NORMAN RADZUAN
INILAH YG DITAKUTKAN BERLAKU
Bila saya menulis sekolah rendah jgn dibuka lagi... ramailah yg
menyindir sekolah tutup salah, sekolah buka pun salah. Ini masalahnya bila
mereka melihat penulisan kita ini sebagai pembangkang atau hanya sekadar
mengkritik.
Saya tidak akn mengkritik sekadar bencikan kerajaan. Jika
tindakan mereka betul kita perlu sokong seperti Najib menjadi PM dahulu ada yg
dilakukannya saya sokong.
Yg saya tulis IPTA mesti dibuka dgn kadar segera bukan sekolah
rendah dibuka. Antara sb ada graduan 2020 menghabiskan pengajian begitu sahaja.
Ada kursus yg memang memerlukan pembelajaran secara fizikal dan berkumpulan.
Mereka perlu disegerakan selepas setahun tidak berbuat demikian.
Bukannya kita menghantar anak2 berusia 7 tahun dahulu ke sekolah. Apabila KPM
membuka sekolah utk tahun 1 dan 2 implikasinya ia melibatkan kehadiran ibu bapa
ke sekolah.
Jgn harap utk berlaku penjarakan sosial. Beginilah jika ia
melibatkan 500 pelajar baru, yg hadir biasanya ibu bapa bermakna jumlahnya
sudah menjadi 1,500 org. Apa yg kita harapkan utk mereka Q hingga ke tgh padang
dlm keadaan panas?
Ia akan berlaku dlm tempoh hari pertama hingga seminggu kerana
banyak perkara perlu diuruskan. Apa salahnya tunggu vaksin kpd guru2 dan
sebahagian rakyat Malaysia. Perjalanan anak2 kecil ini masih jauh utk ke alam
pekerjaan. Tiada keperluan mendesak. Lagipun kita baru perkenalkan DidikTV...
tiada asas mengapa ia peru disegerakan.
Sewajarnya mereka hanya memasuki sekolah selepas hari raya.
Bermula 1 Mac pelajar IPTA, 1 April pelajar sekolah menengah dan selepas hari
raya barulah anak2 sekolah rendah. Pelajar IPT dan Menengah tidak memerlukan
ibu bapa mengiringi mereka dan sekaligus mengurangkan risiko penjarakan sosial.
Sepertimana pemberian vaksin... dimulakan dgn frontliner dan
seterusnya secara berperingkat peringkat. Bijaklah menguruskan negara
sebagaimana bijak kalian mencuri MP.
Yg paling saya bimbang bila Darurat mahu berakhir kes meningkat
dan Darurat disambungkan semula dan PKP dilakukan semula... yelah kerajaan ini
bergantung pada Covid19.