KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA DURIAN SELEPAS MAKAN DURIAN? Antara Petua dan Realiti Saintifik
KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA DURIAN SELEPAS MAKAN DURIAN? Antara Petua dan Realiti Saintifik
PKR memaklumkan senarai calon parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan kini hampir dimuktamadkan, dengan hanya menunggu pengumuman rasmi dalam beberapa hari lagi.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata proses pemilihan calon telah mencapai tahap 99 peratus dan parti akan mempertaruhkan gabungan muka lama serta muka baharu bagi kedua-dua pilihan raya negeri tersebut.
Menurutnya, PKR dijangka bertanding di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, manakala 16 kerusi di Negeri Sembilan.
“Tunggu pengumuman rasmi dalam tempoh beberapa hari lagi. Kita akan menampilkan gandingan seimbang antara muka lama dan baharu, selain mengekalkan keterwakilan wanita dan anak muda,” katanya.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar calon muka baharu yang bakal diketengahkan.
“Mengenai peratusan muka baharu, tunggu hari pengumuman nanti,” katanya kepada pemberita selepas sesi walkabout Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Econsave Taman Daya, Johor Bahru hari ini.
Kenyataan itu sekali gus memberi petunjuk bahawa PKR sedang membuat persiapan akhir menjelang PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 11 Julai depan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 7 Julai.
Dalam perkembangan berasingan, Fuziah turut ditanya mengenai status Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, yang sebelum ini mencabar parti memecatnya susulan siasatan disiplin yang sedang berjalan.
Beliau berkata perkara itu kini berada di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin PKR dan sebarang tindakan lanjut akan diputuskan oleh badan berkenaan.
“Soal itu telah diserahkan kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut,” katanya ringkas.
Isu membabitkan Wong Chen menjadi perhatian selepas beberapa kenyataan beliau sebelum ini mencetuskan perbahasan dalam kalangan pimpinan dan penyokong PKR, termasuk cabarannya agar parti mengambil tindakan tegas sekiranya didapati melanggar disiplin parti.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap siri pertemuan dan rundingan sepanjang lawatan kerjanya ke Kazan, Rusia dimanfaatkan sepenuhnya bagi membuka lebih banyak peluang ekonomi yang akhirnya memberi manfaat langsung kepada rakyat Malaysia.
Menurut beliau, lawatan berkenaan bukan sekadar memenuhi agenda diplomatik, sebaliknya menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai sektor yang berpotensi menjana pelaburan, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Alhamdulillah, misi di Kazan, Persekutuan Rusia diisi dengan pelbagai siri perbincangan strategik yang cukup bermakna buat negara.
“Bermula dengan pertemuan erat bersama Rais Tatarstan, perbahasan di Forum Perniagaan Rusia-ASEAN, sehinggalah ke meja perundingan empat mata bersama Presiden Vladimir Putin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar berkata kerajaan meneroka setiap peluang yang tersedia di pentas antarabangsa bagi memastikan hasil kerjasama yang dimeterai dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi untuk rakyat.
“Setiap ruang dan peluang di pentas antarabangsa ini diteroka dan dimanfaatkan sepenuhnya demi memastikan manfaat ekonomi kembali kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Sepanjang lawatan itu, Anwar mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin yang antara lain menyentuh usaha memperluas kerjasama strategik dua hala melibatkan sektor tenaga, perdagangan, teknologi baharu dan keselamatan makanan.
Menurut maklumat yang dikongsikan Perdana Menteri, kedua-dua pemimpin turut membincangkan potensi kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, keselamatan siber, pertanian moden dan farmaseutikal.
Selain itu, isu pemansuhan visa serta penggunaan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan antara kedua-dua negara turut menjadi antara agenda perbincangan.
Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Rais Tatarstan, Rustam Minnikhanov, yang disifatkannya sebagai sahabat baik Malaysia.
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu melahirkan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (PH) mampu membentuk kerajaan negeri Johor selepas pilihan raya akan datang apabila secara terbuka melaungkan sasaran untuk menawan pentadbiran negeri itu.
“Macam di Johor, kita buat perubahan pada 11 Julai nanti, iaitu perubahan daripada kerajaan sekarang kepada kerajaan Pakatan Harapan.
“Insya-Allah 12 Julai kita akan pergi ke Kota Iskandar,” katanya yang disambut tepukan dan sorakan para hadirin.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya AMANAH Johor (Zon Selatan) yang berlangsung di Dewan KPIP, Jalan Kebangsaan 58, Taman Universiti, malam tadi.
Ucapan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Bang Mat itu dilihat sebagai isyarat jelas keyakinan kepimpinan PH terhadap peluang gabungan berkenaan untuk merampas Johor daripada kerajaan sedia ada menerusi proses demokrasi.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa sebarang perubahan kerajaan perlu berlaku melalui pilihan raya dan mandat rakyat, bukannya melalui tindakan lompat parti atau pertukaran sokongan wakil rakyat selepas pilihan raya.
Mengimbau sejarah politik negara, Bang Mat berkata kestabilan politik sentiasa menjadi faktor penting dalam pembangunan Malaysia.
Menurutnya, selepas tragedi 13 Mei 1969, pimpinan negara ketika itu berjaya membina kerjasama politik yang lebih luas sehingga mewujudkan kestabilan yang berpanjangan.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan perubahan kerajaan yang berlaku tanpa melalui proses pilihan raya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai pengalaman yang kurang sihat untuk perkembangan demokrasi negara.
“Kalau nak buat perubahan, biarlah melalui proses pilihan raya,” katanya
Sehubungan itu, beliau mengingatkan bakal calon AMANAH supaya kekal setia kepada mandat rakyat sekiranya dipilih dan tidak mengulangi budaya lompat parti yang pernah mencetuskan ketidakstabilan politik.
Pada masa sama, Bang Mat juga menyeru seluruh jentera Pakatan Harapan supaya menerima keputusan pembahagian kerusi yang bakal diumumkan kepimpinan gabungan dan memberikan sokongan penuh kepada semua calon yang dipilih.
Katanya, sama ada calon itu daripada AMANAH, DAP atau PKR, seluruh jentera PH mesti bergerak sebagai satu pasukan demi memastikan kemenangan gabungan tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan politik yang kukuh penting untuk memastikan keyakinan pelabur terus meningkat serta membolehkan negara berdepan cabaran ekonomi global, keselamatan makanan dan perubahan iklim dengan lebih berkesan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Dr Zaliha Mustafa secara sinis menegaskan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, tidak perlu risau tentang soal calon Menteri Besar PH.
“Onn Hafiz nampaknya begitu risau untuk mengetahui siapa calon Menteri Besar Pakatan Harapan.
“Sebenarnya beliau tidak perlu terlalu bimbang.
“PH mempunyai ramai pemimpin yang layak, berwibawa dan berintegriti untuk memikul amanah tersebut sekiranya diberikan mandat oleh rakyat,” tempelaknya menerusi hantaran di Facebook beliau.
Terdahulu, Onn yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap mempersoalkan siapa calon Menteri Besar PH serta tawaran pembagunan yang mampu dikemukakan jika berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha mempersoalkan percanggahan mengenai pengumuman calon Menteri Besar seperti didesak Onn dengan realiti status ‘poster boy’.
“Apa yang menghairankan, beliau mendesak PH mengumumkan calon Menteri Besar kerana kononnya rakyat berhak tahu.
“Namun pada masa yang sama, beliau turut menyatakan bahawa status ‘poster boy’ bukan jaminan seseorang akan menjadi Menteri Besar.
“Jadi, yang mana satu sebenarnya? Jika pelantikan Menteri Besar akhirnya tertakluk kepada proses dan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, mengapa isu ini dijadikan polemik politik oleh beliau?” bidas Dr Zaliha.
Beliau turut menegaskan PH tidak ghairah menjadikan isu jawatan sebagai modal kempen kerana menghormati sepenuhnya Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan kuasa Sultan Johor dalam melantik Menteri Besar.
“Sebab itu kami tidak terlalu ghairah bermain politik persepsi atau menjadikan isu jawatan sebagai modal kempen.
“Malah, rakyat Johor juga masih ingat apa yang berlaku pada PRN Johor yang lalu apabila Umno dan BN menampilkan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai wajah utama dan ‘poster boy’ mereka.
“Namun akhirnya, yang dilantik sebagai Menteri Besar ialah Datuk Onn Hafiz sendiri,” kata beliau.
Sehubungan itu, Dr Zaliha berkata, rakyat tentunya berhak bertanya sama ada Onn Hafiz benar-benar bercakap tentang hak rakyat untuk tahu, atau sekadar cuba mencipta polemik politik yang beliau sendiri akui bukan penentu pelantikan Menteri Besar.
“Bagi PH, fokus kami kekal sama. Kami akan terus turun bertemu rakyat, mendengar masalah mereka dan menawarkan dasar serta penyelesaian yang mampu meningkatkan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan memacu ekonomi Johor ke hadapan.
“Rakyat Johor lebih berminat untuk mengetahui bagaimana masa depan mereka boleh diperbaiki, bukan siapa yang paling sibuk bermain politik persepsi,” bidas Dr Zaliha lagi.
PRN Johor dengan penamaan calon pada 27 Jun ini menyaksikan pertembungan terus antara BN dan PH yang mahu menguji kekuatan masing-masing secara berasingan, walaupun berada dalam Kerajaan Persekutuan yang sama.
Situasi itu berlaku memandangkan BN Johor mahu menguji kekuatan sebenar tanpa bergantung pada PH dengan akan bertanding semua 56 kerusi secara solo.
Pemerhati politik berpendapat PRN Johor menjadi simulasi awal PRU16 serta ujian penting terhadap kestabilan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cecilia Robbie Cee
Moga ada neraka khas buat majikan yang misuse intern di Malaysia.
Malaysia Military Review
Dalam dunia yang semakin mencabar dan penuh persaingan, sesebuah negara tidak boleh lagi hanya menunggu peluang datang sendiri. Sebaliknya, peluang perlu dicari, dibina dan direbut. Itulah pendekatan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi siri lawatan kerja ke pelbagai negara strategik dunia.
Setiap lawatan yang dilakukan bukan sekadar memenuhi jadual diplomatik atau menghadiri majlis rasmi. Sebaliknya, ia membawa misi yang lebih besar iaitu memastikan Malaysia terus relevan, kompetitif dan menjadi pilihan pelabur global.
Ketika banyak negara berlumba-lumba menarik pelaburan asing, Anwar bergerak aktif bertemu pemimpin dunia, syarikat gergasi antarabangsa dan pemain industri utama. Langkah ini penting bagi memastikan Malaysia tidak terlepas daripada gelombang ekonomi baharu yang sedang berkembang pesat.
Dunia hari ini sedang menyaksikan perubahan besar dalam sektor teknologi, kecerdasan buatan, tenaga hijau, semikonduktor dan ekonomi digital. Malaysia perlu berada dalam arus perubahan ini jika mahu terus berkembang sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing.
Melalui lawatan ke pelbagai negara termasuk kuasa besar ekonomi dunia, Anwar berjaya membuka ruang kerjasama yang mampu membawa manfaat jangka panjang kepada negara. Hasilnya bukan sahaja dalam bentuk pelaburan, malah pemindahan teknologi, peluang pekerjaan dan pembangunan bakat tempatan.
Apa yang menarik, pendekatan yang dibawa beliau mendapat perhatian ramai pemimpin dunia. Malaysia kini semakin kerap dijemput menyertai perbincangan penting berkaitan ekonomi, perdagangan dan isu global yang memberi kesan kepada masa depan rantau ini.
Kepercayaan yang diberikan oleh pelabur asing juga semakin meningkat. Mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil, mempunyai dasar yang jelas serta kepimpinan yang bersedia berinteraksi secara aktif dengan komuniti antarabangsa.
Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, usaha memperkukuhkan hubungan dengan pelbagai negara menjadi langkah yang sangat penting. Ia membantu Malaysia mempelbagaikan rakan dagang dan mengurangkan kebergantungan kepada satu pasaran sahaja.
Rakyat mungkin tidak melihat kesan lawatan ini dalam masa sehari atau seminggu, tetapi manfaatnya akan dirasai dalam jangka panjang melalui peluang pekerjaan yang lebih baik, ekonomi yang lebih kukuh dan pertumbuhan yang lebih mampan.
Akhirnya, apa yang dilakukan Anwar hari ini adalah pelaburan untuk masa depan negara. Dengan pendekatan yang proaktif dan berpandangan jauh, beliau memastikan Malaysia tidak hanya menjadi pemerhati, sebaliknya terus menjadi pemain penting dalam landskap ekonomi global yang sedang berubah dengan pantas.