Anwar Ibrahim PM ke-9: Ke arah sebuah kerajaan stabil, kukuh

 

Anwar Ibrahim PM ke-9: Ke arah sebuah kerajaan stabil, kukuh

Tabika ‘elit’ satu diskriminasi

 

Oleh Hannah Yeoh

(Ahli Parlimen Segambut)

Kerajaan Persekutuan harus berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak dan bukannya mewujudkan serta melebarkan lagi jurang di kalangan kanak-kanak. Nama Tabika “elit” itu sendiri adalah suatu diskriminasi.

Cadangan Tabika elit ini bersifat ad hoc, tergesa-gesa dan bukanlah penyelesaian yang komprehensif untuk pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak.

Sekiranya kepemimpinan baharu dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak memainkan peranan utama dalam membincangkan perkara yang sebegitu penting seperti ini, ia benar-benar membazirkan wang rakyat dan akan mewujudkan jurang yang lebih besar di kalangan anak-anak di luar bandar.

Semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Putrajaya telah bercadang mewujudkan sebuah agensi khas bagi mengawal selia semua institusi pendidikan awal kanak-kanak.

Ini kerana pada masa ini, semua institusi tersebut ditadbir oleh kementerian yang berbeza. Taska atau pusat jagaan kanak-kanak berada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sementara Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) berada di bawah Kementerian Pendidikan. Tabika berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sementara Kementerian Perpaduan pula memiliki Taska Perpaduan (taman asuhan kanak-kanak perpaduan).

Terdapat kerajaan negeri yang turut mempunyai institusi pra-sekolah mereka sendiri.

Jadi semasa pentadbiran PH, kami sudah pun mengadakan pertemuan dengan keempat-empat kementerian tersebut dan mencadangkan ianya diserahkan kepada Kementerian Pendidikan, ini bertujuan melancarkan peralihan ketika kanak-kanak berusia tujuh tahun. Mesyuarat pertama telah diadakan dan Kementerian Pendidikan telah diminta untuk mengkaji secara mendalam mengenai cadangan ini. Cadangan ini juga sebenarnya selari dengan idea penubuhan Agensi Kanak-Kanak yang akan menjadi satu-satunya pihak yang mentadbir dan mengawal selia hal ehwal kanak-kanak.

Jika tidak, ketika Kementerian Pendidikan menerima kemasukan kanak-kanak Darjah Satu, mereka akan berdepan dengan pelbagai jenis asas permulaan yang berbeza untuk kanak-kanak.



KENYATAAN MEDIA KERAJAAN DIGESA BATAL HASRAT MENUBUHKAN TABIKA ELIT

 

KENYATAAN MEDIA

KERAJAAN DIGESA BATAL HASRAT MENUBUHKAN TABIKA ELIT

Kami merujuk kepada cadangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi mewujudkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) elit yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar baru-baru ini.

Pihak Kerajaan digesa menolak cadangan ini kerana ia akan melebarkan kesenjangan di antara golongan B40 dan T20 yang boleh menyebabkan keretakan perpaduan masyarakat.

Malaysia seharusnya melangkah ke arah pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak yang dapat memberikan kesaksamaan terhadap pendidikan yang berkualiti.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pendidikan awal kanak-kanak atau ECD (early child development) amat penting kerana ia merupakan asas kritikal dalam pembangunan dan kejayaan seseorang.

Menurut WHO, wawasan strategik dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu menitik beratkan kualiti persekitaran yang membina, termasuklah pendekatan hidup dan pendidikan yang melibatkan ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat.

WHO berpendapat Kerajaan dan masyarakat sivil harus bekerjasama dengan keluarga bagi menyediakan akses yang saksama kepada semua kanak-kanak kepada persekitaran yang berkualiti lagi membina.

TABIKA elit yang dicadangkan oleh KEMAS itu adalah bertentangan dengan aspirasi ini dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Aspirasi pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak ini telah dipelopori sebelum ini dengan rancangan menggabungkan institusi-institusi pendidikan awal kanak-kanak melalui penubuhan satu jawatankuasa khas.

Rancangan ini telah dimaklumkan kepada Dewan Rakyat pada November 2018 bahawa Kabinet telah meluluskan pembentukan jawatankuasa khas ini yang akan berperanan mengawal selia secara bersepadu penubuhan dan operasi institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail

1 OKTOBER 2020

 

AKU RASA MACAM TAK LOGIK PUNYA KABINET YANG DOK JAJA NI...

 Image may contain: 28 people, including Khairul Hilmi Che Ali

DILUAR NEGARA PEMIMPIN RISAU KES COVID..DI MALAYSIA RAKYAT YANG RISAU SEBAB PEMIMPIN BANGANG

 


HAMDAN TAHA


Saya baca satu tulisan...

Di indonesia dan di india para menteri dan pemimpin negara risau,pening,tak reti nak berbuat apa apa kerana arahan supaya rakyat berhati hati dan ikut sop dan elakkan berkumpul beramai ramai...rakyat tak ikut dan tak dengar cakap...rakyat terus langar sop tampa rasa bersalah

Itu di indonesia dan india....

Di malaysia rakyat pula susah hati,pening dan geram juga rungsing kerana Bapak Bapak Menteri yang tak ikut sop....jenuh rakyat bagitahu tolong lah wahai pemimpin ikut lah sop yang kamu buat....tapi mereka langar sop...berkumpul ramai ramai....bawa seramai yang bole ke sabah untuk berkumpul dan bersorak di sana. Mengadakan kempen tampa ikut sop...bersalam...tidak pakai mask...berpeluk peluk...makan beramai ramai...berhara hore....

Menteri balik tidak kuarantin bebas ke mana mana....exco kerajaan negeri bebas jumpa dan hadir meting....rakyat di paksa kuarantin ikut sop...mereka bebas termasuk menteri yang umum sop setiap hari....dia sendiri tak ikut apa yang dia arahkan....

Bila kes meningkat rakyat juga salah

 

DSAI - GERAKAN RAHSIA YANG SUDAH HAMPIR BERJAYA?

 


1)   KERAHSIAAN gerakerja DSAI kali ini membuatkan ramai terpinga-pinga. Saya juga tidak terkecuali, turut tertanya-tanya. Hanya sedikit lega melihat perkembangan dan dimaklumkan rakan2. "Move" DSAI kali ini sukar dibaca. Kerahsiaannya sangt tinggi. Ada yang kata "He keep it to himself". Kerahsiaan ini juga menyebabkan anai2 PANtuk #K3 mengamuk di SocMd setiap hari menyerang, menghina dan mengeji DSAI. Takkan DSAI nak bagitahu #K3 yang hanya jadi "Spy" PT95, mereka tidak mungkin akan merahsiakan darinya.

2)   Kini, adakah gerakan rahsia ini sudah hampir capai matlamat? Kita doakan yang terbaik kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui. DSAI sendiri hanya mampu berusaha. Tapi kita pula yang begitu bimbang bukan ka?

3)   Sakit hati PT95 dan yang sekufu dgnnya kerana tiada arah untuk mengetahui siapa yang menyokong DSAI. Urusan pujuk memujuk, tawar menawar tidak mungkin dilakukan secara rambang untuk "counter" gerakerja atau "move" DSAI. Masing-masing tunding jari ke arah masing-masing.

4)   PT95 semakin teruk meroyan dan sekarang memperlekehkan DSAI kononnya DSAI ini tidak mendatangkan manfa'at pun untuk diambil dalam kabinet dia. Dia menghina DSAI dengan menyatakan isteri DSAI iaitu DSWA menjalankan tugas dengan baik. Bukan saya nak rendahkan Kak Wan, tapi cara ia disampaikan oleh PT95 itu lebih kepada mahu menghina DSAI kononnya isterinya buat kerja lebih baik. Demi menunjukkan dia betul dan semua salah DSAI PT95 buat rekayasa cerita konon selepas dia usahakan pengampunan lalu DSAI berkomplot menentang dia. Ini hanya pembohongan semata-mata untuk mewajarkan tindakan PT95 mengenepikan dan sailang DSAI. JAHATnya fitnah ini sedangkan DSAI sentiasa dibuli tapi akur sampai kita semua naik geram tapi masih sabar mengharapkan MP PH bertindak. Malangnya MP PH lembab.

5)   Sekarang dah semakin jelas, PT95 tidak mahu PH jadi kerajaan jika DSAI calon PM bagi PH. pejuWANG tidak sokong "move" DSAI untuk ambil alih kuasa pemerintahan dari kerajaan PN. JAHATnya mereka ini tidak memperdulikan permasalahan Rakyat asalnya hajat mereka terlaksana. Allah londehkan sikap sebenar mereka bila DSAI umumkan punya Majoriti. Mereka sebenarnya sdang mempertahankan Abah Yiddin dan KERAMITA. Inikah puak2 PENGKHIANAT yg disayangi oleh Anai-anai PANtuk dan #K3. Takkan kita terlalu BUTA Kayu untuk melihat dan memahaminya?

6)   Begitu busuknya hati perut PT95 terhadap DSAI tidak tergambarkan lagi dengan apa-apa perkataan yang baik melainkan maki hamun yang selayaknya kpd Org Tua itu. Kita dah beri peluang pada dia, jika PT95 ini sokong DSAI dan tidak buat onar, nama dia tentu tetap disanjung tapi dia pilih utk dihina demi melayan ego dia setinggi gunung.

7)   Saya pernah sebut DSAI sgt berahsia kali ini sehinggakan pada masa-masa tertentu SUA Keadilan sendiri diberitakan tidak tahu menahu. Dato' Johari Abdul hanya mengesahkan hal ini apabila dia mengaku tidak tahu bila SD tiba ke istana dan kepada DYMM YDPA. Ia dilaporkan oleh portal yang kurang dikenali. Adakah ia Fake News? Tak mungkin.

8)  Agak menghairankan hal yang disebutkan Dato' Jo ini tidak dilaporkan oleh berita-berita arus perdana atau portal-portal berita utama. Tapi saya percaya berita ini telah diketahui oleh PT95 lebih awal sebab tu dia meroyan dan cuba "discredit" DSAI lagi. Ntah kali ke berapa?

9  MUSYKIL. Selama DSAI dihina oleh PT95 tidak pernah #K3 Amanah dan DAP samada Mat Sabu mahupun LGE mahu membela DSAI. Malah mereka membiarkan anai-anai PANtuk ternakan mereka terus menerus menghina, mengeji, mencaci, perli DSAI setiap hari di SocMed. Tak cukup dngan itu, parti Keadilan itu sendiri dihina macam-macam. Sebagai penyokong PH yang pro DSAI dan masih waras apa yang boleh kita terjemahkan dari sikap dan tindakan mereka itu? You tell me..!!

 

1 DSAI sememangnya tiada pilihan lain melainkan menyimpan rahsia ini sebaik-baiknya. Di kalangan sesetengah penyokong mereka hanya tahu "piece by piece" seperti saya juga. Tapi ia perlu dicantumkan untuk memahami kisah sebenar. Untuk itu, kita perlu bersabar. Doakan DSAI berjaya dalam misinya terlebih dahulu sehingga ke tahap mengangkat sumpah sbgai Perdana Menteri ke 9.


Insya Allah.

- Zus Din

01 Oktober 2020

 

 

 


KES MENINGKAT DAN INI AMAT MEMBIMBANGKAN

 




#COVID-19 UPDATE : MALAYSIA

Sungguh membimbangkan. Apakah kita perlu PKP macam dulu?

SELAIN Sabah, Kedah antara negeri yang teruk dilanda COVID-19. Kes hari ini meningkat 260 kes baharu. 259 adalah penularan tempatan.

Sekarang ini kita punya krisis politik yang bakal menyaksikan KERAMITA tumbang selepas PRN Sabah.

Nampaknya PRU15 bukan satu option kerana ia hanya akan merisikokan penularan jangkitan COVID-19 dan mengancam nyawa rakyat. Doakan yang terbaik dan diselesaikan dengan baik.

Wallahualam.

- Zus Din

01 Oktober 2020

****************************

 

3 kluster Jalan Meru

1 saringan bergejala

JOHOR-5

4 kluster Bakawali

1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Putrajaya-5

4 kluster Selasih

Terengganu-2

2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Perlis-2

2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Melaka-1

1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Pahang-1

1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Pulau Pinang-1

1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

****************************

#COVID19Malaysia 1 Okt 2020

Kes sembuh=47

Jumlah kes sembuh= 10,014 kes

Kes positif= 260

(kes import=1, kes tempatan=259)

Jumlah positif= 11,484 kes

Kes kematian= 0

Jumlah kes kematian= 136

Kes dirawat di ICU=20 kes

Bantuan Alat Pernafasan=3 kes

 

NGO REFORMIS SOKONG ANWAR PERDANA MENTERI KE-9


Pengumuman bahawa majoriti yang menyokong beliau di kalangan Ahli Parlimen Muslim adalah suatu yang benar, dan bukannya gimik politik. "GRM yakin pembentukan Kabinet Baharu Kerajaan Malaysia dengan mandat yang lebih mantap mampu mewujudkan kestabilan politik negara sekaligus mengatasi pelbagai kemelut semasa.



RENTASAN 749 | INI SEBABNYA PARTI KERAMAT UMNO HILANG TARING?

BERITA VIDEO BILA PILIHAN RAYA UMUM KE-15?


"Kita baru nampak perniagaan dibuka semula dan ada yang kembali kepada keadaan asal. "Jika dikenakan semula PKP, semuanya akan terjejas. "Saya percaya semua pihak perlu bipartisan dalam perkara ini. Semua pihak perlu lebih memberi tumpuan kepada rakyat dan negara berbanding pegangan politik untuk mengadakan pilihan raya mengejut hanya kerana hilang kuasa," katanya.

GERAK98 - SEMAKIN DISERANG, SEMAKIN LAJU BERGERAK

 


"Mesti ada di dalam golongan kamu, sekumpulan yang menyeru ke arah kebaikan dan menentang kejahatan (pengkhianatan)".

Apabila gerakan kita mula dicemburui dan dicemuh serta mahu disekat, itu tandanya kita semakin berjaya. Apabila mereka gagal mencari kelemahan di dalam gerak kerja kita, maka dicari dan dikoreknya kesalahan peribadi kita. Percayalah, Allah itu Maha Pengampun. Allah amat membenci orang yang menjadi batu api dan mereka yang sentiasa berburuk sangka terhadap orang lain.

GERAK98 terus gerak tanpa memperdulikan gangguan salakan anjing2 liar di kiri kanan. Anjing2 itu akan berhenti menyalak nanti apabila dilemparkan tulang oleh tuannya. Kita terus mara ke hadapan.

Hari ini di Perak. Esok di Kelantan dan lusa di Terengganu. Semakin kuat rintangan dan halangan, semakin laju kita bergerak.

WFAUZDIN NS                         

 


BERITA VIDEO: PAS DAN FITNAH BAGAI ISI DENGAN KUKU

Skandal tanah rizab Melayu dipindah milik kepada non muslim didedah!

 

Skandal tanah rizab Melayu dipindah milik kepada non muslim didedah!

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Perak mendedahkan kawasan seluas 649.19 hektar tanah berstatus tanah rizab Melayu di Mukim Sitiawan, Manjung diberikan hak milikan kepada bukan Melayu.

Pengerusi Penyelarasnya, Datuk Hamidah Osman berkata, perkara itu dikesan melalui pencarian rasmi yang dibuat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak.

Daripada keluasan itu, beliau berkata, sebanyak 317 lot telah dipecahkan dan diberi milikan bagi tujuan pertanian untuk tanaman getah serta kelapa sawit.

“Ini merupakan satu kesalahan kerana tanah rizab Melayu tidak boleh dimiliki oleh orang bukan Melayu. Pindahan milik tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu bertentangan dengan Enakmen Rizab Melayu Negeri-Negeri.

“Kita minta polis untuk menyiasat perkara ini sama ada berlaku sebarang salah laku terhadap pemberi milikan lot-lot tanah rizab Melayu ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Hamidah berkata, mana-mana tanah yang dimansuhkan status rizab Melayu mesti digantikan dengan keluasan sama dengan serta-merta.

Menurutnya, jika perkara itu tidak berlaku, pembatalan tanah rizab Melayu itu adalah tidak sah berdasarkan Perkara 89 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, katanya, laporan sama akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan untuk melihat sama ada berlaku salah guna kuasa atau salah laku oleh Pejabat PTG terhadap pemberian hak milik tanah tersebut.

“Kes tersebut juga akan dicabar di mahkamah untuk memastikan status tanah rizab Melayu tersebut kekal dan boleh diambil semula,” katanya.

Hamidah turut meminta penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai lokasi tanah gantian yang dibuat ke atas kawasan yang telah dimansuhkan status sebagai tanah rizab Melayu.

Sementara itu, Pengarah PTG Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip ketika dihubungi pemberita memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat semakan berhubung isu yang dibongkarkan Hamidah itu.



TAK ADA IDEA LAIN KAH? NANTI TADIKA MARHAEN ADA BUMBUNG TIRIS DAN LANTAI PECAH

 

Pecah belah masyarakat, Wan Azizah gesa kerajaan batal hasrat tubuh tabika elit

FMT Reporters

 

October 1, 2020 3:20 PM


Ahli Parlimen Pandan Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan membatalkan hasrat untuk mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) elit kerana ia akan menjurus kepada perpecahan masyarakat.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, kewujudan tabika elit akan melebarkan jurang antara B40 dan T20 dan akhirnya boleh menyebabkan keretakan perpaduan masyarakat.

“Malaysia seharusnya melangkah ke arah pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak yang dapat memberikan kesaksamaan pendidikan yang berkualiti,” kata beliau dalam kenyataan.

Bekas presiden PKR itu juga berkata, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wawasan strategik dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu menitik beratkan kualiti persekitaran yang membina, termasuk pendekatan hidup dan pendidikan yang melibatkan ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat.

“WHO berpendapat kerajaan dan masyarakat sivil harus bekerjasama dengan keluarga bagi menyediakan akses yang saksama kepada semua kanak-kanak kepada persekitaran yang berkualiti lagi membina.

“Tabika elit yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu adalah bertentangan dengan aspirasi ini dalam pendidikan awal kanak-kanak,” kata beliau.

Pada Selasa, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Abdul Rahman Mohamad berkata, kementerian merancang untuk menubuhkan tabika elit di bawah Kemas, yang menyasarkan golongan M40 dengan yuran bulanan lebih tinggi daripada tabika biasa.

Satu kertas kerja sedang dirangka berkaitan inisiatif itu, yang akan melihat penambahbaikan dalam kemudahan dan modul pembelajaran, katanya.

 



JENG JENG JENG...ALA..INI BERITA GORENG JA NI...

 CM Sabah 

Shafie Apdal  is in KL now


Most probably to be *appointed as DPM*

 if deal is on


PM ( muhyiddin) needs him badly as Anwar trying to topple federal govt now


Something is cooking in Federal. 


Shafie likely to be appointed DPM by Muhyiddin. 


Warisan will support PN. 


DAP will support PN.


Many things are happening in KL .... Heard that 


Looks likely PKR n UMNO will become another new alliance, maybe with PAS.


Latest news..

 The hotter M'sia politics ...

 Negotiations are currently taking place between MP2 from several parties at the DSAI residence in Bukit Damansara ... The topic of consensus on support for DSAI in forming a new government .. It is also understood that UMNO will leave the National Consensus due to PAS and BERSATU action in the KM appointment case 

The new Sabah ...


The withdrawal of the UMNO party from PN resulted in the UMNO coalition in the Sabah PRN also ending ... This will allow the more dominant WARISAN party in the new PRN to form a new Sabah government ..


 ... We wait and see the development after DSAI faces YDPA ..




JIKA UMNO BEKERJASAMA DENGAN PAS..IDENTITI UMNO AKAN HILANG.


 Keputusan Pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah. 


Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS.


Apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan UMNO dalam jangka waktu panjang. 


Pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan UMNO secara signifikan. Lebih menyedihkan, UMNO terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri. 


UMNO tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’. 


Justeru, telah tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita. Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRU Sabah.


Menuju masa depan, UMNO mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir. Episod seterusnya ialah bagaimana UMNO akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain. 


Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional. 


Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri.


Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan UMNO ke landasan sebenarnya. Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula UMNO agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. 


Dato Seri Utama 

Mohamad bin Haji Hasan

Timbalan Presiden UMNO



22 POSTING HINGGA KINI.LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

SILA TEKAN >  UN TUK MEMBACA BERITA AWAL



Mengapa susah terima Anwar, adakah Muhyiddin cemerlang?


Ketidaktentuan politik yang berterusan selepas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mempunyai cukup majoriti untuk mengambilalih kuasa sebagai Perdana Menteri (PM) ke 9 pada Selasa lalu menatijahkan satu persoalan, mengapakah begitu sukar untuk menerima Anwar sebagai PM?

 Persoalan itu dilontarkan oleh Profesor Dr Razali Nawawi dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia dari Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan, malam tadi.

 Bekas Presiden ABIM kedua dan merupakan teman rapat Anwar itu bertanya kepada hadirin, adakah kerana Muhyiddin atau PM sebelum ini cemerlang menyebabkan jawatan PM sukar diberi kepada Anwar?

 "Apakah PM sekarang ini Muhyididn cemerlang? Berapa bulan dia jadi PM? Saya tanya rakyat adakah merasa tenang, yakin?

 "Saya di Bangi penuh dengan doktor, profesor, CEO. Bila saya tanya adakah Malaysia selamat. Mereka kata tidak. (Malah) ada yang kata jangan esok kita (penjawat awam) tidak dapat pencen (kerana negara kekurangan wang).

 "Saya nak tanya mengapa sekarang pelajar tak mahu masuk universiti? Mengapa?

 "Masuk universiti 3 tahun, kalau mereka ambil kursus (kemahiran) tiga bulan, keluar dapat kerja.

 "Golongan belia tahu masa depan mereka sangat-sangat tidak jelas. Banyak syarikat sekarang buang pekerja. Apakah nasib kita di bawah pimpinan sekarang?" tanyanya.

 Menurut bekas Dekan Kulliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu, sekiranya kerajaan yang ada tidak mampu memberi kemakmuran kepada rakyat maka seharusnya jawatan PM diserahkan kepada Anwar bagi membina keyakinan antarabangsa dan memulihkan ekonomi.

 Beliau menempelak sikap meneruskan amalan PM sebelum ini, Tun Mahathir yang tidak mahu melantik Anwar sebagai penggantinya. Sebaliknya, Mahathir memilih Abdullah Badawi kemudian menjatuhkannya, menaikkan Najib dan menjatuhkannya.

 Dr Razali menegaskan Anwar amat dikenali oleh musuh-musuh politiknya. Oleh sebab itu beliau dikenakan pelbagai tuduhan di mahkamah dan dilabel dengan pelbagai label yang merosakkan imej.

 "Mahathir tahu siapa Anwar, Abdullah Badawi tahu siapa Anwar. Mereka tahu kemampuan Anwar.

 "Tetapi mengapa mereka nak sekat Anwar dari naik ke atas dengan melemparkan bermacam-macam tohmahan. Tiada seorang yang lebih hebat dari Anwar yang dikenakan tohmah yang pelbagai.

 "Saya kaji, kalau Presiden Jamal Abdel Nasir (Mesir) satu tuduhan saja terhadap dia. Tuduhan Jamal ini seperti Firaun.

 "Tetapi Anwar bermacam-macam. Liberal, berbagai wajah (perisik Barat). Rakyat boleh terimakah kalau dikatakan Anwar liberal. Liberal ini ketepikan agama.

 "Saya kagum dengan Anwar kerana dia bukan mengaji agama tetapi dia mampu bertahan di dalam penjara ISA di Kamunting, 2 tahun. Saya hantar buku 'Learning Arabic' masa tu. Dari situ dia boleh baca Ilhya Ulumuddin dalam bahasa Arab.

 "Kalau kita kata Anwar liberal, maka ia tuduhan yang dibuat oleh orang yang jahil atau jahat. Saya minta seluruh rakyat di luar berilah penilaian terhadap Anwar secara adil, bandingkan dengan lain-lain (tokoh)," katanya lagi.