak di kedua-dua belah negara serta pengurangan kes-kes Covid 19 di Johor dan kawasan sekitarnya, pembukaan sempadan wajar dilaksanakan dalam waktu terdekat.

"Mengambil kira faktor pengalaman menguruskan pencegahan penularan wabak Covid19 dan siri pengenalan vaksin Covid yang telah dilaksanakan di Malaysia dan Singapura, saya menggesa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kesihatan meneliti cadangan pelaksanaan 'gelembung perjalanan khas Malaysia-Singapura'.

"Sebagai contoh, individu yang sudah mengambil vaksin dan mempunyai sijil vaksin wajar dibenarkan untuk merentas sempadan negara dengan langkah yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Saya percaya, jika langkah ini dilaksana dengan pematuhan seluruh SOP yang ditetapkan, ia akan membawa kebaikan kepada keadaan kewangan rakyat Malaysia dan negara umumnya," katanya lagi.

 

PN berdolak dalik, mohon Agong guna kuasa panggil sidang Parlimen - PH

 




POSTED BY AMIR WRLR


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus berdegil untuk tidak membenarkan sidang Parlimen berlangsung ketika tempoh darurat.

Terbaharu, dalih yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa undang-undang tidak perlu dibahaskan sewaktu darurat dan risiko jangkitan Covid 19 ke atas Ahli-ahli Parlimen jika diadakan sidang ditempelak oleh Majlis Setiausaha Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan, Majlis Setiausaha berkata, alasan remeh sedemikian amat tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan Parlimen segera dibuka.

"Majlis Setiausaha PH kesal dengan alasan-alasan yang diberi Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang mengapa Jemaah Menteri tidak menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang.

"Antara alasan utama yang diberi termasuklah undang-undang yang tidak perlu diluluskan Parlimen sewaktu darurat berkuatkuasa, dan ramainya Ahli Parlimen yang berisiko tinggi menjangkiti Covid-19 sekiranya Parlimen bersidang.

"Kesemua alasan yang diberi adalah lemah, dangkal dan tidak menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda pada 24 Februari lalu yang menyatakan Parlimen boleh bersidang sewaktu darurat berkuatkuasa.

"Kekeliruan SOP Covid-19, kemarahan rakyat tentang isu “Antara Dua Darjat” dalam penguatkuasaan, bantuan kerajaan yang tidak sampai atau tidak mencukupi dan banyak masalah lain adalah sebab utama mengapa Parlimen mesti bersidang segera.

"Sebagai institusi ulung demokrasi negara kita, Parlimen turut berfungsi sebagai tempat proses semak imbang pengurusan kerajaan dilakukan. Tanpa Parlimen termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, proses semak imbang tersebut telah ‘dimatikan’" kata mereka kesal.

Menganai risiko jangkitan Covid kepada Ahli Parlimen pula, Majlis Setiausaha mahu kerajaan PN menunjukkan bukti terdapat kluster Parlimen atau sebarang jangkitan yang berpunca daripada sidang sepanjang 2020 lalu.

Malah, kata mereka, fakta membuktikan bahawa langkah-langkah dan SOP yang diambil bagi perjalanan sidang Parlimen pada 2020 amat berkesan dan Parlimen boleh bersidang sekarang tanpa lengah.

Justeru, Majlis Setiausaha kini memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar menggunakan kuasanya untuk memanggil sidang Parlimen kerana kerajaan PN kelihatan enggan berbuat demikian.

"Majlis Setiausaha tidak boleh menerima alasan-alasan YB Menteri. Pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan tamat dan diganti dengan PKP Pemulihan atau PKP Bersyarat, pada ketika lebih banyak sektor ekonomi dibenar beroperasi dan pada ketika pihak Eksekutif serta Kehakiman boleh berfungsi, tiada alasan lagi untuk Parlimen tidak bersidang sesegera mungkin.

"Oleh itu, Jemaah Menteri perlu menjunjung kasih di atas titah nasihat Seri Paduka Baginda tersebut, serta menasihati Tuanku untuk memanggil sidang Parlimen segera," kata mereka.

Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook.

 

29 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL



DEMI JAWATAN DAN LUBANG KENCING


Jauh benar pendirian Pas mengenai wakil rakyat lompat parti ketika

 sebelum ada kuasa dengan setelah dapat kuasa, walaupun melalui

 pintu belakang.....



 



KAU CAKAP PADA SIAPA BAI....

 May be an image of 1 person and text that says "i MALAYSIAKINI (BM VERSION) Malaysia minta Myanmar bebas Suu Kyi tanpa syarat"

KATA KUAT TAPI TAKUT?


Convers

Saya berharap rakyat Malaysia dapat melihat bagaimana sikap kerajaan PN yang bekeras tidak mahu mengadakan persidangan Parlimen atas alasan yang begitu lemah, bertentangan dengan kehendak Istana


I hope Malaysians can see how the attitude of the PN government which is in power does not want to hold a parliamentary session on such weak grounds, against the wishes of the Palace (1/5)


Tiada keperluan lagi untuk panggil sidang Parlimen - Takiyuddin
Persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.
stroawani.com

 

SERBAN BESAR BAKUL PUN BOLEH LETAK TEPI DEMI DUIT- 1 METER

 May be an image of one or more people, people sitting and people standing

PURATA PRESTASI MENTERI-MENTERI HANYA 3 MATA, 75% ANGGAP PN GAGAL KAWAL COVID19

 

Siaran Media 02, mengkhususkan kepada persepsi rakyat Malaysia terhadap Menteri-menteri Kabinet kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) yang telah terbentuk sejak 1 Mac 2020.

Kabinet ini adalah antara barisan kabinet terbesar yang memiliki 32 portfolio dan 38 Timbalan Menteri. Wujud 7 kementerian yang mempunyai dua Timbalan Menteri.

Berdasarkan keputusan Survei IDE terkini, purata penilaian (average rating) terhadap Menteri Kabinet TSMY adalah 3.0 bagi skala antara 1 (paling rendah) hingga 10 (paling tinggi).

Pandangan masyarakat ini dipercayai kesan daripada pelbagai isu-isu yang melatari kepada sikap dan respon Menteri, polisi dan ketetapan dasar yang berubah-ubah serta kedudukan politik semasa.

Latar pelbagai perkara yang berlaku sepanjang setahun pentadbiran Kabinet ini turut membentuk persepsi responden.

PERSEPSI RAKYAT TERHADAP KEBERKESANAN MENGAWAL COVID 19

Pandemik COVID 19 merupakan satu cabaran besar buat negara. Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan TSMY terpaksa mengharungi cabaran ini yang dilihat mempunyai impak besar terhadap keprihatinan rakyat Malaysia.

Berdasarkan survei 21% berpandangan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan beliau berjaya menawar penularan COVID 19 dengan berkesan. Manakala, 75% responden berpandangan kepimpinan TSMY sebaliknya.

Wujud pelbagai kritikan dan persepsi rakyat berkaitan hal ini yang dilatari oleh pelbagai isu seperti kelonggaran peraturan tertentu, isu vaksin, isu tatakelola dan integriti, bantuan kewangan dan lain-lain.

Pandangan dan persepsi rakyat ini didapati hampir sama merentas kaum dan umur rakyat Malaysia.

Golongan umur pertengahan didapati lebih kritikal menyuarakan ketidakpuasan hati mereka berkaitan isu ini.

Rata-rata rakyat melalui dapatan kualitatif selari dengan survei ini dijalankan, telah menyuarakan pandangan untuk pihak kerajaan lebih pro aktif, serius, tegas, saksama serta prihatin terhadap golongan yang amat terkesan bagi memastikan wabak COVID 19 serta kesannya dari sudut sosial masyarakat dapat ditangani.

Golongan wanita didapati lebih kritikal berbanding dengan lelaki dalam menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dalam isu keberkesanan menangani COVID19.

Hal ini jelas berkemungkinan dari beban yang terpaksa ditanggung oleh golongan wanita yang berkerjaya dan dalam masa yang sama terpaksa mengurus anak-anak dan keluarga dalam suasana pergerakan terhad di waktu pandemik COVID 19.

Survei Mood Rakyat Malaysia Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 orang responden seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan berperingkat (multi-stage sampling).

Profil responden adalah merangkumi jantina, umur, kaum, sokongan kepada parti dan trend keputusan PRU14.

Survei ini juga turut mendapatkan pendirian responden terhadap isu berkaitan prestasi Kerajaan dan Perdana Menteri, usaha Kerajaan menangani COVID 19 dan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan.

Siaran Media ini adalah Siaran Media SIRI KE-2 MOOD RAKYAT #MOOD OF THE NATION, berkaitan dengan Survei Mood Rakyat ini.

Info lanjut layari web: www.ideselangor.com / Facebook, Youtube & Twitter IDE.

Dikeluarkan oleh: UNIT PENYELIDIKAN IDE




Tiada guna PRU jika wakil rakyat terus lompat parti

 


Tiada guna PRU jika wakil rakyat terus lompat parti


Tindakan lompat parti untuk menyokong kerajaan sedia ada adalah pelanggaran nilai demokrasi dan menjejaskan moral dalam berpolitik.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, apa yang merisaukan kini adalah masa depan Malaysia jika Akta Anti Lompat Parti tidak diwujudkan kerana ia menjejaskan kestabilan politik negara.

Jelasnya, tiada guna melaungkan demokrasi jika budaya lompat parti terus berlaku di negara ini dan rakyat akan rugi kerana tidak mempunyai pemimpin yang berkualiti dan berprinsip.

“Tiada guna juga melakukan PRU (Pilihan Raya Umum) jika Ahli Parlimen terus melompat parti untuk mengukuhkan kedudukannya. Lebih baik bertanding sebagai calon bebas.

“InshaAllah saya akan kekal setia bersama UMNO untuk melaksanakan amanah yang berpertanggungjawabkan walaupun saya bukanlah pemimpin tinggi dalam negara.

“Yang penting adalah keikhlasan untuk membantu rakyat dan berkualiti dalam kerja,” katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Facebook miliknya di sini.